BAB 6

Romance Completed 18284

"Dia datang.. dengan lenggang lenggok nya.. dia datang.. dengan senyum simpul nya..!".

Riuh satu bilik pejabat dengan suara usikan2. Meletus ketawa Hafiy saat tiba masuk. Dengan hiasan belon yang digantung dan ucapan selamat pengantin baru yang tergantung kemas di dinding bilik pejabat. Kelihatan wajah Aizat, Zikri dan Adlin sedang tersenyum manis kearahnya.

"Aduhaii.. apakah ini?". Hafiy menggaru kepala yang tak gatal. Merah mukanya menahan malu.

"Selamat pengantin baru!".

"Welcome back!".

"Selamat bekerja!".

"Wah, bersinar sungguh wajah tu!".

"Wah, aura pengantin!".

Setiap seorang tak lepas mengucapkan selamat dan mengusik Hafiy. Aizat menghulurkan sebuah kotak hadiah berwarna merah yang dihiasi reben kepada Hafiy.

"Hadiah untuk kau and bini". Ujarnya.

"Bro, terima kasih! Susah2 aje buat semua ni".

Hafiy tergelak melihatnya. Macam budak kecil pula disambut semeriah ini. Aizat dan yang lainnya terus mengambil kerusi buat Hafiy duduk.

"Bos, duduk dulu!". Lengan Hafiy ditarik agar duduk di kerusi disebelahnya. Hafiy menurut.

"So, apa cerita? Best ke jadi suami ni?". Semua menunggu dengan sabar. Seolah2 Hafiy tertuduh yang sedang dibicarakan.

"Kau nak tau, kahwin la cepat2. Apa tanya aku pulak!". Balas Hafiy selamba. Terus bibirnya menguntum senyuman lebar.

"Woah! Bos sengih2 tu.. ada makna tu!". Usik Zikri sengaja menaikkan suasana. Semua yang lain tergelak besar.

"Eh, kau share la dengan kitorang ni. Lagi2 si budak berdua ni, teruna terlajak! Mana tau dengan cerita kau, dia terus cari calon ke". Aizat menambah. Sempat dia menepuk bahu Zikri dan Adlin.

"Habis kau?".

"Eh.. aku takpe. Dah tunang tak lama lagi nak kahwin!". Balas Aizat selamba.

"Dari tahun2 lepas aku dengar benda sama!". Hafiy mengekek gelak. Kotak hadiah yang diberikan tadi, diletak diatas meja kerja.

Aizat malu diperli begitu. Bukan aku taknak kahwin, tunang aku yang tak sedia lagi!

"Dah la.. lagi lama aku layan korang, lagi menjadi2 pulak ye! Dah, buat kerja". Hafiy bangun dari kerusi ingin ke meja kerjanya.

Aizat dan yang lain turut bangun sambil tersengih2 memandang Hafiy. Meja kerja yang lama ditinggalkan sudah berhabuk. Hafiy tercengang. Bulat matanya memandang tak berkelip. Berkali2 dia memisat matanya memandang seakan tak percaya.

"Woi, kalau nak dajalkan aku pun, agak2 lah!". Hafiy menjerit geram.

Fail berwarna coklat yang disusun tinggi melangit di meja Hafiy langsung tak menampakkan rupa meja kerjanya. Aizat ketawa terbahak2.

"Itu hadiah kedua untuk kau!". Ujarnya lagi. Hafiy menggaru kepala yang tak gatal.

Masak aku macamni!

Satu persatu fail diselak laju. Berapa hari aku kena bertapa dalam pejabat ni? Musnah harapan nak balik awal!

"Selamat bekerja, bos!". Perli Zikri sambil menuju ke pantri. Hafiy geram.

"Terima kasih la semua ingat kat aku. Tak sangka korang memang menghargai aku betul!". Hafiy menjeling sahabat baiknya. Aizat membuat muka tak bersalah.

"Bos, ni idea Aizat. Saya tak kacau".

Adlin cuba melepaskan diri tapi Hafiy dulu mengenakannya. Fail ditangan terus melayang cantik mengena bahunya.

"Banyak la kau! Kau pun sama je".

Meledak tawa mereka tambah2 si Aizat. Suka dapat mengenakan Hafiy. Adlin segera berlari ke meja kerjanya, bimbang mendapat imbuhan lagi. Hafiy terpaksa senyum.

Meja kerja kosong di belakang pejabat terpaksa diambil untuk meletakkan fail yang bertimbun. Baru hari pertama kembali kerja dah kena buli. Nasib la!

Fail berwarna coklat itu langsung dipindah ke meja yang baru. Meja kerja Hafiy yang sedikit berhabuk dilap bersih. Baru seminggu tinggal, dah macam hutan amazon!

"Bro, tu semua fail yang belum disemak. Ada few fail klien yang nak kau handle masalah diorang. So, aku kiv kat kau dulu". Aizat bersuara dari meja kerjanya. Hafiy mendengar tekun.

"Kenapa kau tak handle je? Lama la diorang tunggu aku".

"Tu memang klien kau dulu. Permintaan diorang, aku ikut je".

Hafiy duduk di kerusi. Dia sudah bersedia ingin memulakan tugas. Dengan lafaz bismillah, fail pertama diambil lalu diselak perlahan ke helaian pertama. Hafiy baca dengan teliti isi kandungan fail tersebut. Selesai fail pertama dia beralih ke fail kedua dan seterusnya.

Hafiy duduk tekun di meja nya. Masa yang berputar turut terasa sangat lambat. Keluar masuk klien yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling langsung Hafiy tak hiraukan. Matanya tetap fokus pada fail tersebut.

"Aizat, klien Harlina ni bukan dah settle ke haritu?".

Untuk kesekian kalinya, Hafiy bertanya. Lenguh tengkuknya dek asyik menunduk.

"Aku tak sure la. Dia just datang haritu kata nak buat appointment dengan kau. Tu je". Jawab Aizat lancar.

Berkerut dahi Hafiy mendengarnya. Seingat dia, masalah Puan Harlina sudah lama selesai. Suaminya datang untuk merujuk kembali dan dia pun terima.

"Masalah apa lagi ni". Gumam Hafiy sendiri. Dia mencapai marker hitam dari bekas pensel dan menandakan pangkah pada hujung fail tersebut.

Hafiy sudah menyemak hampir separuh tatkala yang lain sibuk keluar makan tengahari. Lenguh pinggangnya.

"Bos, taknak makan ke?". Ajak Zikri sopan. Dia sudah bersedia ingin keluar bersama Adlin.

"Takpe, korang pergi jelah".

"Bos taknak kirim?".

Hafiy diam.

"Takpe, kitorang bungkuskan". Adlin memberi kata putus. Dia tersenyum manis lalu bergerak turun ke bawah.

Tinggal Hafiy sendiri. Jam dipergelangan tangan dikerling. 11.05 tengahari. Hafiy bersandar di kerusi dan memejam mata rapat. Berpinar matanya dek tekun membaca.

"Kau tak turun makan ke?". Tegur Aizat yang baru balik dari bilik solat. Biasanya, waktu2 seperti ini dia akan menunaikan solat dhuha dan menyempatkan diri untuk membaca Al quran.

"Kirim kat budak".

Aizat tersenyum. Dia mengambil kerusi lalu duduk berhadapan Hafiy.

"Ceria aku tengok muka kau! Happy la tu?".

Hafiy tersenyum lebar. "Alhamdulillah, bahagia gila!".

"Baguslah! Kau pun dah lama syok kat dia. Tapi, aku tabik spring la kat kau. Gentle gila cakap dekat parents dia. Aku pun tak sure boleh buat macamtu ke tak".

Hafiy tersengih. Teringat dulu bagaimana dia datang berjumpa Puan Faizah dan Encik Azhar untuk merisik Mariam Syuhada.

"Aku pun terkejut gak buat macamtu dulu!". Terhambur gelak Hafiy. Dia membetulkan duduk menghadap Aizat.

"Dia ok ke?".

"Dia terbaik untuk aku!".

Aizat tersengih. Nampak kebahagiaan Hafiy jelas terpancar di sinar wajahnya.

"Aku doakan kau bahagia sentiasa dengan dia. Cepat dapat anak, tu penting!". Usik Aizat sambil tersenyum nakal memandang Hafiy.

"Yang tu aku tengah usaha tahap dewa!".

Meledak mereka berdua ketawa tak henti. Sakit perut Aizat ketawa. Boleh tahan jugak Hafiy ni!

"Dengar Syuhada ni, mahu dia side kick kau tu".

"Ala.. kau simpan rahsia, takdelah dia tahu". Ujar Hafiy dengan sisa tawa nya. Ingatannya terus membayangkan wajah isterinya. Rindu pulak!

Mereka kembali rancak berborak. Dari cerita tentang perkahwinan Hafiy sehinggalah tentang Aizat dan tunangnya. Macam2 masalah yang dihadapi Aizat. Naik pening kepala memikirkan hal tunang kesayangannya itu.

"Kau slow talk la. Dia lebih sayang kerja, sebab tu dia takde sedia lagi nak kahwin".

"Entahlah! Aku pun pelik la. Dari dulu aku dah cakap yang aku mampu tanggung, tapi dia degil jugak nak kerja pramugari tu. Sakit mata aku tengok". Luah Aizat serabut. Dia meraup wajahnya kasar.

"Yang tu, aku tak tahu la nak cakap apa. Kalau kau dah tak boleh, kau tinggal ajelah". Hafiy memberi saranan.

Aizat mengeluh. Pernah juga dia terfikir untuk tinggalkan tunangnya, tapi hatinya masih sayang. Mak ayah nya dikampung juga dah lama bising tentang pertunangan ini. Aizat dah buntu.

"Nantilah aku fikir macamana". Jawabnya lemah.

Dalam hati, dia sangat mendoakan agar kawannya ini dipermudahkan segala urusan. Moga dia juga akan bahagia sama seperti orang lain.

"Assalamualaikum!".

Mereka dikejutkan dengan suara wanita dari muka pintu. Aizat dan Hafiy bingkas berdiri seraya menjawab salam tersebut. Seraut wajah yang tak dikenali muncul bersama senyuman pahit.

"Boleh saya tolong?". Aizat memulakan bicara.

"Betul ke kat sini ada buat perkhidmatan kaunseling?".

Hafiy dan Aizat mengangguk laju.

"Er.. Puan nak dapatkan khidmat kaunseling, ya? Sebentar ya saya ambil borang". Aizat bingkas ke meja kerjanya lalu mengambil borang peribadi untuk diisi. Hafiy kembali ke meja kerja meneruskan kerja.

"Puan isi borang kat sini dulu. Kejap lagi, kami akan panggil".

Wanita berumur lingkungan 30an itu mengangguk. Dia duduk di meja kerja Aizat dan mula mengisi borang. Terketar2 tangannya. Hafiy sempat melirik wanita itu. Wajahnya penuh sayu.

"Mesti bergaduh". Gumam Hafiy. Dia kembali menelek fail ditangan.

"Er..saya dah isi". Ujarnya pada Aizat. Borang dikembalikan.

"Puan Zahara? Ok, Puan tunggu sekejap, ya". Aizat mengisi borang tersebut kedalam fail kosong berwarna coklat. Dia terus ke meja Hafiy.

"Ambil kes dia ni. Aku tengok macam teruk aje". Bisik Aizat rapat ke Hafiy. Dia menyerahkan fail tersebut kepada kawannya itu.

"Aku pulak? Kau la uruskan. Aku banyak kerja ni".

Hafiy menolak keras. Kerja yang sedia ada pun dah pening, inikan nak menambah lagi.

"Ala.. kau la. Kau kan experience lebih dengan perempuan2 macamni. Ok, ye?". Aizat mengenyitkan mata lalu meninggalkan Hafiy terkapai2. Fail diatas meja dicapai.

"Memang kurang asam punya kawan!". Rungut Hafiy dalam diam. Nak tak nak, terpaksa dia bangun juga mendekati wanita itu.

"Puan Zahara boleh ikut saya".

Hafiy bersuara lembut. Wanita itu mengangkat kepala sebelum mengangguk dan mengekori langkah Hafiy ke bilik khas yang disediakan.

Hafiy mempersilakan duduk. Dia membuka penghawa dingin lalu menuang kopi panas kepada Zahara. Fail diletakkan bersebelah cawan kopi. Hafiy menghela nafas sebelum memulakan perbincangan.

"So, sebelum tu, saya kenalkan diri dulu. Saya Hafiy Arshad, consultant yang akan menguruskan masalah Puan. Okay, Puan Zahara.. boleh ceritakan kepada kami apa masalah Puan?".

Wanita itu diam. Lama sehingga Hafiy terpaksa mengulang soalan yang sama. Perlahan2, dia mulai menangis.

"Saya tak tahu nak buat apa lagi! Suami saya kaki pukul. Saya dah tak larat nak hidup macamni". Luahnya sendu. Wajahnya tertunduk sayu. Hafiy meletakkan kotak tisu dihadapan Zahara.

"Boleh saya tahu berapa lama Puan berkahwin?".

"Dah tiga tahun. Dulu, dia layan saya baik. Sekarang ni sejak dia dibuang kerja atas tuduhan mencuri, saya jadi tempat dia melepaskan marah. Duit nafkah langsung tak dihulur. Suami apa macamtu!". Air mata yang mengalir dilap kuat. Hafiy merasa simpati.

"Saya ni berusaha nak memulihkan rumahtangga kami, tapi dia tetap buat saya macam hamba dia. Saya dah tak tahan lagi macamni".

"Boleh puan terangkan apa yang puan maksudkan dengan hamba tu?".   
"Dia langsung tak anggap saya sebagai isteri dia. Saya dilayan macam hamba. Dia terajang saya. Baru2 ni saya keguguran sebabkan dia! Dia pulang rumah dalam keadaan marah sebab kalah judi, saya tak sempat nak cakap apa2, dia dah belasah saya sampai saya gugur. Dia biarkan saya sorang2 tanggung sakit". Zahara menangis teresak. Pedih hatinya bila mengingati kejadian itu.

"Okay, harap bersabar, ya. Macamni Puan, saya cadangkan puan dan suami puan dapat datang sama untuk sesi kaunseling yang seterusnya. Supaya saya dapat memahami lagi punca sebenar suami puan bertindak macamtu". Cadang Hafiy lembut.

"Dia takkan terima. Saya datang ni pun tanpa pengetahuan dia".

Hafiy mengeluh. Agak susah macamni. Wajah Zahara dipandang lama.

"Boleh puan bagi nombor telefon suami?".

"Ha? Ta.. tak payah! Saya taknak nanti saya kena belasah lagi!". Terketar2 suaranya menolak. Dia takut kalau2 suaminya bertindak diluar jangkauan.

"Ok2, rileks puan. Erm.. siapa nama suami puan?".

Zahara diam.

"Hakim".

Hafiy menulis sesuatu didalam buku catitan nya.

"Pekerjaan Encik Hakim dulu?".

"Pekerja buruh".

Hafiy mengangguk.

"Encik nak buat apa?".

"Saya cuma nak buat rujukan". Jawab Hafiy ringkas. Buku catitan ditutup kemas.

"Saya tak sanggup lagi. Kenapa dia buat saya macamni?". Rintih Zahara lagi. Air mata kembali mengalir.

"Ok, Puan.. satu soalan untuk Puan. Adakah Puan cintakan suami Puan?".

Zahara mengangguk laju.

"Masalah rumah tangga biasanya berlaku bila ada satu pihak yang mula tak mencapai kesepakatan dengan pihak yang lagi satu. Sebagai contoh, bila isteri kata A tapi suami mahukan B. Bila kata rumahtangga, bermaksud kehidupan dalam menguruskan kewajipan dan tanggungjawab alami sebagai seorang suami dan isteri. Puan cerita pada saya sebentar tadi mengatakan suami puan mula bertindak ganas kepada puan setelah dia dibuang kerja. Saya ada satu soalan pada Puan.."

"Er.. iya?".

"Puan ada membantu semasa mula2 kahwin dulu?".

Zahara kelihatan gelabah. Dia terasa diperli.

"Puan, hidup berumahtangga ni perlukan connection antara satu sama lain. Bila suami puan seorang pekerja buruh, gaji yang tak menentu dan mempunyai kekangan waktu untuk puan, sepatutnya sebagai isteri puan lebih menyokong dan membantu dia. Saya akan terima diam puan tu sebagai tidak, lah?". Uji Hafiy.

Zahara kelihatan bingung. Dia melarikan pandangan dari wajah Hafiy.

"Silapnya dalam perhubungan apabila satu pihak memaksa satu pihak tak kira apa pun topik nya. Sebagai contoh, Puan tak langsung membantu dan menyokong suami puan dalam hal ni menyebabkan dia tertekan dan melakukan beberapa kesalahan hanya untuk memuaskan kehendak isteri nya. Betul?".

Zahara terdiam. Perlahan2 dia mengangguk. Teringat dirinya masa baru2 berkahwin dahulu. Oleh sebab tak mahu hidup susah, dia terlalu memaksa Hakim agar bekerja hingga lewat malam dan meminta apa sahaja untuk kesenangan Zahara.

"Saya salah. Saya langsung tak sokong dia. Saya pentingkan diri aje. Memang saya tak boleh nak hidup susah. Saya desak dia untuk beli keperluan saya setiap masa". Perlahan suaranya. Dia kembali menangis.

"Puan, sepatutnya puan menyokong dan membantu suami puan dalam segenap hal. Bila susah, puan sebagai isteri sepatutnya memberi kekuatan lagi pada dia. Ramai isteri ataupun suami yang tak perasan benda ni. Ini yang dinamakan sikap toleransi dan saling memahami".

Zahara mengangguk faham. Dia bersalah.

"Saya tak kata punca nya 100 peratus dari puan. Pada permulaan, memang iya. Tapi, Hakim juga salah kerana langsung tak mengajak puan untuk berbincang. Sebab itu, saya cadangkan agar suami puan turut hadir dalam sesi kaunseling ni".

"Kalau dia tetap tak mahu?".

Hafiy tersenyum. "Kami hanya mampu nasihat mana yang mampu. Selebihnya, terpulang pada puan dan suami".

Zahara mengusap wajahnya. Dia pandang wajah Hafiy lama.

"Saya cuba dulu". Ujarnya perlahan.

"Kalau macamtu, saya cadangkan minggu depan datang balik jumpa saya.. dengan suami puan sekali". Hafiy mencatat sesuatu pada kalender.

Zahara mengangguk.

"Terima kasih, Encik. Er.. boleh saya minta nombor Encik?".

Hafiy berkerut. Belum pernah klien meminta nombor telefonnya.

"Saya bagi nombor pejabat". Hafiy cuba mengelak. Kad nama dihulurkan kepada Zahara.

"Er.. nanti saya call. Terima kasih". Zahara bingkas keluar dari bilik. Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Aizat di meja kerja.

Hafiy menutup pintu. Fail coklat diletak didalam almari yang bertanda 'baru'. Hafiy melabuhkan punggung di kerusi. Teringat kisah Zahara sebentar tadi.

"Masalah apa, bro?".

Hafiy mendecit. "Sama la. Kahwin hanya sebab cinta. Eh, memang kalau kahwin ni sebab cinta and suka aje ke?".

"Kau kahwin sebab apa?". Aizat memulangkan soalan kepadanya. Hafiy terdiam.

"Aku? Yang pasti memang sebab suka".

"Jadi?".

Hafiy diam.

"Tapi, kenapa boleh jadi bergaduh and tak capai kata sepakat pulak? Kata sebab suka?". Hafiy mengerutkan dahi.

Pusing kepalanya memikirkan masalah orang yang baru berkahwin. Jangan lah dia pun ditimpa masalah seperti ini jugak! Minta dijauhkan.

"Bro, kata pun cinta buta. Tak fikir la pasal tanggungjawab ke apa ke". Jawab Aizat senang. Matanya tertumpu pada kerja dihadapannya.

Hafiy mengeluh. Kenapa nak kahwin tapi tak mampu nak pikul tanggungjawab itu? Hurm.

"Bro, tak payah pening la. Memang dah biasa pun". Sambung Aizat. Dia bangun lalu ke pantri.

Hafiy masih ligat berfikir. Sepatutnya kursus kahwin perlu menerangkan dan mengajar lebih terperinci soal tanggungjawab dan sikap yang perlu ada dalam sesebuah rumahtangga berlandaskan ajaran Nabi. Barulah rumahtangga kekal harmoni. Ini tak, asyik cerita hal kelambu aje! Sibuk nak kuning kan kepala otak remaja sekarang yang memang dah kuning!

"Sebab tu la gaduh". Perlahan suaranya. Hafiy menggeleng kepala beberapa kali.

"Bro, mana perhubungan yang tak gaduh? Aku ni, pun hari2 gaduh! Simple je la.. asal kau tau tanggungjawab and bijak hadapi masalah tu, benda boleh settle punya. Orang sekarang lebih fikir nak hubungan badan!".

Hafiy bersetuju dengan kata2 kawannya itu. Tak matang punca keretakan sesebuah hubungan juga.

"Bos, sorry lambat!". Adlin masuk dalam pejabat dengan muka seposen nya. Plastik makanan dihulur.

"Lama nya kau makan!". Perli Aizat. Tersengih budak dua orang tu.

"Solat sekali tadi".

Hafiy mula menjamah. Perutnya baru terasa lapar. Aroma nasi campur terus menusuk rongga hidungnya. Lapar wei!

Belum sempat dia nak menyuap, henset berbunyi tanda ada mesej baru masuk.

Kerja elok2 tau! Rindu abg!
~Syu~

Hafiy tersenyum lama. Rindu jugak dia pada Mariam Syuhada di rumah. Apa lah yang dilakukan isterinya sekarang? Mesti bosan. Hafiy mula menaip sesuatu.

Abg rndu Syu gila! Tggu abg tau!
~hafiy~

Henset diletak ditepi. Hafiy mula menyuap nasi pertama kedalam mulut. Nikmat tak terhingga! Pasti lebih sedap kalau makan bersama isteri tersayang.

Syu msk special utk abg. Syu tggu abg.
~syu~

Hafiy tersenyum lagi membaca mesej dari Mariam Syuhada. Nasi sudah tak dihiraukan lagi. Hafiy mula leka menaip mesej. Aizat dan yang lain mula memandang seraya tergelak kecil. Penangan bercinta lepas kahwin la katakan!

Sdp nya! Abg lapa ni :'-(
~hafiy~

Ala.. siannya~ tggu tw. Nanti abg balik kita mkn ssme.
~syu~

Abg pnt ni, byk kerja kena buat. Bdk2 dera abg.
~hafiy~

Amboi! Sian abg ye. Nnt syu komplen dkt dorg!
~syu~

Hafiy tergelak kecil. Lucu bila melihat keletah sendiri. Angau betul aku ni!

"Hai bos! Sengih memanjang tu.. mesej dengan wife tercinta ke?". Usik Zikri sambil tergelak kecil. Wajah Hafiy mula bertukar. Malu pulak!

"Er.. sebok la kau! Buat kerja tu tak payah nak stalk aku". Hafiy gelabah. Nasi disuap kembali ke mulut.

Aish! Macamana pulak aku tak cover ni?!

Aizat, Zikri dan Adlin mengekek gelak tak sudah. Suka menyakat kawannya itu. Baru hari pertama kerja dah angau mesej.

"Takpe bro, aku kasi can kat kau!". Aizat membalas. Dia bangun sambil meletakkan fail didalam kotak.

"Sudah la korang! Jealous kan?". Hafiy silang tangan ke dada. Acah2 berlagak.

Aizat tersedak.

"Kitorang jealous? Oh no! Terima kasih ajelah. Tak rasa apa pun. Kan Zikri, Adlin?".

Mereka berdua mengangguk laju. Muka selamba takde perasaan.

"Shut up!".

Hafiy membaling pen marker kearah Aizat. Lagi kuat mereka gelakkan. Hafiy sambung menjamah makanan. Malas nak layan usikan kawannya. Henset terus diletak di tepi timbunan fail.

"Fiy, dah sudah ke? Solat jom!".

Hafiy yang baru selesai makan terus bersetuju. Mujur Zikri dan Adlin sudah lama menunaikan solat. Pejabat ditinggalkan dibawah penguasan budak berdua itu.

"Kalau ada nak jumpa, suruh tunggu". Pesan Aizat kepada Zikri.

Mereka terus menuju ke masjid yang berdekatan dengan pejabatnya. Jalan raya agak lengang kembali memandangkan waktu rehat pejabat sudah lama habis.

Sampai sahaja di dalam masjid, mereka mula mengambil wudhu dan terus menunaikan solat zohor berimamkan Hafiy sendiri. Menjadi kebiasaan Hafiy dan Aizat untuk berjemaah sekali. Kalau tak Hafiy, pasti Aizat yang akan menjadi imam. Solat disudahi dengan salam dan doa yang panjang dan penuh khusyuk dibaca. Aizat mengaminkan setiap doa2 tersebut. Mereka bersalaman lalu bangun untuk kembali ke pejabat.

"Panas betul harini". Ujar Hafiy. Pedih matanya memandang langit.

"Tulah, malam pun bahang je. Aku rasa kena beli aircond la lepasni!". Gelaknya.

Belum sempat mereka keluar dari perkarangan masjid, mereka dikejutkan dengan suara wanita dari arah belakang.

"Encik Hafiy?".

Hafiy menoleh begitu juga Aizat. Seperti pernah lihat, tapi siapa ya?

"Maaf ganggu. Saya Zahara, yang datang tadi".

Hafiy tersenyum. Dipandang wajah Aizat yang penuh dengan tanda tanya. Dia menjongket bahu.

"Boleh saya cakap dengan encik sekejap?". Pintanya lemah.

Aizat menyiku lengan kawannya. Berharap agar jawapannya tidak. Hafiy terdiam lama.

"Kenapa ya? Penting ke?".

"Ya, penting sangat!". Jawabnya laju. Bertambah pusing lagi Aizat memandang.

"Kat pejabat jelah". Aizat bersuara bagi pihak Hafiy. Macam pelik aje perempuan ni!

"Er.. tak.. er, kat sini je boleh tak?". Zahara memandang wajah Hafiy minta persetujuan.

"Bro, kau balik dulu la. Aku jumpa dia ni kejap". Hafiy separa berbisik. Aizat menggeleng laju.

"Kau pun! Kat pejabat kan boleh?".

"Dia taknak. Takpelah, kejap je ni".

Aizat berdiri lama disitu sebelum beredar. Sempat dia mengingatkan kawannya agar berhati2. Hafiy tersengih.

Aizat hilang dari pandangan. Hafiy melangkah menuju ke meja batu diperkarangan masjid. Dia mempersilakan Zahara duduk. Masih ada lagi tetamu Allah yang keluar masuk masjid untuk menunaikan solat. Hafiy bersuara.

"Ada apa puan nak jumpa ni?".

Zahara mengangkat wajah memandang Hafiy. Anak matanya kelihatan takut.

"Saya takut".

"Er.. kenapa?". Hafiy mula risau. Suaminya pukul lagi ke?

"Saya bagi mesej pada Hakim cerita tentang benda ni. Dia maki saya. Dia kata saya balik nanti, dia nak bunuh saya". Terangnya perkara sebenar. Hafiy terkejut.

"Tak mungkin la macamtu".

"Tak! Dia tu kalau cakap, dia akan buat! Tolong saya! Saya takut". Rintihnya sayu. Air mata mula bergenang dikelopak mata. Zahara menggeletar.

"Sabar puan. Macamni, saya rasa lebih elok puan balik bincang elok2 dengan suami. InsyaAllah, saya percaya dia takkan apa2 kan puan". Hafiy cuba meyakinkan Zahara.

"Encik tak percaya saya ke? Sebelum ni, bila dia kata dia akan belasah saya, memang betul! Saya tak tipu encik. Ni buktinya". Zahara terus mengeluarkan henset dari poket beg tangan.

Hafiy membaca dengan tenang. Mesej dari Hakim yang bertulis sama seperti yang diceritakan. Hafiy mengeluh.

"Puan kena jugak slowtalk dengan dia. Puan kena berani. InsyaAllah semua akan selamat".

Hanya itu yang mampu diucapkan. Sejujurnya, Hafiy turut merasa risau kalau2 benar Hakim akan melakukan sesuatu diluar jangkaan.

Zahara mengeluh. Serabut kepalanya saat ini. Henset digenggam kemas. Air mata sudah habis kering. Dia masih buntu, tak tahu nak buat apa lagi.

"Saya tak jamin. Saya kenal Hakim tu. Erm.. takpelah! Maaf ganggu masa Encik Hafiy. Saya balik dulu".

Zahara bangun lalu melangkah pergi meninggalkan Hafiy. Kepalanya sarat dengan seribu satu masalah rumahtangga. Dia mengharapkan Hafiy dapat membantu, tapi jangkaannya meleset. Kini, dia terpaksa pulang dengan penuh ketakutan.

Hafiy mengeluh. Wajahnya diraup berulang kali. Hafiy serba salah pula. Tapi, dia lagi cara yang boleh dia lakukan buat Zahara. Hafiy hanya mampu berdoa sahaja agar semuanya berjalan lancar.

Sampai sahaja dia pejabat, Aizat orang pertama yang mendekati Hafiy. Bertubi2 soalan yang diutarakan buat kawannya itu. Hafiy masih diam.

"Kau ok tak?".

"Hurm.."

Aizat duduk berhadapan Hafiy. Dia masih tak berpuas hati.

"Ada apa dia jumpa kau?".

"Masalah laki dia. Entahlah! Serabut kepala aku".

Hafiy menguak rambutnya. Fail yang bertimbun langsung tak menarik minatnya untuk meneruskan.

"Kenapa laki dia?".

Hafiy memandang Aizat. Aduh, dia ni! Aku dah serabut, dia tambah lagi!

"Laki kaki pukul ni susah betul nak handle. Bini jadi mangsa!". Ujarnya perlahan. Tangannya ligat bermain dengan pen hitam. Hafiy buntu.

"Dia tu ke maksud kau? Apesal? Dia takut laki dia belasah ke balik nanti?". Tebak Aizat disambut dengan anggukan Hafiy.

Aizat mula faham situasi yang berlaku. Patut lah suram aje bila datang tadi.

"Habis, apa kau nak buat?". Aizat bersandar di kerusi menanti jawapan Hafiy. Kawannya hanya menjongket bahu.

"Tolong boleh, Fiy. Jangan lebih aje. Takut nanti, lain pulak jadi". Pesan Aizat sebelum beredar ke meja kerjanya. Hafiy memandang kawannya lama.

Nak jadi apa pulak!?

"Aku tau la". Hanya itu jawapan Hafiy.

Dia kembali meneruskan kerjanya. Sebolehnya Hafiy cuba melupakan masalah yang melanda wanita itu. Batas dalam bekerja. Dia perlu sentiasa berhati2. Hafiy terus leka dengan kerjanya sehingga waktu pejabat habis.

***

"Abang, termenung apa tu?".

Mariam Syuhada datang sambil membawa segelas jus oren buat suaminya. Hafiy yang sedang duduk termenung di muka pintu segera tersenyum. Hilang ingatannya terhadap masalah di pejabat.

"Takde apa lah". Air diteguk perlahan. Sejuk mengena tekaknya.

"Masalah kerja ke?". Tebak Mariam Syuhada. Dia mula mengurut lembut bahu suaminya. Hafiy selesa.

"Erm.. banyak sangat kerja kot. Letih kepala ni nak fikir. Diorang pulak taknak tolong langsung!". Adu Hafiy manja. Tangan Mariam Syuhada dicapai lalu dikucup mesra.

"Sian abang! Jangan terlalu khusyuk sangat nak siapkan sampai tak rehat. Nanti Syu risau!".

"Iye la sayang!". Pipi Mariam Syuhada dicubit lembut. Dia mengaduh manja.

"Harini Syu buat apa je kat rumah?".

"Erm.. makan, tidur, tengok tv, ngaji.."

Hafiy tersenyum manis. Kesian Mariam Syuhada.

"Syu nak balik rumah umi ke?". Soal Hafiy, risau isterinya tak selesa duduk seorang diri.

"Syu ok la. Nanti kalau Syu balik sana, kesian abang nak ulang alik ambil pulak!". Rambut Hafiy diusap perlahan. Rindu benar dengan suaminya.

"Ok la macamtu. Abang risau isteri abang ni je. Takut bosan sorang2 kat rumah ni".

"Syu ok". Dia menunjukkan 'thumbs up' kepada Hafiy.

Jus oren diteguk lagi. Pandangannya dihala keluar rumah.

"Abang, esok Hafiza nak datang sini. Boleh, kan?".

"Hurm.. boleh! Bila tu?". Soal Hafiy sambil membetulkan duduk.

"Tengahari. Syu ingat nak masak lebih sikit. Abang terigin nak makan apa?".

Hafiy teruja. Bab makan memang dia takkan lepaskan lebih2 lagi Mariam Syuhada yang masak!

"Ayam kicap pun sedap. Abang teringin la". Pintanya manja. Mariam Syuhada mengusap lembut pipi hafiy.

"Okay!".

Hafiy teruja. Terus lapar perutnya mengenangkan ayam kicap malam2 ni. Lama2 duduk dengan Mariam Syuhada, boleh buncit perutnya.

"Barang2 ada ke nak masak?".

Mariam Syuhada mengangguk. Kebetulan memang ada ayam mentah didalam peti ais.

"Abang rindu Syu tak?". Mariam Syuhada melentokkan kepalanya di bahu Hafiy.

"Rindu la.. kenapa tanya tu?".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Sengaja dia ingin bermanja dengan Hafiy malam ni. Entah mood apa yang datang tiba2, dia pun tak tahu.

"Saja la. Abang rindu Syu banyak mana?". Lengan Hafiy disilang dengannya.

"Erm.. lebih banyak dari Syu rindu abang". Jawabnya separa berbisik. Rambut Mariam Syuhada dikuak lembut. "Eh, Syu tukar shampoo ke?".

Dia mencium kembali rambut isterinya. Lain bau dari yang sebelumnya. Kali ini lebih wangi.

"Ha'ah! Syu pakai shampoo lain. Tak wangi ke?". Dia mencium rambut sendiri. Bau bunga mawar menusuk hidungnya.

"Wangi. Abang suka bau ni. Pakai terus la. Syu beli bila shampoo ni?".

"Hafiza hadiahkan. Dia yang jual!". Jawab Mariam Syuhada seraya tergelak kecil.

Kawannya itu sudah mula berbisnes pulak. Bisnes Shampoo.

"Abang suka bau dia. Wangi sangat!". Hafiy mencium lagi rambut isterinya. Pandai Mariam Syuhada menjaga penampilan diri.

"Eh, abang tak jawab lagi soalan Syu tadi!".

Hafiy berkerut, "Dah la, sayang. Abang sayang Syu lebih dari Syu sayang abang". Dia mengulangi jawapannya.

Mariam Syuhada duduk menghadap Hafiy. Pipi Hafiy dicium lembut. Hafiy pandang hairan.

"Ada apa2 ke yang abang tak tahu ni? Kenapa manja semacam je ni?". Soal Hafiy tak puas hati. Wajah Mariam Syuhada dipandang lama.

"Saja , tak boleh ke?".

Hafiy tersengih. "Boleh aje, cuma abang pelik je".

Mariam Syuhada tersenyum langsung tak menghiraukan kata2 Hafiy. Dia menggenggam jari Hafiy erat.

"Syu sayang abang!".

Hafiy memandang wajahnya lama. Mariam Syuhada tersengih.

"Apa?".

Merah pipinya menahan malu. Sebetulnya, dia sengaja nak bermanja dengan Hafiy malam ni. Tapi, suaminya langsung takde perasaan je.

"Nak goda abang, eh?". Bisiknya. Mariam Syuhada tepuk bahu suaminya kuat.

"Takde masa nak goda. Syu nak manja dengan suami sendiri je". Mariam Syuhada kemudian bersandar dibadan Hafiy. Suaminya terus memeluk erat Mariam Syuhada kemas.

"Ingat nak goda abang malam2 ni. Berdebar pulak kita!". Seloroh Hafiy.

Mariam Syuhada memandang langit malam. Tenang sekali. Bintang yang begemerlapan menarik minatnya.

"Cantikkan bintang tu!". Tunjuk Mariam Syuhada arah langit. Hafiy menoleh.

"Cantik lagi Syu". Gumamnya. Mariam Syuhada tersenyum.

"Bintang tu tetap bersinar walaupun takde siapa yang nak tengok malam2 ni".

"Syu pun tetap bersinar untuk abang tengok hari2". Hafiy membalas. Kali ini, Mariam Syuhada tergelak kecil.

"Tak bosan ke?".

"Tak pun! Syu cinta hati abang sampai syurga".

Mariam Syuhada tak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Tangan kasar Hafiy dielus lembut.

"Abang janji pimpin Syu jadi isteri solehah, tau! Syu nak jadi bidadari abang nanti".

"Ameen, InsyaAllah!".

Mereka terus termenung memandang langit sambil bergurau senda. Ada saja usikan Hafiy buat Mariam Syuhada. Sakit perut Mariam Syuhada asyik tergelak kuat sahaja.

"Syu suka budak2?".

"Syu suka sangat! Comel aje dengan pipi tembam nya!". Mariam Syuhada teruja. Dia terus membayangkan wajah bayi yang tembam2.

"Nanti nak anak berapa ramai?". Selamba Hafiy menyoal.

"Apa tanya macamtu? Malu aje". Mariam Syuhada menekup wajahnya. Malu!

"Kenapa? Abang nak tanya pun salah ke?". Sengaja dia mengusik Mariam Syuhada. Sejujurnya, dia juga malu bertanya soalan seperti itu.

Bahang wajahnya terasa. Pasti merah mukanya saat ini. Hafiy tergelak kecil. Dia mengeratkan lagi pelukan. Mariam Syuhada perlahan2 memandang wajah Hafiy.

"Kenapa?". Hafiy memandang isterinya tak bersalah.

"Nak tidur tak?".

Mariam Syuhada menggigit bibir. Haish, merah dah pipinya!

Hafiy tergelak kecil. Lucu melihat wajah isterinya yang merona merah.

"Jom! Abang pun rasa macam nak tidur pulak tiba2!".

Mariam Syuhada bingkas bangun lalu menarik lengan Hafiy agar mengekorinya. Dia tersenyum suka. Indah malamnya hari ni.

***

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience