Bab 37

Romance Completed 53837

Azhar hanya termenung jauh saja di dalam cafe yg mana ia pernah tempah untuk menyambut hari lahir Munirah tetapi tidak kesampaian. Fikirannya terus memikirkan tentang Munirah. Apalah Munirah sedang buat di rumah sekarang. Macam biasa, Hubungan mereka berdua agak dingin sudah nak masuk 2 minggu. Munirah dengan caranya tersendiri manakala Azhar selalu saja sibuk dan kerap pulang lambat ke rumah. Kadang-kadang mereka berdua tidak sempat tegur antara satu sama lain walaupun masih tinggal sebumbung. Azhar membuang spek matanya lalu diletakan ke atas meja. Dia mengusap kasar wajahnya. Azhar tidak boleh berhenti berfikir tentang Munirah. Gadis itu selalu bermain di benak hatinya.

Kau ok tak bro?? Asal aku tengok kusut saja kau ni..Bergaduh dengan bini ke do?? Tegur Azfar sejak dari tadi lagi memandang saja gelagat Azhar serupa sudah kehilangan bini. Duduk tidak senang saja apa yg dilakukannya itu.

Along pon tanya soalan yg sudah tahu..Gaduh besar la tu..siap hari bulan melepaslah..sampuk Azman sambil minum air coklat panas dalam cawannya. Mereka bertiga berkumpul di situ untuk berjumpa dengan seseorang. Azhar memandang tajam saja ke arah Azman selepas berkata begitu. Dia kembali memakai spek matanya semula. Azfar menggeleng kepala saja melihat mereka berdua. Kalau tak gaduh semasa berjumpa memang tak sah.

So, kau dah fikir masak-masak ke nak buat semua ni? Kau tahukan kau dan Iqbal tak ada hak nak buat keputusan? Semuanya di bawah Mira dan Datuk Rizman. Kau jangan jadi tunggul Azhar. Silap hari bulan kau menyesal buat semua ni. Kata Azfar sudah semakin series dalam perbincangan ini. Azhar sudah memberitahu segalanya. Apa yg baik Azfar akan sokong saja keputusan ini tetapi pada masa yg sama dia merasa kasihan dengan Azhar. Bukan mudah nak buat satu keputusan yg benar. Kita terpaksa korban segalanya.

Aku pun tak tahulah..Aku buntu. Sekarang ni..Aku dan Munirah dah tak macam dulu. Dia dah tahu yang aku..Belum sempat Azhar berkata pantas saja Azman memotong.

"Simpan perasaan terhadap Mira dalam diam? Tak begitukan?"

Zupp!! seperti panah itu kena tepat pada hatinya. Azhar masih memandang tajam ke arah Azman. Azman selalu saja tahu benda yg ia belum memberitahu kepada orang lain lagi. Azman seorang yg pelik tetapi dalam diam dia amat menitik beratkan pasal orang lain. Azman memberikan senyuman sinis kepada arah Azhar dan Azfar. Kedua abangnya itu sudah terlepas pandang benda yg mereka sendiri tidak tahu. Apa gunanya sudah bergelar suami tetapi hal peribadi isteri sendiri tidak tahu.

Look..Aku cuma nak cakap satu saja dekat korang berdua..Sekali hati mereka hancur, menyesal lah sampai mati hidup balik pun. Hati tetap sama. Tak akan berubah apa pun. Hargailah sebelum terlambat. Ujar Azman bangganya berkata begitu. Walaupun dia masih bujang dan belum terpikir hendak mendirikan rumah tangga lagi, Aura menjadi lelaki sejati itu sudah ada. Azman sudah banyak melihat wanita di luar sana selalu saja dikecewakan dalam diam. Azman sudah ada perasaan cinta terhadap seseorang. Dia belum luahkan lagi isi hatinya dekat perempuan yg sudah berjaya memikat hatinya. Niatnya adalah satu saja, akan mengangkat perempuan itu menjadi permaisuri hatinya tidak lama lagi. Azman tersenyum sendiri. Teringat akan diri kekasih hatinya. Azhar dan Azfar memandang antara satu sama lain. Masih tidak faham apa yg telah Azman sampaikan tadi. Mereka akan korek juga rahsia yg Azman telah simpan dalam diam.

................................................................

Aduh...mana abang ni..time-time macam ni lah bonda nak datang pun..nasiblah aku sempat kemas rumah dulu tadi. Kalau tak mesti dah dapat title 'Isteri pemalas". Cepatlah balik rumah Azhar!!!!! Nguman Munirah sambil tangannya masih sibuk membancuh air teh o strawberi panas untuk bonda dan Wirda. Munirah baru nak rehat hari ini. Penat saja seminggu berkerja tanpa ada waktu rehat. Hanya musim minggu saja dia boleh rehat secukupnya. Hari ini pulaklah ada tetamu nak datang. Nak tak nak Munirah kena jugalah layan ibu mentuanya ini.

Jemputlah minum, Bonda..kak Wirda. Sekejap lagi abang balik. Dia keluar sekejap tadi. Kata Munirah sambil menuang air teh o itu ke dalam cawan. Nasib pagi Munirah terasa mahu buat kuih Che Mek. Bolehlah dia hidang sekali untuk Bonda dan Wirda. Bonda memerhati sahaja gelagat Munirah melayan mereka berdua. Pakaiannya yg hanya memakai baju t-shirt berlengan panjang dan seluar palazo saja. Tudung bawal lepas bawah menjadi pilihannya yg tidak sempat bersiap kemas sedikit pun. Nama pun datang mengejut ke rumah. Siapa saja yg sempat bersiap cantik-cantik di depan ibu mentua. Bonda tidak bertanya apa pun hanya mengambil cawan lalu menghirup air buatan Munirah itu. Kuih Che Mek itu juga Bonda makan. Wirda saja yg berbual kosong dengan Munirah. Sudah lama mereka tak berjumpa mestilah akan rasa rindu bila berjumpa antara satu sama lain. Munirah rasa sedikit selesa apabila ada Wirda sekali di sini. Kalau tak, nahaslah dirinya mahu melayan kerenah bonda.

Munirah beli atau buat sendiri kuih ni? Ini kuih tradisional Kelantan kan?Tanya bonda lalu memandang ke arahnya. Mereka berdua terus berhenti berbual sekejap.

Ermm ya..buat sendiri bonda. Umi yg ajar Irah buat. Umi kan orang Kelantan. Jawab Munirah sambil memberikan senyuman kepada bonda. Hampir luruh saja jantungnya selepas mendengar suara Bonda. Perasaan takut kepada bonda masih ada dalam dirinya. Bukannya dia tidak tahu bonda masih belum terima dirinya lagi. Munirah tak perlu nak tonjol dan berlakon dirinya adalah menantu pilhan. Biarlah mereka kenal dan terima dirinya ini seadanya.

Ermm sedap. Nanti bolehlah Irah buat lebih lagi. Sudah lama bonda teringin nak makan kuih tradisional Kelantan. Kuih apa lagi yg Munirah boleh buat? Kata Bonda lalu mengukirkan senyuman di bibirnya. Memang benar kata Azhar, Munirah adalah anak yg baik. Segala makan dan minum azhar dijaga dengan baik sekali. Bonda akan cuba menerimanya dalam keluarga mereka. Bonda tidak mahu memilih kasih antara Mira dan Munirah. Mereka berdua ada personaliti yg berbeza. Dengan perbezaan inilah bonda dapat menilai yg mana baik dan buruknya.

Ermm..semua jenis kuih tradisional Kelantan Irah tahu. Inshallah, Irah akan masak untuk Bonda. Makanlah lagi bonda. Ada banyak lagi. Nanti Irah tapaukan. Ujar Munirah gembiranya bonda berkata begitu. Tergamam Munirah sebentar apabila mendengar semua itu keluar dari mulut bonda sendiri. Munirah harap hubungannya dan bonda dapat dieratkan lagi. Bukan kasih yg ia pinta tetapi tanda hormat seperti umi dan abahnya juga. Dia mahu layan bonda dan walid seperti umi dan abah. Tiada yg lebih bahagia untuknya apabila melihat bonda tersenyum seperti ini. Wirda mencuit pinggang Munirah sedikit. Dia bangga Munirah sudah pandai memikat hati bonda. Tidaklah bonda asyik nak fikir tentang Mira saja. Yg menjadi menantunya ada Munirah bukannya Mira.

.................................................................

Sayang...sayang..sayang..Panggil Azhar apabila masuk ke dalam rumah. Tidak sabar dia mahu berjumpa dengan isterinya itu. Azhar membawa sesuatu beg di tangannya. Segera ia sembunyikan di belakang sebelum Munirah nampak. Azhar mahu memberikan kejutan istimewa kepada Munirah. Sebelum ini dia rasa kesal tidak dapat menyambut hari lahir bersama Munirah. Dengan hadiah ini dia berharap sangat Munirah akan menerimanya. Azhar bergegas naik ke atas apabila tidak nampak susuk tubuh Munirah di ruang bawah.

Sayang??? Sayangg??? Mana sayang ni?? Panggil Azhar lagi apabila Munirah tidak menyahut panggilannya itu. Azhar tidak peduli lalu membuka pintu bilik Munirah tanpa mengetuknya dahulu. Terkedu Azhar apabila melihat Munirah sedang duduk dalam tahiyat akhir. Azhar segera menutup mulutnya dan menutup pintu itu perlahan-lahan. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil Munirah. Mahu Munirah habiskan solat isyaknya dahulu. Azhar menepuk sikit kepalanya. Tidak tentu pasal bising-bising satu rumah mencari Munirah tadi rupa-rupanya isterinya ini sedang kusyuk solat. Terfikir Azhar seketika tidak terganggukah solatnya tadi. Azhar terus tersenyum sendiri. Beg hadiah itu masih dipegang erat di belakangnya. Bulu di tangan Azhar tetiba saja meremang. Seperti ada sesuatu yg tidak kena. Tiba-tiba ada satu pandangan tajam memandang lama ke arahnya.

Dah kenapa abang ni?? Tebiat ke apa? Bising satu rumah ni..Dok sayang..sayang.. Salam pergi mana masuk rumah tadi?? Nak luruh jantung saya dengar tahu tak? Berleter Munirah panjang lebarnya masih lagi duduk bersimpuh di atas sejadah. Lebih baik dia baca Al-Quran daripada melayan perangai Azhar yg masih tersenyum seperti kerang busuk di atas katilnya. Azhar menggaru kepalanya yg tidak terasa gatal itu. Rasa bodoh saja berbuat begitu tadi tidak tentu pasal sudah kena marah dengan Munirah.

Assalamualaikum sayang...Dah habis solat ke?? Tanya Azhar lalu menarik wajah Munirah dan melepaskan satu ciuman di pipinya. Terbutang mata Azhar apabila melihat muka Munirah merah padam. Azhar kembali menoleh ke bawah. Zupp!! Seperti di panah petir di kepala. Terlihat ada senaskah Al-Quran di atas rehal di hadapan Munirah. Pandangan Azhar kembali memandang Munirah. Kali ini bukan pandangan seperti tadi. Pandangan maut yg diberinya. Azhar menelan payah air liur.

Abang!!! Abang ni kan..Hah!! Ambik ni !!! Ambik ni!! Sapa suruh batalkan air sembanyang saya..Ambik ni!! Jerit Munirah geramnya terus memukul badan Azhar. Pukulan demi pukulan di lepaskan pada badan Azhar tanpa ada belas ehsan. Mereka berdua bergelut dan bergusti di situ. Azhar hanya tertawa riang sahaja kerana tidak rasa sakit sedikit pun dengan pukulan tangan kecil Munirah. dia membiarkan saja Munirah memukul dirinya sehingga puas. Tanpa teragak lagi Munirah melepaskan satu cubitan di bahagian peha Azhar.

Adoiiii!!! Jerit Azhar terkeluar habis suara kecilnya. Cubitan ini berbisa sekali. Walaupun tangan kecil Munirah memukul tadi tak sakit tetapi cubitan jari kecilnya ibarat disengat lebah. Azhar mengelupur seorang diri di situ. Munirah tersenyum puas. Akhirnya dendamnya terbalas juga. Sendiri cari pasal sendiri tanggunglah. Sebelum Munirah bangun Azhar segera menarik lengannya sehingga badan Munirah jatuh ke atas badannya. Mereka bedua tertatap mata lama sekali sebelum Azhar menolong Munirah duduk dalam keadaan biasa. Keadaan menjadi kekok sedikit. Azhar terus memegang kedua belah tangan Munirah. Tidak mahu menangguh lagi perkara tadi.

Eemm.Ermm. sayang..Maafkan abang ye..Wuduk tu kemudian boleh ambil lagi tapi..perkara ini tak boleh tangguh. Ok..Abang nak minta maaf pasal malam hari di mana Irah terpaksa tunggu abang seorang diri di dalam cafe itu. Abang betul-betul minta maaf. Abang tak berniat nak buat Irah macam tu. Maafkan Abang ye sayang..Dan satu lagi perkara yg abang nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki Irah. Abang minta maaf selama ini kita berkahwin abang tak pernah beri Irah hadiah. Bukan hadiah seperti yg Irah dapat itu. Itu adalah milik Irah. Hadiah yg paling bermakna buat seorang yg bergelar isteri. Sayang..maafkan abang selama kita berkahwin juga abang tak beri cincin perkahwinan yg sebenar kepada Irah. Yee, abang mengaku cincin itu adalah untuk pernikahan abang dan Mira. Kita berkahwin sehari sebelum abang dapat buat apa pun persediaan. Termaksudlah nak tempah cincin. Abang terpaksa ambil cincin itu untuk Irah. Pada mulanya memang cincin itu untuk pernikahan abang dan Mira tetapi perkahwinan kami tak jadikan..Buat apa lagi cincin itu miliknya. abang minta maaf sangat-sangat. abang tak bermaksud nak guriskan hati Irah. Sejujurnya abang dah tak ada perasaan dekat Mira. Sedikit pun hati abang ini tidak mencintainya. Memang sukar nak lepaskan cinta hati pertama. Tetapi dah lama abang lupakan semua itu selepas abang berjumpa dengan Irah. Mungkin yee Perkahwinan kita tidak dirancang. hanya majlis akad nikah saja. Tiada jamuan. Tiada tempat persandingan. Tiada gambar kenangan tetapi Semasa abang lafazkan akad, kasih dan cinta abang untuk Irah saja. Munirah Safiyah..Muhd Azhar cintakan kamu. Abang mungkin tidak boleh tepati janji tapi..satu ja abang nak Irah percaya sampai bila-bila. Abang cintakan Irah sampai mati. Hanya Munirah saja berada dalam hati abang. Hanya ada Munirah Safiyah yg menjadi pujaan Hati abang. Sayang...Abang dah tempah khas cincin baru perkahwinan kita tau..Abang nak Irah pakai dan jangan tanggalkannya lagi. Biar semua orang tahu Irah ini sudah dimiliki. Munirah adalah milik Azhar seorang saja. See, Cantikan..Ermm..pandai umi pilih. Sesuai dengan anak perempuannya seorang ini. Luah Azhar segala isi hatinya itu kepada Munirah. Tergamam Munirah apabila mendengar semua ini. Dia melihat jari manisnya sudah memiliki cincin emas butiran permata di setiap sekitar lekup cincin itu. Ada juga tulisan huruf A di dalam nya tadi sebelum Azhar menyarungkan cincin ini kepadanya. Mungkin huruf 'A' itu untuk Azhar. Dan 'M' untuk Munirah pada cincin Azhar pula. Tidak semenanya butiran jernih terus mengalir di wajah Munirah. Munirah memandang wajah tulus Azhar mengatakan ini semua kepadanya jujur sekali. Air mata Azhar turut mengalir di pipinya. Azhar terus menarik Munirah dalam dakapannya. Mereka berdua menangis serentak di situ. Sudah lama mereka tidak merasai perasaan seperti ini.

"Irah juga cintakan abang...."

Pendek saja ayat itu tetapi membawa segala makna. Azhar adalah cinta pertamanya. Lelaki yg telah banyak berkorban untuknya. Memberi semula kehidupan baharu kepada dirinya. Mereka berdua bersusah senang sama-sama dalam kehidupan ini. Ini adalah kali pertama mereka berdua luah rasa cinta antara satu sama lain. Perasaan yg hadir selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga terpaksa rela demi maruah masing-masing. Mungkin ini adalah jalan baharu untuk mereka berdua hidup bahagia semula. Kehidupan yg penuh rasa cinta abadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience