1

Romance Completed 26877

"Makcik".

Aku menjerit sekuat hati awal pagi di dalam bilik air apabila melihat sesuatu di tubuhku. Aku menjerit hingga makcik muncul. Makcik itu memanggil namaku dengan muka pucat.

"Ada apa Cik Lulu?", tergagap-gagap menyoalku.

"Ni apa?".

"Oh ni lukisan. Semua yang masuk di bilik ni akan dapat lukisan ni dan tiada siapa boleh ganggu Cik Lulu selepas ni selain Bos Li".

Berkerut muka aku dibuatnya mendengar jawapan makcik itu bercakap denganku tanpa melihat mukaku. Aku membelek tubuhku di cermin terasa cantik apabila ada lukisan kecil di pinggangku.

"Bila buat, saya tak tahu pun makcik?".

"Semalam, Cik Lulu bangun kata sakit badan. Itulah sebabnya, lukisan tu sampai belakang Cik Lulu".

Aku terus meraba dan memusingkan tubuhku di cermin untuk melihat. Benar apa yang di katakan makcik itu. Aku terus menolak makcik ke pintu supaya keluar.

"Saya siap nanti saya keluar".

"Jangan lambat Cik Lulu".

"Baik makcik".

Aku mandi secepat yang boleh bimbang lambat untuk bertemu Aki di Dhubai. Rasa seronok pula akhirnya dapat pulang ke pangkuan Aki seperti biasa. Selesai mandi aku keluar dan makcik menyiapkan aku seperti semalam.

"Makcik, terima kasih jaga saya".

"Sudah tugas makcik Cik Lulu".

Aku tidak berdiri dengan diam hingga menyukarkan makcik itu menyiapkanku. Pengalaman tidur di bilik mewah akan aku simpan sampai bila-bila apabila pulang ke pangkuan mama dan Aki.

+

Aku tersedar dari tidur yang panjang. Suasana di sini tidak sama seperti sebelum ini di mana makcik berdiri di sebelahku di hujung kerusi. Aku bangun memandang keadaan sekeliling seperti pejabat.

"Makcik, saya di mana?".

"Cik Lulu di Dhubai, kita tunggu sini hingga Bos Li panggil Cik Lulu jumpa datuk Cik Lulu".

"Eh, kenapa saya tak sedar pun saya di bawa ke sini. Saya rasa tadi makcik sedang siapkan saya".

Aku cuba ingat semula kali terakhir ialah makcik serta pengawal yang lain berada di bilikku memakai mask. Makcik yang siapkan aku masa itu, tak mungkin aku pengsan. Entah kenapa aku rasa tidak percaya dengan semua yang berlaku sekarang. Aku terus bangun menuju ke tingkap yang terbentang luas. Bandar di luar tidak seperti tempat tinggalku.

"Berapa lama lagi saya perlu tung..".

Soalanku terhenti ketika pintu di buka, beberapa orang lelaki mengajak aku mengikut mereka.

"Nak jumpa Aki ke?", soalku dengan penuh teruja.

Salah seorang dari mereka mengangguk buatkan aku terus berlari ke arah mereka. Mereka mengiringi aku hingga ke satu tempat yang dipenuhi orang ramai serta bau yang kurang menyenangkan.

"Cik Lulu tunggu sini".

Aku mendongak memandang mereka yang jauh lebih tinggi dariku. Beberapa minit kemudian muncul mama bersama kumpulan lelaki yang hampir sama menemaniku.

"Mama", jeritku teruja dan cuba menghampiri mama berada depanku namun di halang lelaki berdiri bersamaku.

"Mama".

"Lulu".

Aku lihat kawan Aki bersama orangnya muncul di depanku dan mengangkat tangan seperti memberi arahan. Aku di tarik beredar dari situ. Apa yang pasti aku cuba melepaskan diri, menjerit, meronta memanggil mama namun tidak dilayan. Hinggalah aku dengar sekali lagi mama menjerit setuju baru mereka melepaskan aku berlari mendapatkan mama. Aku memeluk mama sekuat hati takut dengan mereka. Tangan mama berikat dan muka mama comot.

"Mana Aki mama?".

"Lulu dengar sini sayang".

Mama bisik sesuatu ke telingaku agar aku jaga diri dan lari jika ada peluang. Apa yang mengejutkan aku apabila mama beritahu aku dan mama dijual atuk demi melangsaikan hutang judinya bersama pakcik tua itu.

"Mana Aki mama?" soalku dalam tangisan.

"Lulu, maafkan mama, mama sendiri terjerat dengan Aki".

"Apa maksud mama, Lulu tak faham".

Air mataku mula mengalir deras membasahi pipi, begitu juga mama. Aku takut kehilangan mama bila mereka berusaha memisahkan aku dan mama.

"Cukup, bawa budak tu balik".

Jelas aku mendengar suara kawan Aki menjerit memberi arahan kepada orang suruhannya. Aku menjerit sekuat hati memanggil mama sebaik tubuhku di angkat lelaki itu. Terkapai-kapai tanganku cuba dapatkan mama namun tubuh sasa lelaki itu mendukung aku menyebabkan mama jauh dariku. Aku diletakkan di kerusi, mata dan tanganku diikat namun telinga aku masih boleh mendengar apa yang berlaku di sekelilingku. Aku dengar suara Aki merayu lepaskan aku, aku dengar mama meraung memarahi kawan Aki agar lepaskan aku.

"Aki, Aki ke tu?..Aki, tolong Lulu", jeritku sekuat hati.

Aku langsung tidak dapat agak bagaimana suasana sekarang ini. Apa yang aku dengar hanya mama menjerit kesakitan dan beberapa das tembakan yang cukup buat aku menggigil ketakutan. Suara mama meraung menangis dan memaki kawan Aki jelas di telinga aku ketika ini. Tanganku di pegang kemas oleh seseorang dan aku terasa jarum tembus ke kulitku.

+

"Cik Lulu sudah sedar".

"Makcik", ucapku apabila wajah pertama yang aku lihat adalah wajah makcik ini sekali lagi.

Aku bingkas bangun menuju ke pintu. Pintu itu tidak berkunci menyebabkan aku terasa ingin lari dari mereka. Aku berlari keluar dan melalui tangga kecil naik ke atas. Apa yang mengejutkan aku saat ini semua orang memandangku tanpa menghalang seperti sebelum ini.

Aku lihat pakcik itu sedang baring di kerusi menikmati pemandangan laut. Aku terus beranikan diri berlari ke arahnya yang dikawal rapi itu. Aku mencapai gelas di tangan pembantunya dan menyimbah ke badan pakcik tua itu yang tidak berbaju dengan perasaan benci.

"Pakcik penipu. Pakcik tembak siapa tadi?, mana aki?, mana mama saya?. Pakcik nak buat apa tangkap saya", tengkingku melepaskan apa yang terbuku di hati.

Apa yang menambahkan sakit hati, pakcik tua itu ketawa memandang aku. Dia bangun dan menarik rambutku sekuat hati menyebabkan aku terdongak memandangnya.

"Mujurlah muka kau cantik dan unik, kalau tak lama dah aku baling ke tengah laut sekarang. Dengar, aku nak kau ingat benda ni sampai kau mati. Mulai saat ini, nafas dan nyawa kau milik aku selamanya. Aki kau dah mati, mak kau,aku dah jadikan dia pelayan di casino aku. Kau kira untung, aku simpan dekat dengan aku. Jika tidak nasib kau sama dengan mak kau dan yang lain".

Rambutku dilepaskan dan kali ini pipi aku di cengkam kuat menyebabkan aku memukul tangan pakcik itu bertalu-talu.

"Kau dengar sini baik-baik, mulai hari ini aku nak kau ikut semua arahan aku dan makcik Ja. Kau lawan, aku tak teragak-agak musnahkan kau dengan sekelip mata. Kau buat ja, kau sakit".

Aku beranikan diri meludah ke muka lelaki tua itu menyebabkan satu penampar hinggap ke muka aku hingga aku jatuh dilantai bot mewah itu.

"Dengar semua yang ada dalam bot ni. Mulai hari ni budak perempuan ni milik aku. Seorang pun jangan sentuh dia dan sakitkan dia selain aku. Siapa berani aku tak teragak-agak bunuh korang. Faham".

"Faham bos".

Aku dengar dengan jelas arahan yang aku tidak faham maksudnya. Apa yang aku faham adalah ayat itu sama dengan ayat makcik berikan pada aku sebelum ke Dhubai. Lelaki tua itu menghampiri aku dan mengangkat aku agar aku berdiri. Walaupun tubuhku menggeletar ketakutan, aku di paksa bangun.

"Dengar kan, walaupun Aki jual sweet pada uncle tapi uncle layan sweet istimewa dari orang lain termasuk mama sweet. Mudah saja nak selamat dan senang. Sweet perlu ikut arahan, jangan melawan".

Aku tunduk ketakutan dengan lelaki itu. Lelaki itu berlutut di depanku menyebabkan semua di dalam bot itu turut serta berlutut padaku. Saat itu aku dapat rasakan mungkin tidak susah jika aku menurut kehendak kawan Aki ini.

"Uncle nak sweet yang dulu, petah bercakap dan riang sentiasa. Mana sweet yang uncle kenal sebelum ni pandai kawal bilik rehat di rumah besar tu".

"Saya?, kawal bilik?", tidak faham maksud lelaki itu.

Pakcik itu mengangguk dan menepuk-nepuk kedua-dua bahuku. Baru aku sedar selama ini pakcik ini telah mengawasi aku sejak aku ikut Aki ke rumah besar itu. Tapi bagaimana pakcik ini tahu sedangkan aku tak pernah nampak pakcik sebelum ni.

"Pakcik, eh uncle. Saya minta maaf. Tapi saya rindu mama".

"Maaf sweet hal tu uncle tak boleh tolong, hutang Aki sweet terlampau banyak. Sweet balik bilik dulu dengan makcik Ja. Makcik Ja akan jelaskan apa yang patut dan apa yang tak patut sepanjang sweet ada bersama uncle".

Aku hanya mengangguk dan pergi dengan langkah tidak bermaya. Aku terdengar suara seseorang bertanya kenapa simpan aku di sisi bos. Namun pakcik itu hanya jawab dengan ketawa yang cukup kuat.

+

Aku langsung tidak menghormati pakcik tua itu selepas mendengar cerita dari makcik Ja. Beberapa kali makcik itu beritahu padaku apa yang bakal menimpaku jika aku melawan buatkan aku makin tertekan. Sepanjang aku berada dalam tahanannya, aku langsung tidak menjamah makanan yang di sediakan menyebabkan badanku lemah dan tidak bermaya. Aku benar-benar rasa kecewa dan buntu apabila memikirkan apa nasib aku seterusnya di tangan pakcik tua itu.

Pagi itu kesihatan aku benar-benar merosot, aku terbaring lemah dan mukaku pucat menyebabkan makcik Ja minta pengawal memaklumkan ke bos mereka keadaanku yang makin tidak bermaya. Selang beberapa minit aku terdengar bunyi pintu bilik terbuka dan muncul pakcik itu di dalam bilikku setelah dua minggu aku tidak bertemu dengannya. Tiga pengawal dan makcik Ja dalam bilikku keluar meninggalkan aku bersama pakcik itu.

"Kenapa bodoh sangat rosakkan diri sweet", mengusap serta membelai kepalaku lembut.

Entah kenapa saat badanku lemah aku mula merindui Aki. Aku mula rindu Aki mengejutkan aku awal pagi dan menjagaku ketika aku sakit. Dalam keadaan badanku yang lemah aku menarik tangan lelaki tua itu dan memeluk tangannya.

"Jangan tinggalkan saya lagi seperti ni. Saya tahu saya budak degil, tak dengar cakap tapi hati saya tak dibuat untuk rasakan semua ni", ucapku tanpa sedar air mataku mengalir.

Aku dapat rasakan tangan yang aku peluk menggenggam tanganku selepas habis bersuara. Sekali lagi aku terdengar pintu bilik di buka dan seorang perempuan cantik muncul memeriksa keadaanku. Tangannya masih ku genggam erat terasa takut hinggakan aku lupa tangan itu yang membunuh Aki.

Setelah selesai perempuan itu memeriksa keadaanku, aku terdengar perbualan mereka.

"Macam mana dengan budak ni?".

"Badan dia terlalu lemah sebab tak makan, saya dah masukkan air ni. Maaf bos,saya rasa dia kemurungan sebab berpisah dengan keluarga".

Suara itu hilang dari pendengaranku apabila mereka meninggalkanku di bilik sendirian.

+

"Dah bangun sweetheart uncle".

Aku lihat makcik Ja menghulurkan mangkuk ke pakcik sedang beralih duduk di tepi katil.

"Duduk, uncle suapkan sweet makan".

Aku menggeleng melawan arahannya menyebabkan muka pakcik itu berubah.

"Jangan jadi bodoh sweet. Makan sekarang".

"Tak nak. Buat apa nak makan. Biar saya mati, uncle senang".

"Uncle janji, sweet makan uncle bagi sweet minta apa ja".

Aku terpikat dengan tawaran itu pada awalnya tapi aku sengaja menjual mahal dan memilih apabila pakcik itu sedang baik denganku. Aku perlu hargai peluang ni agar aku selamat di sisinya dan tidak dikurung seperti sekarang.

"Masa pakcik selalu pakcik luangkan untuk semua orang tapi pakcik kurung saya dan tak ada sedikit pun waktu yang pakcik luangkan untuk saya. Apa guna pakcik simpan saya?", rungutku memandang wajah pakcik itu.

Mangkuk di tangannya di serahkan je makcik Ja dan bangun membetulkan bajunya.

"Ada gunanya, tapi sweet belum cukup umur untuk semua tu. Mulai hari ni uncle lepaskan sweet bebas dalam rumah ni. Hanya dalam rumah. Makcik Ja aturkan beberapa kelas untuk Cik Lulu sama yang dulu. Ada masalah bagitahu saya. Jumpa lagi lima tahun".

"Hah, lima tahun?", soalku.

"Yes sweet.Come on, you must be great girl after five years".

Selesai pakcik itu memberi arahan dia terus beredar dari bilik itu tanpa memandang aku yang masih terbaring di katil.

"Dasar orang tua tak sedar diri", jeritku sekuat hati melepaskan marah.

Sejak dari hari itu aku langsung tidak pernah nampak pakcik itu walaupun aku terpaksa akur dengan arahannya. Aku hidup di dalam rumah itu terkurung bagai burung dalam sangkar emas bertahun lamanya. Makcik Ja mengaturkan jadual aku setiap hari. Aku terpaksa terima semua guru yang datang mengajarku.

Ada masa aku cuba melawan, mogok dan buat sesuka hatiku. Aku buat mereka semua menjadi sukar mengawalku dan cuba sukar mencorakkan aku.Tanpa aku sedar, aku telah menyusahkan mereka apabila aku mula merungut orang yang datang mengajarku tidak bagus dan membosankan. Hingga satu masa aku bertanya pada makcik Ja ke mana perginya guru sebelum ini dan kenapa kerap di ganti dengan guru lain.

"Maaf Cik Lulu, setiap kali Cik Lulu merungut tidak suka cara mereka mengajar menyebabkan nyawa mereka melayang".

"Apa?", soalku dengan nada tinggi terkejut.

Muka aku berubah pucat, sudu dan garfu di tanganku terlepas mendengar jawapan dari makcik Ja. Aku memandang satu persatu muka yang ada diruang itu tunduk tidak berani memandangku.

"Selama tiga tahun ni semua aktiviti Cik Lulu bos awasi. Jika Cik tak puas hati, maut menanti mereka".

"Tapi dia tak ada di sini makcik. Sudah tiga tahun saya tak jumpa dia".

"Itulah kenyataan, walaupun pahit. Cik Lulu apa yang pesan dulu".

Aku rasa bersalah pada semua yang telah mengajarku sebelum ini. Bukan niat aku untuk bunuh mereka semua. Aku terus menolak semua yang ada di atas meja itu. Tanpa teragak-agak aku naik ke kerusi dan melangkah ke atas meja itu. Aku mencapai cebisan kaca yang masih tersisa di meja itu dan menghalakan ke leherku.

"Makcik Ja, saya tahu dia nampak semua yang berlaku dalam rumah ni. Saya bagi dia 15minit munculkan. Kalau tak saya?", aku menarik kaca mengunakan tanganku sendiri ke leher agar ada darah yang mengalir.

Makcik Ja dan semua yang ada di situ menjerit melarang aku dari buat perkara bodoh. Apa yang pasti aku perlu keluarkan pakcik itu yang hilang sekian lama.

Aku masih ingat pesan doktor yang merawatku sebelum ini, bos mereka tidak mahu ada calar walaupun sedikit di tubuhku. Aku dengar bunyi tapak kasut yang kuat serta banyak melangkah masuk sedang menuju ke ruang makan di mana aku berada sekarang.

"Sweet".

Suara garau itu mengejutkan aku apabila beberapa oran lelaki masuk bersama pakcik itu. Aku memandang pakcik itu masuk dan cuba menghampiri aku di meja. Apa yang mengejutkan aku wajah pakcik itu tidak sama seperti pakcik yang aku kenal dulu.

"Kau siapa?, mana uncle?", soalku.

Lelaki itu cuba mencapai kakiku, dia mahu aku turun dari meja, aku mengelak darinya dan berundur ke belakang hingga tersalah langkah. Aku tergelincir dan jatuh namun aku dapat rasakan ada seseorang menyambut tubuhku dari jatuh ke lantai.

Aku tergamam sebaik memandang wajah lelaki yang menyambutku hingga aku lupa aku berada dalam dakapannya. Aku juga dapat rasakan lelaki ini seakan terpesona dengan wajahku yang makin cantik.

"Excuse me, aku tahu aku cantik, turunkan aku", menepuk pipi lelaki itu.

Lelaki itu mengangkat aku hingga ke ruang tamu dengan muka ketat. Bila tiba di ruang itu, lelaki itu terus melepaskan aku dari pelukkannya menyebabkan tubuh aku jatuh ke lantai. Sakitnya hati apabila punggungku terhentak kuat di atas karpet tebal di depan semua orang suruhannya.

"Bangun".

Lelaki itu sergah aku dengan suara lantang di depan semua orang serta hadiahkan aku sepakan percuma. Aku memeluk kaki lelaki itu dari menyepakku kali kedua.

"Bangun".

"Aku takkan bangun selagi uncle janji jangan kurung aku lagi", pujukku menggosok kaki lelaki itu.

"Jangan macam budak kecil, bangun", menarik telingaku supaya bangun berdiri.

Aku terpaksa bangun mengelak dari telingaku putus. Aku berdiri di depan lelaki itu dengan wajah mencuka.

"Nak apa sebenarnya?", membelai pipiku yang putih gebu dengan lembut.

"Nak uncle", balasku ringkas dan menarik tangan lelaki di depanku.

"Dah sedia ke dengan dunia luar sana?. Belajar tak habis lagi?", soalnya dan menyerang aku secara tiba-tiba.

Mujurlah aku sedar dan sempat menepis. Aku tersengih puas hati berjaya menepis menyebabkan sekali lagi aku di uji. Aku di serang tanpa henti hinggalah tubuhku tersandar ke dinding dan sepucuk pistol hinggap kepalaku.

"See, belum cukup lagi", bisiknya ke telingaku dan mengelap bibir aku menggunakan ibu jarinya.

Aku hanya mampu menjeling lelaki berbadan tegap itu walaupun nyawa aku di tangannya sekarang. Ikutkan hati nak saja tumbuk mukanya namun bimbang nyawaku yang melayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience