"Masuk!" Aku memanggungkan kepala melihat siapakah gerangan si pengetuk pintu tadi. Apabila wajah itu terjengul di muka pintu, aku mengangkat kening.
"Bos, kawan baik bos nak jumpa." Dia menunduk sedikit dan aku terlihat Ammar berdiri di belakangnya.
"Okay, you may go now." Aku menutup laptop yang sudah dipenuhi dengan data-data penting.
"Weh! Teman aku jom!" Mamat tu dah duduk atas sofa sambil menyilangkan kakinya.
Aku mula bangun dan menuju ke arah sofa. Dia ni memang. Buat office aku macam dia punya. Cuma satu aje, belum pernah dia masuk tanpa kebenaran. Cuma masa dalam ni, dia buat apa saja dia suka. Dan aku sedikitpun tidak kisah.
"Pergi mana? Aku busy la." Aku mengambil majalah dan menyelak perlahan-lahan.
"Kenduri rumah kawan mama aku." Dia membuat muka minta belas kasihan yang akan diberi penampar. Apa kena mengena aku dengan kenduri tu?
"Kau pergilah dengan mama kau." Aku mencebik. Patutnya aku harus ke tapak projek petang ni. Kalau ikut mamat ni pergi kenduri tu, memang tak masuk kerja terus sampai petang. Melencong.
"Mama aku kat Jepun kan. Kau lupa ke? Ala jomlah aku seganlah nak pergi. Kalau aku ada adik ke abang ke memang aku dah ajak. Ni aku ada kau aje." Memandangkan dia anak tunggal, memang pun aku ni macam adik-beradik dia. Berkepit sentiasa. Bukan gay okay. Cuma kawan terlalu baik. Sejak zaman universiti.
"Kenduri siapa? Malu kang kalau tak kenal." Aku kasihan la pula.
"Aku ada number phone anak kawan mama aku tu." Dia menaik-naikkan kening.
"Okaylah. Jomlah. Tapi jangan lama sangat. Aku kena balik office." Aku bangun dan mencapai wallet. Naik kereta Ammarlah.
--------------
Sepanjang perjalanan, kami menuju ke arah yang tak tahu dimana. Biar betul mamat ni?
"Kau tahu ke tak alamat tu?" Aku memandang dengan muka tak puas hati.
"Tak. Tapi ada peta." Dia menunjukkan peta kepada aku.
"Bak aku nak tengok." Aku merentap peta tersebut dari tangannya.
Aku memerhati dalam peta itu. Mak kau! Kat mana ni? Aku belum pernah sampai tempat ni. Memang masih sekitar negeri Selangor. Tapi, aku pun tak tahu apahal aku tak pernah jejak ke situ. Sejak bila wujud pun aku tak tahu.
"Kat mana ni?" Aku mengejipkan mata beberapa kali.
"Aku pernah pergi masa kecik-kecik dulu. Tapi lupa." Dia sengih.
Mangkuk betul budak ni. Daya ingatan tak kuat langsung. Nampak gaya memang memusinglah nak cari rumah kenduri. Ahhhh. Stres pulak aku. Dahla nak kena balik office. Pukul satu setengah dah ni! Nak cari satu hal. Pastu nak makan. Nak balik. Dalam perjalanan balik confirm jam!
"Kau kata ada number anak dia? Call lah." Aku mengeluarkan idea. Kan!
"Jap jap. Aku call." Dia mengeluarkan iPhone dan terus mendial. Sepuluh saat berdering, dia bersuara. "Assalamualaikum. Ini Ammar. Mama I kawan mama you. Dia ada kasi number you sebab senang nak contact. Actually I tak tahu kenduri tu kat mana plus I rasa I dah sesat ni." Ammar mengangguk-angguk setelah sepuluh saat diam. Mungkin anak kawan mama dia tu bagi penerangan lah kot?
Ammar mematikan panggilan. "Aku tak tahu dia cakap apa woi! Aku tak tahu benua mana yang dia bagi tahu. Aku lost." Ammar memberhentikan kereta dibahu jalan.
"Dia cakap apa?"
"Dia cakap kan area tu ada roundabout then kekiri then kekanan then terus then ahhh tah aku tak ingatlah! Apabenda dia cakap ada kedai itu ini. Dia fikir kita tahu?" Ammar garu kepala.
Aku menggeleng. Nampak gaya memang tak masuk dah office petang ni. Ish nak guide rumah kenduri pun tak reti ke?! Lain kali jangan buat jauh-jauh.
Hampir setengah jam mencari, tak jumpa. Aku mula nak bebal ni.
"Bak phone kau. Biar aku cakap dengan dia." Kan senang. Lagipun Ammar memang jenis pelupa. Tak boleh nak buat benda dalam keadaan tergesa-gesa.
Dia menyuakan telefon pintarnya. Aku menyambut laju dan terus mendial nombor tadi. Setelah panggilan diangkat, aku terus bersuara, "Hello. Kenduri kat mana ni? Kau biar betul? Aku memusing lama kemain tak jumpa kot! Kau teranglah bagi clear sikit. Sebab kau ah ni. Aku dah lambat tahu tak?" Aku merengus sedikit di hujung ayat.
"Err helo. Sorry ek? Tapi ni siapa?" Suara lunak di hujung talian.
Ya ampun. Perempuan ke? Macam kasar semacam je bahasa aku. Tapi lantaklah!
"Ini kawan Ammar. Kenduri tu kat mana ni? Kitorang tengah cari rumah kenduri awak tu. Tak jumpa-jumpa."
"Paling senang, awak try je cari sepanjang tepi pantai. Pasti jumpa. Awak kat mana?" Dia bersuara dengan tenang.
"Orait. I'll call you later." Aku letak panggilan. "Kita dah dekat." Memandangkan kami sudahpun berdekatan pantai. "Kau jalan depan sikit. Aku rasa depan tu."
Dan sebaik sahaja kereta membelok kekiri, aku dah nampak rumah mewah dihiasi cantik. Rumah ni mungkin? Sebab ada kenduri.
"Rumah tu lah." Ammar dah beriak gembira.
Kepala hotak betul budak bertuah ni. Nasib baik aku call anak kawan mama dia tu. Kalau tak, memang jenuh.
Kami turun dari kereta dengan berpakaian formal dari office. Nampak muka letih tapi datang jugak.
Sepanjang berjalan ke arah kenduri tu, aku membebel habis-habisan. Sampailah kami berhenti di hadapan pintu pagar rumah mewah tu.
"Ish aku geram betul perempuan tu. Boleh pun bagi info betul. Yang tadi kau kata kekiri kekanan bagai apa benda. Dah tahu aku ni sibuk. Kau ah ni! Dahla tak bagitahu dia perempuan. Lembab perempuan macam ni. Aku nak tengok muka dia. Mesti muka mandom ni! Argh! Aku dah tak boleh balik office." Aku mencekak pinggang.
"Dah la..." Ammar terdiam saat dia tertoleh ke kiri.
"Cantik bahasa abang berdua." Suara lembut menyapa telinga.
Aku pun terus menoleh ke arah mata Ammar. Aku terpegun. Aku terdiam. Aku terkesima.
Share this novel
so nice