-1-

Romance Completed 77636

" Aku tak kisahlah kau nak menangis air mata darah sekalipun, Aku nak kau kahwin dengan Megat Jalal. Kau dengar ke tak hah!! " Kata Jawas.

" Tapi ayah. Tolonglah. Aisyah taknak. Ayah tahu siapa Megat Jalal. " Tangis Aisyah.

" Aku tak kisah dia siapa. Tapi aku dah berjanji padanya aku akan gantikan kau jika aku tak terbayar hutang piutang aku padanya. " Kata. Jawas.

" Ayah!!! " Teriak Aisy dimuka pintu, baru balik dari sekolahnya.

" Kenapa? Kau nak lawankan si Aisyah ni? Dan kau Aisy, Jangan nak berlagak melindungi Aisyah. Sebabkan kau lah aku kehilangan isteri aku. Sebabkan melahirkan kau, isteri aku hilang nyawa. " Kata Jawas.

" Apa yang ayah cakap ni hah. Mama meninggal sebab mama sakit. Bukan sebab Aisy. " Kata Aisyah.

" Dah lah kak Syah. Makin kita layan makin menjadi orang tua ni. Tak sedar di untung, dah lah Kak Syah yang tanggung makan minum, suka-suka hati nak jual kak Syah pada lintah darat tu. " Kata Aisy membawa kakaknya berdiri.

Aisy membawa kakaknya berlalu dari depan Ayahnya dan masuk kedalam bilik Aisyah.

" Kau ingat Aisyah. Hujung bulan ni kau kena Nikah dengan Megat Hassan. " Kata Jawas.

" Ayah boleh tak jangan paksa kak Syah. Ayah yang berhutang kenapa kak Syah yang kena bayar semua tu? " Tanya Aisy.

" Kau diam Aisy!! Jangan sampai tapak tangan aku ni melayang kat wajah kau!! " Kata Jawas.

" Aisy tak takutlah. Dari ada Ayah macam ni, Aisy sanggup lah takde Ayah. " Kata Aisy.

" Aisy. " Panggil Aisyah lalu menggelengkan kepalanya.

Aisy duduk didalam bilik kakaknya bersama Aisyah sekali. Mendengar suara pintu utama tertutup kuat, Aisyah menggamit adiknya lalu berbisik.

" Akak nak lari malam ni. " Kata Aisyah.

" Tapi kak. " Balas Aisy.

" Akak takkan tinggalkan Aisy kat sini. Akak akan bawak Aisy sekali. Nak? " Tanya Aisyah.

" Kita nak tinggal kat mana? " Tanya Aisy.

" Kita cari rumah sewa. Jangan risau simpanan akak masih mencukupi. " Kata Aisyah.

" Kalau Ayah tahu, silap haribulan mati kita kak. " Kata Aisy.

" InsyaAllah. Ada Allah lindungi kita. " Kata Aisyah.

" Baiklah. Tapi bagi Aisy solat Isyak dulu. " Kata Aisy.

" Ye. Lepas makan malam nanti kita gerak. " Kata Aisyah.

Jawas yang bersiul keluar dari flat tempat tinggalnya, mengeluarkan telefonnya dan mula menghubungi Megat Jalal.

" Hello bakal menantu. " Kata Jawas.

" Kenapa. Kau dah buang tabiat ke orang tua? " Tanya Megat Jalal.

" Hujung bulan ni, kau akan bakal jadi menantu aku. " Kata Jawas.

" Kau jangan tipu aku orang tua. " Kata Jalal.

" Aku tak tipu kau lah. Apa yang aku bagitahu ni betullah. Anak aku. dah setuju kahwin dengan kau. " Kata Jawas.

" Really? " Kata Jalal ada nada gembira disana.

" Tapi kau jangan lupa, habuan aku. " Kata Jawas.

" Sah aku jadi menantu kau, aku akan pastikan kau dapat apa yang kau nak. " Kata Jalal.

Panggilan diputuskan. Jawas tersenyum senang dengan apa yang akan didapatnya dari Jalal. Sejumlah wang yang tak pernah dibayangkannya. 20k akan jatuh ke tangannya.

" Tak sabarnya nak jadi orang kaya baru. " Kata Jawas.

Selesai solat Isyak, mereka dua beradik duduk di meja makan sambil makan mereka berbincang sedikit.

" Akak dah book hotel untuk kita. Jangan lupa bawak semua sertifikat kita semua. " Kata Aisyah.

" Semua dah ada. Akak jangan risau. " Balas Aisy.

" Akak sanggup hilang segalanya Aisy, dari akak hilang awak. " Kata Aisyah menitiskan airmata.

" Akak cinta pertama Aisy sejak Aisy melihat dunia. Kemana Akak, Aisy akan ada disisi. Kita harungi bersama ye kak. " Kata Aisy.

" Ye. Mati Aisy, Matilah juga Akak. " Kata Aisyah.

" Jangan cakap macam tu kak. " Kata Aisy.

Mereka sambung makan dengan cepat. Takut nanti mereka akan terserempak dengan Jawas.

Selesai makan, Aisyah dan Aisy telah siap dengan beg dibelakang badan mereka. Aisy memakaikan topi di kepala Aisyah agar tak dikenali oleh Ayahnya mahupun orang-orang Megat Jalal.

" Kita gerak sekarang. " Kata Aisy.

" Ye. Bismillah. " Ucap Aisyah keluar dari pintu rumah.

Sampai saja kebawah bangunan, Aisy menarik Aisyah bersembunyi dibalik dinding kerana kelibat Jawas terlihat menapak menuju pulang kerumahnya dengan senang hati.

Hilang saja kelibatnya. Aisyah dan Aisy, berlari cepat menuju kejalan utama. Mencari teksi yang melintasi jalanan itu. Namun tiada.

" Sebaiknya kita gerak sekarang. Nanti Ayah muncul. " Kata Aisy.

" Aisy. Dengar apa yang Akak nak cakap. " Kata Aisyah.

" Jika kita terpisah malam ni, Akak nak Aisy balik ke kampung Mama. Jumpa Dengan Pak Long. Itu pesan Mama. " Kata Aisyah.

" Tapi Kak Syah. " Kata Aisy.

" Dengar cakap Kak Syah. Ni hotel yang Kak Syah sewa. Ni kad Atm kak Syah dalam ni, cukup untuk menanggung Aisy selama setahun. Ingat Akak tetap sayangkan Aisy. Dunia akhirat Akak, Aisy Panglima Kak Syah yang selalu lindungi Kak Syah. " Kata Aisyah.

" Akak janji dengan Aisy, Akak akan cari Aisy tau. " Kata Aisy mengalirkan Airmata.

" Akak janji. " Kata Aisyah.

" Hawa Aisyah!!! " Teriak Jawas melihat mereka berdua ditepi jalan.

" Pergi!! Lari Aisy!!! Lari semampu kau. Ingat pesan Akak. Akak sayangkan adik Akak. Hazim Aisy. " Kata Aisyah.

" Pecah!! " Kata Aisyah.

Aisya menuju kejalan sebelah kiri manakalaAisy lurus kedepan. Namun Jawas memilih mengejar Aisyah berbanding Aisy. Kerana Aisyah lubuk Emasnya.

Jauh Aisyah meninggalkan Jawas dibelakang, Dia tersadung batu lalu terjatuh hingga menyebabkan kaki dan telapak tangannya luka.

" Aduhh. " Perih dirasakan Aisyah. Namun dia gagahkan jua berdiri.

" Berhenti Aisyah!! " Kata Jawas.

Dengan menyeret kakinya yang terseliuh dia menapak kedepan meninggalkan Jawas. Topi pemberian Aisy terbang akibat angin pada malam tu bertiup kencang.

" Ya Allah. Aku harap Aisy selamat. Lindungilah satu-satunya adikku. " Kata Aisyah.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya ditambah dengan tiupan angin membuatkan Aisyah kesejukan.

" Hawa Aisyah berhenti aku kata!! " Teriak Jawas.

" Aisyah rela matilah dari ikut rancangan gila ayah tu. " Kata Aisyah.

Jawas dapat menarik rambut Aisyah yang berikat satu itu. Dia merentap kuat hingga Aisyah merasa kulit kepalanya seperti mahu tercabut.

" Aku dah kata kan. Kau jangan nak cari pasal dengan aku. Jalan!!! " Seretnya.

" Ayah lepaskan rambut Aisyah. Sakit tahu tak. " Kata Aisyah.

" Kalau aku lepaskanmesti kau lari. " Kata Jawas.

" Sakit ayah. " Tangisnya.

" Aku dah cakap dengan kau kan. Up!!! Up!!! " Teriaknya pada Aisyah.

Disaat itulah sebuah kereta melintasi mereka berdua. Seseorang melihat dari arah seat belakang.

" Kenapa tu? " Tanya si pemandu.

" Berhenti Fattah. Kesian gadis tu. Entah-entah orang jahat ke lelaki tu. " Kata Temannya di sisi pemandu.

" Betul jugakkan Zikri. " Balas Fattah.

Fattah memberhentikan kereta di sisi jalan. Namun mereka masih belum keluar kerana hujan semakin lebat.

Mereka memerhatikan dari dalam kereta sahaja.

" Ayah tolonglah. Aisyah merayu. " Tangiwnya. Airmatanya tak telihat akibat titisan hujan yang semakin melebat.

Badan Aisyah bergegar kesejukan. Namun Jawas tak menghiraukannya.

" Nak lepaskan kau. Rasanya aku nak sangat bunuh kau malam ni Syah. Sebelum lintah darat tu bunuh aku sebabkan silap kau, sebaiknya aku dulu bunuh kau!! " Kata Jawas.

Jawas menghayun lututnya mengena keperut Aisyah.

" Allahhu. " Kata Aisyah terasa sakit teramat diperutnya. Menyebabkan dia rebah kebumi.

" Bangun!! " Pekik Jawas menarik rambut Aisyah.

" Sakit Yah. " Kata Aisyah bergetar mulutnya menahan kesakitan.

Share this novel

Ferdi Aja
2023-08-09 09:30:11 

hay


NovelPlus Premium

The best ads free experience