Terk!
Terk!
Mangkuk-mangkuk lauk jernih berbentuk segi empat tepat itu dihidangkan satu persatu di atas meja makan 10 orang itu oleh dua orang pembantu rumah. Seorang lelaki berusia 60 tahun yang berkain pelekat corak petak-petak itu masih menunggu yang lain-lain untuk menerpa ke ruang makan.
"Abah.." sapa seorang lelaki yang baru turun dari aras dua bersama seorang wanita. Masing-masing mengambil tempat di kerusi masing-masing.
"Haa, Syakir, Fira. Kita tunggu nenda kejap." ujar Dato' Yusof pada anak lelaki dan menantunya.
Seorang wanita berserkup hitam bertubuh kurus, sedikit bongkok dan dipimpin oleh seorang pembantu rumah yang berbangsa Indonesia itu gigih melemparkan senyuman pada tiga beranak di meja makan itu.
"Jom, kita makan." pelawa Nenda sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi.
"Amboi, nenda! Tersenyum-senyum itu dah kenapa?" tegur Zafira sambil mencedok lauk ayam masak merah di atas meja.
Dato' Yusof tersengih memandang ibunya yang hampir menginjak 80 tahun usianya.
"Manalah tidak happy. Kash dengan Kaif itu balik minggu depan. Herm, hari-harilah dok menunggu khabar dua orang itu!" balas Dato'Yusof. Dia tahu akan punca ibunya yang terlalu teruja ketika ini.
"What?! Abang Kaif dengan anak dia nak balik sini?" tanya Zafira yang terlopong tidak percaya.
"Erm. Siang tadi Kash telefon nenda. Rindunya dekat cicit nenda itu. Betullah, Kash dengan Kaif itu nak balik sini minggu depan!" jawab Nenda dengan senyum sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya meski separa gigil.
Masing-masing memancarkan sinar bahagia tatkala berita kepulangan Kaif dan Kash itu telah tercanang. Namun, hanya raut wajah Syakir sahaja yang seakan masam ditelan cuka!
Klak!
Zafira menutup pintu biliknya dan menangkap susuk tubuh suaminya yang melunjur kaki melayani telefon bimbitnya di atas katil.
"Hai, Abang Kaif nak balik sini tidak happy ke?" soal Zafira pada Syakir. Dia memandang tajam riak wajah Syakir dari dalam bayangan cermin meja soleknya.
Syakir mendengus kecil.
"Yang you nak terlebih excited dia balik sini itu dah kenapa? Hah?" tanya Syakir pula.
Meski Kaif Umar itu adalah abang tiri sebapa berlainan ibu bagi dirinya, dia tidak pernah rela untuk mengikat tali perhubungan yang lebih rapat. Beza umur lima tahun dengan Kaif itu sudah cukup membuat Dato' Yusof sering meletakkan Kaif itu sebagai yang pertama.
Zafira tersentak. Terfikir jika responnya itu terlalu menonjol. Sejak abang iparnya itu merantau ke negara orang lima tahun yang lepas, dia sering tertunggu kepulangan lelaki yang berstatus duda beranak satu itu ke rumah ini semula.
"Lah, kan dah lama Abang Kaif itu tidak balik sini. Semua orang happy. Bukan I je yang excited. You itu je yang tidak habis-habis nak bermusuh dengan Abang Kaif itu kenapa?" jeling Fira yang berumur sebaya suaminya.
"Memang! Memang I tidak suka dia balik. Tidak suka dia ada kat sini. Semak! Kalau dia balik, abah itu akan lebihkan dia dalam segala hal. Huh. Syarikat yang I bertungkus-lumus bertahun-tahun tolong abah silap-silap abah itu boleh bagi gitu ajelah dekat mamat itu!" rengus Syakir dengan kasar. Dia mula tidak keruan memikirkan kepulangan Kaif kelak. Hampir lima tahun ini hidupnya aman sentosa, kini lelaki itu mahu memporak-perandakan segalanya?!
Zafira menggeleng kepala. Melihat bayang Syakir itu menghilang selepas beransur keluar dari bilik mereka. Rambut paras bahu berwarna coklat gelap itu disikat lembut oleh Zafira dengan perasaan yang berdetak gembira menghitung hari.
Buk!
Layka menutup pintu kereta Proton Preve hitam itu seusai kakinya telah selamat sampai ke destinasi. Dia melihat kereta Grab yang dinaikinya telah meluncur keluar dari lobi hotel. Gaun putih bercorak bunga hitam paras lutut itu dirapikan. Rambut panjang terurai di pinggang Layka itu juga dikirai lembut. Langkah kakinya yang kurus bak model terkemuka telah menarik beberapa mata-mata lelaki berhidung belang untuk memaku pandangannya pada Layka.
Sretttt..
"Please.." pelawa seorang lelaki berbadan renek dan gempal sambil menarikkan kerusi untuk Layka. Rambutnya yang berbaki tidak banyak sudah cukup untuk menonjolkan umurnya yang tidak lagi muda.
"Thank you, Datuk Wahid.." ucap Layka dengan senyuman.
Datuk Wahid tertawa kecil. Tidak henti dia melihat Layka dari atas hingga ke bawah.
"Tidak perlulah panggil Datuk dengan I. I belum tua lagi kan?" seloroh orang tua itu.
"Hehehe.. Of course!" Layka pula ketawa. Sekadar melayani warga emas itu berborak.
"Dah, jemput makan. Jemput, jemput!" pelawa Datuk Wahid yang berpuas hati dengan layanan Layka itu meski pertama kali mereka baru bersua.
Layka menghirup jus oren yang berada di dalam gelas jernih itu. Dengan hamparan senyuman, dia melirik manja pada lelaki di depannya itu.
"You know what? Kawan-kawan I semua memang recommend you kat I. Salah I sebab kenapa I tidak kenal you dengan lebih awal?" Datuk Wahid menggeleng kepala dengan sengih.
"Ada-ada jelah you ini!" ujar Layka sambil menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut.
Terk!
Datuk Wahid meletakkan sudunya ke dalam pinggan dan mula menyentuh tangan Layka yang terlihat cerah dan gebu itu. Namun, Layka dengan laju menarik semula tangannya agar tidak terus diraba.
"Aa.. Aa.. Aa.. No, ingat kontrak kita!" halang Layka dengan sengih yang kelat. Dia perlu mengingatkan perkara itu pada klien-kliennya yang sengaja lupa bahkan buat-buat lupa pada janji yang telah termeterai.
Raut wajah Datuk Wahid terlihat hampa. Sememangnya sesuatu yang merugikan jika orang secantik Layka itu tidak dapat disentuh pegang walhal ramai lelaki yang akan sanggup melaburkan berapa jua kosnya.
"Excuse me! I nak ke washroom kejap ya!" pinta Layka sambil menjinjit beg tangan kecil di bahunya.
"Sure! I tunggu okay.." balas Datuk Wahid dengan senyuman.
Shhhhh..
Layka membasuh jari-jemarinya sambil membebel geram.
"Ish, dasar orang tua ganyut tidak sedar diri! Nak mampus tunggu lubang kubur siap pun ada hati nak miang lagi ke?! Gatalnya ya ampunnnnn! Eish, geli aku!! Geli, geli, geli!" ngomel Layka. Bulu romanya seakan berdiri tegak semua tatkala dirinya disentuh oleh lelaki yang sudah sebaya bagai atuk-atuk itu!
Layka membetulkan rambut ikalnya. Mencalitkan sedikit lagi lipstik merah di bibir yang sudah pudar sewaktu makan tadi dan menyembur minyak wangi secukupnya pada tubuh.
Wanita berusia 21 tahun itu melangkah keluar semula dengan yakin. Sejak zaman sekolah lagi Layka sudah bergelumang dengan kerja sebegini. Baginya, kelakuannya hari ini cukup demi menyakitkan sekeping hati ayahnya. Selain memperolehi pendapatan lumayan, jurang sosialnya turut berkembang daripada hanya kenalan anak-anak orang berada yang tiada arah sehinggalah kepada klien VVIP yang berpangkat dan berstatus tinggi baik dalam mahupun luar negara.
"Malam ini, I happy sangat dapat keluar makan dengan Puteri. Kalau you berubah fikiran ada buat servis yang lain, jangan malu-malu beritahu I tahu!" puji Datuk Wahid di lobi hotel dengan tawa kecil.
Layka hanya tertawa kecil dan mengangguk penuh sopan. Sehingga ke minit dan saat yang terakhir dia perlu melayani klien-kliennya seprofesional yang mungkin. Bahkan, dia terpaksa menggunakan nama samaran dalam kerjayanya ini demi kelangsungan hidup yang akan datang.
Layka melambaikan tangan pada Datuk Wahid yang berada di dalam kereta Mercedes Benz berwarna kelabu itu. Dia menunduk hormat seusai kereta mewah itu meluncur pergi dari lobi hotel.
"Fuh! Balik juga orang tua kerepot itu!" gumam Layka sambil menggeleng. Dia juga perlu pulang ke rumah memandangkan kerjanya di sini sudah pun tamat.
Klak!
"Layka!" sapa satu suara separuh usia dari ruang tamu.
Layka mengeluh dan menjeling kecil. Kakinya dilangkah dekat pada lelaki yang bersuara sebentar tadi.
"Duduk kejap!" arah suara itu lagi.
"Nak apa papa?" jawab malas dari Layka. Dia seakan sudah menghafal bait soalan yang akan tertutur dari mulut ayahnya itu.
"Dah pukul berapa ini? Baru nak balik? Layka itu perempuan. Bahaya balik lewat-lewat macam ini. Papa risau!" adu Dato' Haleem pada anak perempuan tunggalnya. Dia sedar anaknya yang sering pulang lewat. Bukan sekali dileteri malah telah bertahun namun tiap bait kata dirinya ini hanyalah bagaikan mencurah air ke daun keladi sahaja.
Layka mencebik sinis.
"Papa tidak perlulah nak risaukan Layka. Tahulah Layka jaga diri Layka. Dari dulu bukan papa peduli pun dekat Layka ini. Yang papa tahu kerja, kerja, kerja! Sampai arwah mama dah tidak ada pun papa sibuk dengan kerja papa kan?!" pekik Layka yang hanya mahu mencari salah Dato' Haleem. Dia menahan getar seluruh tubuh sambil air mata yang kian bergenang di kelopak.
"Layka.. Jangan cakap macam itu sayang.." ucap Dato' Haleem penuh sebak. Dia tidak pernah mengabaikan keluarga. Kadang kala, dia terpaksa menanggung sesuatu yang tidak zahir di mata yang lain.
"Layka tidak perlukan papa. Layka boleh hidup sendirilah!" jeling Layka seraya meninggalkan Dato' Haleem bersendirian di sofa baldu merah itu.
Dato' Haleem melihat pemergian anaknya itu dengan penuh perasaan perih.
"Maafkan abang, sayang. Abang gagal besarkan Layka. Gagal didik anak kita selayaknya. Layka jadi macam ini sebab abang.. Sebab abang.." rintih Dato' Haleem sayu. Bukannya dia tidak mengetahui segala kerja hitam yang dibuat oleh Layka itu. Cuma, terlalu perit untuk dirinya sebagai seorang ayah dalam menghadam segala kenyataan itu.
Klak!
Layka meluruhkan beg tangan di bahunya ke atas katil. Dia duduk di sisi katil sambil merenung gambar dirinya yang sedang dipeluk erat dan penuh cinta oleh kedua mama papa dari atas meja sisi itu.
Gambar yang menjadi simbolik sayang jua bencinya pada Dato' Haleem. Hari demi hari dia cuma mampu titiskan rasa benci itu seluasnya. Menjalani hidup dengan memberontak akan segala arahan dan tutur kata Dato' Haleem. Dengan harapan, hati kecilnya yang terluka ini akan puas. Namun, sehingga hari ini dia masih terasa kosong sekosongnya!
"Mama, kenapa mama tinggalkan Layka awal sangat? Huh.. Layka.. Layka tidak kuat mama.. Tsk.. Papa tidak sayangkan Layka. Layka tidak punya sesiapa. Tsk.. Kenapa.. Mama tidak bawa Layka untuk ikut mama sekali?" ujar Layka dengan esak kecil. Dia menggenggam kuat cadar katilnya sebisa rasa hati yang tersalut.
Persoalan yang sama yang diajukan sejak 6 tahun lepas masih tertutur tanpa sebarang jawapan. Dia selalu mengharapkan yang dia dapat menjejak langkah pemergian bak arwah Datin Latifah. Kerana, dia tidak punya sebarang motif untuk hidup. Malah, tidak punya sesiapa jua sebagai sandaran untuk dirinya terus kuat dan cekal dalam melayari liku-liku kehidupan..
Bak bintang kelam di langit malam,
Aku tangisi luka dan sakit semalam,
Meski terlalu perit dan dalam,
Tiada kata dapat merungkai takdirnya alam..
Terima kasih sudi singgah! Jemput follow, rate dan komen ya gais!
Share this novel