CLD 3 - HUTANG TERIMA KASIH

Romance Series 237859

ZACHARY masih menunggu kepulangan wanita tadi. Entah ke mana pula wanita itu menghilang. Adakah dia pergi memanggil pihak polis? Matanya tertancap ke arah cadar tilam yang didudukinya ketika ini. Berwarna hijau, dan bercorak dinosaur. Ada juga dua patung dinosaur bersaiz sederhana di tepi bantal.

Macam budak-budak. Ah, tak guna punya perempuan! Mesti dia panggil polis. Aku perlu pergi dari sini!

Perlahan-lahan Zachary bangun dari katil, sambil memegang perutnya. Belum sempat dia mahu menuju ke muka pintu, pintu bilik sudah pun ditolak dari luar.

“Eh, nak ke mana ni?” Najwa memandang lelaki itu, seakan mahu berjalan keluar. Ke mana pula dia mahu pergi?

Zachary terus duduk semula di birai katil. Dia merenung beg plastik yang dijinjit wanita itu.

“Semua ada dalam ni.” Najwa meletakkan beg plastik yang berisi ubat dan juga kit jahitan di atas katil, yang dipesan lelaki itu tadi. Darah pada perut lelaki itu, telah pun terkena pada cadar tilamnya.

Aduh, cadar dinosaur aku! Aku beli mahal tu. Nampak gayanya, aku kena buanglah cadar tilam tu. Entah-entah tilam pun dah terkena sekali dengan darah dia tak? Mana aku nak cekau duit beli tilam baru nanti? Desis hati kecil Najwa.

Tanpa menunggu lagi, Zachary mula melonggarkan sweater yang diikat pada perutnya tadi. Setelah itu, dia terus sahaja membuka baju kot yang dipakainya pula. Satu persatu butang baju kemeja dibuka.

Najwa pula masih tidak berganjak dari situ. Dia seakan dipukau. Matanya pula, tidak lepas memandang wajah lelaki itu, yang berkerut menahan sakit.

Zachary memandang wanita di hadapannya yang sedang merenung ke arahnya. Dasar perempuan gatal! Pantang tengok lelaki buka baju. Getusnya.

Setelah itu, Zachary terus sahaja menanggalkan baju kemejanya tanpa teragak-agak. Memang sengaja dia berbuat begitu.

Wajah Najwa merona merah, saat melihat tubuh lelaki itu yang sudah pun tidak berbaju. Tubuh badannya benar-benar sasa. Dengan lengannya kelihatan nampak kekar.

Tiba-tiba mata Najwa terus tertancap ke arah lengan kiri lelaki itu. Kelihatan ada tatu burung helang yang terukir cantik di lengannya. Tidak berkedip mata Najwa ketika ini. Tatu? Jadi, dia bukan orang Islam?

Perasaannya tiba-tiba sahaja berubah menjadi libang-libu. Pasti lelaki itu bukan lelaki yang baik. Kenapalah dia bermurah hati mahu membantunya tadi? Sepatutnya dia tinggalkan sahaja. Tetapi apa sebab, lelaki itu ditikam? Najwa mahu bertanya, tetapi kelu lidahnya untuk bersuara.

“Tolong ambilkan kain bersih, dengan air suam,” arah Zachary.

“Ha?” Najwa terpinga-pinga. Pandangannya terus dihalakan ke arah lain. Rasa janggal pula berdua dengan lelaki asing di dalam satu bilik.

“Ambilkan kain bersih dengan air suam,” ulang Zachary lagi, sambil matanya tidak lepas merenung wajah wanita itu.

“Ha? Kejap.” Kelam kabut Najwa berlari keluar dari bilik, dan menuju ke dapur.

Tidak lama itu, dia muncul semula, lalu menghulurkan bekas berisi air suam serta kain bersih kepada lelaki itu.

“Err, saya keluar dulu.” Laju sahaja kakinya mahu melangkah keluar dari bilik.

“Nanti dulu.” Zachary menahan.

Langkah Najwa terhenti. “Ya?”

“Tolong cuci sekejap luka dekat perut ni,” pinta Zachary.

“Err... tak boleh buat sendiri ke?”

“Please. Cuci sekejap aje. It’s okay, luka ni pandailah I jahit nanti.”

Meremang bulu roma Najwa saat mendengar perkataan jahit. Lelaki ini mahu menjahit lukanya sendiri? Dia ingat macam jahit baju?

“Tapi, tuan tahu jahit ke? Kenapa tak pergi ke hospital sahaja? Dekat sana, ada nurse yang dapat membantu.”

“I pernah tengok doktor peribadi I jahit luka. Sekarang ni, tolong bersihkan luka I ni kejap.”

Lelaki ini mempunyai doktor peribadi? Perlahan-lahan Najwa melangkah menuju ke arah lelaki itu semula. Kain bersih terus direndam ke dalam bekas yang berisi dengan air suam. Setelah itu, kain tersebut diperah sedikit, lalu dihalakan pada perut lelaki itu. Nak tak nak Najwa terpaksa lakukannya, walaupun di dalam hatinya berasa takut. Pandangannya terus dihalakan ke arah lain. Dia tidak mampu untuk melihat luka tersebut. Rasa ngeri pula. Tangannya mula mengelap luka lelaki itu.

“Tangan you tu hala ke mana? Sekarang ni yang luka, dekat perut. Bukannya dekat dada ni,” kata Zachary sambil mengerutkan dahinya.

“Ha? Alamak. Maaf-maaf.” Terpaksa jugalah Najwa menghalakan pandangannya ke arah perut lelaki tersebut. Dia benar-benar malu. Kalaulah Sasha melihat keadaan ini, pasti Sasha akan mengatakan dia lebih kurang sama sahaja dengannya.

Tetapi kenapa lelaki ini tiba-tiba nak marahnya pula? Ingat aku nak menggatal dengan kau ke?! Jerit hati kecil Najwa.

Tiba-tiba sahaja matanya tertancap pula ke arah parut kecil di dada lelaki ini. Kenapa ada parut? Accident ke? Tak akanlah accident?

Zachary mula ralit memandang wajah wanita yang sedang membantunya ketika ini. Wanita itu benar-benar cantik, dengan tudung yang terletak elok di kepalanya, menambahkan lagi keayuan yang dimilikinya. Mata Zachary terus tertancap ke arah tag nama yang tertulis Najwa di dada baju sebelah kiri. Najwa namanya?

Setelah memastikan luka lelaki tersebut sudah dibersihkan, Najwa terus sahaja berhenti. Dari tadi dia masih tidak dapat berfikir secara rasional. Dia ni memang orang jahat ke? Sekarang ni aku tolong orang jahat ke? Fikir Najwa.

“Dah siap. Err, tuan boleh jahit. Saya keluar dulu.” Najwa terus sahaja bangun.

“Wait...”

Najwa berhenti. Dia memandang wajah lelaki itu semula.

“Malam ni, I tumpang tidur di sini. Esok I akan pergi.”

Najwa tidak mahu berkata apa. Dia sekadar mengangguk sahaja. Nak buat macam mana, nak tak nak terpaksa jugalah dia membiarkan sahaja lelaki itu tumpang tidur di rumahnya.

“Err, tuan nak pakai baju saya tak? Tak akan nak pakai baju yang dah kena darah tu?”

“No need,” jawab Zachary pendek. Pakai baju perempuan? Nonsense! Memang taklah!

Tanpa menunggu, Najwa terus sahaja melangkah keluar dari biliknya. Dia pun malas mahu bertanya lagi.

 

“TAK! Jangan pukul mak! Jangan pukul mak, ayah. Jangan!” Najwa menjerit di dalam tidurnya.

Zachary sedang berdiri di muka pintu bilik. Dari tadi, wanita itu asyik menjerit di dalam tidurnya sahaja. Kenapa begitu lama dia mengigau? Perlukah dia pergi sahaja ke arahnya?

Kerana jeritan wanita itu jugalah, Zachary telah terjaga dari tidurnya. Tidur pun pakai tudung? Benar-benar menjaga batas.

Tiba-tiba sahaja tubuh Najwa bergerak sedikit. Dengan pantas Zachary menutup pintu bilik semula. Dia tidak mahu nanti dikatakan mengintai wanita itu tidur pula.

Najwa bingkas bangun daripada tidurnya. Kepala dipegang. Dia tidak tahu, kenapa terlalu kerap dia bermimpikan ayahnya. Baru dia teringat, akan lelaki yang dibantunya malam tadi. Sedang nyenyak tidurkah dia? Ataupun dah mati? Jam di dinding dikerling sejenak. Waktu sudah menghampiri pukul 4 pagi. 

Perlahan-lahan Najwa mengatur langkah menuju ke bilik. Daun pintu ditolak perlahan. Perlukah dia masuk ke dalam? Lelaki itu sedang nyenyak tidur ketika ini. Tetapi tidak berbaju?

Macam manalah dia ni jahit luka dia? Tak sakit ke? Kerja gila namanya. Najwa terus menuju ke arah lelaki tersebut. Suasana di dalam bilik sedikit samar-samar. Jahitan pada perut lelaki itu langsung tidak kelihatan. Tak akan pula dia mahu menilik perut lelaki itu pula?  Selimut ditarik, lalu tubuh lelaki itu diselimutkan.

Siapakah dia? Sehingga kini Najwa langsung tidak tahu nama lelaki itu. Pelbagai persoalan mula timbul di fikirannya.

Kenapalah aku percayakan dia ni? Aku tak tahu dia ni jahat ataupun baik. Hmm, tak apalah. Aku harap esok dia pergi dari sini. Najwa terus berjalan keluar dari bilik tersebut, lalu pintu bilik ditutup perlahan.

Zachary terus sahaja membuka matanya, setelah mendengar bunyi pintu bilik ditutup. Selimut yang menutupi tubuhnya dipandang sejenak, lalu dibuang ke lantai.

Ah, perempuan. Nak tunjuk baik. Tapi sebenarnya sama aje! Bodoh betul, kau ni Zach! Merayu pada perempuan supaya selamatkan kau. Tetapi hakikatnya kau terlalu bencikan perempuan!

 

KEDENGARAN suara azan telah membuatkan Najwa terjaga daripada tidurnya. Terpisat-pisat Najwa ketika ini. Pandangannya terus sahaja dihalakan ke arah jam di dinding, yang sudah menunjukkan pukul 6 pagi.

Badannya sedikit sengal-sengal. Mungkin kerana  tidur di atas sofa. Tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi notifikasi WhatsApp masuk. Najwa terus mengambil telefon bimbit di atas meja, lalu isi kandungannya dibaca.

-Najwa, tolong masuk shift pagi hari ini boleh? Zubir MC hari ini. Awak tolong gantikan dia ya?-

Najwa mengeluh perlahan. Mesej tersebut adalah dari Encik Azhar. Nak tak nak, dia terpaksa menggantikan Zubir. Tetapi, bagaimana pula dengan lelaki yang menumpang tidur di rumahnya sekarang ini?

Najwa terus sahaja bangun dari sofa dan berjalan menuju ke biliknya. Pintu bilik diketuk.

Tok! Tok!

“Tuan? Tuan?” Tetapi tiada sahutan. Tombol pintu terus sahaja dipulas.

Najwa melihat biliknya yang sudah pun kosong. Lelaki itu sudah tiada. Sudah pergikah dia? Ada satu nota di atas mejanya, lalu nota itu dibaca.

-Esok orang kanan I akan datang jumpa you.-

 
Orang kanan? Apa maksud lelaki ini? Kenapa orang kanan lelaki ini mahu berjumpa dengannya pula?

“Blah macam tu aje? Tak ada nak terima kasih langsung ke?” bebel Najwa.

Malas mahu berfikir lagi, Najwa terus sahaja mengemas katilnya. Nasib baiklah darah tidak mengenai tilamnya. Cuma dia perlu menggantikan cadar yang baru sahaja. Cadar dinosaurnya pula bagaimana? Mahu dibuang?

 

“AWA!” panggil Hana, iaitu rakan sekerjanya.

Najwa berpaling memandang Hana. “Ada apa Hana?”

“Ada orang nak jumpa kaulah. Aku tak tahu siapa. Tetapi lelaki. Pakai spek mata. Boyfriend kau eh?” usik Hana.

“Boyfriend aku? Tapi boyfriend aku tak pakai spek.”

“Oh, iya ke? Bukanlah ni ya? Pergilah ke depan. Lelaki tu tunggu dekat meja depan tu.”

Najwa terus meletakkan pinggan yang dipegangnya tadi ke dalam sinki. Dia terus sahaja berjalan menuju ke hadapan. Kelihatan seorang lelaki yang memakai cermin mata, sedang tersenyum memandangnya. Itukah orang kanan lelaki malam tadi, yang sepatutnya akan berjumpa dengannya?

“Hmm, ya encik? Encik cari saya ke?”

“Cik Najwa ya?”

“Err, ya saya.”

“Terlebih dahulu saya perkenalkan, nama saya Adrian.”

“Oh, okey... hmm, macam mana encik tahu nama saya?”

“Oh, bos saya yang beritahu. Semalam cik ada selamatkan dia, kan?”

“Bos? Err, Ya. Saya selamatkan dia. Tapi, mana bos encik tahu nama saya pula? Dan yang peliknya, macam mana encik boleh cari saya sampai ke sini?” Najwa mula berasa pelik. Bila masa pula dia memberitahu namanya pada lelaki semalam? Nama lelaki yang dia selamatkan juga, dia tidak tahu.

“Saya rasa, mungkin pada name tag yang cik pakai sekarang ini?”

Najwa memandang tag nama di baju kerjanya. Mungkin ya, lelaki itu mengetahui namanya berdasarkan tag namanya ini. Tetapi, bagaimana pula mereka tahu dia bekerja di sini? Berdasarkan tag nama ini jugakah?

“Hmm, okey. Sekarang ni ada apa ya, nak jumpa saya?” Wajah Najwa benar-benar di dalam keadaan keliru.

“Terlebih dahulu, saya nak berterima kasih kepada cik, sebab dah selamatkan bos saya. Dan, bos saya minta cik terima cheque ini.” Cek diletakkan di atas meja, lalu ditolak ke arah Najwa.

Terbuntang mata Najwa saat melihat jumlah cek yang tertulis di atas kertas cek tersebut. Jumlahnya tertulis sebanyak 100 ribu ringgit.

“Err... cheque apa ni?”

“Bos saya nak cik ambil cheque ni. Buatlah apa yang cik nak buat.”

“Tapi kenapa bagi saya cheque ni pula? Saya tak nak.”

“Kenapa tak nak?”

“Semalam saya tolong, memang ikhlas. Lagipun tak besar mana pertolongan saya tu. Saya tak perlukan cheque ini. Encik ambillah semula.”

“Tapi bos saya memang nak cik ambil cheque ini. Lagipun dia ada cakap pada saya, yang dia tak nak terhutang budi dengan cik.”

“Tak nak terhutang budi? Tapi saya rasa dia berhutang terima kasih dengan saya. Cakap dekat dia, saya tak perlukan cheque ni." Najwa mula bangun dari kerusi.

"Oh, lupa pula. Bos encik tu, bukan suami orang, kan? Takut saya nanti, kena serang dengan wife dia pula," sambung Najwa lagi.

"What?"

"Hmm, abaikanlah. Okeylah, tak ada apa-apa lagi, kan? Saya ada kerja lagi nak buat. Assalammualaikum.” Najwa terus berlalu meninggalkan lelaki berkaca mata itu.

Adrian terdiam. Matanya merenung cek yang langsung tidak mahu diambil oleh wanita itu tadi. Apa yang perlu dia sampaikan kepada Zachary nanti?

 

ZACHARY duduk termenung di gazebo dengan tubuhnya yang tidak mengenakan baju. Perutnya sudah ditutupi dengan kain kasa. Lukanya pula, sudah diperiksa oleh doktor peribadinya pagi tadi.

Pagi tadi, memang sengaja Zachary keluar awal, sebelum waktu menginjak subuh. Ini kerana, dia tidak mahu langsung bertembung dengan wanita yang telah membantunya malam tadi. Dia masih ingat lagi nama wanita itu, iaitu Najwa.

“Bos...” Muncul Adrian di situ.

“So how Ad? Perempuan tu dah ambil cheque tu? Mesti dia happy, kan? Lebih-lebih lagi tengok jumlah cheque tu.”

“Err... sebenarnya bos, dia tak nak ambil,” ujar Adrian sambil memegang cek di tangan.

“What? Dia tak nak ambil? Kenapa you tak bagi aje dekat dia cheque tu?”

“Dia memang tak nak. I dah bagi pada dia. I siap beritahu dia, yang bos tak nak terhutang budi. Tapi dia tetap tak nak ambil. Cuma dia ada cakap dekat I, yang bos sebenarnya masih ada hutang dengan dia.”

“Hutang? Hutang apa pula? Salah dialah, sebab tak ambil cheque yang I bagi tu. Sepatutnya selesailah hutang tu.” Riak wajah Zachary sedang menahan marah. Sungguh dia tidak sangka, wanita itu langsung tidak mahu mengambil cek yang diberinya.

“Dia kata, bos hutang terima kasih dengan dia.”

Terdiam Zachary mendengarnya. Hutang terima kasih?

“Hmm, lepas tu kan bos...”

Zachary memandang Adrian.

“Dia ingat bos ni suami orang.” Adrian tersengih.

“What? Dia ingat I suami orang?”

“Itulah, bila pulanya bos ni dah kahwin? Boskan anti perempuan.” Adrian ketawa.

“Tak kelakar Ad.” Suara Zachary kedengaran serius.

Adrian terus sahaja terdiam. Celupar betul mulutnya. Cari masalah betullah kau ni Ad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience