ISILY - 04 | Siapa Lelaki Itu

Romance Series 116191

"DAH, jom lah kita balik.. I betul betul dah tak ada mood sekarang" ajak Trisha pada Radeen

  "No Baby, i rasa nak check in hotel kejap. I tak selesa nak balik, pakai baju basah macam ni.." balas Radeen, sebelum ia berdiri dari duduknya dan mengajak Trisha untuk mengikuti nya

  "It's okey, you pergi lah check in. I nak tunggu you dekat sini" ujar Trisha

  "Takkan you nak biarkan i sendiri? Teman lah i kejap.. Please Baby,. Kejap je.." pinta Radeen, cuba memujuk teman wanita nya itu

  "Taknaklah, you pergi jela.. Nanti apa pula orang akan pandang dekat kita nanti, i taknak, i nak stay sini je" tolak Trisha

  "Peduli jela apa pandangan orang nanti, I'm your boyfriend, jadi you tak perlu takutkan apa apa" pujuk Radeen lagi, dan cuba meraih tangan Trisha untuk mengikuti nya

Trisha hanya diam dan berpikir sejenak dengan ajakan lelaki itu, sebab dia pun tidak mahu sampai terjadi apa apa antara dia dan Radeen nanti, tapi bila dimana Radeen tak henti mendesaknya membuatkannya terpaksa mengikuti saja langkah lelaki itu

~

Setelah menunggu hampir setengah jam,  Radeen yang baru keluar dari bilik air, dengan hanya mengenakan tuala paras lutut, mula berjalan mendekati Trisha yang duduk menunggunya dibirai katil, sebelum Radeen melabuhkan pungungnya diatas katil bersebelahan dengan teman wanita nya itu

  "Lama you tunggu?" tanya Radeen pada teman wanita nya itu, seraya mengukirkan senyuman yang sukar ditafsirkan

  "Hurm, you cepatlah siap.." jawab Trisha terus mengarahkan lelaki itu, bila dimana dia sudah mula tidak selesa melihat tatapan Radeen pada nya, sebelum ia mengalihkan pandangan nya ke arah lain

  "Baby, why not malam ni, kita tidur dekat hotel je? You teman i malam ni eh.. " kata Radeen terus, sambil menyentuh tangan Trisha dengan lembut seperti mahukan sesuatu, dan pantas Trisha memandang ke arah lelaki itu sebelum ia menunduk melihat tangannya yang disentuh

  "Apa maksud you Radeen?! " soal Trisha, dengan nada yang agak keras, sebelum ia menarik tangannya dari sentuhan lelaki itu

  "You macam tak tahu apa yang i maksud kan, lagipun I'm your boyfriend, jadi rasanya tak salah kalau i minta sekarang kan?.. Please Baby.. I janji i akan bertanggungjawab.. " kata Radeen lagi. Buatkan Trisha sudah tidak dapat menahan sabar, dan pantas bangun dari duduknya

  " Stop Radeen! You jangan ingat i ni bodoh eh.." bentak Trisha mulai emosi dengan perubahan sikap lelaki itu, jadi sangkaannya tidak salah lagi. Yang rupanya lelaki itu mempunyai niat yang tidak senonoh padanya

  "Apa salah nya, nanti you akan nikah juga dengan i Trisha, Jadi you tak perlu risaukan pasal tu" ujar Radeen, dan turut bangun dari duduknya

  "Oh jadi you ingat you Boyfriend i, you boleh dapatkan apa yang you mahukan dari i, untuk puaskan nafsu you tu haa?! You anggap i ni Girlfriend you ke, atau Perempuan simpanan you Radeen! " jerkah Trisha sedikit kecewa. Dia sangkakan Radeen bukanlah jenis lelaki seperti itu, namun tanggapannya salah terhadap lelaki itu

  "Dahlah Trisha! You tak perlu pun cakap macam ni, jadi betullah you pun dah tak cintakan i? You know what, i ingat you ni cintakan i dan sanggup buat apa saja untuk buktikan pada i! Rupanya tak! " kata teman lelaki nya itu

  "Radeen! Tolong jangan macam ni! I cintakan you, tapi bukan dengan cara macam ni untuk you nak dapatkan i.." terang Trisha,  mula susah hati, dia takut kalau sampai Radeen akan mengakhiri hubungan mereka hanya kerna hal seperti ini

Radeen hanya memgendahkan saja, sebelum Radeen menapak langkah memasuki ruang persalinan untuk bersiap sedia

Manakala Trisha hanya memandang kepergian Radeen, sebelum Trisha melabuhkan semula pungungnya diatas katil, dan meraup wajahnya perlahan. Sekarang ini, dia memang begitu marah dengan apa yang dikatakan Radeen tadi. Namun dia juga tidak mahu sampai harus berpisah dengan nya

~

Beberapa minit menunggu, Radeen keluar semula dari bilik persalinan dengan berpakaian lengkap, sebelum lelaki itu melangkah ke arahnya, dan mengambil jam tangan beserta dompet miliknya yang terletak dimeja kecil bersebelahan katil, dan Radeen kembali semula melangkah pergi ke arah pintu. Sebelum Trisha bangun dari duduknya dan menghalang kepergian lelaki itu

  "Radeen! You nak pergi mana?!" panggil Trisha, sedari lelaki itu seperti tidak mempedulikan keberadaannya disitu

  "You balik sendiri malam ni" jawab Radeen datar tanpa berpaling ke arahnya, sebelum lelaki itu membuka pintu dan terus keluar dari bilik itu, Trisha yang memandang kepergian Radeen hanya berdengus geram, sebelum Trisha mengetap gigi menahan amarahnya.

Dan baru sahaja Trisha mahu bangun dan mengambil beg tangan miliknya untuk keluar dari situ, Trisha terus menepuk dahinya, bila teringatkan barang miliknya semua berada didalam kereta teman lelaki nya tadi. Membuatkannya sudah mulai resah dan buntu tidak tahu lagi harus berbuat apa.

  "Bodohlah!.. Dia boleh tinggalkan aku dekat sini macam tu je.." bebel Trisha sendiri sedikit bengang, malam ini adalah malam yang paling malang untuk dirinya, satu, persatu masalah timbul hanya dengan satu malam. Patutnya tadi, dia balik saja kerumah, dan tak perlu ikutkan rayuan Radeen tadi.

Dan tak ada cara lain lagi, Trisha memutuskan untuk bermalaman saja dihotel itu, waktu pun sudah menunjukkan hampir 12 malam. Jadi tak ada gunanya lagi dia balik kerumah sendiri.

* * *

  "Aduh, lambat lagi ke nak keluar? Ke Trisha tu dah bagi apa yang di mahukan Radeen?.. Aishh tak mungkin!! Dan tak boleh.. " rungut Tihana sendiri, dengan perbagai andaian mula menganggu pikiran nya. 

Sebelum telefon milik nya berdering menandakan panggilan masuk dari Armin dan Seira serentak

  "Aishh ni pun satu, tak reti sabar ke.." bebelnya lagi, sebelum menjawab panggilan dari mereka berdua, dan talian pun di sambung kan terus

  "Tihana, dah ke? Lamanya nak tunggu.. Tok Daddy dah nyenyak tidur tu.. Jangan sampai tunggu esok pagi, gagal lah rancangan aku! " tanya Seira sudah tiada kesabaran dalam talian

  "Weh Tihana, kami dah kat depan hotel yang kau hantar tu.. Kau dekat mana? " tanya Armin pula yang turut di sambung kan dengan nya

  "Sabar boleh tak? Aku pun tengah tunggu juga dekat dalam kereta ni, dah nak dekat sejam aku tunggu Radeen tu tak keluar lagi. Rasanya dia dah tidur dengan Trisha kot malam ni" jawab Tihana tegang

  "Habistu, macam mana dengan lelaki yang aku bawa ni? Takkan nak biarkan dia menunggu sampai esok pagi? Kalau dia tersedar dari pengsan macam mana, habislah aku korang tahu tak! " kata Armin dalam talian

  "Terpaksa Radeen lah yang akan diperangkapkan dengan Trisha, dan lelaki yang kau bawa tu, kau letak jela dekat mana mana" jawab Tihana pasrah, walaupun dia memiliki hati pada Radeen, demi rancangan mereka dia rela tepiskan perasaan itu

  "Aku taknak tukar plan, Trisha tak boleh bernikah dengan Radeen.  Itu sama saja kehidupan Trisha takkan berubah. Radeen tu dari keluarga yang berada, dan juga merupakan lelaki yang dicintai Trisha, kau rasa hidup Trisha akan berubah ke? " sangkal Seira, tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan Tihana tadi

  "Habistu, macam mana? Radeen tak keluar lagi.." kata Tihana, sebelum tidak sengaja pandangan matanya tertuju pada Radeen yang sudah memasuki kereta miliknya dan meluncur laju dari situ, buatkan Tihana mula berteriak kecil

  "Weh Armin! Mana lelaki tu? Aku nak kau bawa dia keluar cepat! Radeen dah keluar dari hotel tu, dan rasanya dia hanya keluar sendiri. Dan mungkin Trisha hanya di biarkan sendiri dihotel tu" kata Tihana terus sedikit teruja, akhirnya Radeen tidak jadi tidur dengan Trisha

  "Okey, kita jumpa dekat dalam hotel.." balas Armin sebelum panggilan dimatikan

  "Okey, aku akan kejutkan Tok Daddy sekarang. Ingat Tihana, jangan sampai gagal.. Kau tahukan apa risiko dia kan?.." ujar Seira, sempat dia berpesan pada Tihana, sebelum panggilan mereka turut dimatikan.

Tihana terus menarik nafas dalam, sebelum ia bergegas keluar dari dalam kereta miliknya, untuk menemui Armin yang sudah berada disitu.

~

  "Siapa lelaki ni? " soal Tihana pada Armin, sedari melihat lelaki yang berada dipegangan Armin

"Kau jangan banyak tanyalah! Cepat tolong aku, berat kau tahu tak.." kata Armin, sebelum tubuh lelaki yang dibawanya itu didekatkan pada Tihana, dan keduanya mula membawa masuk kedalam

Baru saja Tihana mahu menyelak topi yang dipakaikan pada lelaki itu, Armin pantas menyergahnya

  "Kau jangan nak buat perangai Tihana! Jangan sampai ada orang perasan" kata Armin cuba memperingatkan Tihana agar tidak ceroboh

  "Ishh, aku nak tengok je muka lelaki yang kau bawa ni, bukannya salah pun.. Manalah tahu hensem kan?.." kata Tihana begitu ingin tahu. Sebab terlihat dari bentuk tubuh lelaki itu sangat idaman

  "Dah cepat, mana bilik tu, number berapa?! " tanya Armin tanpa berlengah lagi, sudahlah ramai orang dan staf dihotel itu memandang curiga pada mereka

  "Dah kau ikut je, aku tahu dekat mana, lagipun kau jangan risaulah.. Takkan ada yang curiga, sebab aku dah aturkan semuanya.. " kata Tihana, sebelum ia mengukirkan senyuman senget. Armin hanya mengangguk, sebelum mereka berdua membawakan lelaki itu ke bilik dimana Trisha berada. Kali ini mereka akan membuat hidup Perempuan itu hancur seperti yang dimahukan mereka.

Next Chapter akan di lock, dan boleh dibuka secara Ncoin sahaja.. Terima kasih, dan selamat membacaa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience