BAB 7

Drama Completed 44039

Paginya,Nabilla dikejutkan dengan bunyi ketukan di tingkap keretanya.Dapat dia menangkap bayangan Irwan.

"Pak uda!"Dia pun keluar daripada kereta tersebut dan tiba-tiba badannya dibasahi dengan renjisan air.

"PAK UDAA!!HABIS BASAH KAK BELL!"Irwan ketawa besar dan berlari daripada dikejar oleh Nabilla.

"Lari mana tu?!"kata Nabilla,berlari mendapatkan Irwan.

Tepat pada masanya,Iskandar keluar.Irwan pun menyorok di belakang Iskandar.Nabilla pula menghentikan langkahnya.Aduh,pak uda ni memang nak kena.

"Haiwat?"tanya Iskandar.

"Takdak pa.Saja ja main dengan kak bell kan?"

"Hermm,betul,"kata Nabilla,menganguk.

"Hang pi tolong mama kat dapur,"kata Iskandar.Irwan pun menuruti.Nabilla pula masih tercegat.

"Mak hang suruh aku kejutkan hang tadi,"kata Iskandar.Nabilla hanya mengangguk.Tiba-tiba,dia melihat balutan di tangan Iskandar.

"Dah haiwat dengan tangan paksu?"

"Takdak pa..Terjatuh,"kata Iskandar.Nabilla masih tidak melarikan matanya daripada balutan di tangan Iskandar.

"Paksu main motor eh?Sampai jatuh?"agak Nabilla.Iskandar hanya tersenyum.

"Mana ada.Sibuk ja nak tahu.Dah pi masuk dalam.Sarapan.Aku nak pi beli barang dapur sat,"

"Tu tangan tu?"

"Aku kuatlah.Bukan cam hang,"Nabilla mencebik.

"Jatuhlah motor lagi paksu!Senang sikit,"kata Nabilla.Iskandar hanya menjelir lidahnya dan menghidupkan enjin motornya.

"Orang nak aiskrim!"jerit Nabilla apabila Iskandar hampir keluar daripada rumah.

"Belilah sendiri!"balas Iskandar.Nabilla mencebik.Itu pun tak nak tolong.

Dia pun masuk ke rumah Nek Ma.Keadaan di ruang tamu sunyi.Dia pun mengambil keputusan untuk pergi ke ruang dapur.Telinganya secara tiba-tiba dapat menangkap perbualan mereka yang berada di dapur.

"Kenapa boleh jadi macam tu?" - Fina

"Tak taulah.Ni sekarang,Natasha ada dekat Kedah.Mana dia ikut Iskandar balik sini," - Nek Ma.

Nabilla terkedu.Kenapa Natasha ada dekat Kedah?Apa yang berlaku sebenarnya ni?

"Iskandar cuba memperbetulkan keadaan,tapi Natasha tu.Tak taulah.Ada sekali tu dia marah Iskandar sampai tolak Iskandar jatuh dari tangga.Sampai berbalut tangan dia," - Nek Ma.

Maksudnya,tangan yang paksu balut tu,sebab jatuh dari tangga?

"Macam mana boleh jadi macam tu?" - Fina.

"Mungkin sebab fasa mengandung kot," - Nek Ma

"Takkan fasa mengandung boleh jadi macam tu?" - Fina.

"Nak kata Natasha yang salah,siapa kita?Kita doa yang baik-baik jelah.." - Nek Ma

"Ini dikatakan keganasan rumah tangga.Kalau perempuan kita ambil tindakan kenapa kalau lelaki yang kena kita tak bertindak?Takkan nak tunggu dia mati baru nak tuntut hak?" - Fina

"Apa-apa pun,kita kena bincang dari dua-dua pihak.Baru kita boleh ambil tindakan.Kita jumpa Natasha dulu,tanya dia apa yang salah,apa yang dia nak.Jangan terburu-buru.Kita nak masjid yang diorang bina ni berkekalan sampai ke akhirat," - Bariah

"Assalammualaikum,"Nabilla melihat Iskandar yang baru sampai sambil memegang beg plastik.Iskandar melihat Nabilla dengan senyuman sinis.Perlahan-lahan dia mendekati Nabilla.

"Nah,aiskrim hang.Aiskrim 3 ringgit 50 sen,duit minyak 5 ringgit.Total 10 ringgit.Lagi singgit 50 sen,GST,"katanya,bergurau.

Nabilla merenung Iskandar dan itu membuatkan Iskandar keliru.

"Orang cuma harap sangat Iskandar boleh tahan dengan perangai Natasha.In Shaa Allah,mungkin sekejap je masalah ni," - Nek Ma

Kedengaran suara sayup-sayup di dapur dan barulah Iskandar tahu mengapa Nabilla merenungnya sebegitu.Nabilla mengambil aiskrim tersebut dan Iskandar pun pergi.Apa sebenarnya yang terjadi?

(malamnya)

Iskandar ketawa melarikan diri daripada Irwan."Ya Allah,macam budak-budak!Elok sikit perangai. tu!Masing-masing dah besar panjang kan,"marah Nek Ma.

"Abang ni ha!!Ishh!"kata Irwan.

"Takpak pak uda!Irdina tolong sekali!Pak uda gi sana,Irdina tahan sini!"kata Irdina.Iskandar pun telah dikepung oleh Irwan dan Irdina.

"Alamak!Sudah dikepung!Takutnya.Kumpulan pendek telah mengepung.Aaaa,larii,"ejek Iskandar.

"ISHH!!"Irdina pun berlari mendapatkan Iskandar.Iskandar ketawa melarikan diri daripada mereka.

Tiba-tiba,dia terlanggar sesuatu dan menyebabkan dia tersadung.Namun,baju di bahagian pinggangnya sempat ditarik oleh Nabilla yang kebetulan baru lalu di situ.

Jantungnya seakan-akan ingin keluar.Dia ingatkan bahawa dia akan terhantuk di dinding tersebut.Nabilla pun menarik Iskandar.Iskandar memusingkan badannya dan memandang Nabilla yang sedang memandangnya.

"Tik!Paksu jadi!"kata Nabilla selepas menekan bahu Iskandar menggunakan jari telunjuknya lalu melarikan diri.

Iskandar ketawa.Keseronokan di dirinya tidak dapat ditahan lagi.Terasa ingin menjerit apabila bertentang mata dengan Nabilla tadi!

"Paksu jadii!"katanya,berlari ke arah mereka.Nek Ma hanya menggelengkan kepalanya.Bariah pula hanya menahan tawanya melihat gelagat mereka.Entah macam mana aksi kejar mengejar ini berubah daripada Irwan dan Irdina mengejar Iskandar disebabkan Iskandar mengejek mereka pendek,kepada Iskandar mengejar mereka kerana permainan ice-water.

Iskandar mengejar Irwan dan Irdina lalu membekukan mereka.Kini,hanya tinggal Nabilla sahaja.Nabilla menggigit bibirnya."Mana acik!Paksu laju!!"jerit Nabilla.

"Siapa suruh tack tadi?"

"Okayy.Kejap!Jangan kejar lagi!"rayu Nabilla.Hatinya berdegup laju apabila melihat Iskandar berdiri di hadapannya.Mujur ada meja bulat menghalang.Iskandar pun berpura-pura melihat jam di pergelangan tangannya."Dah?"tanyanya.

"Belum!!"kata Nabilla."Kejap!!"Nabilla pun menarik nafas panjangnya dan cuba keluar daripada kawasan tersebut.Malang tak berbau apabila kakinya juga tersadung di antara kerusi tersebut tetapi dapat disambut oleh Iskandar dengan menarik lengannya.Nabilla memejamkan matanya,membiarkan dirinya tersembam di atas tanah.Namun dengan kehadiran Iskandar,dia tidak terjatuh.

Perlahan-lahan Nabilla membuka matanya dan dapat di melihat Iskandar yang sedang memandangnya juga."Ice!Paksu menang!YAHOO!!"rai Iskandar.Dia ketawa besar.Tanpa dia sedar,sebenarnya ada yang memerhati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience