"Liya, tolong mak kupas bawang ni!" mendengar teriakan mak didapur memaksa lamunan ku terhenti.
"ye mak" kaki ku gagahi untuk melangkah walaupun banyak yang berlayar difikiran ku. 'hmm, bagaimanalah rupa bakal suami ku nanti' hati ku berkata.
" dah besar anak mak, dah nak kawen dah" sayu suara mak.
wajah ku berpaling ke arah mak. "mak jangan la sedih, nanti Liya balik jugak. takkan la liya nak lupakan mak" mulut ku muncungkan, tanda hendak bermanja dengan ibuku tercinta. juga ingin membuang rasa sayu ibuku.
Usai sahaja menolong ibuku masak, aku terus masuk ke dalam bilik. banyak lagi kertas yang harus aku semak. maklumlah, nak jadi guru mestilah rajin. tiba tiba telefon Samsung Galaxy A5 ku berbunyi. 'hmm, nombor tidak ku kenali. nak angkat ke tidak. argh angkat jelah, mana tau urgent'
"hello" suara lelaki disebelah sana menyapa.
"hello, siapa ni?" aku bertanya ingin mengenali
"urm, ni saya Amir." terus jantungku berdegup kencang.
"urm.. aa.. ye.. urm.. nak ape?" aish sejak bila pulak aku gagap ni!
"awak free tak?" tanya amir dengan lembut.
cair hatiku mendengar suara lembutnya. oh my! tahan liya tahan. cover! cover!
"urm takdela busy sangat. urm knape ek?" sedaya upaya ku menahan gegaran suara ku. maklumlah, pertama kali bercakap dengan bakal suami. muka pun tak pernah tengok!
"saya nak ajak awak pergi beli barang untuk majlis kita nanti. 2 bulan lagi masa, saya takut kalau beli akhir nanti kelam kabut pulak." panjang lebar penerangan nya. ketawa ku dalam hati
"ouh, okla. awak nak pukul berapa?" tanyaku lembut
"kereta asing asing ek. sebab saya tak biasa duduk berduaan dengan perempuan. dalam pukul 2 dekat Summer mall"
'alim jer aku dengar dia cakap kereta asing asing. aku harap bakal laki aku ni baik baik je.' getus ku dalam hati. "ok." jawap ku pendek lalu dia memberi salam dan dijawap oleh ku sebelum dia meletakkan panggilan.
"Fuh! belum jumpa dan sesak dada" senyumku meleret beberapa minit sebelum aku sedar jam menginjak ke arah 1230
Share this novel