VS 9

Drama Completed 85759

Eva bersila diatas katil.
ipad Air warna gold miliknya dicapai dari sisi meja katil.
Jari meleret skrin ke atas dan kebawah.

Di Instagram banyak gambar tentang dia dan Daim dikongsi dengan dihiasi komen yang berbau negatif.
Eva buka Fac, juga sama, twitter mentelah lagi la.

Gambar mereka yang dimuat naik di youtube juga mendapat lebih 'unlike' dari 'like.'

Bukan Eva lapar dengan 'like' , tapi sedih bila peminatnya percaya yang Eva dan Daim melakukan hubungan terkutuk dengan hanya sekeping gambar tak bergerak.

‘Betul la dia scandal dengan stuntman tu. Lagi nak Claim best friend?’

‘Kalau tak buat apa-apa? Kenapa sampai baju Daim boleh koyak? Hai Eva.. jangan nak tunjuk alim sangat la.’

‘Der.. aku nampak love bite la weiii’

‘Wooo... kuat jugak BESTFRIEND bergurau, sampai gigit kat leher?’

Eva keluh panjang..
Banyak lagi komen bodoh yang dia terima.
Tapi otak dah malas nak tafsir semua.

Akhirnya i-pad dicampak kesisi.
Badan disandar ke kepala katil.

Sejak kejadian pagi tadi. Papa mengarahkan Eva dan Daim menetap di kediaman mereka di luar kota.

Eva akur, mentelah lah dia terpaksa melarikan diri dari diburu wartawan yang tak habis-habis mengejar berita.

Sehinggakan telefon bimbit Eva terpaksa ditutup akibat tak tahan diasak soalan demi soalan yang dia sendiri tak tahu jawapan.

Masalahnya sekarang, siapa yang membuat aduan pada wartawan tentang kehadiran Daim di biliknya?
Mustahil Lukas.
Sebab Lukas tak kenal dengan ramai wartawan.

Argghh!
Eva serabutkan rambut blonde coklatnya.

“Eva..”

Terus wajah Eva didongak.

Dahlia menghampiri dan mengambil tempat disebelah anaknya.
Rambut belakang wanita itu dilurut lembut.
“Are okay my dear..”

Sekali lagi Eva sedut nafas.

“Sabar ye sayang... mama dan papa akan cuba uruskan perkara ni.”

Eva pusing wajah pada Dahlia. Wanita itu juga tampak sedih.
“Thanks mama sebab percaya kan Eva.”

Kali ni tangan Dahlia jatuh kebahu anaknya.
“Mama besarkan Eva dari dalam kandungan lagi, mama tahu samada Eva menipu atau tak. Tapi untuk kes ni, sikit pun mama tak percaya yang Im lakukan perbuatan terkutuk pada anak mama. Mama tengok korang membesar sama-sama, mama tahu Im selalu protect Eva. Mama juga tahu macamana perangai Im sebenarnya.”

Ye mama. His always protect me.
“Mama... Eva nak jumpa Lukas, Eva nak bersihkan nama Eva dan Im semula.”

Dahlia angguk kepala. Ubun-ubun anaknya dilurut lagi.
“Pasal tu Eva jangan risau. Mama dan papa akan berjumpa dengan family Lukas malam ni. Kitaorang akan berbincang.”

“Eva ikut.”

Dahlia gengam lengan anaknya.
“No Eva.. Eva rehat.. mama tahu Eva masih trauma.”

Perlahan Eva angguk kepala. Dia pun sebenarnya masih tak kuat nak melihat wajah Lukas.
Kesan gigitan dan cakaran lelaki itu masih melekat di kulitnya.
Maruahnya tercalar teruk!

“Lagi satu mama nak Eva duduk rumah ni, face to face dengan Im.”

Ah?! Eva kerut kening.

Dahlia faham riak wajah anaknya.
“Maksud mama, berbincang elok-elok dengan Im. Mama tengok start pagi tadi korang berdua macam saling nak larikan diri. Masa lunch tadi pun diam je. Mama tahu Eva tertekan, tapi Eva kena fikir Im pun stress bila public tuduh dia lakukan perkara tak elok pada Eva.”

Eva kendur bahu.
Mama... Im dengan Eva dah berapa hari saling nak larikan diri. Kalau bukan sebab kes pagi tadi pun, Eva mungkin akan terus berpaling muka dengan Im.
Perlu kah Eva jelaskan semua tu pada mamanya?

“Pasal Lukas, biar mama dan papa uruskan. Mama taknak sebab ni, Eva dan Im bergaduh.”

Mama... kita orang memang dah gaduh la..
Gaduh sebab perasaan..
Eva lepas keluh.
Bibirnya terus beku.

Sekali lagi Dahlia tepuk lembut bahu anaknya.
“Sudah lah tu. Eva jangan sedih-sedih lagi ye. Apa saja komen yang Eva baca, just ignore. Eva kena kuat sebab mama dan papa sentiasa ada dan sentiasa percaya dengan Eva.”

“Thanks mama”

Dahlia angguk kepala, lantas tubuh nipis anaknya dirangkul erat memberi semangat.
Dia tak mahu Eva terus bersedih.
Segala duka Eva juga akan terkesan di hati Dahlia.

Lama Dahlia memeluk anaknya sebelum melepas perlahan.
“Mama nak bersiap, sekejap lagi mama dan papa akan jumpa family Lukas. Eva dan Im duduk je kat rumah ye. Phone baru yang papa bagi tadi, Eva guna. Apa-apa hal Eva call mama ye.”

Laju Eva angguk kepala.
Mata memandang mama yang turun dari katilnya dan berlalu keluar.
Belakang disandar semula ke kepala katil.
Wajah Lukas cuba dibayang, tapi hatinya takut.

Perlu kah Eva terus bersama lelaki itu?

****
Restoren ala jepun, menjadi tempat perjumpaan antara keluarga Lukas dan keluarga Eva.

Mansor yang sarankan restoran tersebut. Ini supaya perjumpaan mereka menjadi rahsia.

Wartawan masih berkeliaran mengejar berita dari Eva, jadi tak mustahil Mansor dan Dahlia juga menjadi sasaran mereka.

Menu jepun dah banyak terhidang. Tapi sorang pun tak menjamah.

Lukas banyak tunduk dari terus menatap mata Mansor dan Dahlia. Malu.

“Kalau betul apa yang Eva cerita kan. Saya bagi pihak papa Lukas, sangat-sangat memohon maaf atas ketelaluan tindakan anak saya pada anak Encik Mansor.”

Mansor memandang tepat pada Dato Jambi dihadapannya. Tangan disilang kedada. Tak mahu mengalah.

“Anak saya dalam pengaruh arak, dia mungkin tak sedar apa yang dia lakukan.”
Dato Jambi, papa Lukas menambah lagi.

Dahlia kerut bibir.
Boleh pulak cakap anak tu tak sedar sebab arak?
Nasib tak jadi apa-apa pada anak aku?!

“Lukas tak sepatutnya minum berlebihan malam tu, dan selama saya kenal anak Dato, tak pernah pula saya tahu yang Lukas pandai minum.”

Lukas angkat wajah, pandang Mansor.
Jantung berteriak lari.
“Maafkan Lukas uncle, Lukas tahu Lukas salah. Lukas dah sakit kan hati Eva.”

Bukan setakat hati! Maruah anak aku pun tercalar tau!
Dahlia gengam jemarinya dibawah meja.

Dato Jambi tarik nafas memandang Datin Suria, isterinya sebelum kembali menatap Mansor dan Dahlia.
“Macam ni la.. saya dan isteri dah berbincang, kami berdua akan cepatkan tarikh perkahwinan Eva dan Lukas supaya perkara ni dapat ditutup dengan segera.”

Mansor tegak kan duduknya.
“Cepat kan tarikh perkahwinan tak mungkin akan dapat tutup kes ni Dato, sekarang ni maruah anak saya dan Daim dah tercalar teruk. Public tuduh anak saya lakukan hubungan dengan Daim. Sedangkan Daim cuba nak selamatkan keadaan”

Lukas ketap gigi.
Terdengar nama Daim disebut terus pinggang dan pipinya pedih.
Sepakan dan tumbukan lelaki itu menyebabkan dia terpaksa ke hospital sendiri.
Mujur takde apa-apa yang berlaku. Tapi kesan lebam dipipi masih berwarna.

Dato Jambi menyandar belakangnya kekerusi.
“Kalau macam tu, apa yang Encik Mansor nak saya lakukan supaya kes ni dapat diselesaikan segera?”

“Saya nak Lukas cerita kan semua yang berlaku secara terbuka. Saya nak semua tahu yang Eva dan Daim tak bersalah.”

Pank!
Datin Suria menepuk meja tiba-tiba. Tubuhnya dibangunkan, dari tadi hatinya panas bila anak lelakinya dituduh tanpa melakukan siasatan.
“Awak nak Lukas bagi steatment kat public, awak nak anak saya cerita kat semua orang yang dia cuba rogol Eva?”

“You.. sudah lah.. kita kan dah janji nak bincang baik-baik”
Dato Jambi menarik-narik lengan Datin Suria menyuruh isterinya itu duduk.

Datin suria tunduk pandang suaminya.
“You nak i bincang baik-baik? Dah elok anak kita mengaku yang dia cuba buat tak baik pada Eva. Dan kita pun setuju nak kahwin kan mereka secepat yang boleh. Apa masalahnya lagi?”
Kali ni pandang Datin Suria menghala kepada Mansor.
“Kalau Lukas dan Eva berkahwin, peminat Eva takkan cakap apa-apa lagi. Kes ni akan tutup. Simple! Kenapa pulak nak suruh anak i buat pengakuan depan public?!”

“Kes Eva memang akan tutup Datin Suria. Tapi Daim macamana? Sekarang semua orang pandang serong dengan dia.”
Kali ni Dahlia turut bersuara.
Tak tahan dibaham dari tadi.

Datin Suria pandang tajam kearah Dahlia.
“Eva is your daughter Puan Dahlia, why you want to back up Daim? Dia orang luar? What important now is our children.”

Dahli bingkas bangun. Kedua tangan dicekak ke pinggang.
“Daim saya dah anggap seperti anak saya sendiri, Datin Suria. Lagipun Daim yang datang selamatkan Eva, kalau Daim takde dah tentu habis Eva dikerjakan anak awak!”

“Tapi anak saya dah mintak maafkan?! Tak cukup lagi ke?!”
Kali ni Datin Suria turut bercekak pinggang.

“Ini bukan masalah mintak maaf, ini masalah maruah! Maruah anak saya dan maruah Daim!”
Dada Dahlia dah kedepan. Kalau bukan sebab meja yang menghalang dah tentu habis rambut kerinting pendek Datin Suria ditariknya.

“I tak faham la.. kenapa you nak back up sangat Daim? Atau sebenarnya Daim dengan Eva memang ada hubungan?”

“Mommy...”
Lukas disebelah kiri turut menarik-narik lengan mamanya minta kembali tenang.

Dahlia merengus.
“Kalau Daim dan Eva ada hubungan pun kenapa? Daim lebih better dari Lukas! Dia tahu nak hormat perempuan! Bukan buat perangai keji macam anak awak buat tu!”

“You!!”
Datin Suria ketap bibir, kaki kiri dihentak kuat, sebelum niat ingin melangkah menghampiri Dahlia.

Lukas turut bangun. Tangannya menyambar lengan Datin Suria, takut mamanya mengamuk sakan!.
“Dah la mommy, kata nak bincang elok.”

“Macam mana mommy nak tahan kalau perempuan ni tak habis-habis tuduh kamu, Lukas?!”

“Suria enough..”
Kali ni Dato Jambi turut bangun.
“Rasanya perbincangan hari ni takkan mencapai kata sepakat.”
Pandangan dihala kepada Mansor.
“Saya rasa kita stop sampai sini dulu. After that kita bincang balik apa yang perlu dibuat.”

“Takde guna nak bincang banyak kali lagi you! Dia orang ni tetap nak salah kan anak kita. Tuduh Lukas apa-apa kan Eva. Sedang kan terang-terang Daim tidur dalam bilik tu dengan Eva sepanjang malam. Gambar semua dah terbukti! Siap yang perempuan tukar baju dan yang lelakinya terbuka baju. Itu pun masih nak tuduh anak kita jahat? Entah-entah malam tadi tu dah kali keberapa Daim dan Eva tidur bersama!”

“Hei perempuan! Jaga sikit mulut kau ye! Jangan tuduh anak aku murah sangat!”
Dahlia bulat biji mata! Jari terlunjuknya dah lurus mengenai wajah Datin Suria.

Mansor turut bangun.

“You tu yang kena jaga anak you! Dah kena tebuk, ada hati nak bagi kat anak i!”

“Suria!”
Suara Dato Jambi dah tinggi!
Lengan isterinya ditarik kuat.

Datin Suria merengus kuat.
“You ingat ye! Anak i ada class! Anak you langsung tak sesuai dengan Lukas! Lukas boleh cari perempuan yang lebih suci bukan macam anak you, pelakon murahan!”

“Biadap kau perempuan! Aku pun takkan benarkan anak aku dekat dengan jantan gila seks macam anak kau!”

“Yang.. sudah lah tu...”
Mansor turut menarik-narik lengan isterinya mintak berhenti.

“Argghhh!”
Datin Suria hentak kaki lagi! Masih tak puas hati!

Dato Jambi memeluka bahu isterinya sambil mata memandang Mansor.
“Saya rasa baik saya balik dulu, later we disscus again.”

Mansor mengangguk.

Dato Jambi menarik isterinya keluar dari bilik privasi ala-ala jepun itu.
Datin Suria masih membebel marah, tak puas hati bila suaminya menghalang.

Lukas makin serba salah.
Wajah Mansor dan Dahlia bersilih ganti dipandang.
“Lukas mintak maaf ye uncle, untie. Lukas tahu Lukas salah, tapi bagi peluang pada Lukas, Lukas sayang sangat kat Eva. Lukas...”

“Lukas!!! Jangan kau merayu lagi kat keluarga yang tak sedar diuntung tu!!”

Belum sempat Lukas habiskan ayatnya. Suara Datin Suria kuat memintas dari luar bilik.

“Errr.. Lu.. Lukas balik dulu ye.”
Suara Lukas mengigil gagap.
Jerkahan Datin Suria benar-benar membuatkan jantungnya mati.

Mansor dan Dahlia hanya memandang tiga beranak itu pergi meninggalkan mereka.

“Huh!! Anak mommy! Nasib tak jadi laki Eva! Kalau tak semua benda Eva kena turut kata mak mertua!”
Bibir Dahlia diherot kekiri, Mata masih pandang belakang Lukas yang mencicit lari mendapatkan mamanya.

Mansor hanya mampu geleng kepala.
Dalam hati setuju dengan kata-kata isterinya namun mulut terus dikunci.
Malas nak gaduh panjang.

****
Eva berjalan keluar rumah menuju ke taman buatan.

Rumah dua tingkat ni dibina oleh Mansor sebagai tempat beristirehat baginya dan keluarga, kerana ia jauh dari ibu kota.
Jauh dari suasana bising.

Waktu kecil Eva selalu dibawa kesini oleh mama dan papanya.
Namun bila menganjak dewasa ditambah dengan beban kerja tinggi, membuatkan Eva takde masa untuk kesini.

Hanya Mansor dan Dahlia sahaja akan mengunjungi sekali-sekala.

Susur alur yang dihiasi batu sungai, dilalui Eva sehingga sampai di sebuah gazebo ukiran kayu jati.

Kaki ingin melangkah naik, namun terhenti apabila terpandang Daim yang sedang berdiri di jalan menuju ke kolam ikan bersebelahan gazebo tersebut.

Terus jantung Eva mati. Daim membelakanginya sambil kelihatan asap berkepul-kepul naik ke udara kesan dari vape lelaki itu.

Eva kembali pusing tubuh, kaki diangkat perlahan untuk kembali melangkah ke dalam rumah.
Entah kenapa dia masih gundah nak berhadapan dengan Daim.

“Eva...”

Glup!
Hanya 3 langkah, sebelum kaki Eva beku. Badan tak dipusingkan.

Daim menghampiri Eva. Dia tahu Eva cuba lari darinya.
“Uncle dengan untie masih tak balik lagi?”

Laa.. kau seru nama aku sebab nak tanya soalan tu je ke?
Ceh!
“Belum.. mama dan papa masih berbincang dengan family Lukas”

Daik angguk kepala, belakang Eva masih dipandang.
Dia sedikit janggal tinggal di rumah persinggahan milik keluarga Eva ni.
Dah la telefonnya rosak, mujur Clara dah hantar ke kedai.
Ditambah pula terpaksa berdua dengan Eva dalam malam ni.
Bukan tak biasa tapi rasa lain.
Buatnya wartawan datang lagi!
Mampus!

Eva pusing tubuh. Tangan disilang ke dada.
“Im.. kenapa kau masih tolong aku sedangkan kau cakap kau takkan masuk campur lagi urusan aku dengan Lukas.”

Halkum Daim bergerak kebawah menelan liur.
Apa nak jawab?
“Aku Cuma nak selamatkan kau Eva.”
Jawapan ‘back up diri’.

“Tapi kau pun tahu malam tu aku dengan Lukas, bukan dengan orang lain. Lukas bakal suami aku.”

Daim makin buntu cari jawapan.
Namun segera nafas dihela.
“Lepas ni aku janji takkan ganggu kau dengan Lukas lagi.”

Ayat pemati atau ayat merajuk?
Im.. cakap lah yang kau cemburu... susah ke?
Eva kembali paling tubuh.
Makin lama makin sukar dia faham perangai Daim.
“Kenapa takdir selalu tak sebelah pada aku Im? Dulu aku cuba cari cinta aku, tapi ditolak mentah-mentah. Sekarang bila ada yang menyintai aku, banyak pula duka yang datang.”

Daim kembali menyedut muncung vape HIGAR di tangannya.
Ye Eva pernah cari cinta dari aku. Dan aku tolak mentah-mentah.
Bukan sebab aku benci kau Eva.
Tapi aku terlalu menyanyangi kau...
“Aku rasa better kau jumpa Lukas. Bincang elok-elok, maybe malam tu Lukas hilang kawalan sebab dia mabuk.”

Argghh!
Kenapa kau masih tak faham ayat berbunga aku Im!!!
Eva suak rambutnya kebelakang.
Badan masih membelakangi rakannya itu.
“Im... kau masih nak aku bersama dengan Lukas?”
Please Im.. halang aku..

Daim meletakan Vape didalam poket seluar pendeknya.
Saat itu badan terasa ringan untuk memeluk belakang Eva dan menyatakan dia tak mahu Eva kembali kepada Lukas!
“Kalau dah jodoh kau dengan Lukas, sesiapa pun tak boleh halang Eva. Mungkin ini pengajaran untuk Lukas lebih alert menjaga kau.”
Ah! Daim betul ke apa kau cakap ni?

“Jadi apa guna kau tolong aku?”

Daim tarik nafas.
“Kau kawan aku Eva. Kawan sejak kecil, kau pun tahu, aku dari dulu akan cuba protect kau.”

“Oh! Sebab kita kawan jeee..?”
Eva gelak kecil namun hati pedih!
“Yup! Aku lupa kau pernah bersumpah, walau kita berdua terdampar disebuah pulau sekali pun, kau takkan pernah cinta kan aku.”
Lagi sekali Eva gelak, walhal hatinya dah semakin parah dihiris!


Jeda sebentar...

Daim masih mencari ayat untuk disusun.
Lama bibirnya beku sebelum kembali bersuara.
“Ye.. aku nak kau ingat sumpah aku tu pada kau Eva.”

Jantung Eva mati.
Suara garau dan tegas Daim menusuk gegendang telinganya.

Sebentar kemudian terdengar derap kaki Daim meninggalkanya.

Eva hembus nafas dalam!
Terlalu perit kata-kata Daim pada dia!

Kepala didongak memandang langit hitam.
Air mata yang ingin gugur cuba ditahan.

Hati!!!! Tolong jangan lemah lagi dengan perasaan cinta pada Daim Akli!

Untuk apa cinta jika hanya satu jantung sahaja yang berdegup merasainya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience