Rate

IV

Romance Series 18570

BUKA saja mata, ruang disebelah Atiya sudah kosong tak berpenghuni. Satu bantal yang sepatutnya berada disisi kepala Atiya sudah tersadai dibawah. pergelutan panas yang berlaku semalam berulang tayang diruang mata. Semuanya terakam dengan cukup jelas. Satu momen pun tak hilang dari kotak memori Atiya.

Mengeluh dan kemudian bangkit bersandar ke kepala katil, Atiya tarik selimut sehingga menutupi bahagian dadanya yang terdedah. Diliarkan pandangan ke sekitar bilik tidurnya. Tersenyum sinis Atiya saat melihat pakaian yang dipakainya semalam bergelimpangan atas lantai dalam jarak yang agak jauh.

Sama seperti hari-hari sebelumnya, Zander jarang sekali akan terlelap disebelah Atiya. Selalunya Zander akan keluar selepas menuntaskan keinginannya terhadap tubuh Atiya. Sudah terbiasa begini jadi Atiya tidak hairan lagi. Dipakai lantas ditinggalkan tanpa kata itu sudah menjadi transaksi dalam hubungan mereka.

Jika sebelum ini Atiya begitu berharap Zander akan mendampinginya ditempat tidur usai saja mereka melakukan hubungan intim, tetapi sekarang tidak lagi. Keinginan itu menjadi semakin sirna ketika Atiya sedar posisinya yang takkan mampu menandingi posisi Aurora.

Menjadi budak seks Zander bukan hanya Atiya seorang, malahan masih ada beberapa wanita yang selalu Zander langgan jika lelaki itu memerlukan seorang wanita baru sebagai penghangat ranjang saat Atiya berada dalam kondisi tidak diperbolehkan melakukan hubungan badan.

Namun menjadi satu satunya pemuas nafsu Zander yang masih disimpan tanpa diperbolehkan melayani lelaki-lelaki lain hanya Atiya seorang saja. Zander boleh murka jika itu berlaku. Sikap Zander yang terlalu melarang sesuatu yang sudah menjadi miliknya, haram disentuh oleh sesiapa saja. Itulah kenapa Atiya takut jika ada diantara anak-anak buah Zander sengaja mahu bermesra mesraan dengannya menggunakan alasan dia adalah perempuan simpanan bos mereka.

Pintu dibuka dari luar. Atiya yang mulanya baru menjulurkan sebelah kaki menyentuh permukaan lantai yang sejuk dingin mendadak terkejut disaat wajah beku Alexander menyapa pandangan. Terus saja selimut yang masih membalut ditubuh semakin dipegang erat. Tidak jadi dia mahu bangun memandangkan Alexander berdiri didepannya sambil melilaukan anak mata kearah tubuh Atiya yang memang tidak memakai apa-apa pakaian didalamnya.

Lelaki itu mendengus keras membuatkan Atiya mengetap bibir dengan kuat.

Tanpa kata Alexander bergerak kearah satu almari yang dipenuhi pelbagai jenis pakaian kepunyaan Atiya. Satu gaun paras lutut bercorak floral diambil lantas dicampakkan kemuka Atiya dengan kasar.

"Tutup tubuh kau dengan baju tu. "

Perlahan saja Atiya angguk. Dia tidak sanggup melawan dalam keadaan tubuh yang masih lemah. Kemudian Atiya bangkit. Dia berjalan menuju kamar mandi. Dipertengahan jalan lengannya disambar Alexander. Berdesis kecil Atiya menahan sakit akibat cengkaman kuat Alexander.

Baru ulas bibirnya ingin memuntahkan ayat, lelaki didepannya sudah merentap lengan Atiya dengan kasar. Terdorong Atiya selangkah kebelakang.
"Zander minta aku tengokkan kau sekejap. Lepas cuci tubuh kau bersih-bersih terus keluar. Jangan biarkan pintu bilik air berkunci. "Suara Alexander tak terdengar ramah. Siapa pun tahu Alexander itu seorang yang beku.

"Kenapa? "Dahi berkerut. "Maksud saya, kenapa Tuan Zander arahkan awak tengokkan saya? Selalunya.. "

Alexander mendekat, Atiya berundur. Selimutnya dipegang kuat-kuat.

"Penting ke untuk kau tahu? Arahan tu datang sendiri dari mulut Zander. Kau ingat aku tak jijik datang tengok tubuh kau dalam keadaan macam ni lepas Zander ratah kau semalam? "Atiya tahan nafas mendengar ucapan dari bibir Alexander. Membiarkan Alexander menghinanya dengan lancang.

Kata-kata Alexander betul belaka. Semalam Zander seperti binatang buas yang meratah mangsanya dengan lahap. Atiya tak mungkin menyangkal itu semua. Alexander mungkin saja sudah melihat beberapa kesan menjijikkan disekitar kulit tubuhnya saat ini. Bahagian lehernya yang hanya ditutupi rambut terurai bebas takkan mampu menutupi kesan gigitan yang ditinggalkan Zander.

"Melayan Tuan Zander dah menjadi tugas saya. Sama macam awak yang menjadi orang kanan Tuan Zander. "Bicara Atiya sangat perlahan. Dia jarang sekali membalas percakapan Alexander. Geram macam mana sekalipun mulutnya akan tetap tertutup saat Alexander lemparkan tohmahan berbentuk hinaan.

"Silakan duduk dulu. "Atiya bergerak masuk kedalam kamar mandi. Lima belas minit kemudian, tubuhnya sudah tersarung pakaian yang diberikan Alexander. Melihat Alexander yang tetap saja berdiri tanpa mengendahkan pelawaannya tadi membuatkan Atiya mengeluh perlahan.

Kakinya diatur kearah meja solek.Rambut yang masih basah disisir begitu saja. Atiya tidak suka mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut ataupun tuala. Dia lebih suka membiarkan titik-titik air rambut menyentuh permukaan lantai.

Merasa seperti ditatap tajam, Atiya beralih kebelakang,Alexander memang sedang menghunus tatap padanya. Sangat tajam dan menikam sehinggakan Atiya tidak jadi mahu mengoles beberapa alat kosmetik kemukanya.

Berdehem, rasa janggal menyelimuti jiwa Atiya. Selalunya Atiya akan ditemani pembantu rumah yang lain dan bukannya Alexander. Tetapi kali ini Alexander yang mencemar duli. Entah kenapa perasaan Atiya gelisah sendiri. Belum lagi saat ini kaki panjang Alexander sedang mengarah ke tempatnya berdiri.

Saling berhadapan, Alexander jatuhkan senyum sinis. Bola mata lelaki itu ligat turun dari atas kebawah.Membuat Atiya cemas tak menentu. Seharusnya Zander berfikir dua kali untuk mempercayai Alexander menemaninya seperti ini. Tatapan mata tajam Alexander begitu iras dengan tatapan orang yang sedang bernafsu.

Tangan kanan Alexander hampir saja menyentuh hujung dagu Atiya sebelum tangan kasar itu terjatuh disisi tubuhnya saat suara dingin Zander menyentuh gegedang telinga.

Atiya bernafas lega. Beberapa saat dia berdiri mematung. Zander datang, terus saja direngkuh pinggang Atiya masuk kedalam dakapan.

Alexander menjauh. Atiya dapat dengar satu keluhan terhela dibibir lelaki itu.

"Settlekan orang-orang dekat bawah. Nanti aku turun. "Arah Zander cukup tegas. Alexander menganggukkan kepala dengan patuh. Tanpa sebarang kata, Alexander menghilang kebawah meninggalkan Atiya dan Zander berdua-duaan.

Wajah Atiya dibawa ke wajah Zander. Bibir Atiya dilumat begitu saja. Hidung mancung Zander bergerak kebatang leher Atiya. Menghisap dibeberapa tempat bersamaan dua belah tangannya yang begitu gila menangkup kedua-dua payudara Atiya.

Meramas dengan kasar. Desah sakit terbit dari mulut Atiya yang kembali dilahap oleh Zander.

Gaun floral yang dipakai Atiya disingkat sampai ke perut. Tanpa mampu mengeleng, satu rodokan keras menyentak masuk hanya dalam beberapa saat Zander melepaskan tautan dibibir mereka.

Perih dan sakit.

Atiya tak akan boleh menjangka apa sebenarnya yang sudah berlaku pada Zander. Cara Zander menyentuhnya kali ini lebih kasar dari semalam.

Share this novel

reena
2022-06-20 17:07:41 

sis..biler nk update lagi

Nur Azlina
2022-06-18 15:44:13 

xupdate ke.ke udah habis ceritanya

Nur Azlina
2022-05-21 15:33:21 

tqvm update kejamnya seorang zander.


NovelPlus Premium

The best ads free experience