HU 1 - SELAMAT TINGGAL

Romance Completed 792495

Note : Novel Hatiku Untukmu sudah dibukukan. Nak lagi mudah, boleh dibeli di Shopee @ Lazada. Harga RM32 tidak termasuk pos. Search tajuk novel, dan dijual di bawah pihak novelplus_book.

LAMA Elvina merenung wajah suaminya yang sedang nyenyak tidur ketika ini. Lelaki yang amat dicintainya, dan lelaki yang amat disayanginya. Pipi suaminya diusap, lalu dikucup lembut.

Zill Hakim terjaga daripada tidur apabila merasakan pipinya dikucup. Mata dibuka perlahan, dan dia tersenyum ke arah isterinya.

“Awalnya ayang bangun?” soal Zill Hakim dengan suara serak basahnya.

“Dah pukul 6.00 pagi dah. Jom solat subuh,” ajak Elvina.

Tubuh Elvina ditarik ke dalam dakapannya. Bibir isterinya dikucup lembut.

“Ala, biy tak gosok gigi lagilah. Tak naklah kiss.” Elvina menolak tubuh sasa suaminya.

Zill Hakim ketawa. “Eleh nak tolak-tolak biy pulak. So baby dalam perut macam mana hari ni? Dah bangun ke tu?” Zill Hakim melekapkan telinganya di atas perut isterinya.

“Baby okey je babah. Baby tak sabar nak jumpa babah dengan Zarith,” jawab Elvina.

“Biy tengok Zarith cemburu sangat bila dia dapat tahu nak dapat adik.”

“Biasalah biy, bila dia dapat tahu nak ada adik, mestilah dia cemburu. Takut nanti kita tak sayang dia dah.”

“Tak apalah. Lama-lama okeylah tu. Today I’m not going to the office. Biy ingat nak bawa ayang dengan Zarith pergi makan, dengan beli barang baby sekali, lepas Zarith habis sekolah tengah hari nanti.”

Anak lelakinya Zarith, kini sudah pun berumur 7 tahun. Selama 7 tahun penantian mereka ingin memiliki cahaya mata nombor dua, dan akhirnya Allah makbulkan juga permintaan mereka berdua. Usia perkahwinan mereka pula sudah mencecah ke 8 tahun. Lebih-lebih lagi mereka berdua kahwin muda. Jika hendak diikutkan, umur mereka berdua sudah pun berusia 30 tahun sekarang ini.

“Kenapa tak pergi kerja pula?”

“I’m the boss kan? So, biy tak ada masalah kalau tak pergi kerja pun. Jom mandi sekali.” Elvina sudah tersenyum, sambil menganggukkan kepalanya.

“Jom.” Tangan suaminya ditarik lalu mereka berdua berjalan masuk ke dalam bilik air.

“BAGI aku duit! Aku nak duit!” Tubuh isterinya ditendang. Tersungkur Badriah di atas lantai.

“Saya tak ada duit abang. Abang dah ambil duit saya banyak dah abang. Tinggal berapa je ni. Lagipun duit ni untuk Balqis bayar yuran SPM.”

“Kalau aku kata aku nak duit, aku nak duitlah. Bagilah aku!” jerit Azam.

“Tak boleh. Ini duit yuran Balqis.”

Badriah menggenggam kuat wang di tangannya. Dia seboleh-bolehnya cuba menghalang suaminya, daripada mengambil wangnya.

Ketika itu, Balqis baru tiba di rumah bersama dengan adik lelakinya Bazli. Kedengaran suara ibunya menangis dari dalam rumah. Balqis dan Bazli terus sahaja berlari masuk ke dalam rumah untuk menghalang abahnya daripada memukul ibunya Badriah.

“Abah! Kenapa pukul ibu!” jerit Balqis. Balqis cuba menghalang abahnya, alih-alih dia pula disepak abahnya.

Balqis terdorong ke belakang.

“Kau diam! Kau pergi sana! Kalau tak...”

“Kalau tak apa!” jerit Balqis.

“Balqis, Bazli pergi sana nak. Nanti abah pukul.” Badriah menghalang anaknya daripada menghampirinya.

“Ibu, kenapa ibu tak minta cerai je dengan abah! Dia lelaki tak guna!” jerit Balqis lagi.

“Tak guna punya anak! Kau dengan ibu kau sama je!”

“Abah tu dah jadi tahi dadah tahu tak!” Balqis cuba menghalang abahnya dari memukul ibunya.

“Kurang ajar!” Azam terus memberi satu penampar pada pipi anak perempuannya.

“Abang! Abang jangan pukul Aqis abang.” Badriah terus memeluk tubuh anak perempuannya. Habis badannya disepak terajang oleh suaminya pula.

“Ibu… ibu... sudahlah abah! Sudahlah pukul ibu,” rayu Balqis.

Adik lelakinya yang dari tadi berdiam diri, terus sahaja menuju ke dapur untuk mengambil pisau. Setelah itu, dia muncul semula di situ.

“Sial kau lelaki tua! Kau jangan pukul ibu dengan kakak akulah! Sial kau!” Bazli menjerit sambil berjalan menuju ke arah bapanya.

“Li, jangan Li. Nanti kamu jadi pembunuh. Jangan...” rayu Badriah.

Azam terus sahaja berlari keluar, apabila anak lelakinya tiba-tiba mahu menikamnya. Bazli terduduk di situ sambil menangis. Badriah terus memeluk tubuh kedua-dua anaknya.

“Cerailah dengan abah tu ibu. Cerailah. Sampai bila lagi ibu nak bertahan dengan abah? Abah tak sayang kita dah ibu. Abah dah tak sayang kita lagi.” Balqis sudah menangis.

“Ibu… ibu tak kuat... ibu tak kuat nak cerai dengan abah.” Badriah teresak-esak menangis.

“Kami dah besar dah. Tak perlu lagi ibu nak berharap dengan abah lagi. Tak ada guna dah ibu.”

Badriah hanya terduduk lemah. Kalau nak diikutkan ya. Memang betul apa yang dikatakan oleh anak perempuannya. Tak ada apa lagi yang perlu diharapkan. Dia pula kini, sudah menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Suaminya memang sudah lepas tangan sejak Balqis di tingkatan 3 dan Bazli pula di tingkatan 1.

“SIAL betul. Sakit betul hati aku ni. Boleh-boleh pula, dia tak nak bagi aku duit,” marah Azam.

“Habis tu kau nak buat apa?” soal Majid kawan baik kepada Azam. Kawan yang sama-sama mengambil dadah.

“Kau faham-fahamlah kan, bila aku dah tak ambil barang tu, aku punya ketagih tu macam mana?”

“Senang je.”

“Apa yang senang?”

“Kau jual je anak perempuan kau tu dekat tauke kelab malam. Dapat juga kau duit. Anak dara pulak tu. Siapa yang tak nak?”

“Kau gila ke, aku nak pergi jual anak perempuan aku tu?”

“Habis tu, dah kau cakap tadi kau nak duit. Baik kau jual je anak perempuan kau tu. Dapat juga kau duit. Dadah pun dapat banyak.”

“Nantilah aku fikir. Sekarang ni aku tengah nak barang ni. Mana kita nak dapat duit?”

“Kejap aku fikir. Apa kata, kita pergi rompak orang.

Kau rasa macam mana?”

“Nak rompak siapa?”

“Rompak orang kayalah. Kau ni pun.”

“Dekat mana?”

“Ikut aku. Kita cari mangsa.”

“Ha, cepat sikit. Aku dah ketagih nak barang ni. Aku tak tahan sangat ni.” Azam menggaru-garu tangannya. Dia sudah semakin ketagih waktu itu.

“BABAH, kita nak pergi mana?” soal Zarith.

“Kita pergi makan, lepas tu teman mama cari baju adik okey?”

Elvina tersenyum sambil merenung anak lelakinya.

“Babah, lepas ni bila adik dah lahir, nanti babah dengan mama tak sayang Zarith dah ke?”

“Eh kenapa cakap macam tu? Mestilah mama dengan babah akan sayang Zarith sampai bila-bila. Adik pun, mama dengan babah akan sayang. Dua-dua kami sayang,” ujar Zill Hakim.

“Ya, Zarith. Takkanlah babah dengan mama tak sayang Zarith. Kita orang sayang.”

“Yalah. Zarith cuma nak beritahu babah, Zarith sayang babah dengan mama sampai akhir hayat Zarith.” Zarith tersenyum manis.

“Aik, Zarith. Lain macam je Zarith ni.” Zill Hakim merenung cermin pandang belakang.

Elvina hanya terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak lelakinya tadi.

Kereta Mercedes Benz yang dipandu Zill Hakim berhenti di hadapan Maybank.

“Ayang tunggu kejap. Biy nak masuk bank kejap, nak topup Touch n Go.”

“Okey biy.”

“Babah, Zarith nak ikut.”

“Babah pergi kejap jelah. Zarith teman mama ya? Nanti mama sorang-sorang dalam kereta. Babah pergi kejap je.”

Pipi isteri dan anak lelakinya diusap lembut. Zill Hakim membuka pintu kereta. Sebelum menutup pintu kereta, sempat dia mengerling anak lelaki dan isterinya sambil tersenyum.

Dari jauh Azam dan Majid memerhatikan kereta Mercedes Benz yang di parkir di tepi jalan.

“Tu ada kereta mewah tu. Dah jom. Kita pergi rompak. Kau duduk belakang. Aku drive.” “Okey jom,” ajak Azam.

Mereka berdua sudah berjalan menuju ke arah kereta Mercedes Benz tersebut.

“Cepat. Kereta tak lock tu,” arah Majid.

Dengan pantas Azam dan Majid masuk ke dalam kereta.

Elvina terkejut melihat dua lelaki yang tiba-tiba menerobos masuk ke dalam kereta suaminya.

“Kau siapa ha! Keluar! Keluar!” jerit Elvina.

“Mama. Tolong Zarith mama!” jerit Zarith.

“Kau diamlah budak!” jerit Azam. Azam memberikan satu penumbuk ke mata budak lelaki yang sedang dipegangnya.

Menyeringai Zarith menahan sakit. Dia sudah peningpening akibat ditumbuk tadi.

“Ya Allah. Tolong encik jangan apa-apakan kami.

Tolong encik.” Elvina sudah menangis.

“Woi! Cepatlah drive!” arah Azam.

“Kejaplah! Aku pening ni, nak drive kereta mewah macam ni.”

“Siallah, tadi kau nak drive sangat!” “Sabar boleh tak!” marah Majid.

Kebetulan Zill Hakim telah selesai urusannya di dalam bank. Dia berjalan menuju ke arah keretanya semula. Cermin keretanya pula sememangnya dalam keadaan bertinted gelap. Jadi, dia tidak tahu apa yang telah terjadi di dalam keretanya.

“Biy! Biy!” jerit Elvina.

“Woi suami dia woi!” jerit Azam.

Dengan pantas Majid menekan pedal minyak.

Zill Hakim terkejut mendengar jeritan isterinya. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk membuka pintu kereta, tetapi tidak sempat kerana kereta yang dipandu oleh seseorang di dalamnya sudah pun memecut laju.

“Ayang!!! Zarith!!!” jerit Zill Hakim.

Kebetulan ada seorang anggota polis yang baru sahaja habis bertugas, lalu di kawasan itu, telah melihat seorang lelaki yang tiba-tiba menjerit di hadapan bank tersebut. Dengan pantas, anggota polis tersebut terus menuju ke arah lelaki yang sedang menjerit meminta pertolongan.

Zill Hakim sudah tidak tentu arah apabila anak dan isterinya sudah dibawa lari. Muncul sebuah motosikal di hadapan Zill Hakim.

“Encik kenapa?” soal anggota polis tersebut.

“Isteri dan anak saya. Tolong saya! Tolong saya.”

“Cepat naik motor saya. Saya cuba kejar kereta tadi.”

“Terima kasih. Terima kasih.” Zill Hakim terus membonceng belakang lelaki tadi. Terus motosikal tadi memecut laju untuk mengejar kereta yang dibawa lari tadi.

Ketika itu, Elvina sedang bergelut dengan perompak tadi, dan Zarith pula sudah menangis di belakang. “Siallah perempuan ni. Diamlah!” “Lepaskan kami!” jerit Elvina.

Majid yang tidak tahan diganggu semasa dia memandu, terus sahaja dia memberi satu tumbukan pada perut wanita itu.

Buk!

Elvina menyeringai menahan sakit akibat ditumbuk pada perutnya.

Arghhh!

“Sakit...” rintih Elvina. Darah mula mengalir di celah kelangkangnya.

“Kau tengok ni. Berdarah pula tempat duduk dia ni,” kata Majid.

“Mama... mama...” jerit Zarith. Dengan tangan sebelahnya memegang mata akibat ditumbuk tadi.

Elvina memandang anak lelakinya.

“Zarith...” rintih Elvina.

“Buka pintu, kau tolak dia orang berdua ni,” arah Majid.

Elvina yang mendengar mula berasa takut. Rasa nyawanya sudah di berada di hujung tanduk. “Tolak dia orang macam tu ke?” “Tolak jelah!” jerit Majid.

“Okey!”

“Mama!” jerit Zarith.

Pintu kereta dibuka dalam keadaan kereta dipandu laju.

“Satu, dua, tiga!” jerit Azam.

Ditolaknya budak lelaki dan wanita itu ke tengah jalan raya.

Bergolek-golek tubuh badan Elvina dan Zarith di atas jalan. Kebetulan pula, ada satu lori kecil di belakang kereta yang dipandu Majid tadi, telah secara tidak sengaja melanggar Elvina dan Zarith.

Tergamam Zill Hakim waktu itu apabila melihat adegan yang berlaku di hadapan matanya tadi. Anggota polis tadi turut terkejut dengan apa yang berlaku. Dengan pantas motosikal anggota tadi berhenti di hadapan dua susuk tubuh yang sudah terdiam kaku di atas jalan.

“Ayang! Zarith!” jerit Zill Hakim, lalu berlari ke arah dua susuk tubuh orang yang disayanginya.

Terus sahaja anggota tadi membuat satu panggilan ke pusat kawalan untuk membuat operasi, bagi menahan kereta yang dibawa lari tadi.

Meraung Zill Hakim melihat dua orang yang disayanginya terbaring kaku di situ.

“Ayang... ayang, bangun ayang. Bangun. Zarith... Zarith... jangan macam ni nak. Jangan tinggal babah. Ya Allah… Allah...” rintih Zill Hakim.

Dia melihat kain isterinya yang sudah dibasahi dengan darah. Mata anaknya juga lebam, seakan-akan ditumbuk. Zill Hakim seakan tidak dapat menerima hakikat dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Ia berlaku dengan begitu pantas.

Anggota polis tadi turut menghubungi ambulans. Tetapi jika dilihat keadaan dua susuk tubuh itu, sudah kelihatan kaku dan tidak bergerak.

Zill Hakim memeluk kedua-dua tubuh isteri dan anaknya. “Jangan tinggal biy, jangan tinggal babah, jangan tinggal. Tolonglah, jangan tinggal. Macam mana biy nak teruskan hidup biy? Zarith, babah sayang Zarith.” Zill Hakim menggoyang-goyangkan tubuh isteri dan anaknya. Dia melihat perut isterinya. Anak yang dinantikan tujuh tahun, akhirnya turut meninggalkannya.

Anggota polis tadi, turut menitiskan air mata melihat lelaki itu yang sedang meratapi kematian isteri dan anaknya.

follow my ig alin_alia88

Share this novel

BUNNY LOVERS
2021-04-24 16:17:00 

ohhhh yer ke

BUNNY LOVERS
2021-04-24 15:54:40 

knpa sis lock yerr

liyana
2021-02-09 14:56:17 

aik bukan sepatutnya tingkatan 3 PT3 ke knp nk byr yuran SPM


NovelPlus Premium

The best ads free experience