Rate

BLACK ROSE (broken inside) 4

Drama Completed 921511

Syakir menyerahkan agreement tersebut kepada Mawar. Dia mahu Mawar membacanya sebelum menurunkan tanda tangan. Namun, Mawar menolak untuk membaca isi kandungan agreement. Tanpa berfikir panjang, dia terus menurunkan tanda tangan di helaian pertama dan terakhir agreement itu. Kemudian di serahkan semula kepada Syakir. Syakir tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

SYAKIR
"So, you dah jadi permanent krew. I double your payment and you harus kerja dengan masa yang flexible. If I or Aydean request you untuk datang restoran time you off day, you kena datang," jelas Syakir sekali lagi.

"But, don't worry. I tetap akan ganti your offday," tambah Syakir sambil menyimpan  agreement tersebut di dalam laci mejanya. Mawar hanya mengangguk kepalanya tanda faham. 

"Kelas martial art you, setiap hari apa?" soal Syakir lagi apabila melihat Mawar masih mendiamkan diri.

MAWAR
"Tuesday," jawab Mawar ringkas. Wajahnya masih dingin tatkala memandang ke arah Syakir. 

SYAKIR
"Boleh tukar hari ke kalau tiba-tiba ada event Tuesday?" soal Syakir ingin tahu. Dia merenung wajah Mawar. Wajah yang sangat jarang tersenyum. Bibir merah jambu itu direnung. Ada sedikit kesan seperti luka di bawah bibir wanita itu. Namun, itu tidak mencacatkan wajah si pemilik di hadapannya. Tetap nampak cantik dan ayu.

MAWAR
"Boleh," jawab Mawar ringkas. Syakir menganggukkan kepalanya perlahan. 

SYAKIR
"Okaylah. You can go now," tutur Syakir sambil matanya terarah ke telefon bimbitnya yang berkelip-kelip lampunya, menandakan ada pesanan ringkas masuk.

MAWAR
"Terima kasih, encik Syakir," Mawar bangun lalu keluar dari pejabat tersebut.

Syakir mengambil telefon bimbitnya dan membaca mesej yang masuk itu.

^AYDEAN^ Baybiyy, you sabotaj I ke semalam?

Syakir tersengih tatkala membaca mesej dari Aydean.

^SYAKIR^ Sabotage about what, darling?

^AYDEAN^ You hantar mesej say sorry pada siapa semalam? Kelawar ke apa nama girls tu?? 

Syakir ketawa besar apabila Aydean mempermainkan nama Mawar. 

^SYAKIR^ Her name is Mawar. Not kelawar. You better watch out you mouth, darling. She has martial arts skills.

^AYDEAN^ Wowww... Takutnyeeee.. I pun ada martial art skill, baybiyy..

^SYAKIR^ Wow jugalah. Eh, wait. Kenapa I tak tahu?? Martial art skill apa yang kau ada Dean? Selain berlakon romantik, kahwin dan meninggal berkali-kali dalam drama. What else, Dean?

^AYDEAN^ Haa.. tu lah you tak tahu. I ada silat gayung tau. Selalu I berlatih dalam toilet. Angkat gayung, cebok. Angkat gayung, cebok. Kalau you nak belajar pun I boleh ajarkan, baybiyy.

^SYAKIR^ Shit! 

Aydean ketawa besar melihat balasan dari Syakir itu.

^AYDEAN^ okaylah, cousin. I got to go. Adam dah beritahu kau kan aku tak dapat join malam ni. A week full of schedules. 

^SYAKIR^ Yes, Adam dah beritahu aku. Alright, Dean. love you, darling. Muahh!!

^AYDEAN^ Phuii!!!

Syakir ketawa terbahak-bahak melihat balasan dari Aydean itu. Walaupun mereka suka bergurau dengan panggilan mesra sebegitu, namun, Aydean sangat geli mendengar ucapan I Love You yang keluar dari mulut lelaki. Meremang bulu romanya setiap kali Syakir mengucapkan perkataan itu kepadanya.

××××××××××

Mawar menjamu selera masakan yang dimasak oleh Zara pada hari ini. Dia duduk di meja sambil mendengar lagu di corong earphone. Mulutnya sekali sekala menyanyi mengikut rentak lagu yang didengarinya. 

Sungguh dia rindu mahu jamming dan menyanyi seperti dulu. Mini stage dan band yang ada di restoran itu membuat Mawar bertambah rindu untuk menyanyi. Namun, ditahan perasaan tersebut.

ZARA
"Malam ni pukul berapa family Encik Syakir dengan Aydean tu datang?" Zara melabuhkan punggungnya di hadapan Mawar. Dia meletakkan kentang yang hendak dikupas ke atas meja.

MAWAR
"Around 8," balas Mawar ringkas. Volume earphone di turunkan. Zara menganggukkan kepalanya. 

ZARA
"Perempuan yang jumpa Mawar tadi tu siapa?" soal Zara lagi. Mawar mengangkat wajahnya memandang ke arah wajah Zara.

MAWAR
"Kakak saya," balas Mawar sambil tersenyum segaris. Zara sedikit terkejut.

ZARA
"Oh, ye ke. Kenapa tak ajak dia makan sini?" soal Zara sambil meneruskan kerjanya. Mawar diam seketika.

MAWAR
"Dia nak cepat," balas Mawar sambil bangun menuju ke arah sinki. Pinggan dibasuh.

"Kak, pernah ke family Encik Syakir dengan Aydean datang sini?" soal Mawar mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu hal Qistina menjadi perbualan mereka. Dia kembali duduk di tempat tadi sambil menolong Zara mengupas kentang.

ZARA
"Pernah. Tapi, dah lama dah. Last year sebelum Mawar kerja sini," balas Zara. Mawar menganggukkan kepalanya. 

"Bulan depan kelab peminat Aydean dah start aktif balik tau. Semalam akak dengar Encik Syakir berbual dengan Aydean. Diorang nak promote restoran ni melalui Aydean. Buat event kelab peminat every 1 month dekat sini atau dekat luar, tapi, kita provide makanan macam selalu," jelas Zara yang memasang telinga sewaktu Aydean dan Syakir berbual.

MAWAR
"Oh, ye ke," Mawar membalas seadanya. 

ZARA
"Kita akan super busy tau Mawar. Risaunya akak. Encik Syakir pun cakap nak tambah krew kitchen dengan F&B," tambah Zara lagi.

MAWAR
"Sebelum ni pernah ke Si Aydean tu buat event every month?" soal Mawar sambil memandang wajah Zara. Zara terdiam seketika seolah berfikir.

ZARA
"Adam cakap sebelum akak masuk, pernahlah. Tapi, taklah ramai sangat. Sebab masa tu Aydean pun baru jadi actor. Orang tak berapa nak kenal sangat," Zara bangun dari duduknya sambil meletakkan kentang yang telah dikupas ke dalam besen besar.

MAWAR
"Oh. So, kita kena get readylah ni," Mawar turut bangun dari duduknya. Dia berjalan ke arah work stationnya dan menyambung semula kerja-kerja selepas makan tengah hari itu tadi.

ZARA
"Nampaknya begitulah. Tapi, akak rasa Mawar yang akan super duper busy. Sebab ramai yang request Mawar nanti ni," ucap Zara sambil tersenyum. Mawar hanya diam mendengar kata-kata Zara itu. 

Sebab tu ke Syakir suruh aku sign agreement permanent krew tadi ye? Otak Mawar mula ligat berfikir.

 
SITI
"Alaaa...Malam ni abang Aydean takde!" Siti yang datang dari luar membebel sendiri.

ZARA
 "Kenapa pula? Kan mak ayah dia ada sekali makan malam ni?" celah Zara. Mawar hanya mendengar perbualan mereka tanpa mencelah. 

SITI
"Abang Dean sibuk la. Yelah, dia kan artis popular sekarang. Tengah naik. Tapi, takpe,nanti every month dapat jumpa dia. Tak sabarnyaaaa," Siti tersenyum sambil mengangkat barang-barang yang di beli olehnya dan Adam sebentar tadi.

ADAM
"Eh, jangan berbual lagi. Angkat barang dulu," sound Adam kepada Siti. Siti menjeling tajam sambil melangkah kaki keluar semula mengambil barang-barang yang masih ada di dalam kereta Four Wheel Drive SUV milik restoran itu.

"Berbual je lebih. Tu belum event kelab peminat si Aydean tu. Entah nanti satu kerja apa pun tak buat!" bebel Adam yang termengah-mengah mengangkat barang.

ZARA
"Biasalah, Siti. Excited je kalau bab Aydean tu," celah Zara sambil ketawa kecil. Mawar hanya tersenyum nipis melihat gelagat gadis tersebut. 

××××××××××

Tepat pukul 8 malam, keluarga Syakir dan Aydean telah pun sampai di restoran. Mereka makan malam di dalam ruangan bar yang tertutup.  Mawar dan Adam menghidangkan makanan untuk mereka. 

DATIN SURI
"Tahniah for your son, Aydean. Menang anugerah baru-baru ni," ucap Datin Suri sambil menjamah makanan.

DATIN MARLIA
"Dia sibuk sangat. Kami pun tak sempat jumpa dia lagi sejak dari hari tu," balas Datin Marlia sambil tersenyum bangga.

DATO' AMRI
"Sepatutnya malam ni dia ada sekali. Ni dia kata ada photoshoot untuk magazine apa entah," celah Dato' Amri sambil mengunyah makanan tersebut dengan penuh berselera.

"Adam, you ke yang masak ni? Sedap betul. Dah banyak improved skills masak you ye,"  tambah Dato' Amri sambil memandang Adam yang masih berdiri disitu.

ADAM
"Bukan saya masak Dato'. Mawar. Krew baru. Tapi, dah setahun dia kerja sini," balas Adam sambil tersengih. Matanya mula meliar mencari kelibat Mawar.

DATO' SAIFUL
"Mawar?" celah Dato' Saiful pula. 

"Unik nama tu. Macam nama orang dulu-dulu," tambah Dato' Saiful lagi. Mereka semua tersenyum mendengar kata-kata Dato' Saiful itu.

DATO' AMRI
"Macam nama late wife Khalid. Melati. Right?" celah Dato' Amri sambil meneruskan makan.

DATO' SAIFUL
"Yeah. Anak-anak dia pun nama macam tu juga tak silap. But, i don't remember their name," balas Dato' Saiful.

SYAKIR
"So, how the food?" soal Syakir yang baru masuk ke ruangan restoran itu.

DATIN SURI
"Sedap. Mommy suka," balas Datin Suri sambil menunjukkan ibu jari nya kepada Syakir. Syakir tersenyum lega.

SYAKIR
"Pak Ngah, Mak Ngah, how the food?" soal Syakir sambil memandang wajah Dato' Amri dan Datin Marlia.

DATIN MARLIA
"Mak Ngah suka. Cuma kurang pedas. Kalau pedas sikit, lima bintang Mak Ngah bagi," balas Datin Marlia sambil ketawa. 

DATO' AMRI
"Pak Ngah okay je, Syakir. I'm not fussy. Kalau Aydean, Pak Ngah tak tahu," Dato' Amri ketawa sendiri. Tahu benar dia akan perangai anak lelakinya itu. Bab makan memang amat cerewet. Ikut perangai siapa entah!

SYAKIR
"Haa.. This is Mawar. Dia yang masak semua ni," Syakir memperkenalkan Mawar sebaik sahaja wanita itu masuk sambil membawa pencuci mulut. Mawar tersenyum kelat sambil meletakkan pencuci mulut tersebut ke atas meja makan. 

DATIN SURI
"Memang nama you Mawar ke? Atau ada nama lain?" soal Datin Suri tiba-tiba sambil memandang wajah Mawar yang kelihatan polos itu. 

MAWAR
"Iye," jawab Mawar sambil mengangguk sedikit. Dia merenung wajah wanita itu. Lama. 

Wanita yang pernah menghalaunya dari hospital suatu ketika dahulu. Sewaktu Syakir ditimpa kemalangan.
.

.
FLASHBACK

Selepas peristiwa malam itu, Kie tidak berjumpa dengan Shark. Kie sendiri mengelak kerana dia dan Shark telah terlanjur pada malam sebelumnya. Dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan lelaki itu.

Tetapi, setelah mendapat panggilan dari Dean, Kie bergegas ke hospital untuk melawat Shark yang mengalami kemalangan jalan raya sewaktu mencari dirinya. Dia rasa bersalah. Kalau dia tidak mengelak untuk bertemu Shark, pasti semua ini tidak akan berlaku.

Motor di bonceng dengan kelajuan yang tinggi. Wajahnya yang sedikit tidak terurus itu di biarkan tanpa peduli. Dia hanya mahu bertemu Shark tika ini. Itu sahaja. Celak yang masih menghitam di bawah mata kelihatan agak comot. Alis mata yang ditutupi rambut juga dibiarkan tanpa rapi. Seperti biasa, pakaian serba hitam dan terdedah sedikit itu menjadi pakaiannya ke hospital.

Motor diparking di tempatnya. Helmet di sangkut ke lengan. Rambut di betulkan sedikit. Jantungnya tiba-tiba berdebar-debar saat melihat bangunan putih di depan matanya itu. Seolah-olah melihat susuk tubuh Shark di depan matanya.

Kie rindukan Shark. Tetapi, peristiwa malam itu membuatkan dia menjauhi Shark. Dia tahu Shark sendiri tidak sedar apa yang telah dia lakukan terhadap Kie kerana masing-masing mabuk dan tenggelam dengan nafsu sendiri. Kie juga menyalahkan dirinya kerana tidak pandai mengawal diri sendiri. Shark, lelaki pertama yang telah meragut kegadisannya. Sungguh pun mereka saling menyintai, namun, melempiaskan nafsu bukanlah jalan yang patut dia dan Shark buat. Kie mengeluh berat sebelum kakinya melangkah ke dalam bangunan tersebut.

Sebaik sahaja Kie sampai di hadapan pintu bilik wad Shark, dia menarik nafas dalam sebelum tombol pintu di pulas. Belum sempat dia menolak daun pintu, pintu telah dibuka seseorang.

Wanita yang lingkungan usianya dalam 40an berdiri di muka pintu. Dia memandang ke arah Kie dengan pandangan yang pelik. Matanya bergerak ke atas bawah melihat susuk tubuh Kie seolah melihat sesuatu yang pelik dan aneh. Mungkin kerana penampilan Kie, membuatkan wanita itu merenungnya sebegitu.

KIE
"Aaa... Saya nak jumpa Shark," tutur Kie sedikit sopan. Dia cuba tersenyum. Namun, apabila melihat wanita itu memandangnya sinis, terus senyuman Kie mati disitu.

DATIN SURI
"You siapa?" soal Datin Suri dengan kerutan di dahi yang mula berlapis-lapis. Muka tidak puas hati di tayang kepada Kie.

KIE
"Saya Kie. Kawan Shark," Kie menjawab ringkas. Dia dapat mengagak wanita dihadapannya itu pasti ibu Shark.

DATIN SURI
"Kie??? Oh, I baru teringat. Because of you, my son excident!!!" tiba-tiba suara wanita itu naik satu nada. Kie terkejut. Wajahnya terasa panas di jerkah sebegitu.

KIE
"Because of me??" soalan diulang. Kie merenung wajah wanita itu dengan dahi yang berkerut. Datin Suri mula menyinga wajahnya.

DATIN SURI
"Before anak I excident, dia sebut nama you. Dia menangis sebab you tinggalkan dia!!!" Datin Suri sudah tidak tertahan lagi amarahnya. Suaranya turut di dengari oleh nurse-nurse disitu. Kie hanya terpinga-pinga masih menanti jawapan jelas dari wanita dihadapannya itu.

"Mulai hari ini, you not allowed to see him again. Berambus!!!" tubuh Kie ditolak kasar oleh Datin Suri. Kie terdorong ke belakang lalu jatuh terduduk ke atas lantai. Helmet di lengan turut terpelanting dan bergolek ke kiri. Kie memandang wajah wanita yang penuh kebencian terhadapnya itu.

MAIRA
"Aunty, calm down," muncul seorang wanita cuba menenangkan Datin Suri. Bahu Datin Suri dipegang agar wanita itu tidak terus terusan bertindak kasar terhadap Kie.

"You, i think you better go now," Maira memandang Kie yang masih duduk dilantai itu. Kie terkedu seketika. Wajah lembut Maira dipandang dengan pandangan kosong. Kie bangun dari situ dan mengibas punggungnya dengan kedua belah tangan. Perlahan dia menuju ke helmet dan diambil. Di sangkut kembali ke lengan.

DATIN SURI
"Go!!!! Jangan ganggu hidup anak I lagi!!!!" jerit Datin Suri. Nurse disitu juga turut cuba menenangkan Datin Suri yang semakin menggila marahnya itu.

"Dengan pakaian macam ni!! Macam budak hisap dadah!! Perempuan takde maruah!!! You jangan ganggu hidup Syakir lagi!!" jerkah Datin Suri. Amarahnya dilepaskan semua. Melihat wajah polos Kie yang seolah-olah tidak bersalah itu menambahkan sakit hatinya.

MAIRA
"Please you, go now," Maira memujuk Kie yang masih lagi kaku berdiri di situ. Suara lembut Maira membuatkan Kie memandang lama susuk tubuh Maira. Iye, Shark pernah bercerita tentang Maira. Maira yang menyimpan perasaan pada Shark. Wanita itu nampak cukup sempurna dimatanya. Berbeza dengan dirinya sendiri. Bagai langit dengan bumi.

NURSE
"Tolong cik, pergi dari sini. Jangan ganggu keluarga pesakit," celah salah seorang nurse di situ. Datin Suri meronta-ronta mahu menyerang Kie sekali lagi. Kie memandang wajah Datin Suri dan disimpan di fikirannya. Kemudian dia melangkah pergi dari situ. Langkahnya seiring dengan lagu Muse -Unintended yang bermain dicorong earphone yang baru disumbat ke telinga sebentar tadi. Airmata mengalir dikesat kasar. Helmet disarung ke kepala. Volume dikuatkan.

Go away all sadness. Go far from me. Accept the situation, and move on!
.
.

SYAKIR
"Mawar, are you okay?" Syakir menyentuh bahu Mawar. Wanita itu kelihatan termenung jauh sehingga panggilan dari Syakir tidak di sahut. Terpinga Mawar seketika. Dia memandang ke arah Syakir.

MAWAR
"Yeah. I'm okay," balas Mawar dingin. Pandangan matanya beralih ke arah sinki. Baru dia tersedar pekerjaan yang tertangguh dek kerana mengelamun kisah silam sebentar tadi.

SYAKIR
"Dah settle semua you baliklah. Esok you off day kan?" Syakir melabuhkan punggungnya di kerusi ruangan dapur itu. Perlahan Mawar menganggukkan kepalanya. Wajah Syakir tidak dipandang. Entah apa yang dia rasakan tika ini saat melihat lelaki yang pernah menghuni hatinya suatu tika dulu berada di depan mata.

MAWAR
"Iye," pendek jawapannya. Selesai pinggan terakhir di letak ke rak. Apron dibuka. Di sangkut ke paku yang berada di dinding. Tangan dikeringkan. Dia menoleh ke belakang. Syakir masih ada di situ sambil tersenyum melihat ke arah Mawar.

SYAKIR
"Thanks a lot, Mawar. Diorang semua puji masakan you. Especially, my mom," Syakir tersenyum puas. Wajah dingin Mawar membuatkan hatinya tertanya-tanya.

Takde perasaan ke dia ni? Kalau orang lain mesti dah tersenyum lebar
apabila mendapat pujian. Tapi, berbeza dengan wanita di hadapannya itu. Wajah wanita itu kelihatan bersahaja seolah pujian tersebut tidak membawa makna.

MAWAR
"Saya balik dulu, encik Syakir," langkah di atur menuju ke pintu keluar. Syakir terpinga apabila kata-katanya tidak di endahkan Mawar. Namun, dia tetap mengukir senyuman. Dia menghormati cara dan karakter wanita itu. Mungkin Mawar sejenis tenang dalam setiap pujian dan situasi. Mungkin!

Mawar menuju ke lokar krew. Dia duduk di kerusi panjang yang terdapat di dalam lokar tersebut. Dada dipegang kuat. Sungguh kenangan yang dia mahu lupakan itu kembali menjengah satu persatu. Segala imbasan kenangan zaman kegemilangan dia dan Syakir kembali bermain di mindanya tika ini.

Dia sudah lama membuang perasaannya pada Syakir. Dia sedar dan tahu kedudukannya dalam hidup lelaki itu. Entah mengapa, dia masih bertahan di sini dan mengikat diri sendiri pada kenangan lalu. Kenangan yang harus dilupakan.

If I could go back to the day we met, I would turn around and walk away. I'm not heartless, I've just learned to use my heart less. - Mawar Kirana-

bersambung.....

jangan lupa follow ig ai ah_clans dan facebook AH Clans. follow juga account novelplus ai untuk dapatkan notifikasi setiapkali ai update..so, enjoy readinggg....lep yu all.... #Blackrose #MawarKirana

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience