Call Girl 23

Romance Series 1321822

Call Girl 23

Gibran menjeling sekilas gadis yang sedang nyenyak tidur diatas katilnya itu. kad pengenalan gadis itu yang berada di tangannya dipandang Rania lee.

Tangan terus menyeluk poket seluar tracknya dan mengeluarkan satu lighter. Rokok di atas meja kecil itu diangkat dan dibuka kotaknya. Lighter dihidupkan dan putung rokok itu di sedut Perlahan-lahan.Dia berjalan keluar dan bersandar didinding balkoni biliknya. Diam.
Matanya hanya memerhati penorama lampu bangunan disekitarnya.

Telefon bimbit yang berdering lantang minta diangkat menarik perhatiannya. Pantas dia mencapai telefon di atas meja kecil di balkoni. MyJasmine.

Simbol hijau ditolak kenan perlahan.

"Hi Hensem.. Apa macam Dinner in bed ?" Tanya suara dalam corong telefon itu sebaik sahaja Gib menjawab panggilan dari Gadis itu.

Haish! Nasib baik seketul Jasmine ni jauh, kau di depannya sudah di ketuk kepala gadis itu.
'Dinner in bed' Teringat akan hal itu Gib tersenyum sinis.

"Tidak mengena cita rasa aku.."

Mendengar akan jawapan lelaki itu Jasmine lantas ketawa kuat. Gib menjauhkan sedikit telefon dari telinganya.

"Kenapa nasi lemak 50sen ke?" Masih dengar sisa tawa Jasmine.

"Cit!" Gib mendengus.

"Min...Aku tak rasa dia 'Perempuan abang kau.' loose gila."

"Ha Ha Ha ." Makin kuat Jasmine ketawa.
sampai terbahak kalau boleh sampai nak keluar anak tekak. Hahah!

"Aku tak faham apa yang si gila tu nak buat sebenarnya... But aku yakin bukan dia bukan betina malam tu. " Ujar Gib lagi.

Puas dia memikirkan apa yang cuba dirancang Carlos tetapi tetap tak dapat membacanya. Kalau gadis ini adalah perempuan yang cuba membuat onar dengan lelaki itu, Tidak mungkin dia akan bernafas lagi. Ya dia yakin itu tapi..

"Min pun tak tahu.."

Suasana diam seketika.

"Hurm Esok kita jumpa aku belanja makan. Kau ajak Zahra sekali." Ujar Gib memecahkan kesunyian.

" Wah huntung! Kenyang makan malam ni. Esok nak belanja kita makan pulak bahagia rasa hahaha." Suara Jasmine kembali ceria.

" Banyak la!"

"Ha ha Okey okey! Esok min ajak isteri orang tu keluar sekali janji tau jangan lupa. Muah dah pi main jauh-jauh bye monster love u." Ujar Jasmine sebelum mematikan taliannya.

Telefon di tangan Gib di pandang serta-merta bibirnya menarik senyuman. Kepalanya digelengkan

"Jasmine..Jasmine"

......................

Shahirul bersandar di sofa mewah itu kedua kakinya diangkat dan di letak diatas meja kaca itu. Rokok di tangannya di sedut pelahan-lahan lalu di lepaskan.

Matanya masih memandang Susuk tubuh seorang lelaki yang hanya memakai boxer sedang berjalan menu ke dapur. Beberapa minit kemudian lelaki itu membawa segelas air kosong berjalan keluar mendekatinya.
Ruang Panthouse itu sunyi. Hanya kedengaran bunyi hujan diluar sana.

"Aku tak sangka di lagi cantik dari dalam gambar ."Ujar farizal gelas di tangannya dia letak diatas meja. Tubuhnya direbahkan ke sofa single didepannya.

"Dah tu. kau tangkap cinta?" Soal Shahirul bersahaja.

Melihat Lelaki itu membisu, Sharirul menekan bara rokoknya di dalam bekas yang tersedia diatas meja.

" So dah jumpa depan mata jadi apa plan kau?"

"Aku nak dia sendiri buat Perempuan tu menderita, Dan pelahan-lahan aku akan buat dia sendiri singkirkan perempuan tu tanpa kotorkan tangan aku." Terbit bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Habis orang tua tu ?"

"Relax bro kita buat kerja pelahan-lahan apa nak gelojoh." Ujar Farizal Di kembali berdiri apabila melihat seorang gadis yang turun dari tangga panthousenya itu.

Shahirul menoleh sedikit kepalanya memandang gadis itu. Tangannya di angkat sedikit tanda menyapa.

Farizal Jalan mendekati gadis itu tanpa memperdulikan Sekeliling pingang gadis itu dia tarik rapat dan bibirnya terus meyambar bibir gadis itu.

"Thanks layan i malam ni." Ujarnya setelah melepaskan ciuman itu. Gadis itu hanya mengangguk.

"i pergi dulu. bye hensem.." Dia menolak sedikit tubuh lelaki itu dan terus keluar dari panthouse itu.

Farizal hanya menghantar gadis itu dengan ekor matanya sahaja. Dia kembali duduk di sofa single itu.

" Eiyad macam mana? " Soal farizal kotak rokak diatas meja dia akan lalu di keluarkan sebatang rokok.

" Masih berseronok."

" Perhatikan dia macam biasa kali ni aku tak nak dia rosakkan semuanya." Rokok yang sudah dinyala api dihujungnya itu disedut dan di lepaskan pelahan.

Matanya dipejamkan. Terbayang Wajah manis Zahra yang tersenyum padanya. Bibir itu wangian gadis itu. Lekok tubuh gadis itu.
Sungguh dia impikan sentuhan gadis itu.
Dan Dia akan pastikan dia akan membuatkan gadis itu puas.

"Shit!" Ujarnya pelahan. Sungguh dia tak tahan.

.....................

Seawal Jam 2 pagi Zahra terjaga dari lenanya. Dia menoleh sedikit ingin melihat ruang disebelahnya.Ruang itu masih kosong.
Ternyata Suaminya itu tidak masuk ke dalam bilik mereka lagi.

Pelahan-lahan dia turun dari katil. Rambutnya hanya di sanggul biasa. Dia melangkah ke dapur perutnya yang sudah bekeroncong meminta diisi.

Ketika dia melangkah ke dapur dia ternampak sekujur tubuh duduk diatas lantai sambil bersandar di dinding ruang tamu rumah itu.

Zahra memandang pelik sekujur tubuh itu. Pelahan-lahan dia memberanikan diri menghampiri tubuh itu. Dapat dia melihat Carlos yang hanya bersandar disofa dengan wajah menunduk.

" Carlos?" panggilnya pelan. Terdengar sayup-sayup rintihan lelaki itu. Carlos mengangkat wajah kacaknya dan Zahra terkejut. Dapat dilihat wajah pucat Lelaki itu. Dengan baju tshirt yang tersarung pada tubuh itu sudah sedikit koyak.

Mata Carlos berkerut seperti menahan sakit. Zahra mengangkat sedikit wajah lelaki itu, Ada sedikit lebam dihujung bibirnya. pelahan-lahan bibir lelaki itu diusap lembut. Dia terus memapah tubuh Carlos naik ke bilik mereka. Dan tubuh besar itu diletakkan di atas katil. Huh, beratnya! Nafasnya dihelakan.

Kemudian Tshirt lelaki itu ditangalkan.Dia mengambil tuala kecil lalu dilap dengan air suam. Sesaat mata mereka bertentangan.
Lama Carlos merenung Wajah isterinya itu.

Setelah selesai Zahra bangun ingin menyimpan kembali Tuala basah itu. Tapi belum sempat dia bangun terasa tangan kasar mencengkam pergelangan dia lembut. Zahra terkejut.
Carlos memandangnya.

"Stay!."ujar suara lelaki itu perlahan.

Zahra masih kaku.

Sebelah tangan Carlos masih mencengkam pergelangan tangan Zahra, Dan satu lagi digunakan untuk menarik tubuh ramping itu berbaring di atasnya. membulatkan matan Zahra dengan tindakan cepat suaminya itu.Wajahnya kini berada di dada lelaki itu.

"Im sorry love.. i can't control my temper...im really sorry." Wajah gadis itu diangkat memandangnya.Dia memohon agar wanita itu membalas ucapannya. Diusap perlahan pipi Zahra dengan tangannya. Terasa pinggangnya semakin erat dipeluk Carlos. Zahra masih sama kekal diam tanpa bersuara.

" Say Something please.. im begging u sayang.." Rayu Carlos.

Zahra mengangkat wajahnya menatap wajah lelaki itu.

" Tidur la, u mesti penat." Tangannya yang mendarat di dada lelaki itu sebentar tadi pelahan-lahan melingkari pinggang lelaki itu.

" Good night Carlos."

...................

" Morning ara." Ceria Wajah Jasmine menyapa gadis itu ketika Zahra sedang menunggu lif.

" Morning Cik Jasmine."Balas Zahra bibirnya tersenyum memandang gadis itu.

" Lunch sama tau hari ni." Ujarnya sempat dia menjeling Kak iparnya itu. Matanya dikenyitkan.

Jasmine memandang kiri dan kanan. Lalu dia mengeluarkan sebuah kotak kecil. Dihulurkan kepada Zahra. Kotak itu bertukar tangan. Berkerut Dahi Zahra bila melihat kotak itu. Cepat-cepat dia meletakkan di dalam handbegnya.

" Simpan kalau boleh jangan bagi tahu frère ( Abang ) Guna bila perlu, Min dah letak simcard and save beberapa nombor dalam tu."
Ujar Jasmine sebelah tangan Zahra di ambil dan di isap lembut. Bila dia ingin melepaskan tangan itu matanya terlihat akan kesan lembam di hujung jemari Zahra.

" Ara, Frère..(abang)...?" Soalnya sambil menatap anak mata gadis itu.

Zahra yang baru tersedar segera menarik tangannya. Kepalanya digelengkan.
Jasmine mendengus. Dalam hatinya menyumpah serah abangnya itu.

" Min Please.."Ujar Zahra.Jasmine mendengus geram.

" Ye lah ! Lunch tunggu min kat bawah kita keluar makan sama." Kata Jasmine terus dia meningalkan Zahra di situ.

Zahra menghelakan nafasnya. Pemergian Jasmine hanya dihantar dengan ekor matanya sahaja.

........................

"Asal muka kau bro ?" Berkerut Dahi Gib melihat wajah Carlos ada sedikit kesan lebam hujung bibir lelaki itu dan pipinya sedikit calar.

"Someone messed with me last night."

" Oh god! Asal kau tak call aku terus malam tadi."

Carlos bersandar di kerusi kerjanya tangannya naik memicit pelipisnya. Matanya dipejamkan.
Sakit dibadannya masih terasa. Letih dan penat bersatu.

Peristiwa malam tadi kembali berlayar di mindanya. Ketika dia keluar berseorangan untuk menenangkan fikirannya, Dia perasaan ada seseorang mengekorinya.
Siapalah yang hantar budak mentah itu.
Nasib sempat si mentah itu melarikan diri, Jika tidak lunyai dikerjakan olehnya.

"Aku nak kau suruh budak-budak tu Keep an eye on Zahra. Kalau diorang dah boleh buka langkah tak mustahil Zahra akan kena juga." Gib hanya mengangguk.

" So Apa Plan kau?" Soal Gib sahaja mencuba nasib. Mana tahu lelaki itu akan memberitahunya.

"Just keep your eyes on her Gib!" Gib mendengus.

"Apa susah sangat kau nak bagitahu aku. Kau tak percaya aku ?"

"Just Keep an eye on her that it!" Keras suara lelaki itu kali ini.

"Apa permainan kau sebenarnya? Kalau kau still berahsia macam ni aku sendiri tak tahu apa patut aku buat. Apa-apa boleh berlaku Carlos." begitu juga Gib suaranya juga sudah meninggi.

Carlos sudah berdiri. Tajam matanya memandang Gib yang berdiri di depannya. Hanya meja kerja lelaki itu sahaja memisahkan mereka.
Sunyi seketika ruang pejabat milik Carlos itu.

Tok !
Tok !
Tok !

Pintu bilik lelaki itu di ketuk. Pelahan-lahan timbul pintu itu dipulas Zahra menolak pintu itu pelahan.

" You.." Apabila melihat Susuk tubuh Carlos dia terus menyapa. Melihay muka ketat suaminya itu serta-merta Aura dingin menyapa dirinya.

"i nak keluar lunch dengan Jasmine ye hari ini tapi kalau tak boleh i lunch dengan u je."
Matanya sempat melirik ke arah Gib, Bibirnya menarik sedikit senyuman tanda menyapa.

" Okey." Hanya itu yang dibalas suaminya.
Melihat wajah Carlos yang dingin. Dia segera menutup pintu bilik itu kembali.

" Aku bawa Jasmine and Zahra lunch dulu." Ujar Gib dan terus melangkah keluar.

..................

Makan yang terhidang di dalam buffet itu di pandang dengan senyum. Perut yang sudah berkeroncong minta di isi. Tersenyum Zahra memilih makan di depannya. Usai memilih makan dia berjalan ke meja mereka.

" Thanks Gib, Belanja makan murah rezeki awak.." Ujar Zahra setelah duduk di sebelah Jasmine.

" Semalam orang tu makan besar tu, dia belanja kita kaw-kaw punya ." Kata Jasmine sambil ketawa.

Zahra memandang sekeliling Restoren berputar Atmosphere 360 di menari Kuala Lumpur ini. Disini menyediakan makan tengah hari yang enak Daripada hidangan Barat Hingga ke masakan tempatan, tempat ini menghidangkan menu bufet, dan hidangan à -la carte dan pelbagai minuman yang menyegarkan!

Pada ketika ini, restoran ini menyediakan pilihan bufet untuk makan tengah hari dengan pembuka selera, pelbagai jenis sup, kuih, mi, hidangan utama bagi pilihan hidangan tempatan dan juga pencuci mulut.

Jasmine juga memberi tahu menu restoran ini sentiasa bertukar setiap bulan, jadi setiap kali pengunjung yang datang akan nikmati pilihan yang berbeza.

"Ara.." Panggilan Jasmine menyentakkan lamunannya.
"Makan la mengelamun apa."Zahra mengangguk. Pelahan-lahan makan di dalam pinggannya dijamah.

" Are u okey Zahra? u face looks pale." Ujar Gib walaupun muka gadis itu ada solekkan nipis.
Tetapi masih nampak wajahnya kelihatan tidak bermaya.Zahra mengangkat wajah memandang Gib.

" Saya okey la.. Maybe tak pakai lipstik tu tak naik seri.. tapi still cantikkan.." Balas Zahra Dua keningnya diangkat dan bibirnya mengukir senyuman lebar. Tercetus gelak tawa Jasmine dan Gib apabila mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut gadis itu.

"Of cause la cantik, Tengok la adik ipar pun ala-ala internasional model betul tak monster." Sampuk Jasmine sambil mengenyit sebelah matanya memandang Gib.

" Oh My God! Kenapa aku kena duduk dengan 2 orang perempuan yang perasaan.. Tuhan tolong bawa aku pergi..."

"Moster !"

" Gibran!"

Ujar Zahra dan Jasmine serentak. Lalu mereka terus ketawa.

..............

"Dah puas amik gambar ala model internasional Miss Jasmine?" Tanya Gib kepada Jasmine saat mereka berjalan beriringan melangkah masuk ke dalam pejabat.

"Puas sangat-sangat look Gib, Gambar Ara semua cantik-cantik photogenic my sister in low ni tau."Puji Jasmine dengan senyuman nipis di bibirnya. Iphonenya di tangan dihulurkan pada Gib.

"Ish mana adalah."

"Tengok tukang ambil la kalau dah memang pro posing tak lawa pun boleh jadi lawa." Kali ini Gib bersuara hampir satu Jam dia melayan Dua orang gadis yang sakan bergambar nasib ofice tu ada kena mengena dengan mereka kalau tak silap hari bulan dapat surat cinta.

"Halah nak juga nama dia ni menyampah lah!"
Zahra hanya ketawa. Sungguh hari ini dia rasa sangat gembira.

"Dah memamg betul aku yang ambil gambar, Cuba tengok gambar kau ambil dengan aku ambil beza kau tahu." Ujar Gib seraya ketawa kuat melihat wajah menyampah Jasmine.

"Yalah Sebab orang yang u ambil gambar tu dah memang cantik, Gambar pun cantik la." Ujar Jasmine mengangkat bakulnya sendiri.

Gib terus buat-buat nak muntah. Geli. Kesian member tak ada orang tak puji. Tu yang terpaksa puji diri sendiri tu. Manakala Zahra sudah ketawa.

"Jasmine" terus mereka menoleh saat ada suara menyapa gegendang telinga mereka. Rissa.

Senyuman di bibir Zahra mati saat terpandangkan susuk tubuh seseorang di belakang Rissa. Carlos berjalan sambil membetulkan lipatan lengannya. Dua butang teratas bajunya sudah di buka. Berkerut dahi Gib Tajam matanya memandang dan Carlos bersilih ganti.

"Rissa?"Tengur Jasmine sempat menjeling abangnya.

"Dari mana ni happy je."

"Ada meeting sikit kat luar tadi." Jawab Jasmine.

"U look familiar."Rissa memandang Zahra.
Sesaat mata mereka bertentangan. Jasmine dan Gib memandang Zahra saat mendengar pertanyaan ceria dari bibir Risaa.

" kalau tak salah i, u ara kawan Eiyad." Ujar Rissa dengan senyuman lebar di bibirnya.

Zahra menarik senyum mendengarnya. Perlahan-lahan kepala mengangguk.

"U buat apa kat sini." Soal Rissa pada Zahra

"Kerja.." Hanya sepatah dibalas Zahra. Matanya melirit ke arah carlos.

Carlos yang baru tiba hanya mempamerkan wajah dingin Dan seperti biasa, pandangan Carlos kepada mereka kosong.

"Actually she's my ...." Belum sempat Jasmine ingin memperkenalkan Zahra sebagai isteri Abangnya namun Zahra menggenggam erat erat pengelangan tangan Jasmine. Menghalang gadis itu daripada berkata. Mata Jasmine tajam memandang abangnya itu.
What is this bullshit telling me?. Zahra cuma senyum sahaja.

"She's Jasmine assistant." Akhirnya Carlos bersuara.

" Ooh." Rissa tersenyum dan mengangguk.

" Jom." Carlos memeluk pinggang Rissa.

"kita orang kena pergi dulu ya Bye!" Rissa masih tersenyum melambai tangannya, Dan terus berjalan beriringan bersama Carlos.

Jasmine mendengus. Dia masih memandang belakang tubuh Carlos dan Rissa. What the hell is that trying to do? Panas hatinya melihat tingkah laku abangnya itu. Selamba memeluk gadis lain dihadapan isterinya.

Aku kalau tak fikir Zahra memang dia dah Maki Carlos tadi. Abangnya seolah-olah bermain dengan api.

"Jom" Ajak Zahra, Dia sudah mula melangkah.

Jasmine terus menarik lengan Zahra Gib hanya menjadi penonton sahaja. Dia perasaan air muka Zahra mula berubah. Tetapi gadis itu pandai sembunyikannya.

"If one day, u nak tinggalkan semua ini. Just tell me, i will take you away from all this pain Ara."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience