Roses dan Ronaldon hampir pitam, bulat mata mereka, melalui penampakan indah seorang bidadari bernama Felisa. Felisa mengucap lagi suatu ayat, terkumat-kamit mulutnya, lalu cincin emas itu berhenti bercahaya bak bintang. Sayapnya menjadi halimunan dan tercipta suatu bentuk manusia Felisa tanpa sesiapa dapat ketahui dia sebenarnya seorang bidadari.
“Ka…mu…bida….dari?”Kata Ronaldon.
“Wow!”kata Roses, dengan mata bersinarnya.
“Ini rahsia antara kita,”Kata Felisa, dengan Ronaldon masih mengosok matanya.
“Kamu…kamu..”Kata Ronaldon masih tidak dapat menerima kenyataan.
“Jadi kamu dari kayangan dan bersekolah di sekolah sama dengan kami berdua begitu?”Kata Roses.
“Saya perlukan kawan manusia, hei, jangan terlalu terkejut. Bidadari mesti belajar hidup seperti manusia lain,”Kata Felisa menyakinkan mereka berdua, lalu Roses ketawa kecil.
“Okey, saya hampir nak pengsan ni,”Kata Roses, lalu Felisa ketawa terbahak-bahak.
“Saya ada misi,”
“Apa dia?”Kata Ronaldon.
“Mencari tongkat Delima Bulan, ianya milik dewi Susanna dan tidak dapat membawa kembali tongkat itu di bumi,”Kata Felisa.
“Dia siapa?”kata Ronaldon.
“Dewi Susanna, seorang bidadari yang akan turun ke bumi dalam menyelamatkan manusia dalam kesusahan, ianya turun satu dalam seribu tahun dan waktunya untuk turun adalah tahun ni, tetapi saya diberikan misi mencari tongkat itu sebelum dewi itu datang,”Kata Felisa.
Ronaldon menyedari ada kapal kecil berlabuh ke tepi pantai bagi mendapatkan penumpang yang mahu mengikuti mereka.
“Mari pergi,”Kata Ronaldon, lalu mereka semua naik ke kapal, memberitahu destinasi dan Ronaldon membayar tambang perjalanan.
Felisa dan Roses duduk di sebuah ruang penumpang berkumpul dan Ronaldon duduk di belakang mereka, melihat-lihat jendela dengan hempasan air laut di luar kapal.
“Kamu tahu, ini sesuatu berat bagi kami terima,”Kata Roses, masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa kawan barunya ialah bidadari dari dunia lain.
“Saya tak salahkan kamu untuk berasa begitu. Tetapi jangan risau, saya tak akan membahayakan sesiapa apabila menyamar seperti manusia,”Kata Felisa, tersenyum lebar.
………..
Sesampainya di sebuah tempat bernama Dollar yang terdiri dari gunung-ganang dan jalan hutan serta perkampungan orang tempatan, mereka pun turun ke tepi pantai dan bersedia berjalan kaki memasuki kampung Dollar itu.
“Apa patut kita buat?”Kata Roses.
“Teruskan berjalan,”Kata Ronaldon.
“Hmm selepas melalui pergunungan Dollar, akan ada jalan luas menuju ke bukit tu, di sana ada orang asli Tenom.”kata Ronaldon lagi.
Sesampainya di perkampungan Dollar, ada banyak gerai peniaga menjual beraneka barang kerana biasanya pelancong akan datang ke sana menghayati kawasan indah itu.
“Belilah sesuatu,”Kata Roses mencuci mata melihat makanan dan bunga di setiap gerai. Felisa juga gembira melihat barang jualan itu, lalu mendapatkan sate ayam dan sayap ayam goreng sebagai pengalas perut.
Setelah itu, mereka bertiga meneruskan perjalanan masuk ke dalam perkampungan. Felisa hairan kenapa cincin emasnya bercahaya sepanjang perjalanan. Apakah yang berlaku?
“Kenapa ni Fel?”Kata Roses.
“Cincin ne buat ragam,”kata Felisa.
Tiba-tiba ada sebuah gerai makan dijumpai mereka berdekatan perkampungan dan terjadi suatu pergelutan antara dua lelaki umuran 20-an, bergaduh dan merosakkan kerusi dan meja gerai.
“Kenapa tu?”Kata Ronaldon.
Felisa mendekati dua lelaki itu dan memberhentikan mereka mengharap cincin kayangan membantunya detik itu.
Ronaldon menghalang seorang lelaki tampan dan Felisa menghalang seorang lagi lelaki botak.
“Syukur kamu datang!”kata bos gerai itu separuh gila kerana kerusi dan meja telah patah, menyebabkan kerugian baginya.
“Hentikan!”kata Ronaldon.
Setelah itu lelaki botak itu beredar dari situ, lalu lelaki tampan mendekati Felisa, mengucapkan terima kasih.
“Saya Roland,”Kata lelaki itu memberikan senyuman kepada Felisa.
“Saya Felisa. Kenapa kamu bergaduh?”
“Hmm dia ekori saya dan ingin merosakkan rencana saya,”Kata Roland.
“Hai, saya Ronaldon, ini Roses,”Kata Ronaldon, menyampuk mereka berdua.
“Hai,”Kata Roland.
“Okey kami nak beredar sebab ada hal penting,”Kata Felisa.
“Kamu pengembarakah?”Kata Roland.
“Yaa, kami datang dari Shooting Star,”kata Felisa.
“Saya pun pengembara…saya..hmm..”Kata Roland, lalu berbisik di telinga Felisa.
Felisa membulatkan matanya.
“Kamu… pengembara juga?”kata Felisa terkejut.
“Shuuu! Saya hendak berjumpa tuan puteri dan mencuri hatinya,”Kata Roland, tersenyum lebar.
“Apa-apalah, kami ada misi,”Kata Roses tidak ingin membuang masa.
“Kita boleh jadi kawan,”Kata Roland.
“Kami… sedang mencari suatu benda berkuasa,”Kata Felisa, lalu Ronaldon mendapatkan tangan Felisa, membawanya keluar dari situ.
Roland melambai dan duduk di kerusi, melamun panjang seperti ada sesuatu menganggu fikirannya.
………
Mereka mendapati hutan tebal Dollar sangat besar dan terpaksalah Ronaldon menggunakan jasa seorang lelaki 40-an, merupakan orang kampung. Ronaldon membayarnya dengan syarat membawa mereka masuk ke hutan untuk pergi ke Desert Hill.
Setelah meredah hutan hampir 2 jam, sampailah mereka ke Desert Hill. Tempat itu ialah suatu gurun kecil, di mana tumbuhan kaktus tumbuh merata tempat. Ditambah lagi, ada bukit kecil di sana, menampakkan ruangan yang tiada sesiapa mahu melawatnya.
Tetapi berbeda untuk mereka bertiga. Mereka mesti mengambil peluang mencari tongkat itu.
“Apa perlu kita buat?”Kata Roses.
Felisa melihat cincinnya, masih pudar cahayanya. Dia pun tiada idea, tapi Ronaldon menyarankan mereka mencari gua bagi mereka berehat dulu.
Mereka menjumpai sebuah gua kecil, dengan air bukit ada di sana. Oleh itu, Roses mengumpulkan tunggul kayu dan mengambil pemetik api, lalu membuat unggun api.
Cahaya dari api menyinari ruang gua dan apabila malam datang, Ronaldon membuka bungkusan makanan, mengambil buah-buahan dibeli Roses semasa di kota kecil. Mereka makan malam, sambil bergurau senda.
“Fel, bagaimana keadaan kayangan?”Kata Roses ingin tahu.
“Hmm suatu tempat indah, penuh bidadari memuji raja kayangan,”
“Wow, saya nak ke sana!”kata Roses.
“Hm manusia tak boleh pergi kayangan. Kami hidup harmoni dengan tugas masing-masing,”
Keesokkannya, Felisa bangun awal dan keluar dari gua, melihat mentari terbit di sebalik langit biru dengan awan putih membentuk corak indah. Felisa melihat cincinnya bercahaya dan tiba-tiba, ada sebuah kereta dipandu di gurun kecil itu!
“Siapa tu?”kata Roses dari belakang Felisa.
“Hmm tak tahu.”kata Felisa, lalu dari kereta itu, timbul lelaki dikenali mereka sejak kelmarin.
“Roland?”Kata Felisa.
“Haii!”kata Roland, di kerusi hadapan kereta.
Roland keluar dari kereta dan mendapatkan mereka berdua, sambil mengalas beg besar di belakangnya.
“Saya tahu kamu cari apa,”Kata Roland.
“Kamu tahu pasal tongkat tu?”Kata Felisa.
“Saya… dah lama mencarinya,”kata Roland, mengejutkan Felisa.
“Bagaimana kamu tahu?”Kata Roses.
Roland mengeluarkan kertas kecil dan mengejutkan Felisa. Dalam kertas nyata dijelaskan suatu ayat yang mendebarkan hati Felisa;
“Tongkat Delima Bulan,
Desert Hill,”
“Ini suatu tanda tongkat tu dijumpai seseorang membawanya ke sini,”Kata Felisa.
“Saya harap kita menemuinya,”Kata Roses.
Ronaldon muncul di ambang pintu gua dan mendekati mereka bertiga, terkejut melihat Roland.
“Hei kamu lagi,”Kata Ronaldon.
“Saya akan bantu kamu cari tongkat tu,”Kata Roland.
“Tongkat Delima Bulan.
Mencari mangsa di sinaran bulan.
Mencari musuh di padang gurun.
Kuasai seluruh alam,”
Ayat itu bermain di fikiran Felisa.
“Mencari musuh?”Kata Felisa, terfikir-fikir.
Namun sebelum ada apa-apa berlaku, Roland membuka suatu gulungan peta kecil dan membuatkan mereka menumpukan perhatian ke arah peta itu.
“Kita akan ke gunung ni. Kemungkinan ada klu seterusnya di sana,”kata Roland, pakar dalam hal mencari benda berkuasa seperti tongkat itu.
Share this novel