BAB 2

Romance Completed 5304

Firham Aisy…

Vrom Vrom!!! bunyi enjin motor Yamaha bergema seluruh Taman perumahan. Gaya macam taman ni macam tuan motor yang punya. Langsung tak agak-agak .

Firham sibuk memulas motornya. Pagi ni dia cadang nak keluar ke Bandar, maklumlah poket tengah penuh minggu gajilah katakan.

“Woi Firham kau ni agak-agaklah sikit, pekak telinga aku dengar motor kapcai kau ni. Dari tadi memekak je.” Marah Najmi housemate Firham.

Firham mematikan enjin motor. Tersengih memandang Najmi yang masam mencuka di muka pintu. Kawannya yang sorang ni bukan jenis minat motor bawak motor pun tak tahu. Parah lelaki macam ni tak bergaya langsung.

“Eleh kau ni kutuk-kutuk motor aku, tahulah kau jealous kan tengok aku ada motor. Kau bawak motor pun tak tahu.” gelak Firham.

“Tak ada makna aku nak heran motor kapcai kau tu. Tu nampak kereta Nissan aku kat belakang kau tu. Tengok sape punya lebih power.” Najmi menjeling Firham. Firham mencebik. ‘eleh kalau aku nak beli kereta boleh je. Gaji aku sebagai architect lebih tinggi taw.’

“Hurm macam lah bagus kereta kau tu. Cuba kalau jalan sesak tengok siapa lebih dulu dapat mencilok. Tak payah nak berlagak lah sangat.” Firham mengelap cermin motor Yamaha hijau dia. Sayang gila dia dengan motor ni macam bini sendiri. Eh dia mana ada bini he he he.

“Sekurang-kurangnya kalau hujan tak basah macam kau. Lebih selamat. Lagi satu orang selalu panggil aku Mat drifter lebih sedap dari panggil Mat rempit macam kau.” Najmi menepuk bahu bangga.

Tergeleng-geleng Firham mendengarnya. Aku dikatakan Mat rempit kurang asam jawa punya kawan. Konon Drifter padahal bawak kereta macam kura-kura. Ada hati nak gelar diri tu. Siapalah yang bengap bagi gelaran tu kat dia memang otak tak center.

“Dahlah malas aku nak layan kau. Aku nak keluar ni pergi Mall kejap.” Firham memakai helmet dan terus menghidupkan enjin motornya.

“Baguslah tu. Aku nak tidur ni aman dunia aku hari ni. Bawaklah motor kau tu dating semak je aku menengoknya kat rumah.”

Firham mencebik dan terus meninggalkan rumah. Najmi ketawa melihat kawannya entah apa-apa lah dia dengan Firham ni pasal motor pun boleh jadi isu pagi-pagi ni. Sejak dari sekolah lagi selalu je mereka berdua tak sependapat. Ada je benda nak bertelagah. Tapi yang pelik mereka berdua ni kawan baik walau macam mana gaduh pun persahabatan mereka tak pernah putus malah lebih rapat lagi. Kata orang gaduh-gaduh manja. Euwwww lelaki sesama jantina gaduh-gaduh manja, geli mak nyah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience