BAB 16

Drama Completed 5869

Hasby memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam bilik, Laila yang ketika itu baru keluar dari bilik air hanya mampu menunduk wajahnya. Segan rasanya tidak mengenakan hijab ketika berada dihadapan Airel. Dia melangkah ke meja solek tanpa memandang Hasby yang santai di sofa. Setiap perlakuannya diperhatikan oleh lelaki itu tanpa beralih.

“ Sayang,sini sekejap,”kata Hasby sambil menepuk tempat disebelahnya. Laila melangkah perlahan ke arah Airel. Dia duduk jauh sedikit dari lelaki itu tetapi Hasby menariknya rapat. Pinggangnya dirangkul dan mukanya hanya seinci dari dada Airel.

“ Kenapa nie?” tanya Hasby sambil mengucup rambut isterinya itu. Bau wangi rambut Laila membangkitkan nalurinya tetapi dia menahan kerana menghormati Laila.

“ Takde apa,cuma…,” Laila terjeda sekejap dan mengangkat kepalanya memandang Airel. Tiba-tiba bibirnya di kucup mesra. Membahang rasa mukanya kini.

Hasby yang melihat muka isterinya memerah hanya tersenyum. Geram rasanya melihat wajah comel Laila. Sengaja dia mendekatkan dirinya dengan Laila bagi menghilangkan perasaan malu yang masih menyelubungi antara mereka.

“ Sayang duduk sekejap,abang nak tunjuk something,” Hasby bangun dan melangkah ke laci meja. Dia mengambil dompetnya. Ketika duduk disebelah Laila dia menunjukkan gambar isterinya itu yang disimpan sekian lama.

“Mana abang dapat gambar nie?” Hasby tersenyum riang apabila Laila memangilnya ‘abang’.

“Abang dapat masa mula-mula Ayah jumpa Fezrol. First time abang tengok gambar nie,abang dah jatuh cinta,”kata Hasby jujur

Laila hanya tersenyum mendengar jawapan suaminya itu. Seumur hidupnya,ini kali pertama ada seorang lelaki yang berani menyatakan isi hati mereka dihadapannya. Selama ini hanya jambangan bunga atau hadiah yang disertakan dengan kad ucapan yang sering diterimanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience