PEMANDU TEKSI
Karya : Penna Nera
-Kisah ini diadaptasi dan diceritakan oleh seorang driver teksi-
Nama-nama didalam ini telah diubah suai. Bukan mana sebenar.
Malam nak membawa ke pagi. Jam ditangan sudah 11.05 malam. Kekurangan pelanggan akhir-akhir ni menyebabkan pakcik Enal terpaksa bekerja membawa teksi hingga larut malam. Mujurlah teksi itu kepunyaannya dan tidak perlu dipulangkan ke tempat pengumpulan teksi seperti sebelumnya. Setelah setengah jam berlegar-legar dikawasan bandar Rawang, pakcik Enal mengambil keputusan untuk pulang saja ke rumahnya yang terletak dikawasan Selayang.
Jam menunjukkan waktu 11.40malam. Semasa melalui satu kawasan mendaki di Jalan Templer park, pakcik Enal ternampak seorang lelaki menahan teksinya. “Alhamdulillah,rezeki”, bisik pakcik Enal. Dia memberhentikan kereta dan membuka tingkap lalu bertanyakan arah lelaki itu. “Hospital Selayang bang”,kata lelaki itu. Lalu lelaki itu menaiki kereta dan mereka bergerak menuju ke destinasi yang diminta. Tiba-tiba bulu roma pakcik Enal meremang. Dia cuba bertenang dan teruskan membawa teksi.
“Nama abang apa? Dah lama bawa teksi bang.”,lelaki itu mula mengajak pakcik Enal bersembang. “Panggil je abang, Enal. Ada la dekat 18 tahun lepas pencen polis hari tu. Tak tau nak buat apa dah. Isteri dah meninggal kanser darah. Anak sulung dah kahwin, dah ikut suami. Yang nombor dua ada duduk dengan saya. Dia cikgu tadika. Yang nombor tiga, anak lelaki bongsu saya, masih belajar di UITM Puncak Alam tu haa”, panjang lebar penerangan pakcik Enal. “Saya Lokman Nasir. Saya baru dapat anak pakcik. Anak lelaki. Isteri baru bersalin tadi”, ceritanya dengan nada yang penuh ceria. “Tahniah dik. Semoga anak tu menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.” Kata pakcik Enal. Lelaki tu berterima kasih atas doa yang pakcik Enal berikan. Setelah menurunkan lelaki itu dikawasan hospital, pakcik Enal terus bergerak menuju ke rumahnya.
“Alhamdulillah, ramai hari pelanggan aku hari ini. Boleh lah aku terus balik rumah”, pakcik Enal berdialog sendiri. Semasa melalui Jalan Templer, sama seperti semalam, jam tepat 11.40 malam, pakcik Enal nampak lelaki semalam, menahan teksinya. Baju yang sama, beg plastik yang dipegang lelaki itu juga masih sama. Pakcil Enal berhenti lalu pelawa lelaki itu naik. “Hospital Selayang ke dik?”, soal pakcik Enal. Lelaki itu mengangguk. “Mana tahu bang?”, soal lelaki itu. Pakcik Enal mengatakan bahawa, semalam dia juga yang membawa lelaki itu ke hospital. Keadaan menjadi sunyi. Bulu roma pakcik Enal meremang lagi. “Ada apa ye agaknya ni”, getus hati pakcik Enal. Sesudah sampai dihospital, pakcik Enal memberhentikan kereta seperti tempat semalam yang dia tinggalkan lelaki itu. Pengawal hospital memberikan isyarat tangan kenapa kepada pakcik Enal. Pakcik Enal tunjukkan arah belakang untuk memberitahu pada pengawal bahawa dia nak turunkan penumpang. Kemudian pakcik Enal pun terus pulang ke rumah.
Ke esokan harinya, perkara sama berlaku lagi. Tempat dan waktu yang sama. Kali ini terasa lain benar. Pakcik Enal mempelawa lelaki itu masuk dan serta merta bulu romanya berdiri. Pakcik Enal hanya berdiam diri. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat yang dia hafal. Tiba-tiba bau hanyir darah berlegar-legar diudara hingga pakcik Enal terpaksa membuka sedikit tingkap dek kerana tidak tahan dengan bau itu. “hospital ye bang,”kata lelaki tu. Pakcik Enal hanya menggangguk kan kepala. Pakcik Enal tidak mahu pandang cermin pandang belakang. Dia takut kalau dia ternampak sesuatu yang tak patut dia nampak. “Saya Cuma nak tengok anak saya je bang”,lelaki itu bersuara lagi. Pakcik Enal hanya mengangguk tapi masih berdiam diri. Seusai menghantar lelaki itu dihospital, pakcik Enal nak berlalu pergi tetapi dihalang pengawal keselamatan disitu. “Abang hantar siapa? Dah tiga hari saya nampak abang datang nak hantar orang tapi tak de pun yang turun. Biar betul abag ni?” soal pengawal keselamatan disitu. Pakcik Enal menceritakan apa yang berlaku sejak tiga hari lepas, yang dia ada menghantar seorang lelaki Kesini. Dia nak jenguk isterinya yang baru bersalin. “Saya memang tak nampak abang hantar sesiapa pun,”kata pengawal itu. Pakcik Enal berlalu dengan penuh tanda tanya.
Tengah hari itu, pakcik Enal terus memandu ke hospital. Dia hendak mencari tahu perkara sebenar. Kebetulan dia menemui pengawal yang sama seperti malam tadi. Dia bertanyaka*n tentang perkara yang menggangu fikirannya sejak malam tadi. Ciri-ciri polis masih ada lagi dalam dirinya. Hendak menyiasat perkara yang berlaku. Pengawal menunjukkan arah yang perlu dia pergi. Di kaunter pertanyaan, pakcik Enal bertanyakan tentang nama Lokman Nasir. Dia mengatakan bahawa dia tengah mencari anak buahnya, yang dikuatiri kemalangan tetapi masih tidak dijumpai keberadaannya. Setelah beberapa ketika, dia menerima berita yang mengejutkan. Lelaki yang disebutnya itu sememangnya telah mengalami kemalangan. Tetapi itu berlaku 4 hari yang lepas. Dia dilanggar lari. Keesokan paginya baru ditemui mayat lelaki itu. Jenazahnya masih berada dibilik mayat kerana masih tidak dituntut.
Pakcik Enal menelefon seorang kenalannya yang masih bekerja dibahagian penyiasatan. Dia memberikan beberapa keterangan kepada rakannya itu. Setelah hampir setengah hari menunggu, rakannya menelefon semula dan menceritakan semuanya tentang nama yang diberi pakcik Enal. Lelaki tu kemalangan empat hari lepas, tetapi jenazahnya masih tidak dituntut lagi kerana masih mencari pewarisnya yang lain selain isterinya. Lelaki itu dilanggar lari kemungkinan pada tengah malam tetapi hanya dijumpai pada waktu pagi oleh seorang penunggang motosikal yang mahu pergi kerja. Berhampiran jenazah ada satu beg plastik yang mengandungi barang-barang bayi. Dia mempunyai seorang isteri yang baru bersalin dihospital. Isteri lelaki itu masih dihospital kerana anaknya masih ditahan dihospital. Pakcik Enal terus kehospital semula untuk menemui isteri lelaki itu berpandukan nama yang diberikan oleh rakannya.
Pakcik Enal dapat menemui isteri lelaki itu. Pakcik Enal menceritakan semuanya pada isteri beliau. Isterinya sudah maklum akan kematian suaminya. “Saya redha pakcik, Allah ambil suami saya tapi saya sedih, jenazah suami saya masih tidak dapat dikebumikan. Kami anak yatim piatu pakcik. Membesar bersama dirumah kebajikan,kahwin pun disana. Saya tak dapat nak hubungi sesiapa pun sebab handphone ada pada suami masa tu. Dia pinjam sebab handphone dia rosak. Nombor rumah kebajikan semua dalam tu,” terang isteri lelaki tu. Pakcik Enal memahami situasi beliau lalu mengambil keputusan untuk menguruskan jenazah lelaki tersebut. “Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya. Semoga engkau tenang disana nak. Usah dihirau dunia ni lagi. Pakcik akan uruskan juga isteri dan anak mu,”bisik pakcik Enal sambil memegang nisan penanda kubur beliau. “Terima kasih abang,”! Ringkas dan jelas bisikan halus ditelinga pakcik Enal. Pakcik hanya tersenyum dan sedekahkan Al-fatihah buat arwah Lokman. Setelah isteri dan anak arwah Lokman keluar dari hospital, pakcik Enal mengambil keputusan untuk menjaga mereka sementara masih dalam pantang sebelum dihantar kerumah mereka semula yang sebenarnya tidak jauh pun dari rumah pakcik Enal. Sekian sahaja. Ini antara pengalaman yang pakcik Enal tidak dapat lupakan sepanjang dia menjadi pemandu teksi.
Share this novel