Chapter 2

Romance Series 5086

Niel memasuki ruangan apartment itu dengan rasa hati yang memberat . Dia dapat rasakan bahawa sesuatu sedang berlaku . Terus sahaja dia memulas tombol pintu bilik milik Liyana .Konon nak bagi kejutan . Namun dia sendiri yang mendapat kejutan apabila Liyana sedang bermesraan dengan seseorang yang sangat asing bagi dirinya .

" Damn shit !!! " Niel terus menutup kembali pintu bilik itu sebelum berlari selaju yang mungkin . Hatinya luruh melihat Liyana bersuap-suapan di meja makan bersama dengan lelaki lain . Dan dia tahu yang lelaki tadi tiada pertalian darah dengan Liyana .

Apabila mengingatkan kembali arahan tegas dari abahnya , hatinya menjadi sedih . Sekali lagi abahnya benar . Memang benar kata Bonda , bahawa abah hanya mahu yang terbaik untuk dirinya .

Rambut dikuak kasar . Kepalanya kusut . serta merta perasaan sayang terhadap Liyana hilang begitu sahaja digantikan dengan perasaan benci yang membuak-buak .

Sampai hati kau Liyana ! Engkau perempuan durjana !!!

Liyana yang sedari tadi mengikuti langkah Niel , mula rasa berdebar . Apalah alasannya untuk Niel tidak membenci dirinya . Hatinya menjadi takut akan kehilangan Niel . Dia sangat mencintai Niel dan dia turut menyayangi Nazreen . Hatinya berbelah bahagi untuk memutuskan siapa yang patut dia pilih .

" Niel ! Please stop ! " jerit Liyana yang berada jauh dibelakang Niel .

Niel berpaling memandang si gadis yang pernah mencuit hatinya seketika dahulu.

" Kau nak apa ? Mulai hari ni , kita dah tak ada apa-apa hubungan ! Engkau boleh bahagia dengan mana-mana jantan dan yang pastinya bukan dengan aku ! Aku benci kau !!! "

"You salah faham ni , Niel . Dia bukan macam apa yang awak fikir ..."

Niel mencebik . Seketika kemudian dia mempamerkan riak sinisnya .
" Habistu kau nak cakap yang dia tu abang kau ? Sepupu kau ? Saudara kau ? Pergi mampus dengan explaination kau ! Ingat , aku kenal kau bukan sehari dua tetapi dah tiga tahun . Dan aku kenal family kau. Stop buat aku macam orang bodoh ! " Sesudah menghamburkan amarahnya , Niel terus mengorak langkah tanpa mendengar lagi penjelasan yang entah betul atau tidak dari Liyana . Hatinya sakit !!!

Kereta dipandu selaju yang mungkin . Tidak semena-mena air matanya mengalir apabila mengenangkan kenangan-kenangan manis bersama Liyana .

Keretanya terus dipandu menuju ke sebuah tasik . Baginya , dengan melihat air tenang di tasik . Ia mampu membuatkan hatinya turut tenang .

Niel merenung sedalamnya air tasik itu. Tidak semena-mena dia tersenyum apabila mengenangkan abahnya yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya . Terbit rasa menyesal kerana kurang ajar dengan kedua - dua ibu bapanya .

Senyumannya terbantut apabila terdengar satu suara yang membingitkan telinga . Hesy , nak gaduh dekat tempat lain lah ! Spoil lah !

"Nia tak nak ikut abang ! Lepaskan Nia! " Jerit Dania Rayna . Tangannya direntap dari pegangan Fauzi .

Fauzi , seorang lelaki yang baginya seorang yang sangat menjengkelkan . Lelaki yang sudah bertahun-tahun menyimpan perasaan terhadap dirinya . Semakin lama semakin berani Fauzi melakukan pelbagai ancaman terhadap dirinya . Hatinya menjadi takut .

" Nia kena ikut jugak abang !!! Kalau tak..."

"Kalau tak apa ? " Duga Dania .

Fauzi terdiam sejenak . Memikirkan suatu ancaman yang mampu membuatkan gadis itu mengikutinya.

Niel sedari tadi hanya menjadi penonton . Dah macam drama pukul 7 di TV3 pula .

"Baik Nia ikut abang , sebelum abang buat sesuatu yang tak senonoh dekat Nia ."

Nia menelan liur berkali-kali . Pandangannya tertoleh ke kiri dan ke kanan . Matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang duduk seorangan diri di atas bangku . Terus sahaja dia berlari menuju ke lelaki yang tidak dikenali itu . Lelaki itu dipeluk seerat yang mungkin .

Nia merapatkan bibirnya ke telinga lelaki itu .

"Tolong saya please ..."rayu Nia .

Niel melonggarkan pelukan . Hatinya tiba-tiba berdebar . Terkejut dia menerima pelukan dari wanita yang tidak dikenalinya itu .

"Nia ! Apa semua ni ??? " Soal Fauzi dalam keberangan .

" Aku suami dia ! Apa masalah kau asyik nak ganggu isteri aku ? Dia ada hutang dengan kau ke ? Sekali lagi aku nampak kau kacau bini aku , kau tahulah nasib kau ! " Niel menunding jari tepat ke arah muka Fauzi . Kononnya memberi amaran lah kepada lelaki itu .

Fauzi mengundur setapak demi setapak ke belakang . Apabila dirinya sudah jauh dari mereka berdua . Terus sahaja dia berlari selaju yang mungkin . Takut gamaknya.

Niel terus menjatuhkan tangan perempuan itu yang masih memeluk pinggangnya .

Dania termalu sendiri . Perasaannya terbuai-buai saat memeluk lelaki itu sehinggakan Fauzi tiada lagi di situ , dia tidak sedar .

"Thanks selamatkan saya . Kalau tak ada awak tadi , mesti saya dah kena ikut lelaki gila tu . "

"No thanks . I nak you ikut I pergi rumah I sekarang..." Niel tersenggih nakal.

Dania menelan liur berkali-kali . Dugaan apa pulak kali ini . Siapa pulak lelaki ini ??

" Tapi nak pergi mana ?"

"Kan I dah cakap yang I nak bawa you balik rumah I . You tak faham bahasa ke ? " lantang suara itu berkata.

Dania memandang lelaki dihadapannya itu atas bawah . Dari gaya pemakaian macam orang kaya . Kalau orang kaya , takkan lah nak menculik orang pulak kan ! Macam tak ada kerja lain pulak nak menculik--culik orang.

Perlahan Dania mengangguk . " Saya ikut awak..."

Kali ini Niel pula yang ternganga . Weird siakk perempuan ni . Dia pun tak kenal aku . Ada hati nak ikut aku balik rumah .

"You serius ke ni ? I tadi main-main je . Tak tahu pulak yang you ni boleh termakan kata-kata I ..."

"Yup , saya serius . Tapi kan ..." Dania memberhentikan kata-katanya .

"Tapi apa ?"
" Dekat rumah awak ada siapa ? "

"Kalau saya cakap ,saya tinggal sorang-sorang . Awak nak ikut saya ? "Sekali lagi senyum nakal terukir di bibirnya.

Dania mengeleng laju .

" Kalau macam tu , saya tak nak ikutlah . Saya nak balik rumah saya . "

Niel tersenggih-senggih . kalut betul perempuan ni !

" Awak balik naik apa ? " soalnya ingin tahu .

"Hmmmm , balik naik GRAB lah kot . Tak pun naik teksi . "

Dania terus berjalan meninggalkan lelaki itu . Tanpa isyarat , senyumnya terukir di bibir .

Niel berjalan menyaingi perempuan itu . Dia berdehem perlahan bagi menghilangkan suasana sunyi sepi itu .

"Awak balik naik saya jelah . "

Dania mengeleng perlahan .Wajahnya ditundukkan .

"Saya tak kenal awak , dan awak tak kenal saya . Lagipun saya tak nak menyusahkan awak lagi . Saya minta maaf pasal kes saya terpeluk awak tadi . " ujar Dania perlahan.

Niel tersenyum .Wajah perempuan itu dikerling sekilas.

"Kalau awak tumpang saya , baru saya anggap yang awak tak menyusahkan ..."tutur Niel separa mengugut .

Dania mengeluh panjang . Kepalanya diangguk perlahan.

`Mereka terus menuju ke arah kereta Honda City milik Niel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience