Wak terus menyiku perut sahabat-sahabatnya itu tanda protes. Yalah, tak akan nak cium ubun-ubun kepala kawan pula. Buang tebiat kalau wak berbuat demikian.
Kawan baik itu bila mana kita kutuk dia, dia akan gelak sebab tahu kita tak pernah serius.
‘Aku memang tak reti
Tunjuk engkau menari
Tapi engkau tak usah henti
Pandai tak akan datang berlari
Mimpi aku tak semua indah
Rakan semangat janganlah pudar
Hidup memang banyak karenah
Janganlah berundur
Ini bukan masanya’ –Kawan, Plague of happiness
“ Lebai aku ingat esok petang aku nak pergi melawat Pak Maun kat hospital. Semalam aku jumpa Faiz, dia kabor ayahnya dah tak mahu nak makan dah lebai.” Pak Cik Ayden bersuara.
“Elok benar lah tu Den. Dekat seminggu dah orang tua tu kat hospital. Selasa lepas aku ada tengok. Demamnya tak kebah-kebah lagi. Boleh aku tumpang sekali esok.”
“Aku dengan Man ikut sekali muat tak Den?Orang rumah kau ikut juga ke?”
“Orang rumah aku tak ikut. Si Mila sekolah tak ada orang masak nanti. Boleh lah kita pergi berempat esok.”
“Pak Maun sakit apa lebai?”
Share this novel