“Mak”
“Apanya. Dari tadi mak. Cercite cepat” gesa puan zaiton.
“Basir harap mak tak marah”
“Mmm”
“Mak tahukan sebab apa Basir jadi macam ini” dengan penuh mukadimah Basir bersuara.
“Tahu kau tunggu Adn Isma binti Daod kan” perlahan-lahan Basir mengangguk.
“Tahukan masalah family antara kita dan mereka” sekali lagi Basir mengangguk.
“Enam tahun Basir. Masa yang terlalu lama. Kenapa susah sangat kamu nak lupakan And Isma”
“Kita mangsa keadaan la mak. Lagipun orang yang bertanggungjawab dan dapat hukuman dia. mak, Basir betul-betul cintakan Adn Isma. Walaupun Basir baru umur 17 tahun waktu itu tapi Basir sayang dia mak. Dah puas Basir usir dia dalam hidup Basir mak. Tapi tak boleh”
“Basir nak mak buat apa?”
“Basir nak move on mak. Basir nak dah penat tunggu Adn Isma. Dia janji nak cari Basir. Sampai sekarang batang hidung dia pun tak nampak. Dia tipu Basir mak” sayu suara Basir.
“Kalau satu hari nanti Adn Isma datang macam mana?”
“Basir nak lupakan dia mak” tekad Basir. Dia bangun dan berlalu. Keputusan dah sampai ke titik hujung. Tak leh nak padam dah.
“Abang Ichigo” aku menjerit kuat. lelaki itu masih setia mengadap komik Bleach. Macam mana la aku tak panggil dia dengan nama itu. Tak habis-habis dengan komik dia. Aku yang cun melecun ini diabaikan.
“Abang” rengek aku. Baju putih Ichigo aku tarik. Nak mengedik.
“Apa?” macam biasa la. Abang kesayangan aku ini mana la nak reti cakap elok-elok. Main tengking orang je.
“Orang nak belajar pandai-pandai. Lepas itu nak masuk kelas MRSM sama macam abang. Abang tunggu orang tahu. Tahun depan orang dah naik tingkatan tiga” aku sengih. Saat itu aku lupa sesuatu. Sebaik sahaja aku naik tingkatan tiga abang Basir dah habis sekolah.
“Boleh ke?” aku nampak Basir senyuman sindir kat aku. Tahu la aku ini lemah bab-bab belajar ini. Jangan pandang rendah. Walaupun aku lembab, sekali aku aku focus semua dapat A taw.
“Boleh la. Nanti orang focus gila-gila”
“Kau ini tak ada kerja lain ke selain mengekori abang”
“Inilah kerja orang. Mengekori abang” aku gelak gatal. Kecik-kecik aku dah main cinta dengan abang Basir. Hahaha. Kami berjiran selang 2 rumah. Mak ayah dah kenal. Kira dah dapat restu la kan. Parent aku dan Basir ini bukak bisness perkongsian. Syarikat penerbitan.
“Ini memang cita-cita kau ke?”
“Lebih kurang la. Bila besar nanti orang nak jadi pelukis komik”
Bersungguh aku pasang impian. Saat itu apalah yang aku fikir. Hanya nak buat kerja yang boleh menarik perhatian abang Basir je.
“Komik? Asal tak life je cita-cita kau” ada nada tak puas hati dekat situ.
“Orang nak jadi pelukis komik. Nak tulis kisah cinta kita”
“Bila masa kita bercinta ini?” cantas abang Basir. Yah! dia buat hati aku koyak separuh. Cepat-cepat aku cari gam dan sambung balik. Fuh! Selamat sempat gam.
“Abang ini makan dalam tahu tak hati orang”
“Ada abang kesah”
“Orang nak lukis komik lepas itu nanti abang mesti cari orang. Sebab orang nak jadi pelukis komik yang terkenal. Time abang cari orang, orang nak belagak sikit. Biar abang duk puja-puja orang sama macam abang puja Tite Kubo” aku ketawa jahat.
“Gila” abang Basir dah tepuk bahu aku dengan komik dia. Kegilaan aku hanya untuk dia.
“Orang tahu orang budak lagi. Tapi orang tahu kedudukan hati orang. Tanpa segan dan malu orang nak bagi tahu abang sesuatu” aku dah serius.
Share this novel