BAB 4

Romance Series 6933

     Maisara mempercepatkan langkah nya yang menuruni tangga dia sudah lambat untuk ke pejabat, Inilah akibat jika tidur selepas solat subuh.

"Mai sinilah sarapan sekali, aku ada masak mee goreng ni" beritahu Balqis sambil menyenduk mee goreng ke piring.

"Tak apa lah, korang makanlah aku dah lambat ni"

"Tulah kau, aku dah kejutkan kau tadi tapi kau susah sangat nak bangun" bebel Nadia lalu menyuap mee goreng ke mulutnya.

"Hmm, yalah² tak paya nak start ceramah percuma kau kat sini. Aku pergi dulu lah ya, Bye"

Maisara melangkah keluar dari rumah mereka dan menuju ke keretanya. Laju kereta dipandu keluar dari kawasan perumahan teres Mereka.

           
"Ni lah jadinya, kalau gerak jam macam ni mesti hadap jem ni" Bebel Maisara Seorang diri, matanya memerhati kesibukkan lebuh raya kuala lumpur itu.

Tiba² dia teringat apa yang dia saksikan semalam. Faizul? betulkah itu Faizul? Dia masih tidak boleh percaya bahawa lelaki yang dia nampak semalam itu adalah Faizul, walaupun sudah berkali-kali dia menidakkan tapi hatinya terlalu yakin lelaki yang bermesra bersama seorang wanita diluar kelab malam semalam adalah Faizul.

Semalaman dia tidak boleh tidur akibat memikirkan hal ini saja, Bukan kah lelaki itu di UK sekarang? Bila Faizul Balik malaysia? Siapa wanita yang bersamanya itu? Dan yang paling dia ingin tahu sejak bila lelaki itu masuk ke tempat maksiat seperti itu? Setahunya Faizul bukan seorang yang biasa dengan suasanaa di tempat seperti itu

FON!!!!!!!!!!!!

Bunyi hon kereta dari belakang  membuatkan lamuman Maisara terhenti.

Dia membunyikan honnya ringkas menandakan dia minta maaf. Laju tangan Maisara menurunkan break tangan keretanya.

FONNNN!!!!!!!!!!!!!

"Yalah! tau lah kereta mahal Ais!" Sakit hati bila kereta yang berada dibelakangnya itu tidak berhenti membunyikan Hon malah bunyi hon kereta itu semakin kuat. 

Tanpa memedulikan kereta itu Maisara meneruskan pemanduannya dan menuju ke Wisma HR. Dia memang sudah lambat nanti semakin lambat pula jika dia melayan sikap kurang ajar kereta mewah dibelakangnya itu.

       

        

Faizul membuka pintu keteta Maserati Quttroptote miliknya, lalu dia melangkah keluar dari kereta dan menekan butang kunci automatik kereta tersebut.

Langkahnya dipercepatkan menuju ke pintu Utama Wisma HR.

Pagi² lagi dia sudah mendapat bebelan yang parah dari Tan Sri Kamal akibat lambat datang ke pejabat.

"Ini semua gara² kereta kecil tu" Bebelnya Seorang Diri.

Teringat dia kejadian di Traffic light tadi, bila lampu isyarat bertukar hijau Suzuki Swift yang berada di hadapannya langsung tidak bergerak. Kejadian itulah penyebab utama dia lambat datang ke pejabat sekarang selagigus penyebab dia mendengar bebelan Tan Sri Kamal di pagi hari ini.

Lagipun sebelum ke pejabat dia memang sudah berjanji berjumpa Hazmi untuk berbincang misinya yang akan dia jalankan dengan bantuan Sahabatnya itu, belum sempat memulakan perbincangan Tan Sri Kamal sudah menelefon dan memarahinya kerana perjumpaan bersama pemegang saham dan pekerja mereka sudah mahu mulai.

Langkah terus dihayunkan kearah lift vip yang HR sediakan hanya untuk client dan pemegang jawatan² tinggi di HR sahaja.

               

        

Maisara mencapai buku notanya lalu dia menuju ke Dewan Mesyuarat utama Milik HR group.

Tan Sri Kamal sudah mengarahkan dia untuk memaklumkan kepada semua pekerja HR Group bahawa Tan Sri Kamal ingin membuat perjumpaan untuk mengenalkan CEO baru mereka.

Masuk sahaja Maisara ke bilik mesyuarat, Maisara mengambil tempat di sebelah Kak Lin.

"Sara, betulkah CEO baru kita ni cucu Tan Sri" Tanya Kak Lin, membuat maisara mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Itu yang Tan Sri beritahu Sara kak" jawab Maisara

"Akak dengar cucu Tan Sri ni Handsome, muda lagi tu" Kak Lin berkata.

Kerutan didahi licin Maisara muncul mendengar kata² Kak Lin.

"Akak nak kahwin lagi ke?" Usiknya, Iyalah pelik juga bila mendengar Kak Lin berkata begitu bukankah Kak Lin Sudah mempunyai Suami serta dua orang anak? Dia sahaja yang masih belum berkahwin tidak tahu pula tentang ciri² sebegitu dalam tentang CEO baru mereka itu.

"Err, Kamu ni ke situ pula. Tak lah akak cuma bagitahu kamu je, Kamu tu dengan Faiz pun kamu tak nak mana tahu kamu berkenan dengan CEO baru kita ni"

Ah, Sudah dia yang mengenakan Kak Lin dia pula yang terkena bila Kak Lin menyebut nama Faiz bukan itu sahaja malah Kak Lin menyatukan dia dengan Cucu Tan Sri Kamal pula..

"Err tak kan jadi lah Kak" Maisara membalas. Bercinta dengan anak orang kaya? itu jauh sekali difikirannya.

Bagi nya orang² berduit itu selalu melakukan sesuatu ikut kehendak mereka sahaja langsung tidak memikirkan perasaan orang lain.

"Tapi kan sara, Akak dah 3 tahun kat sini.. Iyalah kadang akak ke rumah Tan Sri Kamal juga untuk uruskan Fail² yang tertinggal awal atau Fail² yang perlu dihantar akak tak pernah pula nampak cucu dia kat rumah sepanjang 3 tahun ni.."

Maisara cebik bibir, ada betul juga kata² Kak Lin ity. Jika Kak Lin yang mengurus hal peribadi Tan Sri Kamal juga tidak pernah berjumpa dengan Cucu bos mereka itu, Inikan lagi dia yang hanya menguruskan hal pejabat sahaja memang jauh sekali berjumpa ingin dengan Cucu Tan Sri Kamal.

Dia hanya mengenali Isteri Tan Sri Kamal. Puan Sri Farah Lee, itupun kerana Puan Sri sesekali datang ke pejabat untuk berjumpa Tan Sri dan Maisara juga tahu yang Tan Sri kamal mempunyai Seorang anak lelaki tapi meninggal akibat kemalangan yang teruk.

Lamunan Maisara terhenti tatkala menyedari semua pekerja berdiri menandakan Tan Sri Kamal sudah tiba bersama CEO baru mereka, Lantas dia juga turut bangun.

kepala ditolehkan ke arah Tan Sri Kamal dan diahlikan pula kearah lelaki muda yang sedang mengambil tempat disebelah Tan Sri. Serta merta jantung Maisara berdenyut laju, dunianya terasa gelap seketika. Betulkah apa yang dia Lihat sekarang ini mungkin ini pelanduk dua serupa takkan lelaki ini?

"Selamat pagi semua, saya nak kenalkan Cucu Saya Faizul Asfar yang akan mengambil jawatan Ceo syarikat kita" Tan Sri Kamal memperkenalkan Faizul kepada semua pekerja yang berada di dewan mesyuarat itu.

Buku yang ada di tangan Maisara terlepas, Faizul Adalah cucu Tan Sri Kamal jadi selama 2 tahun ini dia bekerja dengan atok Faizul. Lelaki yang pernah dia cintakan separuh mati dan berjanji sumpah setia dengannya tapi dusta sahaja tahu² lelaki itu meninggalkannya tanpa sebab dan leboh menyakitkan Faizul bertunang dengan wanita lain.

Jadi betul lah apa yang dia lihat semalam adalah Faizul. Lututnya terasa lemah sekarang. Sumpah dia lemah dengan situasi begini, selepas kejadian 5 tahun lepas inilah perkara paling dia tidak ingin berlaku. Berjumpa Faizul semula.

5tahun tidak berjumpa rupanya lelaki ini sudah bertukar menjadi setan sekarang. Masuk ke tempat bermaksiat itu keluar bersama perempuan dan mabuk sana sini. Itu jauh sekali dengan Faizul yang dia pernah kenal 5 tahun lepas.

Semua pekerja mengucapkan salam perkenalan dan selamat datang kepada Faizul Kecuali Maisara masih kaku berdiri ditempatnya.

Perasan Tan Sri Kamal dan Faizul datang mendekatinya, cepat² Dia mengambil buku nota yang terjatuh tadi. Senyum Paksa terbit dibibir kecilnya.

"Maisara, ni cucu saya Faizul Asfar, Boss baru kamu" Jelas Tan Sri Kamal.

Walaupun masih dalam keadaan terkejut, Maisara cuba mengawal reaksi mukanya sehabis mungkin

"Selamat Datang ke HR Group Encik Faizul" sapa Maisara mesra, cuba memaksa bibirnya mengukir senyuman manis kearah Faizul walaupun sebenarnya semuanya sebaliknya.

Namun sapaan itu langsung tidak dibalas Faizul, lelaki itu hanya berdiri kaku juga. Mungkin terkejut juga  dengan kehadirannya di sini.

"Faizul" Tan Sri Kamal menepuk perlahan bahu Faizul, menyedarkan Cucunya itu. Perasan Dia dengan reaksi muka Faizul memandang Maisara, Takut pula jika Pembantu peribadinya itu tidak selesa dengan pandangan cucunya itu nanti.

"Ye... ye Tok Yah" sahut Faizul, lalu mengalih pandangannya ke Tan Sri Kamal.

"Ni Maisara P.A Tok Yah tapi sekarang dia dah jadi P.A kamu, Maisara yang akan bantu kamu nanti" Beritahu Tan Sri Kamal.

Lama Faizul berdiam sebelum senyuman perlahan-lahan terukir di bibir merahnya.

"Maisara, awak tolong hantar Faizul ke Bilik pejabatnya ya" Arah Tan Sri Kamal.

"Baiklah Tan Sri, Encik Faizul Mari saya tunjukkan bilik pejabat Encik" pinta Maisara. Dia senyum sebelum melangkah keluar dari dewan mesyuarat dan Faizul mengikutinya dari belakang.

               

   
Faizul memerhati setiap langkah gadis yang berada dihadapannya ketika ini. Dia pelik adakah Maisara sudah tahu tentang kehadirannya di HR ini? Gadis itu langsung tidak terkejut dengan kedatangannya hari ini. Atau Maisara sudah tidak mengenalinya lagi, Tapi itu sepertinya mustahil. Mungkin sahaja gadis ini masih marahkan dia akibat perkara yang terjadi 5 tahun lepas.

Langkahnya terhentikan setelah perasan Maisara berhenti tepat dihadapan pintu bilik berwarna hitam, Gadis itu menoleh ke arahnya.

"Encik Faizul, ini bilik pejabat Encik. Kalau Encik perlukan sesuatu Encik boleh panggil saya Bilik saya kat sebelah ni je" Beritahu Maisara sambil menunjukkan bilik pejabat yang terletak disebelah kanan.

Faizul angguk sebelum dia menjawab

"Thanks" Balasnya, lalu dia memulas tombol pintu pejabatnya yang tidak berkunci itu. Dia memerhati sekeliling pejabatnya semuanya dihias dengan sempurna susunan fail yang amat teratur. Warna cat dinding juga menarik baginya, nampak sangat eksklusif dan mewah.

"Encik Faizul kalau tak ada apa² saya nak sambung kerja dulu"

Suara Maisara membuat Faizul menoleh kearahnya, kepala ditolehkan ke Maisara.

"Mai..Sorry.. I mean Maisara, Siapa yang dekor pejabat I?" Faizul bertanya.

"Tan Sri suruh saya yang siapkan semuanya untuk Encik. Encik tak suka ke? Kalau tak saya boleh arahkan orang untuk tukarkan semua dekoration pejabat Encik mengikut citarasa Encik sendiri" Beritahu Maisara. Salahnya juga kerana tidak bertanya kepada Tan Sri Kamal decoration apa yang Faizul minat tapi yang dia tahu lelaki ini berminat dengan warna gelap, lagipun dekorationnya bukan terlalu kuno.

"No, I don't mean it.. I like it. thank you" Ucap Faizul. Dia sudah buat Maisara terasa hati.

Melihat senyuman muncul dibibir lelaki itu, Satu perasaan muncul di hati Maisara namun laju ditepis agar dia tidak terleka.

"Sama², Saya keluar dulu Encik"

Tanpa mendengar balasan dari Faizul, laju kaki Maisara melangkah meninggalnya bilik pejabat Faizul.

Faizul hanya menghantar langkah gadis itu keluar dari bilik pejabatnya. Betullah apa yang dia fikirkan Maisara masih menyimpan perasaan marah terhadapnya, Melihat wajahnya pun gadis itu seperti tidak ingin. 

           

Nafas yang sudah tidak keruan itu, Cuba diatur dengan baik. Maisara menundukkan kepalanya dimeja pejabatnya.

Kenapa Faizul mesti kembali?

Kenapa tuhan jumpakan dia dengan Faizul semula?

Bagaimana dia ingin meneruskan kerja bersama lelaki itu?

Bagaimana dia ingin melupakan Faizul? Jika selepas ini mereka akan berjumpa setiap hari.

Kalau dia tahu Faizul adalah cucu Tan Sri Kamal yang menjadi bos barunya dia akan memohon ke Tan Sri Kamal untuk mengambil ahli tugas Kak Lin saja.

Kerana selepas Faizul mengambil alih syarikat, Tan Sri Kamal akan datang ke pejabat jika perlu sahaja. jadi segala keperluan Fail atau kerja yang memerlukan Tan Sri Kamal untuk mengurusnya akan dihantar oleh Kak Lin Sahaja. Dia lebih rela ulang alik dari pejabat ke mansion Tan Sri Kamal daripada menghadap Faizul hari².

Lamunan Maisara terhenti akibat bunyi interkom disisi meja pejabat, menandahkan Faizul sedang memanggilnya.

"Maisara, can I have some coffee please" Arah Faizul melalui interkom.

"Sure, sekejap lagi saya hantar ke bilik Bncik" Maisara menjawab.

Panggilan interkom terhenti. Maisara menarik nafas lalu menghembusnya perlahan-lahan

"kau kena kuat mai kalau kau berhenti siapa nak tanggung makan minum kau dan mak kau kat kampung lagi.." Maisara memotivasikan dirinya, Dia harus lebih bersemangat kerana dia harus menyarah hidup ibunya lagi..

"Come in" Arah Faizul dari dalam bilik pejabat.

Pintu terbuka, Maisara masuk bersama Fail dan secawan kopi ditangan.

Cawan Kopi panas diletakkan perlahan-lahan di meja pejabat Faizul sebelum pandangan bertukar ke arah Faizul yang sedang tekun menaip sesuatu di komputer hadapannya.

Lahir perasaan yang sudah berapa kali ingin disingkirkan selama 5 tahun ini. Kenapa lelaki ini nampak semakin menarik sekarang? Namun cepat² Maisara menyedarkan diri. Peristiwa yang lalu sudah cukup mengajar dia agar tidak hanyut dengan dunia ciptaan Faizul lagi. 

"Ini kopi Encik Faizul, Kalau Encik Faizul tak kisah saya nak terangkan sedikit tentang HR" kata Maisara dengan lembut.

Faizul mengalihkan pandangannya ke arah Maisara

"Ok, kita bincang kat sana je lebih selesa" Ajak Faizul lalu mereka menuju ke arah set sofa fabrik yang tersedia di bilik pejabatnya.

Maisara mengambil tempat duduk di hadapan Faizul lalu dia membuka fail yang dibawahnya tadi. Dia memulakan penerangannya tidak perasan yang mata Faizul memerhati setiap gerak gerinya.

Tiada apa yang berubah dengan Maisara, gadis ini sama seperti dulu malah jauh lebih cantik dari 5 tahun lepas.. Dia rindukan Maisara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience