LLALC 21-perubahan

Inspirational Series 7189

Selepas aida terjatuh dalam bilik air, timbul kesedaran halus dalam diri aida.
" sempurnakah aku sebagai umat Muhammad?. Aku mesti ada banyak dosa yang aku tidak sedar maka kerana itu aku di tarik nikmat sihat. Rata rata yang datang melawat menghamburkan kata kata Allah beri nikmat sakit sebab Allah sayang. Wahai tuhan ku x layak ke syurgamu namun tak pula aku sanggup ke nerakamu. Adakah benar sakit itu penghapus dosa dosa kecil.?
Sewaktu majlis bacaan yasin dirumah Aida, ustazah hasnah memberi tazkirah.
Keadaan di Mana Allah Menyukai Pelaku Maksiat
Manusia adalah tempat lupa dan salah. Untuk itu mereka juga banyak berbuat dosa dan maksiat. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat dosa? Tidak ada.

Meskipun demikian, hal itu tidak menghalanginya untuk menjadi orang yang Allah cintai. Bagaimana caranya? Bertaubat kepada Allah, iaitu menyesali maksiatnya, berhenti dari melakukan, dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi. Allah gembira atas perbuatan orang itu.

Mana dalilnya Allah mencintai mereka? Firman Allah yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (QS. Al-Baqarah [2]: 222)

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sungguh Allah lebih mencintai taubat hamba-Nya dari pada seseorang yang singgah di suatu tempat yang menyebabkannya binasa.

Diriwayatkan dari Anas radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada seorang dari kalian yang terjatuh dari atas kendaraan untanya dan unta itu membuatnya tersesat di tanah lapang yang sangat luas.” (HR. Al-Bukhari dan muslim

Bagaimana dengan kondisi jika setelah bertaubat dia mengulangi maksiatnya lagi? Bertaubat lagi lalu hari berikutnya melakukan lagi karena dorongan syahwatnya meningkat?

Kita telah tahu bahwa iman itu naik turun, selagi taubatnya benar dan tulus pasti Allah terima taubatnya dan setiap kali dia mengulangi dosanya segera bertaubat lagi, niscaya Allah masih mencintainya.
Aida: bukankah orang yang berbuat maksiat itu seorang pendosa.
Ustazah Hasnah: ya, tetapi andai orang itu sudah bertaubat dosanya sebanyak buih dilautan akan diampunoan, tetapi da, bukan bermaksud kita debgan sengaja membuat dosa kemudian bertaubat dan kengulanginya. Ustazah maksudkan kepada mereka yang lalai dan benar benar ingin bertaubat dengan taubat nasuha.
Ustazah Hasnah: Diriwayatkan Abu Huriarah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ada seorang hamba yang melakukan dosa. Setiap kali dia berkata, ‘Aku telah melakukan dosa, ampunilah aku, ‘ atau, ‘Aku telah tertimpa dosa, ampunilah aku,’ maka Rabb-nya berfirman, ‘Hamba-Ku tahu bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menyiksanya, aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Kemudian berselang lama sesuai kehendak Allah, dia tertimpa dosa atau melakukan dosa, dia pun berdoa, ‘Ya Rabb-ku, aku telah melakukan dosa lagi, maka ampunilah aku.’ Allah berfirman, ‘Hamba-Ku tahu bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menyiksanya, aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Kemudian berselang lama sesuai kehendak Allah, dia tertimpa dosa atau melakukan dosa. Setiap kali dia berkata, ‘Aku telah melakukan dosa, ampunilah aku, ‘ atau, ‘Aku telah tertimpa dosa, ampunilah aku,’ maka Rabb-nya berfirman, ‘Hamba-Ku tahu bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menyiksanya, aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Sebanyak tiga kali. Rabb-nya pun berfirman, ‘Silahkan dia melakukan semaunya.’” (HR. Al-Bukhari dan muslim

memetik ayat daripada Surah Ali Imran (ayat 133-136) yang bermaksud:
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.

"Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik; dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

"Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."

Melalui surah ini, dapat kita merumuskan dan berkongsi lima amalan yang perlu ada pada diri setiap Mukmin supaya Allah swt dapat mengampunkan dosa-dosa kita.

1. SENTIASA MENDERMA

Pertama, orang-orang yang membelanjakan harta mereka semasa senang dan susah.

Ustazah hasnah berkata, perkara ini sangat relevan dengan konteks terkini dengan ramai yang terjejas dek Covid-19. Adakah mereka yang sebelum ini selalu memberi sedekah dan sebagainya masih terus dengan sifat memberi?

2. MENAHAN MARAH

Kedua, orang-orang yang menahan marah.

"Mereka dapat menahan kemarahan yang sedang menyala-nyala di dalam dada," kata beliau.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Huraira ra bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:

"Bukanlah orang yang kuat itu dengan bergelut. Orang yang kuat itu ialah yang dapat menguasai dirinya ketika marah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dengan ekonomi yang terjejas teruk sekarang, mampukah kita bersabar dan terus berusaha demi mencari sesuap nasi?"

3.? SENTIASA MEMAAFKAN

Ketiga, orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia.

Sekiranya kita dianiaya atau ada orang yang melakukan kesalahan terhadap kita, adakah kita memaafkannya atau membalas dengan kejahatan juga?

Ustazah hasnah memberi contoh daripada tindakan Nabi saw terhadap pasukan pemanah dalam peperangan Uhud - mereka melanggar perintahnya dengan meninggalkan pertahanan mereka.

Namun Nabi SAW tetap memaafkan kesalahan mereka.

4.SUKA BUAT KEBAIKAN

Keempat, orang-orang yang suka membuat kebaikan dengan menolong meringankan kesusahan orang lain dan mengorbankan sebahagian nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt.

Pengorbanan yang mereka lakukan adalah tanda yang mereka mensyukuri nikmat Allah swt.

5.CEPAT BERTAUBAT

Kelima, orang-orang yang apabila melakukan dosa dan kejahatan yang mendatangkan kesan buruk kepada orang lain, seperti melakukan zina dan sebagainya, mereka terus cepat-cepat teringat larangan dan ancaman Allah swt.

"Mereka terbayang akan kemurkaan Allah swt dan seksaan yang bakal diterima lalu meninggalkan perkara tersebut, menyesal dan bercita-cita untuk tidak mengulangi serta bertaubat kepada Allah swt memohon ampun di atas dosa-dosanya," jelas Ustazah Hasnah.

Daripada surah Ali Imran ayat 135, Allah berfirman:

"Tiadalah yang mengampuni dosa selain Allah."

Ustazah hasnah menerangkan bahawa di sinilah Allah swt menyifatkan diri-Nya mempunyai rahmat yang sangat luas dan cepat mengampunkan dosa-dosa manusia.

Maka, orang yang diterima taubatnya menjadi seolah-olah tidak mempunyai dosa lagi.

"Semoga kita semua di golongkan di kalangan orang-orang yang disebutkan tadi agar dosa-dosa kita dapat diangkat oleh Allah swt serta dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya seperti yang dijelaskan dalam surah Ali Imran," kata Ustazah hasnah
"Mereka terbayang akan kemurkaan Allah swt dan seksaan yang bakal diterima lalu meninggalkan perkara tersebut, menyesal dan bercita-cita untuk tidak mengulangi serta bertaubat kepada Allah swt memohon ampun di atas dosa-dosanya."
- Ustazah hasnah merujuk kepada sifat orang yang cepat bertaubat.

Author's disclaimer (penafian penulis)
Nasihat ustazah hasnah hanya merujuk kepada diri che da yang merasakan che da ada berbuat dosa tanpa di sedari. Tazkirah ustazah ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang sengaja mengabaikan tanggungjawab dan suruhan Allah. Yang penting setiap umat Muhammad perlu patuh pada suruhan Allah da meninggalkan larangannya.

Chapter vseterusnya tentang novel plus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience