“Assalamualaikum” orang itu memberi salam sambil mengetuk cermin kereta Fadzil. Farhad membuka tingkap keretanya.
“Waalaikumussalam. Ya cik ada apa” kata Farhad sambil keluar dari keretanya. Seorang perempuan dengan memakai tudung dan wajahnya manis sahaja.
“Nah kuih sikit. Ambik jelah semua. Buat alas perut. Bagilah dekat orang sebelah awak tu” kata perempuan itu sambil menyerahkan sebungkus kuih-muih kepada Farhad.
“Ad aku pergi hisap kejap eh. Terima kasih cik” kata Fadzil lalu keluar dan pergi ke tanah lapang untuk menghisap rokok. Perempuan itu mengangguk kepala sambil tersenyum kepada Fadzil.
“Abang awak ke tuh ?” tanya perempuan itu. Farhad mengangguk.
“Awak dengan abang awak balik kampung ke ? Dekat mana kampung awak ?” tanya perempuan itu.
“Haah balik kampung. Dekat Perak jugak cuma jauh lagi perjalanan lah. Awak pun balik kampung jugak ke ? Dari mana ?” kata Farhad.
“Saya dari KL. Kampung saya pun dekat Perak. Hihihi. Kita sama kampung rupanya” kata perempuan itu.
“Yeke. Kita sama dalam pejalanan rupanya. Hahaha. Err kampung awak dekat mana ?” tanya Farhad.
“Bagan Serai. Kampung awak ?” tanya perempuan itu. Farhad terdiam kerana perempuan itu pulang ke kampung yang sama dengan kampung Farhad.
“Ermm saya dekat dengan Bagan Serai jugak. Oh ya nama awak siapa. Lupa saya nak tanya awak” kata Farhad.
“Ya nama saya Nazirah. Awak boleh panggil saya Naz. Nama awak ?” tanya Nazirah.
“Ouh Naz. Saya Farhad boleh panggil saya Ad je” jawab Farhad.
Belum sempat mereka berbual, Nazirah melihat telefonnya dan menatapnya dengan teliti.
“Okay Ad. Erm maaf lah ya saya nak sambung perjalanan dulu. Hati-hati ya” kata Nazirah.
“Eh Naz nanti dulu….ermm okay awak. Hati-hati” kata Farhad melihat sahaja Nazirah menuju ke keretanya. Dia pergi ke arah abang sulungnya yang sedang bermain telefonnya.
“Rokok sebatang” kata Farhad. Fadzil memberikan sebatang rokok kepada adiknya.
“Seronok kau eh berbual dengan perempuan tuh. Dapat tak nombor dia ? Hahahaha” kata Fadzil sambil tergelak.
“Banyak lah kau. Tak dapat lah. Eh kau nak tahu tak. Perempuan tuh duduk Bagan Serai jugak tuh. Kampung nenek jugak kot” kata Farhad. Fadzil tersengih sahaja.
“Dah tu apasal sekejap je berbual. Kau berbual apa je dengan perempuan tuh ?” tanya Fadzil.
“Aku cuma tanya nama dia, dari mana and kampung dia dekat mana. Tu je lepastu dia pergi macam tu je. Tapi yang best nya kampung sama dengan kampung nenek tau. Hihihi” kata Farhad.
“Ada jodoh lah tuh. Boleh jumpa dia lagi kan mana tahu” kata Fadzil menepuk bahu adiknya itu lalu pergi ke keretanya.
“Hmm harap-harap macam tu lah. Eh kejap lah aku tak habis menghisap lagi nih” kata Farhad lalu membuang puntung rokoknya ke dalam longkang.
.
Sementara itu, kereta Encik Shuhaimi sudah menghampiri pekan Bagan Serai dan terus masuk ke kawasan kampung.
Banyak rumah yang telah dipasang pelita dan lampu-lampu kelip. Pada malam 7 likur para penduduk kampung mula memasang pelita dan memasang lampu untuk memeriahkan suasana sebelum hari raya.
“Lawanya kampung. Lama tak balik kampung kan bang. Rumah nenek dah pasang pelita ke belum agaknya tu” kata Puan Yusnita.
“Dah pasang la tuh. Irah dengan Isha yang pasangkan. Siap dia hantar seluruh rumah nenek dekat whatsapp saya lagi. Cuma lampu-lampu kelip je takde lagi” kata Encik Shuhaimi.
“Esok kita pergi kedai mana-mana la yang jual lampu raya tuh” kata Puan Yusnita. Suaminya mengangguk.
“Irah,Isha…aku rindu sangat dekat korang. Boleh la repeat mandi sungai esok” kata Faridah dalam hati. Dia tersenyum seorang diri.
“Senyum sorang-sorang anak mama ni kenapa ? Rindu dengan nenek ke tuh ?” tanya Puan Yusnita kepada Faridah yang sedang terlentok kepalanya di cermin kereta.
“Hehehe takde apa lah mama. Haa tu rumah nenek. Irah dengan Isha tengah pasang pelita tuh” kata Faridah.
“Rajin betul diorang. Takper nanti sehari sebelum raya kita cantikkan rumah mak pulak kan” kata Encik Shuhaimi sambil memberhentikan keretanya di hadapan rumah Nek Tipah. Faridah cepat-cepat membuka pintu keretanya dan keluar bertemu dengan Adirah dan Alisha.
“Perlahan la sikit Ida nak keluar tu amboi” kata Encik Shuhaimi sambil menggelengkan kepalanya
“Biar lah dia bang. Dah berapa lama Ida tak jumpa diorang tuh. Rindu sangat la tuh. Kita turun dulu. Nanti kita bawak beg baju barang apa semua. Jom bang” kata Puan Yusnita lalu keluar dari keretanya. Suaminya pula menutup enjin keretanya dan keluar dari kereta itu.
“Asaalamualaikum. Irah Isha ! Rindunya dekat korang” kata Faridah sambil menuju ke arah Adirah dan Alisha yang sedang menyalakan pelita.
“Waalaikumussalam. Eh Faridah ! Baru sampai ke ? Ida aku rindu sangat la dekat kau” kata Alisha sambil memeluk Faridah.
“Haah Isha. Cantik korang hias pelita dekat rumah nenek. Jom la jumpa pak ngah dengan mak ngah” kata Faridah.
“Amboi Isha je ? Aku nih tak rindu ke Ida hm” kata Adirah kepada Faridah.
“Ya Allah Irah. Mestilah aku rindu kau. Kau je yang garang sikit. Meh la peluk sini alolo” kata Faridah sambil memeluk Adirah bersama dengan kembarnya.
“Aku rindu kau sangat-sangat Ida. Masa kau takde aku dengan Isha selalu je menyebut nama kau hahaha. Sekarang kau dah ada depan mata aku kan” kata Adirah.
“Sama la dengan aku jugak. Jom jumpa mak ngah dengan pak ngah. Salam diorang. Jom” kata Faridah lalu Adirah dan Alisha mengikut Faridah bertemu dengan Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita.
“Pak ngah ! Mak ngah !” laung Alisha memanggil Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita. Mereka menuju ke arah Alisha dan Adirah.
“Eh Irah Isha. Dah besar korang rupanya. Baru je berapa bulan mak ngah tak jumpa korang” kata Puan Yusnita. Adirah dan Alisha bersalaman dengan Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita.
“Comel je korang nih. Macam sepupu korang jugak. Hihihihi. Ya nenek kat mana Irah ?” tanya Encik Shuhaimi.
“Dekat dapur tengah masak. Kejap eh Irah panggil” kata Adirah lalu masuk ke dalam rumah.
“Ouh masak apa. Nasib baik lah kita tak makan banyak tadi kan bang” kata Puan Yusnita.
“Nenek masak daging kunyit je. Untuk sahur esok. Nenek pun tahu yang mak ngah dengan pak ngah nak balik kan” kata Alisha.
“Tahu tahu je pak ngah suka makan daging kunyit. Jom lah masuk” kata Encik Shuhaimi lalu mereka semua masuk ke dalam rumah Nek Tipah.
Sementara itu, Adirah memanggil Nek Tipah yang sedang memasak di dapur.
“Nenek. Pak ngah, mak ngah dengan Ida dah sampai. Jom lah nenek” kata Adirah teruja.
“Oh yeke. Tunggu jap eh Irah” kata Nek Tipah sambil mematikan api dapur gas lalu pergi ke ruang tamu bersama dengan Adirah.
“Assalamualaikum mak” kata Puan Yusnita memberi salam kepada Nek Tipah.
“Waalaikumussalam. Nita baru sampai ke. Eh Haimi pun ada” kata Nek Tipah. Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita bersalaman dengan Nek Tipah.
“Ya mak. Haimi pun cuti kerja jugak. Seminggu cuti. Alang-alang dah nak raya nih duduk sini lah kejap selama seminggu kan” kata Encik Shuhaimi.
“Okay la tuh. Macam-macam benda boleh buat dekat rumah mak kan. Sekuranh-kurangnya Irah dengan Isha takde lah bosan kan” kata Nek Tipah.
“Nenek apa khabar ? Laju betul nenek jalan tadi. Ida rindu sangat dekat nenek” kata Faridah lalu bersalaman dan berpelukan dengan Nek Tipah.
“Rindu lah. Cantik Ida sekarang. Macam mak dia juga. Oh ya Fadzil dengan Farhad tak balik sini ke ?” kata Nek Tipah.
“Fadzil dalam perjalanan. Farhad erm tak tahu lah dia balik ke tak. Dia macam dah tak kenal kita ni” kata Encik Shuhaimi.
“Kenapa pulak ni Haimi ?” tanya Nek Tipah.
“Duduklah dulu mak. Ida, Irah dengan Isha tolong angkat kan beg baju semua. Keluarkan semua. Nanti letak dekat mana-mana dulu” kata Puan Yusnita.
Faridah mengambil kunci kereta daripada ibunya dan pergi mengambil barang-barang di dalam kereta. Adirah dan Alisha membantu Faridah.
“Farhad tak balik sini ke Nita ?” tanya Nek Tipah kepada Puan Yusnita.
“Hmm dia tak balik sini. Tak tahu lah apa khabar dia sekarang. Nita call dia daripada minggu lepas langsung tak dapat. Dapat jumpa pun masa hari kedua puasa je” kata Puan Yusnita.
“Haimi pun tak tahu nak cakap apa dengan Farhad tuh. Sejak dia bergaduh dulu dengan Fadzil, diorang dah lain sangat. Sampai keluarga Haimi sendiri pun tak peduli” kata Encik Shuhaimi.
“Nita ada tampar Ad dulu. Nita terpaksa sebab dia cakap bukan-bukan pasal Fadzil. Salah Nita sendiri lah sampai Farhad tak balik-balik sampai sekarang” kata Puan Yusnita.
“Ya Allah…Nita kamu sendiri pun tak boleh nak kawal perasaan kamu. Kenapa kamu nak buat macam tu dekat Farhad ? Ada dia cakap apa-apa ke dekat Nita ?” tanya Nek Tipah.
“Dia cuma berharap yang Fadzil akan bercerai dengan Lina. Sekarang benda dah berlaku. Ni yang kitorang tak faham dengan perangai Farhad nih” kata Encik Shuhaimi. Puan Yusnita terdiam sahaja.
“Ya Allah ye ke…kenapa sampai bercerai diorang tuh. Kenapa jadi macam nih ?” tanya Nek Tipah.
“Lina curang dengan lelaki lain. Fadzil tak tahan dengan perangai dia sampai dia ceraikan Lina dulu. Fadzil kata lepas raya ni nak pergi pejabat agama nak failkan cerai dekat Lina” kata Puan Yusnita.
“Fadzil…apa dah jadi dengan kau nih. Lina pun satu kenapa dia nak curang dekat si Fadzil tuh” kata Nek Tipah.
“Lina rasa macam dia nak hidup bebas di luar macam orang lain. Tak sedar dia tuh isteri orang. Last-last berkepit jugak dengan jantan lain. Lina jugak yang suruh Fadzil bercerai. Dia terpaksa takde pilihan lain mak” kata Encik Shuhaimi.
“Mama, jom makan. Lapar pulak rasanya” kata Faridah setelah selesai mengangkat semua barang-barang dan beg pakaian dari kereta.
“Ida kau pergi mandi dulu. Solat dulu apa semua. Nanti kita makan sama-sama” kata Puan Yusnita.
“Okay mama. Eh korang aku mandi kejap eh. Banyak benda aku nak cerita” kata Faridah.
“Yelah diorang berbual je dulu. Takperlah pergi jelah dulu. Kitorang nak lepak dekat pangkin” kata Adirah.
Faridah mengangguk lalu mengambil beg pakaiannya dan masuk ke dalam bilik lama Faridah.
“Wah bersih betul bilik lama aku. Rajin Irah dengan Isha bersihkan. Wangi gilaa” kata Faridah teruja melihat keadaan biliknya yang kemas dan teratur.
Faridah meletakkan beg bajunya dan mengambil tuala untuk mandi dan dia seperti terlupa sesuatu.
“Aduh lupa pulak bilik air dekat dapur. Ish kenapa lah aku nih” kata Faridah lalu keluar dari biliknya menuju ke bilik air yang terletak di dapur.
“Nita, macam mana keadaan Fadzil ? Dia okay ke ?” tanya Nek Tipah.
“Keadaan macam tu lah mak. Sejak bergaduh dulu dengan Ad tu, diorang langsung tak berjumpa. Nita sendiri pun tak tahu nak buat apa dah” kata Puan Yusnita sambil menggelengkan kepalanya.
“Sabar sayang, walau macam mana sekalipun dekat Fadzil, kita kena ikut keputusan dia. Tunggu dia sampai okay ?” kata Encik Shuhaimi sambil menenangkan isterinya.
“Bila dia balik sini nanti ?” tanya Nek Tipah.
“Dia dalam perjalanan. Takperlah mak. Mak rehat dulu ya. Kami nak solat kejap lepas tu siap-siap untuk makan” kata Encik Shuhaimi.
“Takper mak faham korang baru sampai kan. Malam ni tak perlu pergi terawih. Esok je okay”kata Nek Tipah.
“Okay mak” kata Encik Shuhaimi lalu membawa isterinya masuk ke dalam bilik mereka untuk menyiapkan diri.
Nek Tipah mengelamun memikirkan cucunya Fadzil yang tiba-tiba sahaja bercerai. Baru beberapa bulan sahaja dia bertemu dengan Fadzil dan Azralina yang ketika itu baru sahaja berkahwin.
“Tak patut kau buat macam tu Fadzil. Takperla tunggu kau sampai sini dulu” kata Nek Tipah dalam hati. Dia bangun dari duduknya dan menjenguk di luar jendela rumah. Adirah dan Alisha sedang berbual-bual.
“Aku rasa raya tahun ni tak lengkap lah. Tengok lah mak ngah, pak ngah dengan Ida je. Mana Fadzil dengan Farhad ?” kata Alisha.
“Fadzil memang balik sini kata mak ngah la. Ad tu tak tahu lah diorang tak cakap apa-apa. Sejak kita jumpa mak ngah dengan pak ngah masa Fadzil kahwin dengan Lina tuh, kita je yang contact number fon Ida dengan mak ngah” kata Adirah.
“Yang lain sibuk kan agaknya. Pak ngah tu CEO dekat KL sana tuh. Fadzil memang dengan Lina kan so tak lah kita kacau dia. Cuma Ad je yang langsung diam tak cakap apa-apa dengan kita sejak kita balik dulu” kata Alisha.
“Kau tak rasa ke mak ngah dengan Ida simpan rahsia yang kita tak tahu ? Selalunya raya lepas lengkap je tapi time tu Ad takde lah. Mak ngah kata dia busy kerja. Tapi takde lah macam sekarang nih” kata Adirah.
“Ada la jugak. Kan Ida kata nak cerita kat kita nanti. Katanya banyak la apa lah. So baik kita naik jumpa dengan Ida borak-borak dengan dia” kata Alisha.
“Kau ni pun sabarlah. Diorang pun baru sampai kan ? Malam ni kan ada. Kita masuk la dalam bilik Ida ajak borak-borak dengan dia” kata Adirah.
“Okay aku setuju. Malam ni eh tapi jangan la tidur lambat sangat. Tak pasal-pasal lambat bangun sahur” kata Alisha.
“Iyelahh Isha” kata Adirah.
“Irah ! Isha ! Tolong nenek siapkan makan untuk mak ngah, pak ngah dengan Ida” jerit Nek Tipah yang berada di jendela rumah.
“Okay nenek ! Berita terima ! Jom Irah kita nak makan sama-sama dengan diorang” kata Alisha.
“Kau bukan dah makan melantak ke tadi ? Nak makan lagi ?” tanya Adirah sambil menggaru kepalanya.
“Makan sikit lah. Aduh kau ni jom cepat” kata Alisha sambil mereka masuk ke dalam rumah lalu menuju ke dapur untuk menyiapkan makanan malam.
Sementara itu Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita baru selesai menunaikan solat Maghrib. Puan Yusnita kelihatan muram sahaja.
“Awak okay tak Nita ? Awak teringatkan Farhad ke ?” tanya Encik Shuhaimi kepada isterinya.
“Bukan Farhad je bang. Tentang Fadzil dengan Lina yang buatkan saya buntu. Diorang dah bercerai” kata Puan Yusnita.
“Nak tak nak kita terpaksa setuju dengan Fadzil. Dia pun dah buat keputusan yang betul” kata Encik Shuhaimi.
“Lina tu baik tau. Baik dengan family kita. Tapi perangai lama dia tuh yang masih tak nak berubah. Diorang bercinta sejak belajar lagi. Sejak diorang dah kahwin, Fadzil nak ubah Lina tapi dia tak nak terima. Nak juga ikut perangai lama suka berkepit dengan jantan lain” kata Puan Yusnita.
“Awak tak perlu lah nak fikir lagi pasal Lina. Dia yang paksa Fadzil buat keputusan macam nih. Sekarang diorang takde hubungan apa-apa lagi” kata Encik Shuhaimi.
“Parents Lina yang dekat London pun tak tahu pasal ni lagi tau. Saya call diorang langsung tak angkat sejak diorang dah bercerai sampailah sekarang. Ish pening lah saya sekarang nih” kata Puan Yusnita.
“Abang pun tak tahu apa masalah diorang. Takkanlah Lina yang tinggal sorang-sorang dekat KL ni parents dia tak ambik tahu. Tahu masukkan duit je buat apa” kata Encik Shuhaimi. Isterinya hanya menggeleng kepalanya sahaja.
“Lagi satu tentang Farhad. Abang bukan tak suka dia. Cuma abang nak tahu kenapa dia langsung tak tanya khabar kita sejak dia keluar rumah dulu. Ingat Nita, jangan sampai saya anggap Farhad tu dah mati” kata Encik Shuhaimi.
“Abang kenapa nih cakap dengan anak kita macam tuh ? Abang, ada sebab kenapa dia hilangkan diri. Memang semuanya salah saya tapi bukan sebab tu je yang abang sangka. Ada benda lain yang Ad nak sorok dari kita” kata Puan Yusnita.
“Haih abang tak tahu lah nak cakap macam mana. Saya cuma harap family kita lengkap beraya tahun nih. Takperlah abang nak tolong mak kejap. Awak nak keluar tak nih ?” kata Encik Shuhaimi.
“Kejap lagi bang. Saya nak lipat telekung dengan sejadah ni kejap” kata Puan Yusnita sambil melipat sejadah dan telekung. Selepas itu dia membuka telefonnya dan menghantar lokasi rumah Nek Tipah kepada Syaa melalui whatsapp.
“Mama harap korang dapat selesaikan dengan cara baik. Lina dah berubah Fadzil. Alhamdulillah” kata Puan Yusnita dalam hati.
Selepas itu barulah Puan Yusnita menelefon Syaa yang sedang berada dalam perjalanan menuju ke Perak bersama dengan Azralina.
“Assalamualaikum Syaa. Aunty dah hantar location tuh dekat whatsapp kamu. Kamu hati-hati drive tuh sebab highway dah nak start sesak jalan malam ni” kata Puan Yusnita.
Share this novel