Bunyi lonceng pintu kedengaran. Anya terkejut ketika ingin mengambil kek yang dibakarnya tadi. Nasib Becky membelikannya bahan untuk membuat kek, setelah dikenakan lima hari bercuti tanpa sengaja oleh Bahr. "Ni mesti dia ni?" bisik hati Anya. Anya terus membuka pintu dan melihat Bahr yang sedang memegang empat kuntum bunga mawar merah.
"For you ." senyum Bahr. "Awak dah kenapa? Buang tabiat. Nak bagi bunga?" soal Anya sinis. Bahr melihat penampilan Anya yang memakai apron miliknya. Warna biru tua. Tersenyum dia sendiri. Bahr masuk ke dalam rumah, memberikan tangan untuk dia salam. "Cepatlah salam. Kan, saya dah balik rumah." senyum Bahr.
"Mengada.." kata Anya terus berlalu. Bahr hanya tersenyum, dia perlu bersabar. "Sayang masak apa? Wanginya.." kata Bahr. "Saya rasa awak belum buta lagi kan." kata Anya. "Nak rasa sikit boleh?" soal Bahr. "Tak payah mengada! Saya buat kek ni untuk Mummy." kata Anya. "Untuk Mummy? Kijap, Mummy tak cakap pun.." belum sempat Bahr menghabiskan katanya kedengaran bunyi lonceng.
"Anyaaa... Menantu Mummy." teriak Mummy Bahr.
***
"Kau biar betul?" jerit Sherry. Sengaja dia tidak menghubungi tunangnya yang jauh di Malaysia kerana ingin fokus tentang kerjayanya di sini. "Ya, aku dengar Bahr beli butik Anya dan hadiahkan kepada kau." kata seseorang itu.
"Maksudnya, Anya akan jadi orang suruhan aku lah kan? Yes, aku tak sabar.." kata Sherry. "Tapi, ingat.. aku nak Anya. Kau dah dapat apa yang kau nak kan?" kata seseorang. "Kenapa kau nak sangat Anya tu? Kenapa? Kau dah jatuh cinta dekat dia ke? Ahh, kau memang gila lah. Adik kau minat dekat kawan baik dia, kau minat dekat dia. Gila!!" jerit Sherry.
"Aku nak Anya!! Tapi, adik aku yang bodoh tu yang buat kacau. Tapi, tak apa.. Aku tetap nak Anya." kata seseorang itu. "Boleh kau ceritakan aku, kenapa sebenarnya kau nak Anya? Kau cakap nak balas dendam bagi pihak adik kau kan? Tapi, sampai sekarang.. aku yakin sebenarnya kau boleh je hancurkan dia. Tapi, sebab apa? Sebab apa sampai sekarang kau tak dapat nak hancurkan dia?" soal Sherry.
"Sebab.. dalam masa yang sama aku sayang dia!" kata lelaki itu. Sherry hanya tersenyum sinis. "Pelik!" kata Sherry.
***
(IMBAS KEMBALI)
"Betul ke ni Anya kau nak belanja aku?" soal lelaki tersebut, Zayhar. "Betul lah. Kita kan nak buat kerja sama-sama, aku tak berapa faham assignment tu. Nak harapkan Becky, dia tu asyik keluar je dengan boyfriend dia. Tapi, entahlah.. aku tengok boyfriend dia tu macam lain tau. Aku cuma harap yang terbaik untuk dia." kata Anya.
"Kenapa kau baik dengan aku?" soal Zayhar. Anya hanya tersenyum, "aku baik dengan semua lah, Zay.." kata Anya.
***
(SEKARANG)
"Ni sekali sekala. bawalah Anya honeymoon. Mesti Anya bosan kan?" soal Mummy. "Eh, takpe Mummy. Anya okay je sini." senyum Anya. Bahr juga turut tersenyum, memang senagaj disuruh Anya mengambil cuti selama lima hati, untuk mereka berbulan madu. Ke mana? Rahsia...
"Ni kenapa dekat leher kamu ni Anya, macam ada foundation je, buat apa pakai foundation kalau dalam rumah?" soal Mummynya. Anya hanya menutup cepat-cepat lehernya. "Takdelah Mummy. Err, Anya bosan sambil menjeling ke arah Bahr. Semuanya gara-gara Bahr.
"Okaylah.. Mummy balik dulu. Jaga Anya ni Bahr. Anya, kalau Bahr buli Anya. Report dekat Mummy ye. Bye.." kata Mummy. Selepas sahaj Mummynya meninggalkan mereka berdua Bahr merenung Anya.
"Boleh tak sayang tunaikan satu permintaan Abang?" soal Bahr. "Apa?" bentak Anya. "Boleh tak kalau kita honeymoon berdekatan dengan univerisiti Anya dengan Becky dulu?" pinta Bahr. "Awak nak buat apa? Buang masa je!" bentak Anya lagi.
Bahr mendekati Anya dan terus memeluk erat Anya. Terdiam dan terkejut Anya. "Sebab, Abang nak mengenali siapa isteri Abang dahulu.. Siapa dia, dengan siapa dia berkawan, dia belajar dekat mana.. tempat lepak dia dekat mana dulu." pujuk Bahr. Dan, buat pertama kalinya, entah kenapa Anya selesa dengan kedudukan mereka sekarang.
***
(USA)
"Aku nak balik Malaysia." kata Zayhar. "Sebab?" soal Sherry. "Aku rindukan Anya aku. Aku akan ikut sahaja di mana sahaja dia berada." kata Zayhar terus tersenyum sinis.
Share this novel