BAB 8

Humor Completed 74912

Sudahlah Mr. Penculik yang sengal ni manusia yang sinis gila kentang. Mesti tak habis-habis nak perli aku nanti.

“Oh. Aku dah tahu.”

Darahku tersirap. Aku pura-pura buat muka tak paham. Tenang, Ee. Tenang.

“Kau ingat aku nak sentuh kau eh?” tebak lelaki itu sambil ketawa. Aku tunduk.

“Perasannya kau! Hahaha.”

“Diamlah!” marahku.

“Uuu… ada orang marah,” giat dia lagi.

“Diamlah!” Kini air mataku jatuh tanpa sebab.

Lelaki itu senyap. Bibirnya seolah-olah terkunci. Dia melutut di hadapanku. Senyuman manis terukir di bibirnya. Air mataku yang jatuh aku lap dengan belakang telapak tangan.

“Are you crying?”

Cis, lagi mahu tanya!

“Kenapa nangis ni?” soalnya lembut.

“Saya nak keluar dari sini.Saya nak balik jumpa keluarga saya.”

“Don’t worry. I’ll let you go. Soon.”

“Dah. Jangan nangis. Kau nampak buruk bila nangis. Aku memang culik kau tapi aku tak suka tengok kau nangis. It hurts me very much. Sebab air mata kau berharga. Semua pasal diri kau berharga bagi aku. Faham?” Aku terpempan.

*****

“Tuan belum datang, cik?” sapa Nani.

Aku geleng.

Lelaki itu tidak tinggal di sini. Dia hanya datang selepas balik kerja dan akan pulang selepas aku tidur.

“Cik tunggu dia datang ke?”

“Ma… na ada,” nafiku malu-malu.

“Macam saya nak percaya cakap cik. Masalah sungguh bila cakap dengan orang yang jatuh cinta ni. Kerja tak nak mengaku aje.”

Aku tampar bahu Nani dan dia ketawa.

“Ni kali pertama tau saya dengar penculik dengan mangsa culik bercinta.”

“Saya dengan dia tak bercintalah.”

“Tapi dua-dua jatuh cinta. Samalah tu.”

“Ehem!”

Air liurku terasa berpasir. Aku kenal suara itu. Itu suara Mr. Penculik!

“Sakan korang sembang.”

“Tak adalah, tuan.”

Bagus awak, Nani. Depan tuan, pijak semut pun tak mati. Belakang tuan, jangankan semut, gajah pun awak boleh pijak sampai mati. Belum sempat lelaki itu membuka mulut, telefonnya berdering. Dia menjawab panggilan.

Dahi Mr. Penculik berkerut. Jemarinya sekejap menyentuh dahi sekejap menekan pipi. Dia seolah-olah mempunyai masalah yang berat. Sekejap angguk dan sekejap geleng. Wajahnya serius tanpa senyuman menghiasi bibir. Dia melabuhkan punggung di atas bangku. Matanya dipakukan pada wajahku. Dia mengulum senyuman sebelum mengenyitkan mata.

Mataku membulat. Nani tutup mulut menahan tawa.

Tengah cakap dengan orang pun ada lagi masa nak mengusik aku. Ngee…

“Baiklah. Okey, okey. Maafkan saya, uncle. Ya, ya. Wa’alaikumsalam.” Panggilan dimatikan.

Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam kocek slack.

“Kau nak dengar berita gembira tak?”

“Nak!”

“Kau dibebaskan.”

“Really?”

Dia angguk.

“Tapi kenapa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience