BAB 2

Mystery & Detective Completed 6353

Fatma mengeluh. Terlalu sukar untuk mempercayai Amar adalah penjenayah siber yang menjadi buruan pihak berkuasa. Tetapi itulah fakta sebenar. Dan Amar telah mengaku secara bulat-bulat kepadanya sebelum mereka memutuskan pertunangan. Nasib baik dia tidak perlu menjawab apa-apa dengan keluarganya.

Sejak Amar menjelaskan perkara sebenar tentang dirinya, Fatma tidak lagi menerima kunjungan lelaki itu lagi sama ada di pejabat atau di rumahnya. Amar telah lesap. Dan dia juga tidak mahu mengambil tahu. Perginya Amar, pergilah juga hati yang pernah memegang takhta cinta lelaki itu.

“Ops. Sorry.”

Mata Fatma terangkat apabila barang-barang yang dibelinya habis bertaburan di lantai simen gara-gara dirinya dilanggar seseorang.

“Buta ke?” jerkah Fatma benar-benar marah. Lelaki yang melanggarnya itu memandang kecut. Tidak sangka wanita bertudung labuh itu mempunyai mulut yang berbisa. Mana santunnya sebagai muslimah?

“Sorry. Saya betul-betul minta maaf. Saya nak cepat ni,” tutur lelaki itu dalam keadaan bersalah. Dia turut membongkokkan badannya, membantu Fatma mengutip barang-barang yang berserakan itu. Sesekali dia mencuri pandang wajah itu melalui kaca mata hitam yang dipakainya.

“Ada mata, buat apa? Jalan pakai lutut?” herdik Fatma lancang tanpa memikirkan di mana dia berada sekarang ini.

“Perempuan harus menjaga santunnya. Tak boleh mengeluarkan nada seperti ni. Jatuh martabat seorang muslimah macam awak.” Lelaki itu bersuara dengan nada sinis.

Teguran itu menyentap Fatma. Dia menentang wajah yang berhadapan dengannya itu.

“Buat apa kau sibuk tegur keperibadian aku? Kau ingat kau tu baik sangat ke? Kaum kau yang jadikan aku macam ni. Kau sama saja macam dia. Berlagak baik tapi tetap nak ambil kesempatan!” Fatma menghamburkan kata kesat. Dia tersenyum jengkel.

“At least, masih ada lelaki yang boleh dipercayai kan?” sangkal lelaki itu lembut. Api tidak boleh dilawan dengan api. Parah jadinya. Ikutkan hati mahu sahaja dia membalas setiap herdikan perempuan yang berkata lancang itu.

“Depan perempuan baiklah korang tapi belakang perempuan….pijak semut pun tak mati. Kau nak menangkan kaum kau kan? Pergilah ajar semua kaum kau supaya berkelakuan baik!”

Fatma mendengus keras sebelum meninggalkan lelaki itu yang terkulat-kulat.

“Apa kena dengan perempuan tu?” bisik Ali Fattah perlahan sambil merenung langkah Fatma yang laju seperti kipas yang sedang berpusing itu.

Namun senyuman tersungging di bibirnya. Mudah benar menjejaki peguam muda itu. Langkah pertama telah berjalan dengan lancar. Seterusnya adalah langkah kedua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience