Bab 7

Romance Series 8464

Langkah yang tadi laju kini perlahan. tapak kakinya terasa perit kesakitan kerana berkaki ayam selama ia berlari. lelahnya lansung tidak dihiraukan yang pasti dia ketakutan.

suasana sunyi dan gelap itu tidak dapat menandingi ketakutan yang dialaminya ketika itu. tiba-tiba tubuh Nur Qawi rebah menyembah bumi. nafasnya turun naik. tubuhnya lelah. Lama dia begitu. fikirannya kosong namun ketakutan itu masih belum reda.

tiba-tiba ada bunyi deringan telefon bimbit dari dalam beg sandangnya, baru Nur Qawi sedar yang dari tadi dia memang menggalas beg itu kemas hingga dibawa tidur. nama Fahd terpapar di skrin telefonnya dengan pantas Nur Qawi menjawab..

"Assalamualaikum..." Fahd memberi salam. entah mengapa selepas mendengar suara Fahd dari corong telefon bimbitnya membuatkan air mata Nur Qawi mengalir deras.sedu tangisannya mula kedengaran.

"kenapa ni?"soal Fahd panik!

"takut." sayu suara Nur Qawi.

"Qawi ada dekat mana?" soal Fahd lagi mula risau.

"tak tahu" tangisan Nur Qawi mula kuat

"okey.. macam ni... Qawi dengar apa Fahd cakap ye.. Qawi cuba dulu cari masjid atau pergi mana-mana tempat yang berdekatan situ yang Qawi rasa selamat nanti hantar lokasi Qawi pada saya.. boleh?" arah Fahd dengan panjang lebar namun masih tenang.

"okey.." balas Nur Qawi kemudian mematikan panggilan. dia mahu cepat di jemput oleh Fahd ketakutan yang dialaminya makin kuat!

Nur Qawi cuba sedaya-upaya berdiri lantaran itu dia berjalan perlahan mencari tempat untuk berteduh seketika. dengan cahaya samar-samar dibantuan oleh cahaya dari lampu jalan membolehkan dia nampak surau kecil yang tidak jauh darinya.

ada rasa lega di benaknya, syukur Tuhan ada membantunya. perlahan dia mula melangkah perit rasa kakinya kerana luka, namun digagahkan juga mendekati surau tersebut. tanpa berlengah lagi Nur Qawi menghantar lokasinya pada Fahd menggunakan aplikasi wassap.

selang beberapa saat ada panggilan masuk lagi. sudah tahu siapa, tidak lain tidak bukan Fahd lah orang yang menelefon.

"Qawi tunggu Fahd sampai nanti" kata Fahd

************

"kita pergi klinik ye?" kata Fahd risau. namun sepi. tangisan Nur Qawi sudah tiada. namun wajahnya suram.

suasana kembali sepi. Fahd kembali fokus memandu kereta kecil Kelisa miliknya sepantas mungkin membelah jalan.

tadi sesampai di lokasi yang diberikan Nur Qawi tidak disangka ketibaannya disambut dengan pelukan erat bersama tangisan dari Nur Qawi. sepertinya Nur Qawi dalam keadaan ketakutan yang teramat.

mahu ditanya apa yang berlaku namun dibatalkan niatnya. Fahd tahu ini bukan masa yang sesuai ditanya. Tanpa berlengah lagi dia membawa Nur Qawi masuk kedalam kereta.

'apa yang terjadi pada Qawi sebenarnya?' benaknya meronta mahu meminta jawapan, namun di tahannya.tidak lama kemudian mereka tiba di sebuah pekan kecil. keadaan di situ sunyi namun masih ada kelibat manusia kebanyakannya remaja-remaja yang sedang melepak.

"sini klinik kawan saya.. boleh ye kita datang klinik ni?" soal Fahd. Nur Qawi menganggukkan kepala setuju. pantas Fahd keluar dari kereta dan mula membantu Nur Qawi keluar dari kereta.

"sakit.." Nur Qawi mengadu sakit apabila dia mula berdiri. bila di periksa rupanya kakinya luka teruk. tanpa berfikir panjang tubuh Nur Qawi di rangkul dan di gendong Fahd masuk ke dalam klinik. Nur Qawi terpana dengan tindakan Fahd namun hanya membisu. entah kenapa hatinya rasa senang dan selamat di perlakukan sebegitu.

**********

"Dia mengalami trauma! tapi tak serius." jelas Aida doktor klinik tersebut merangkap kawan pada Fahd.

"jadi apa patut aku buat?" soal Fahd.

"bagi dia rehat yang cukup jangan bagi dia tekanan.. jangan paksa dia untuk bercerita atau jelaskan apa yang berlaku" terang Aida lagi.

"hhhmm.." keluh Fahd perlahan

"kau jangan risau dia akan okey.. esok aku pergi rumah kau tengokkan dia and mak kau." kata Aida cuba buang kerisauan dihati Fahd.

setelah selesai berbual dengan Aida. Fahd keluar dari bilik rawatan. dilihat Nur Qawi yang duduk di kerusi roda hanya termenung jauh, wajahnya masih suram. rambutnya yang tadi agak kusut kini agak rapi mungkin selama dia menunggu Fahd keluar dari bilik rawatan dia merapikan rambutnya.

"Qawi ikut saya balik rumah saya ye?" soal Fahd setibanya dia di samping gadis malang itu. mendengar cadangan Fahd Nur Qawi tunduk takut.

"jangan risau rumah saya ada mak.. saya tak tinggal sorang.. kalau saya jahat mak saya ketuk saya guna kuali" terang Fahd dalam guruan niat hatinya untuk cuba menghiburkan Nur Qawi.

Namun gurauannya sia-sia Nur Qawi tidak memberi apa-apa reaksi. Fahd mengeluh lagi. tiba-tiba nama Nur Qawi dipanggil oleh pembantu farmasi lantas Fahd bangun dan mendengar penjelasan pengambilan ubat untuk Nur Qawi.

selesai membuat pembayaran Fahd mula membawa Nur Qawi keluar dari klinik itu menggunakan kerusi roda. sesampai mereka di kereta dengan cermat Fahd membantu Nur Qawi masuk ke dalam kereta. setelah Fahd kemudiannya menghantar kembali kerusi roda yang di pinjam milik klinik itu, baru lah dia masuk ke dalam kereta dan mulakan pemanduannya.

*******

"ini lah rumah saya.." kata Fahd setiba di perkarangan rumahnya. rumah itu sederhana kecil di perbuat dari kayu ada juga bahagian lain diperbuat dari simen. rumah ala-ala kampung.

"sekejap ye.. " kata Fahd lagi lalu meluru masuk ke dalam rumah. selang beberapa minit muncul Fahd lagi dari muka pintu bersamanya seorang wanita yang agak tua ditelan usia.

'mungkin ini mak Fahd' Nur Qawi membuat andaian sendiri. wanita tua itu hanya berdiri di muka pintu manakala Fahd mula menjemput Nur Qawi dari dalam kereta.

"nak bawak balik anak dara orang tetap kena mintak izin dari mak! takut diketuk pakai kuali" bisik Fahd masih jelas dalam nada gurauan.

Nur Qawi keluar dari kereta dengan bantuan Fahd kakinya yang luka itu menghalangnya untuk berjalan dengan sempurna bahkan memerlukan bantuan.

Hanim emak kepada Fahd juga menyambut Nur Qawi dengan mesra. bahkan menyediakan pakaian juga tempat tidur selesa untuknya walaupun kondisi kesihatan kurang baik. hal ini juga membuat rasa takut yang dialami Nur Qawi sedikit reda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience