BAB 10

Mystery & Detective Completed 36681

‘You dah kat mana tu? Dah gerak dari office ke? Jangan lupa Abil akan perform jam 4 petang tau, I gerak dalam sejam lagi jumpa di hall nanti,’ujar Benjy lewat panggilan telefon rumah.

Lisa melihat jam di tangannya, dia ada dua jam saja sebelum perlu ke sekolah Abil. Dia bengang bila memikirkan pihak sekolah telah menukar masa dan hari aturcara tersebut di saat-saat akhir.

Andai saja pihak sekolah stick pada plan asal, dia tentunya tak terkejar-kejar membahagikan masa dan tak perlu meminta cuti separuh hari dari ketuanya yang sah-sah akan ditolak mentah-mentah kerana mereka perlu menyiapkan beberapa projek dari client.

Jadi satu-satunya cara adalah dengan curi-curi keluar dari office dan akan masuk semula ke pejabat sebaik saja majlis selesai.

Perlahan-lahan gagang telefon diletakkan, Leah telah mencuri dengar perbualan di antara Lisa dan Benjy. Dia telah melaksanakan plan A, dan dia perlu segera melakukan plan B.

‘Jom Abil, Bella kita kena bersiap sekarang, kita kena gerak awal coz daddy nak pick up cake yang mommy order, Leah awak tolong masukkan barang-barang ni dalam kereta, bawa budak-budak ni sekali,’ arah Benjy, seboleh mungkin dia mengelak untuk bertemu mata dengan Leah.

Leah juga perasan Benjy bersikap dingin padanya, namun dia tidak perlu risau kerana dia tahu baagaimana untuk menawan Benjy, Lisa yang perlu diurus terlebih dahulu.

‘Tunggu dalam kereta, kejap lagi kak Leah datang,’ujar Leah pada Abil dan Bella.

Leah perlu pantas melakukannya, dia segera menukar talian menggunakan simkad yang baru dibelinya semalam.

‘Hello Balai Polis, saya nak buat laporan tentang satu kejadian culik baru berlaku depan mata saya sebentar tadi, kereta hitam Range Rover plat nombor www 8 dipandu oleh seorang wanita kacukan telah menculik seorang budak lelaki, itu saja yang sempat saya nampak tadi, sila buat tindakan segera, kasihan budak tu,’’ serta merta panggilan diputuskan, Leah segera mengeluarkan simkad tersebut dari handphone lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Hadid memberi isyarat agar Lisa keluar lima minit awal, perlahan-lahan Lisa mencapai beg tangan dan kunci keretanya, namun belum sempat dia menutup pintu pejabatnya, dia terdengar suara lelaki berdehem.

‘Awak nak ke mana ni Lisa? Rasanya hari ni takde meeting dengan mana-mana client kat luar,’ tanya Adrian.

‘Maaf boss, saya perlu balik awal hari ini kerana anak saya ada buat persembahan dan ibu bapa kena hadir, saya perlu sampai sana sebelum pukul 4 petang, please…’ rayu Lisa.

Mr.Adrian mengangguk namun sempat berpesan agar Lisan jangan mencampur adukkaan soal peribadi dengan kerja,dia minta Lisa kekal professional seperti sebelum ini.

Lisa memecut keretanya laju, dia perlu sampai sebelum pukul 4, dia takut jalan sesak dan susah untuk cari parking, silap haribulan dia akan terlepas persembahan Abil.

Fikiraanya masih menerawang memikirkan tentang persembahan Abil apabila kereta polis dibelakannya meminta dia memberhentikan kereta.

Lisa memberhentikan kereta di tepi, dia tahu dia memang drive laju tadi, lebih kurang 120km/j tapi taklah sepanjang masa pecut, dia pun sayang nyawa. Kali ni dia malas nak banyak cakap, dia akan iyakan, bagi lesen and so on so dia tak perlu bazir masa, suami dan anak-anak perlukan dia sekarang ni.

‘Cik, sila keluarkan lesen dan kad pengenalan,’ ujar pegawai polis trafik bernama Halim.

‘Maaf, saya puan, dan minta maaf sebab saya drive laju tadi, saya betul-betul ada hal yang sangat penting sekarang ni tuan,’ujar Lisa.

‘Pandu dalam keadaan laju satu hal, boleh puan buka semua tingkap, bonet dan keluar dari kereta sekarang?’ arah Halim.

Lisa terpinga-pinga, takkan kesalahan drive laju sampai kena buka bonet? Dia akui yang dia bukanlah pemandu berhemah, pernah sekali dua dia terima saman had laju tapi tak pernah sampai macam ni sekali.

‘Eh Tuan boleh saya tahu kenapa sampai nak buka bonet bagai, macam saya ada bunuh or culik orang pulak,’ tanya Lisa sinis, di tengah mentari petang yang terik, barannya kian membara apatah lagi jam di tangan menunjukkan pukul 3.20 petang.

‘Kami ada menerima aduan bahawa kereta bernombor plat ini telah melakukan penculikan seorang kanak-kanak lelaki, nombor plat dan ciri-ciri wanita yang adalah tepat,’ jelas Halim.

‘Mengarut! Tuan pun nampak dengan mata sendiri kan? Ha depan belakang tempat duduk saya penuh dengan objek, bukan manusia dan ni ha, ni kat bonet saya ni cuma ada sekotak minuman vitamin C, kasut sukan saya, suami dan anak-anak, beg gym dan ni kotak besar hadiah untuk anak saya, celah mana saya nak sorok manusia waima budak lelaki sekalipun? Kat enjin ke? Siapa yang buat laporan ni? Ini dah fitnah!’ marah Lisa.

‘Saya pun nampak dengan mata kepala saya sendiri memang tiada kelibat manusia dalam kereta puan sekarang ini, kami menerima aduan dan ia sangat serius, sama ada ia wujud, betul atau tidak kita harus mengikut prosedur,puan kena ikut kami ke balai sekarang untuk kita buat siasatan lebih lanjut,’ balas Halim tenang.

‘Tolonglah tuan, boleh tak kalau saya datang sendiri nanti selepas saya tengok persembahan anak saya, dia perform pukul 4 petang ni tinggal beberapa minit saja lagi, saya kena pergi, ini persembahan kali pertama anak saya, dia ada autism, sukar bergaul dan bukan mudah untuk melihat dia berani perform depan orang ramai, dia perlukan saya sekarang ni!’ bentak Lisa teresak-esak.

‘Saya faham puan, tapi saya cuma ikut prosedur sama ada puan adalah penjenayah atau ini perbuatan khianat kita akan siasatnya di balai, saya juga mahu membantu puan, jadi saya sarankan agar puan ikut kami ke balai ya, maklumkan pada keluarga puan nanti bila sampai di balai.

My Wife: Sayang I di Balai Polis Dang Wangi now, someone tuduh I culik budak so polis tahan untuk further investigation, say sorry to Abil and please trust me, wait for me to come home, I need you badly.

Benjy terkejut sebaik saja menerima pesanan whatsapp Lisa, dia sedikit kecewa dengan Lisa, di hari penting begini, kerja menjadi keutamaan dan dia tidak pasti sama ada isterinya benar-benar di tahan atau sebaliknya.

Setelah hampir tujuh jam berada di balai diasak dengan pelbagai soalan bodoh, dia akhirnya dibebaskan dan pihak polis akhirnya mengesahkan dia adalah mangsa aniaya dan mereka akan menyiasat dengan lebih lanjut identiti pemanggil misteri tersebut, setakat ini yang mereka tahu pemanggilnya adalah wanita.

Lisa berjalan memasuki halaman rumahnya dengan perasaan sebak, dia tidak mengharapkan Benjy datang menemaninya, kerana berjam-jam lama menunggunya habis disiasat mungkin akan membuatkan Benjy penat, lagipun baguslah Benjy di rumah kerana boleh menjaga Abil dan Leah, dia cuma perlu sedikit perhatian, sedikit kerisauan dan juga sokongan di saat-saat sukar, itu saja.

Namun, kekecewaannya makin bertambah, dia mendengar suara wanita dan lelaki bergelak ketawa. Lisa meneka itu barangkali suara Leah, namun dia berharap itu bukan Leah kerana mana mungkin dia akan berada di rumah sehingga pukul 10 malam ini. Lisa berdoa agar tekaannya salah.

Dan ternyata ramalannya benar belaka.

‘Eh puan dah balik?’ tanya Leah dan Lisa cuma diam membisu. Benjy dilihatnya bingkas bangun dari sofa menyambutnya dan bertanyakan padanya sama ada semuanya dah okay. Namun Lisa mengendahkan soalan suaminya dan terus menyerang Leah dengan soalan bertubi-tubi.

Kenapa awak masih ada sini Leah? Awak habis kerja pukul 5 petang dan kalaupun hari ini awak overtime sebab persembahan Abil, takkan awak masih ada di sini sampai jam 10 malam? Awak tiada rumah nak balik ke?’ tanya Lisa bertalu-talu, tak semena-mena perasaan amarahnya menggelegak.

‘Saya.. saya.. cuma temankan…’ belum pun sempat Leah menghabiskan jawapan Benjy mencelah.

‘Tadi dia bantu saya urus anak-anak, sedia makan malam dan sementara tunggu awak balik saya yang minta dia stay kat sini so bila awak dah balik saya boleh hantar dia balik, you patunya berterima kasih dengan Leah sebab sudi tolong urus anak-anak dan pujuk Abil since ada orang tu janji nak datang tapi tak datang-datang, kerja lagi penting dari anak kan? Now you kata you kena tahan kat balai, I wonder kalau tu betul atau just another excuse dari you,’sindir Benjy, Lisa berang dan seakan tak percaya yang Benjy sanggup berkata sedemikian terhadapnya setelah selepas dia seharian menempuh hari yang sukar.

‘Kenapa selama ni you tak boleh jaga anak? Selama ni bukan you ke yang sedia makan malam untuk anak-anak, sejak bila you jadi manja sedangkan selama ni you yang praktikkan hidup berdikari? Lagi satu, cara you cakap macamlah I sengaja abaikan anak?

Kalau you nak tahu, I ditahan kat balai polis, entah betina mana yang pandai-pandai buat report palsu kata I culik budak, if you don’t have anything nice to say to my face, you better don’t say anything at all! Kalau dia ikhlas nak tolong jaga anak-anak, better tadi you temankan I kat balai instead pillow talk dengan Leah kan? So you boleh tengok dengan kepala mata you sendiri sama ada I buat alasan atau betul-betul kena tahan,’ ujar Bella membuatkan Benjy terdiam seketika, dia cuba untuk menjawab semula namun mati akal.

‘And awak Leah, saya ada banyak benda nak cakap dengan awak sebenarnya, tapi saya rasa mulai hari ini eloklah awak start cari kerja tempat lain, sejak awak datang macam-macam benda jadi kan? Dan agak kebetulan kan yang dalam banyak-banyak hari, tiba-tiba hari ni pula saya ditimpa malang dituduh menculik bagai sampai tak dapat tengok persembahan Abil, awak rasa siapa agaknya yang buat laporan palsu tu kan?’ tuduh Leah, entah kenapa dia merasa yang insiden hari ini ada kaitan dengan Leah.

‘Sayang, you tuduh Leah ke? Kalau iyapun you benci dia sampai jangan sampai menuduh orang tanpa bukti, you dah melampau batas kali ni?

‘I melampau batas? I cakap yang korang bedua terasa kenapa?’ tanya Lisa sambil memandang tajam pada Lisa yang sudah menangis dambil menekup wajahnya dengan tangan.

‘Sampai hati puan tuduh saya, saya langsung tak tahu apa yang puan maksudkan ni dan saya memang tak tahu yang puan ditahan di balai polis,’ jelas Leah.

‘Sudahlah Leah, saya dah penat, boleh tak awak balik dan saya memang serius, saya bagi awak notis selama sebulan, awak better cari kerja lain,’ jelas Lisa sekali lagi.

Benjy bingkas bangun dan hanya menjeling ke arah Lisa lalu naik ke atas. Leah segera beredar dan tinggallah Lisa berseorangan di ruang tamu.

Dia merebahkan tubuhnya ke sofa, diperhatikan sekeliling rumahnya dan tidak semena-mena air matanya mengalir.

‘Adakah ini pengakhiran rumah tangganya? Adakah selama ini dia gagal menjadi seorang isteri dam seorang ibu? Bagaimana dia mahu meneruskan hidup tanpa suami dan anak-anak, tanpa mereka maka di dunia ini dia mungkin akan menghabiskan sisa hidupnya seorang diri, sebatang kara.

Lama Lisa di bawah seorang diri, puas dia berfikir mencari sebab dan cara untuk menyelamatkan keadaan. Terlalu banyak kejadian aneh terjadi dan dia pasti ini bukan sekadar kebetulan.

‘Mommy, are you okay?’ Abil tiba-tiba datang menyapa Lisa. Lisa bingkas bangun dan terus memeluk Abil.

‘Abil, maafkan mommy, mommy tahu Abil mesti kecewa dan marah kerana coz mommy tak datang tengok Abil perform tadi, mommy betul-betul tak sengaja. Maafkan Mommy, mommy tahu mommy let you down big time this time and I don’t know how to fix this coz I know that I’ve hurt your feeling, mommy malu sangat,’ jelas Lisa.

‘Actually tadi Abil memang marah dan sedih sangat sebab mommy tak datang, kalau ikut Abil tak nak cakap dengan mommy lagi but then… tadi Abil dengar bising-bising dan terbangun then I saw you crying. Lama Abil tengok mommy, Abil tahu mommy tak sengaja, Abil tak tahu kenapa tapi Abil dapat rasa mommy tak salah, Abil maafkan mommy, jangan risau mommy, tadi cikgu ada record persembahan Abil, so mommy boleh tengok video tu nanti okay?’ pujuk Abil, Lisa terkedu dan hanya menangis saja memeluk Abil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience