BAB 37

Humor Completed 78146

MUJUR demam Aisyah cepat sembuh.Siapa lagi yang menjaga dan merawat kalau bukan Adam.Sampai Aisyah nak buat apa pun dia tak bagi.Asyik suruh rehat memanjang.Adam betul-betul manjakan Aisyah.

"Senyum kat siapa tu?"tanya Datin Mazni kehairanan.

Di ruang tamu hanya dia dan Aisyah saja.Dari tadi dia perhatikan Aisyah senyum sorang-sorang.

Aisyah tersentak.Tu la mengelamun lagi.Kan dah kantoi.Tangan Aisyah masih meneruskan kerja mengurut kaki Datin Mazni.

"Tak ada apa lah datin."Kan dah termalu.

Datin Mazni sebenarnya nak tergelak bila tengok Aisyah senyum sorang-sorang.Mesti mengelamun ingatkan Adam.Sebab Adam pun macam tu asyik senyum memanjang saja sekarang ni.

"Alhamdulillah kaki datin dah semakin pulih.Lepas ni datin dah boleh keluar pergi jalan-jalan."

Aisyah senyum ikhlas.

Apa yang Aisyah cakap ada betulnya.Kaki Datin Mazni semakin pulih.Sekarang pun Datin Mazni sudah boleh berjalan menggunakan sebelah tompang kaki sahajaTak lama lagi mungkin sudah boleh jalan seperti biasa.

"Sebenarnya ..."Tak sempat Datin Mazni nak cakap Adam muncul bersama senyuman semanis gula.

"Mummy,macam mana hari ini?"sambil tunduk mencium kedua belah pipi mummy nya.Sempat Adam kenyit mata pada Aisyah.Di pejabat tadi hanya terbayang wajah Aisyah.Sebab tu Adam berfegas pulang.Rindu isteri.

Aisyah senyum nipis.Nasib Datin Mazni tak perasan.Adam ni depan mummy pun nak goda isteri.Boleh tahan tahap nakal Adam.

"Alhamdulillah kaki mummy dah makin pulih."

"Lepas ni boleh la mummy ajak baba pergi honeymoon.Untung-untung Adam dapat adik lagi."seleroh Adam sambil ketawa kecil.

"Ke situ pula."Datin Mazni turut ketawa kecil.Adam memang kuat mengusik.

"Saya pergi basuh tangan sekejap."Aisyah meminta diri.Seronok sebenarnya dia tengok kemesraan Datin Mazni dua beranak.Tapi cepat sedar diri yang dia tak sepatutnya ada di situ.

Terus Aisyah menuju ke dapur.

Datin Mazni menhantar pandangan ke arah Aisyah yang berlalu pergi.Sebenarnya dia ada benda nak cakap dengan Aisyah.Tak sempat nak cakap Adam muncul pula.

"Mummy tengok Adam sekarang ni asyik senyum memanjang.Ada apa-apa ker?"

"Ehh mana ada,mummy ni.Adam macam biasa saja lah."Adam sembunyi senyum.Ketara sangat ker mukanya yang tengah dilamun cinta dengan isteri tercinta.

"Mummy bukan kenal Adam sehari dua.Mummy tahu bila Adam gembira,sedih,kecewa.Adam tengah bahagiakan sekarang ni.." kata Datin Mazni sambil kecilkan mata.

"Mummy ni mestilah Adam tengah bahagia.Bahagia sebab tengok mummy dah makin sihat."selindung Adam.

Tapi dalam hati Adam tak tahu nak cakap.Dah macam taman bunga yang penuh dengan rama-rama.Asyik bergetar dan berterbangan saja.Dia bahagia kerana Aisyah.Aisyah telah melengkapi hidup Adam.Adam tersenyum bila terbayang kan Aisyah yang masih malu-malu.

Adam senyum lagi.Malam ni dia bakal laksanakan misi lagi.

"Tengok tu.Mummy baru cakap Adam dah senyum sorang-sorang."sama saja macam Aisyah.Sambung Datin Mazni dalam hati.Seronok dia tengok Adam dan Aisyah bahagia menyemai kasih.

Anak dan menantunya tengah bahagia sekarang.Tak apa lambat laun mungkin ada berita gembira buat mereka sekeluarga.Datin Mazni pula simpan senyum.

Selepas makan malam bersama mummy dan baba tadi mereka terus balik ke rumah.

Aisyah terus membersihkan diri dan bersedia untuk tidur.Adam dah lama naik ke katil.Perlahan Aisyah baring di sebelah Adam.

Aisyah menatap muka Adam.Lama.Dia berani pandang sebab tahu Adam dah tidur.Aisyah kuis perlahan anak rambut Adam yang terjuntai di dahi.Aisyah senyum kecil.Adam telah buat Aisyah jatuh cinta malah lebih dari tu.Aisyah tak tahu macam mana dia nak hidup tanpa Adam lepas ni.

Adam bergerak mengiring ke arah Aisyah.Aisyah masih pandang muka Adam.Suka dia tengok Adam tidur.Rasa tenang saja bila tengok muka Adam.

Ralit singguh dia pandang.Tiba-tiba mata Adam terbuka luas.Aisyah terus terkejut.Dia nak pusingkan badan tetapi terhalang oleh tangan Adam yang memeluk erat pinggangnya.

"Sayang curi pandang abang ya.."Adam senyum suka.

"Mana ada."Aisyah sedikit gelabah.Tu la tak periksa betul-betul kan dah tertangkap.

"Tak apa abang rela sayang tengok muka abang.Tak payah bayar apa pun.Lain kali kena dekat macam ni."Adam letak kepalanya atas bantal Aisyah.

Aisyah dah termalu.Tangan naik menahan dada Adam yang menghimpit tubuhnya.

"Awak jangan lah.Tidur lah sana." Takut pula bila Adam makin galak memeluk.

"Abang tak nak lepas.Ingat abang tak tahu ker,sayang selalu curi pandang muka abang masa abang tengah tidur .Sekarang abang nak sayang pandang muka abang dekat-dekat macam nk.Ada rasa apa tak?"Saja Adam nak dera hati Aisyah.Dah tahu hati Aisyah asyik melompat saja.

"Awak jangan lah.Mana ada saya buat macam tu."dalih Aisyah.

"Ya lah tu.Ingat abang tak nampak muka isteri abang yang cute ni selalu saja senyum-senyum tiap kali curi pandang muka abang.Tapi bila berdepan sayang pandang tak pandang saja."

Kantoi lagi.Macam mana Adam tahu.

"Sekarang abang tak nak bagi sayang tidur.Biar abang pula pandang muka sayang.Sayang tak nak mengaku kan.Malam ni abang tak nak bagi sayang tidur."Adam kenyitkan mata sambil sengih nakal terselit di situ.

Aisyah tutup mata dengan kedua belah tangan.

Adam semakin kemaskan pelukan.Tangan naik memegang muka Aisyah.Tangan Aisyah di alihkan.Mata redupnya menikam ke dalam anak mata Aisyah.Semakin dekat dan dekat dan dekat lagi.Hingga deruan nafas mereka kedengaran laju.

Bibir Adam terus sambar bibir Aisyah.Aisyah pejamkan mata.Hanyut dalam ciuman cinta sang suami.Ciuman demi ciuman Aisyah dapat.Adam ukir senyum paling bahagia bila Aisyah tidak menolak lagi.Tangan Aisyah turut naik memeluk erat pinggang Adam.Aisyah ikut senyum sekali.Bila dekat dengan Adam,Aisyah rasa bahagia.

Bahasa lenggok tubuh Aisyah menjawab segalanya.Adam tak ragu-ragu lagi.Kini Aisyah hak miliknya.

"Abang...jangan tinggalkan Aisyah.."ucap Aisyah sambik memegang muka Adam.Dia semakin berani menunjukkan rasa kasih dan cinta pada Adam.

"Abang cintakan sayang.Abang akan jaga sayang hingga hujung nyawa abang.Abang milik sayang."

Bersama ayat itu mereka sekali melayari bahtera cinta.Kali ini dengan penuh lautan kasih sayang dan cinta. Sama-sama saling memerlukan.Meluahkan rasa hati yang terpendam lama.Adam benar-benar bahagia memiliki Aisyah.Tak di ragukan lagi Aisyah miliknya untuk selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience