BAB 7

Horror & Thriller Completed 3402

Saya beristighfar panjang dan serta-merta bau yang datang dari alat pewangi udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis. Saya terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah.

Sampai saja saya terus bersihkan diri dan siap2 untuk tidur apabila saya terdengar salakan anjing melolong tinggi.

Saya terus bangun dan pergi ke balkoni. Saya melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain.

Saya perhatikan dalam hati ada tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan saya memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya.

Saya terus perhatikan tapi tidak kelihatan apa-apa hinggalah ke satu pokok kelapa anjing itu melolong, saya perasan daun kelapa di atasnya melendut ke bawah.

Saya beristighfar panjang dan terus terangkan lampu rumah dan putarkan CD ayat-ayat suci Al-Quran hinggalah ke pagi, saya tidak dapat tidur. Mujur tak ada perkara buruk yang berlaku namun tetaplah menggangu perasaan dan fikiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience