“Anissa sayang..” panggil Encki Akil. Mata Anissa terbuka sedikit.
“Ya Allah.. Ya Rabbi.. Ya Karim...... segala syukur buatmu maha pencipta,.,... Allah!!” Encik Akil terus bersujud.
Maria yang sedang memangku Puan Hanim terkejut apabila Puan Hanim sudah pun terjaga. Jururawat yang baru sahaja ingin merawat Puan Hanim terhenti tangan mereka daripada menguruskannya.
“Anissa...”
Maria mendapat panggilan telefon daripada Encik Akil dan terus memeluk Puan Hanim. Tersedu – sedan Maria menangis. Sahabat lamanya yang dulu nya bersama – sama ke musollah untuk solat, sama – sama mengutip derma untuk orang miskin dan sama – sama mengaji hingga lewat malam sudah sedar. Doanya, doa Puan Hanim dan semestinya Encik Akil diperkenankan Allah. Maria membisikkan berita gembira itu ke telinga Puan Hanim.
Senyuman Puan Hanim pada waktu itu adalah senyuman terindah pada kaca mata Maria. Dia memimpin Puan Hanim untuk ke tingkat atas. Setibanya Puan Hanim ke ubun – ubun Anissa, satu kucupan singgah sehinggakan mata yang baru sahaja Anissa buka tadi terpejam semula.
“Selamat kembali sayang....” bisik Puan Hanim ke telinga Anissa.
“Selepas ini ibu berjanji akan memastikan tiada jarak untuk Anissa menjadi Anissa yang lain. Ibu sayangkan Anissa”
Dalam kudrat yang masih lemah, Anissa memeluk Puan Hanim dengan tangis gembira dan penuh keinsafan. Ayahnya juga dipeluk erat. Doktor Hud merangkul kemas pinggang Maria dan mengucup dagu isterinya itu.
“Terima kasih abang kerana berusaha menyelamatkan sahabat Maria..”
“Puji syukur hanya layak dipanjatkan buat Allah yang maha Agung” bisik Doktor Hud ke telinga Maria. Anissa memandang Maria dalam keadaan lemah. Sekuntum senyuman terukir buat sahabat dunia akhirat.
Share this novel