BAB 6

Humor Completed 78146

MEREKA sekeluarga termasuk Aisyah selamat tiba di rumah banglo yang tersergam indah.Sebenarnya tadi Dato Rais berasa malu juga pada keluarga bapa saudara Aisyah.Ya lah,nak balik tergesa-gesa.Sedangkan tiada apa -apa hal kecemasan pun.Ini semua angkara Datin Mazni.

"Aisyah,ini lah rumah baba.Jangan malu jangan segan.Buatlah macam rumah sendiri.Kalau Aisyah perlu apa-apa bagitahu baba.."kata Dato Rais sambil tersenyum.

"Elok lah tu.Baru datang dah boleh buat macam rumah sendiri."sindir Puan Sri Mazni tidak puas hati.

Aisyah tertunduk malu.Kedatangannya nampak sangat tidak di alukan.

Adam dah naik ke atas menggunakan lif dalam rumah.Aisyah ditinggalkan begitu saja.

"Maz, boleh tak cakap elok-elok.Aisyah ni menantu kita."tegur Dato Rais.Geram betul dengan sikap isterinya.Cakap tak pernah berlapik.Ikut sedap mulut dia saja.

"Tak apa pakcik..Aisyah faham.Maaf ya.Aisyah nak tumpang solat dulu."

"Eh..apa pula pakcik.Baba."tawa kecil Dato Rais.Dia faham Aisyah masih betah mahu menyebut baba.

"Nanti baba panggil kan Adam.Bertuah betul budak ni.Ditinggal isterinya macam tu saja.."

Puan Sri Mazni mencebik.Meluat.Adella pun begitu.Ikut saja apa mummy dia buat.

"Nak berjemput pulak dia.Tak ada makna Adam nak turun jemput dia.Macam mem besar pulak.."ngomel Puan Sri Mazni perlahan tapi masih dapt didengari oleh Aisyah.Mujur Aisyah masih berniqab jadi eksperisi muka tak kelihatan.Aisyah berasa sedikit sedih.
"Bibik!bik!ni ha kau hantar cik puan kau ni dekat tingkat tiga.Guna tangga.Kang guna lif dia tak reti pulak.."sindir Datin Mazni diikuti gelak sinis dari Adella.

Bibik Rasti datang sambil menolong mengangkat beg Aisyah.

Aisyah terkedu.Dugaan apa yang sedang dia alami sekarang.

"Awak ni Maz kalau tak buat hal tak sah.Aisyah baru jejak kaki kat sini awak dah sindir macam-macam."Tergeleng kepala Tan Sri Rais dengan sikap isterinya yang tak boleh di ubah malah makin menjadi.

Aisyah mengekori langkah bibik Rasti hingga ke depan pintu bilik Adam.Memang luas di tingkat tiga ini.

"Puan,ini biliknya Tuan Adam."kata bibik Rasti.Dia sudah lama bekerja dengan keluarga Tan Sri Rais.Jadi bercakap pun tidak lah loghat Indonesia sangat.Cuma sesekali terkeluar juga.Sempat Aisyah berkenalan dengan bibik Rasti.

Menurut bibik Rasti,dia dan dua orang lagi pembantu sudah lama bekerja di sini.Bibik Seri dan bibik Shita.Nanti dia akan kenalkan mereka.Rumah tiga tingkat mestilah kena guna ramai pembantu.Tidak,boleh pengsan turun naik tangga gurau bibik Rasti.

"Puan ketuk lah pintu bilik. Tuan Adam pasti di dalam."

"Bik Rasti tadi sudah janji kan.Jangan panggil saya Puan.Panggil Aisyah saja."Aisyah mengingatkan bibik Rasti.

"Maaf Aisyah.Bibik lupa.."sambil tawa.

"Aduh!kenapa ngak diketuk lagi pintunya.Pasti Tuan Adam sedang menunggu isterinya.Dengar suara pun saya sudah tahu Aisyah mesti cantik orangnya."Bibik Rasti memang peramah.Lupa seketika hal sebentar tadi.

"Pandai lah bik Rasti ni.Saya tak ada wang kecil nak bagi bik.."gurau Aisyah.Pada hal dalam hati rasa takut nak ketuk pintu.

Bik Rasti bagi isyarat suruh ketuk lagi.Aisyah tarik nafas dan hembus.Mujur pakai niqab jadi bik Rasti tak nampak pucat mukanya.Dah kecut perutnya.Tangan di angkat hendak mengetuk pintu.Tetapi tiba-tiba pintu terbuka.Terjengul wajah serius Adam.

Terkejut Aisyah.Nasib tak terketuk dahi Adam.Bik Rasti senyum-senyum pada Adam sambil hulur beg Aisyah.Terpaksa Adam ambil juga.


"Bik turun dulu.Kalau perlu apa-apa panggil bik ya."ujar bibik Rasti sambil berlalu pergi.

"Tunggu apa lagi.Masuk!Tutup pintu tu!"

Terhinjut bahu Aisyah kerana terkejut dengar suara Adam.Kalut dia masuk dan tutup pintu.Adam letakkan beg Aisyah di hujung bilik dekat dengan pintu bilik air.Adam dah siap salin baju.Aisyah masih lagi berbaju nikah serba putih.

Adam perhatikan Aisyah atas bawah.Dah lah bertutup muka.Aku nampak dua biji mata dia saja.Aisyah tertunduk malu.Muka dah panas.Walau Adam hanya nampak dua biji mata nya sahaja.Perasaan malu tu tetap sampai.

"Kau dengar sini.Aku tak suka berkongsi.Katil ini aku saja yang boleh tidur.Almari jangan sesekali kau berani buka.Aku tak nak tengok kau sentuh barang aku.Aku buat hal aku.Kau buat hal kau.Jangan kau harap bila dah jadi isteri aku,kau boleh hidup senang lenang.Kau tahu kan sebab apa aku kahwin dengan kau.Jadi jangan kau bermimpi aku akan suka dengan kau!"

Macam bom atom jatuh atas kepala Aisyah.Meletup-letup.

"Jangan ingat baba suka kan kau,aku pun macam tu.Aku tak akan pernah suka dekat kau.Lepas enam bulan aku akan daftarkan surat cerai.Kau tak payah susahkan diri,aku sendiri akan bagitahu baba sebabnya.Dan satu lagi..Tolong jangan ambil tahu apa yang aku buat.Kau faham ker tidak!?"

Aisyah angguk laju.Dalam hati dah mengucap panjang.Tak sampai 24 jam bernikah dah sebut pasal cerai.Tabahkanlah hati aku menghadapi ujian mu ini Ya Allah.

"Apa dia!?aku tak dengar!"Adam pegang telinga kanannya.

"Dengar Encik..."kata Aisyah dengan suara bergetar.Takut.

"Tuan Adam!Dan satu lagi.Depan baba, aku nak kau berlakon bahagia kahwin dengan aku.Pandai-pandai kau lah nak panggil aku apa depan baba."

"Baik Tuan Adam.."kata Aisyah lemah.

"Dengar suara pun dah tahu kau ni macam mana.Macam mana lah baba boleh tertarik dengan perempuan macam kau ni.Lepas ni aku akan bawak kau tinggal dekat tempat lain.Boleh la aku bebas dari menghadap muka kau dalam bilik ni.Ikut suka kau lah nak tutup ka buka muka kau tu.Aku tak berminat nak tengok muka kau!"

Satu persatu ayat yang keluar dari mulut Adam di hadamnya.Sedih dan pilu menusuk ke hati dan jantung nya.Suami yang diharapkan untuk dia bersandar,awal-awal lagi dah menunjukkan rupa sebenar.Aisyah hanya diam tidak berkutik.Enam bulan dia kena dengar segala kata hinaan dari mulut Adam.Tak sampai sehari pun dah lubang libung hatinya.

"Tuan Adam..."panggil Aisyah Ketika itu Adam mahu turun ke tingkat bawah.

Adam berpaling seketika.

"Nak apa lagi!"katanya kasar.

"Kiblat arah mana?"

Adam terdiam seketika.Nasib kau la Adam dapat isteri stok masjid.Adam tunjukkan juga arah kiblat.Malas dia nak menunggu lama.

"Terima....kasih..."Tak sempat cakap habis Adam dah keluar.

Aisyah segera mendapatkan pakaian salin dan mahu cepat membersihkan diri.Lepas itu Aisyah membentangkan sejadah dan memakai telekung.Nasib semua sudah dia bawanya.Niqab sudah di buka.Waktu nikah saja dia pakai.Hari biasa dia tak pakai pun.Sedikit terkilan bila Adam langsung tidak mahu melihat wajahnya.Segera di sudahi solat dan turun ke tingkat bawah.

Terus Aisyah menuju ke dapur.Mujur ada bibik Rasti dan yang lain.Mereka sedang menyiapkan makan malam.Aisyah hendak membantu tapi di tegah.Bibik semua takut dimarahi Datin Mazni.Garang juga Datin Mazni.
Masa turun tadi Aisyah tak nampak pun kelibat Adam.Entah ke mana dia menghilang.

"Bik dah anggak.Rupa kamu memang cantik sekali.Untung Tuan Adam.."puji Bibik Rasti.

"Ish bik ni.Mana ada.Saya biasa saja.Ada yang lagi cantik."Malu pulak Aisyah bila pembantu rumah mak mertuanya asyik memuji.Tadi pun mereka tidak kenal akan Aisyah.Gamat seketika dapur bila Aisyah kenalkan diri semula.Bik Rasti lah yang paling riuh antara semua.Iya lah masa sampai tadi Aisyah masih berniqab.

Aisyah hanya dibenarkan membawa air basuhan tangan saja.Yang lain mereka yang buat.Tersenyum Dato Rais melihat Aisyah yang tidak kekok.Adam masih leka dengan telefon bimbitnya.

"Air basuh mana bik?"tanya Adam.Mata masih pada skrin telefon.Entah apa yang di lihatnya.

Aisyah segera hulurkan.Adam baru perasan jari jemari merah bukan jari bibik.Dia mendongak melihat.Terkedu dia seketika melihat wajah Aisyah.Aisyah berasa malu bila di pandang begitu.Macam tak pernah tengok orang pula.

"Awak basuhlah.."Aisyah menunjukkan pada bekas basuhan.Adam seperti terjaga dari mimpi.

"Aisyah duduk.Mari kita makan.Kejap lagi turun lah mummy dengan Adella."kata Tan Sri Rais pada Aisyah.

Aisyah duduk di sebelah Adam.Tidak dihiraukan mata Adam yang tak berkelip itu.

"Adam...Adam.."panggil Tan Sri Rais beberapa kali.

"Ya..ya.."Adam termalu bila sedar akan keterlanjuran matanya.

Datin Mazni dan Adella baru sampai di meja makan pun agak terlejut dengan apa yang mereka lihat.Seperti Adam mereka juga terpaku seketika.Tak sangka rupa Aisyah tak lah seburuk seperti yang mereka fikirkan.

Aisyah memaniskan wajah.Sedar dirinya jadi perhatian.

"Tunggu apa lagi.Jom makan."Dato Rais membacakan doa.Yang lain mengangkat tangan.Aisyah makan dengan penuh tertib hingga habis.Sedikit pun dia tak pandang orang sebelah.Bukan dia tak perasan orang sebelah asyik melirik mata padanya.Tapi dia buat tak nampak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience