BAB 2

Family Completed 10579

“Macam nilah, awak cakap je apa yang awak nak cakap sebenarnya,” aku mula berasa bosan melayan kerenah Ikram. Aku malas bermain tarik tali lagi.

“Hari tu awak ada pergi Pulau Pangkor dengan Fasha kan?” aku tahu Ikram cuba menyiasat.

“Tak adalah,” aku cuba menyangkal walaupun hakikatnya memang benar. Ahh… menipu lagi. Aku masih cuba melindungi Fasha. Semua jawapan untuk menipu memang telah lengkap diberi oleh Fasha sekiranya ada sesiapa yang bertanyakan mengenai dirinya. Fasha memang seorang “pelakon” yang bijak.

“Awak jangan cuba tipu saya! Saya ada gambar awak dengan dia. Kamera dalam tangan saya sekarang ni,” aku dapat mendengar getaran dalam suara Ikram. Mungkin dia sedang menahan kemarahan.

“Ok… ok…. betul! Memang saya ada pergi dengan dia,” aku terpaksa membetulkan pembohongan jawapanku sebentar tadi. Bukti sudah berada di tangannya. Bagaimana kamera boleh terlepas ke tangan Ikram??

“Orang macam awak nilah yang tak boleh dibuat kawan. Sanggup menipu. Tolong kawan buat jahat. Saya kenal Fasha ni. Dia ni memang sosial tinggi. Tapi awak sebagai kawan dia kenapa tak nasihatkan dia? Tak boleh jaga dia sebagai kawan. Tak gunalah ada kawan macam awak!” marah Ikram berbau hinaan.

Berkerut keningku mendengar tohmahan Ikram. Tergamak dia memperkatakan aku teruk sebegitu. Selama ini siapa yang membantu Fasha bila kau menyakiti dia? Siapa yang berada di sisinya bila dia dalam kesusahan?

Ya…. memang Fasha sosial tinggi. Aku kerap kali menasihati dia. Tapi kaulah penyebab dia bekelakuan sebegitu. Dia memberontak. Dan kau puncanya. Kau tak sedarkah?? Aku tercabar dek penghinaan yang dilemparkan tanpa peri kemanusiaan Ikram. Adakah ini tujuan kau menelefon aku? Untuk menghina aku??

“Eh, awak ingat saya biar je ke bila dia buat benda tak elok? Saya dah banyak kali nasihatkan dia. Tapi semua perubahan bergantung pada diri dia sendiri. Dia yang perlu berubah. Awak tak payah nak marah-marah macam ni. Marah takkan boleh selesaikan masalah. Apa gunanya awak marah saya?”

Aku cuba mengawal perasaan yang geram. Geram dengan Fasha…. juga geram dengan Ikram.

“Dia jumpa siapa kat Pangkor?” Ikram kembali menyiasat. Dadaku sesak kembali.

“Awak tanya la Fasha sendiri. Dia lebih tau dengan siapa dia jumpa,” malas aku mahu melayan soalan-soalan Ikram.

Aku bernekad tidak akan menipu lagi…… aku masih mahu bediri di atas prinsip tidak akan menipu kecuali untuk kebaikan.

Serta merta ingatanku menerawang mengingati hal yang berlaku di Pulau Pangkor tempoh hari. Dengan perasaan girang aku dan Fasha menginjakkan kaki di pulau peranginan itu. Seronok dapat menenangkan diri dari kesibukan kota di Kuala Lumpur.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku terus setuju bila Fasha mengajak aku ke Pulau Pangkor. Kebetulan pula aku sedang mencari destinasi untuk lari dari kesesakan Kuala Lumpur.

Namun tidak ku sangka lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Semua ini gara-gara sahabat bernama Fasha yang selama ini aku percayai. Rupa-rupanya dia mempunyai niat lain. Dia hanya memperalatkan aku untuk mencapai tujuannya ke Pulau Pangkor itu.

Setibanya di Pulau Pangkor, aku ditinggalkan sendirian. Fasha hilang bersama kekasih hatinya. Walaupun aku berkawan baik dengan Fasha, aku tidak pernah tahu bahawa dia mempunyai kekasih di Pulau ini. Tambahan lagi, Fasha sudah bertunang.

Seawal semester pertama kami belajar di universiti ini, dia sudah bertunang dengan kekasihnya setelah menyulam cinta sejak di bangku sekolah lagi. Kini kami sama-sama berada di semester akhir pengajian. Tidak ku sangka Fasha sanggup mencari kekasih lain. Dan tidak ku sangka juga Fasha sanggup memperlakukan aku begitu.

Aku seperti boneka di Pulau Pangkor. Disuruh cakap begitu begini oleh Fasha jika tunang atau keluarga Fasha menghubungi telefon bimbitku. Tunang dan keluarga Fasha tidak tahu sama sekali kami keluar ke Pulau Pangkor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience