BL 19

Humor Series 177133

BL19

MR ARLO melangkah penuh karisma masuk ke dalam bangunan mewah miliknya itu, AR Holdings bersama Darlow yang setia di sisi. Tidak lupa juga Leona pembantu peribadinya yang turut berada di belakangnya. Wajah tua itu, Tersenyum bangga setiap kali disapa oleh para pekerja yang lalu.

Selama Setahun lebih ini namanya melonjak naik. Harga saham di syarikat itu juga melonjak tinggi. Segala yang di impikan selama ini sudah menjadi kenyataan.

Berbeza dengan Darlow, tiada senyuman langsung dari bibirnya. Walaupun begitu, Pekerja disitu sudah terbiasa dengan sikap lelaki itu. Ketika Menunggu Lift Mr. Arlo Merapati Darlow.

"Can't wait to meet the new shareholders. Cheng! Money!." Mr.Arlo berkata separa berbisik.

Lelaki tua itu tidak sabar untuk bertemu dengan pemegang saham yang sangat berpengaruh dalam dan luar negara itu. Buat pertama kalinya si pemilik saham itu telah 'mencemar duli' untuk bersemuka dengannya. Sebelum ini, Hanya suara pemilik saham itu kedengaran dalam setiap perbincangan.

Darlow pula hanya diam. Sebelah keningnya terjongket saat mendengar bisikkan itu bibirnya terangkat sinis. Dia langsung tidak menjawab. Langkah kakinya di perlahankan agar seiring dengan Lelaki itu. Dia juga tidak sabar ingin berjumpa dengan rakan kongsi syarikat itu.

"Sir Arlo..Our guests are waiting in the meeting room," ujar Leona kepada Mr Arlo sambil membelek iPad yang di tangannya. Mr Arlo hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

Saat pintu di buka, Tubuh seorang lelaki yang membelakanginya di pandang, Tubuh tegap itu tegak berdiri memandang panorama di ibu kota dengan kedua tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar. Leona segera menyapa Figura itu apabila mereka sudah masuk ke dalam.

"Mr Alfred.."

Ketika tubuh tetamunya memusingkan tubuh menghadapnya. Ruangan besar tersebut tiba- tiba menjadi sempit, Suhu bilik yang sejuk berubah hangat.

Kini, anak mata mereka bertembung. Kaki Mr Arlo terus kaku. Walaupun ada senyuman dibibir lelaki itu. Namun ada satu aura yang dia rasakan kini.

Aura pembunuh.

Mungkinkah dia orang yang sama atau mungkin orang yang berbeza.

Mr Arlo seakan tersedar apabila Darlow menegur tetamunya.

"Welcome to AR Holding Mr Alfred. I'm Darlow." Darlow tersenyum apabila bertentang mata dengan tetamunya.

"Thanks Mr Darlow."

Melihat senyuman dari bibir tetamunya itu, Nafas Mr Arlo bagaikan tersekat di kerongkong. Dia berusaha melawan bayangan lelaki itu. Nafas di tarik dalam dan perlahan di lepaskan.

"Mr Arlo you are a famous businessman who has risen to the top in a short period of time. am I right?" Soal Alfred sambil menyungging senyuman manis. Sangat Manis. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah Mr Arlo yang masih terkaku di tempatnya.

"Ka..u." Bergetar nada yang digunakan oleh Mr Arlo. Dia seperti hilang kata-kata. Adakah Gibran kembali, Atau hanya panduk dua serupa. Kenapa dia perlu takut sedangkan dia yakin mayat yang dilihat rentung itu adalah lelaki itu setelah ujian DNA dilakukan.

Ya. Selepas peristiwa itu, Mr Arlo yakin dengan kerja yang di lakukan orang kanannya termasuk Darlow. Dia percaya dan yakin tiada anak buahnya yang akan mengkhianatinya.

"Why? Is something bothering you?." Suara dingin milik Alfred kedengaran membuatkan Mr Arlo meneguk liurnya berpasir.

Mr Arlo masih kaku di tempatnya. Dia tidak pernah menyangkakan perkara ini akan terjadi. Adakah bayang lelaki itu masih menghantuinya.

Ah! Dia perlu buang segala bayangan silam. Sekarang dia sudah berkuasa sepenuhnya. Dia mampu lakukan apa yang diinginkan termasuk melenyapkan lelaki di hadapannya ini.

..........

"KAU nak aku teman tak?"

Mey Ling yang duduk bersandar pada kerusi tempat memandu menoleh pada Farah yang baru sahaja keluar dari kereta sambil membetulkan jaket yang dipakainya. Balik sahaja daripada tugas luar, Farah meminta Mey Ling menghantarnya ke Aparment milik Gib dengan alasan ingin mengambil barang. Namun Mey Ling tahu Farah ingin melepaskan rindu. Di sebalik senyuman sahabatnya itu dia yakin Farah masih menyembunyikan duka yang tersimpul kemas di dalam hati wanita itu.

"Tak payah, Kau tunggu dekat sini je."

"Jangan lama. kau tu ada anak kecik." Rungut Mey Ling.

"Ye aku tahu la. Kejap tau."

Farah menilik jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul sepuluh malam sambil tangannya naik mengurut pangkal lehernya.

"Cepat sikit. Lepas ni boleh rehat." arah Mey Ling bila melihat wajah kepenatan wanita itu.

Farah sekadar mengangguk.

"Tunggu kejap."

Usai menutur kata, Farah terus memusingkan badannya dan melangkah masuk ke dalam lobi apartment. Langkahnya seakan berat kali ini. Nafas di tarik dalam dan di lepaskan. Memujuk hati agar menolak segala prasangka negatif yang bermain di fikirannya. Farah memejamkan seketika matanya sambil dia bersandar pada dinding lif baru di naikinya

Ting!

Bunyi pintu lif terbuka membuatkannya membuka mata. Langkah di atur berat ke aparment milik Gib. Baru sahaja dia hendak membuka pintu aparment, tika itu baru perasan seorang lelaki berdiri dibelakangnya.

"Hi gorgeous."

Suara lelaki lelaki itu kedengaran jelas di belakangnya. Farah melangkah beberapa tapak ke hadapan, berdiri betul-betul di pintu. Namun dengan pantas lengan lelaki itu melingkar erat pada lehernya.Farah kaku di dalam posisi mereka itu.

Wajah lelaki itu rapat pada telinganya sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas lelaki itu. Di belakang badannya terasa seperti benda tajam yang sengaja di tekan. Bau asap rokok jelas menusuk deria baunya. Matanya dipejamkan buat seketika.

"Open your eyes, gorgeous." Suara lelaki itu jelas kedengaran di telinganya. Lingkaran tangan lelaki itu pada lehernya dieratkan oleh seolah-olah ingin mematikan saluran pernafasan wanita itu.

"No."

Lelaki itu mengetap rahangnya saat mendengar balasan wanita itu.

Farah segera menghentak kepalanya pada lelaki dibelakangnya dan terus menyiku keras perut lelaki itu. dengan pantas tubuh dipusingkan untuk menghadap lelaki itu dan dalam sekelip mata, badan tegap lelaki itu ditolaknya ke dinding pintu. Tangannya naik mencengkam kemas leher lelaki itu. Pisau ditangan lelaki itu juga bertukar tangan. Tepat di halakan pada leher lelaki dihadapannya dan sengaja di tekan tidak terlalu dalam sekadar membuatkan lelaki itu merasa sedikit kesakitan. Tajam Matanya memandang pada lelaki itu yang bekerut menahan sakit.

"I swear to God, I'll kill you." Keras suara Farah

"So just do it." Lelaki itu menjawab berani. Matanya berani menentang mata Farah.

"Naj.." Mati bicara Mey Ling apabila melihat situasi yang berlaku ketika ini.

Kesempatan itu, Lelaki itu menolak Farah dengan keras dan tubuh Farah terhentak pada dinding.
Dengan pantas lelaki itu melarikan diri. Mey Ling yang melihat segera mengejar lelaki itu.

"Shit!!" Farah segera bangun dan ikut mengajar.

Ketika hampir dengan tubuh lelaki itu kaki Mey Ling naik menendang belakang tubuh lelaki itu. Tubuh yang tersungkur itu segera di dekati lalu kakinya sekali lagi naik menendang wajah yang separuh ditutupi dengan topeng muka.

"Who are you?" Soal Mey Ling keras.

Ketika dia sedang menunggu Farah didalam kereta dia sempat melihat lelaki yang berpakaian hitam mengikuti langkah Farah. Dan lelaki itu sangat mencurigakan. Dia bertindak pantas segera meninggalkan ruangan parking kereta lalu mengikuti lelaki itu.

Farah yang menyaksikan situasi itu mendengus. Tumbuk dibalas tumbukkan di lepaskan oleh Mey Ling dan lelaki itu namun sesaat tubuh Mey Ling serta-merta terjatuh, selepas sesuatu yang menghasilkan bunyi kuat kedengaran.

Bang!

Buat seketika, mata Farah bertembung dengan mata lelaki itu. Terukir senyuman sinis di wajah lelaki itu. Tubuh Farah kaku apabila memandang darah yang mengalir pada peha kanan Meyling namun dengan perlahan dia menapak perlahan mendekati Mey Ling yang berkerut menahan sakit.

"Nampak macam kau takkan mati seorang-seorang malam ni" Lelaki itu tersenyum sambil menuturkan itu kepada Mey Ling yang sudah terbaring di atas lantai.
Pistol yang berada di tangannya di halakan ke arah Farah.

Farah kembali memandang lelaki itu. Penumbuk di kepal. Tika itu, Badannya di pusingkan sedikit lalu kakinya naik tinggi menendang pistol di tangan lelaki itu.

Pistol yang terjatuh di lantai itu di tendang jauh. Sekali lagi matanya menikam anak mata lelaki itu. Jam di pengelangan tangan di longgarkan lalu di tolak sedikit ke hadapan dan di gengam.

"Lelaki yang pukul perempuan adalah lelaki pengecut macam kau.." Usai berkata Farah melayangkan penumbuk tepat dia wajah lelaki itu.

"Dan kau kena ingat kau bukan lawan aku."

Ketika lelaki itu sudah jatuh tersungkur Farah dengan pantas bergerak ke arah lelaki itu lalu tubuh lelaki itu di palingkan kebelakang gari sentiasa di bawanya di keluarkan dari belakang jaketnya.

Klak!

Gari itu sudah kemas melingkari kedua pengelangan lelaki itu.

"Jantan anak lelaki jahanam kau di tahan atas kesalahan percubaan membunuh dan mendatangkan kecederaan pada mangsa. Kau berhak berdiam diri sehingga kes di bicarakan."

Share this novel

Hazwanihussain Ninie
2023-03-16 08:23:50 

tq author


NovelPlus Premium

The best ads free experience