BAB 3

Mystery & Detective Completed 12501

SAKIT dada wanita itu. Dia yang di temani oleh anak ke duanya iaitu Siti Zulaikah sepanjang hari ini. Pesanan telah di titipkan kepada jururawat yang betugas bahawa dia tidak mahu menerima sebarang tetamu, terutamanya Asywad Afendy.

"Ibu, makanlah sikit. Dari pagi tadi ibu tak menjamah sikit pun bubur nasi ni." Suara Siti Zulaikah menghenyak lamuanannya di layar perak.

Puan Amalina duduk menyandar di kepala katil menoleh kearah gadis itu. Wajah polos gadis yang berusia tujuh belas tahun itu nampak suci. Namun, tiada siapa yang tahu azab dan seksaan yang pernah di lalui gadis itu di masa lampaunya.

Lemah pandangan Puan Amalina merenung gadis yang duduk di sisinya. Langsung tak berputus asa memaksa dia makan untuk mengalas perut supaya tidak masuk angin.

"Zulaikah, pergilah balik. Seharian kamu jaga ibu dekat hospital ni." Lembut tangan gadis itu di tolak.

Tertunduk wajah Siti Zulaikah. Sentapkah dia dengan kata-kata ibu?

"Ibu bukannya apa. Kamu pun perlu berehat sama. Esokkan kamu ada kelas. Takkan kamu nak ponteng kelas sebab nak jaga ibu?" Bijak seorang ibu bermain kata.

Dia tahu Siti Zulaikah tidak betah tinggal di rumah tatkala dia tiada sama. Walaupun Asywad Afendy itu adalah abang kandungnya berlainan ibu, jurang antara mereka tetap ada.

"Tak pelah bu. Ika dah bagitahu cikgu kelas yang Ika tak datang esok. Ika akan ke sekolah bila ibu dah sihat macam selalu." Siti Zulaikah meletak semula mangkuk putih yang terisi dengan bubur nasi yang di berikan oleh pihak hospital untuk pesakitnya makan.

Sesuap pun Puan Amalina tidak menjamah bubur itu. Langsung dia tidak makan mahupun minum selepas dia tersedar dari pengsan di rumah.

"Ika.. ibu tak pernah didik Ika untuk ponteng sekolah semata nak jaga ibu." Tegas suara Puan Amalina mengeur anaknya.

Selama dia membesarkan Siti Zulaikah, dia tahu anaknya itu tidak pandai berbohong. Seiklas ikan di laut, Puan Amalina sudah tahu yang mana jantan yang mana betina. Inikan pula si anak yang di jaga siang malam. Tetapi kali ini, hatinya terasa dengan sikap yang di tonjolkan oleh gadis itu. Dia tahu Siti Zulaikah menipunya.

"Tapi bu.." Siti Zulaikah sedih.

"Macam mana Ika telefon cikgu Ika?" Soal Puan Amalina lagi.

"Ika.." Tunduk Siti Zulaikah tidak dapat nak menyembunyikan perasaannya. Sungguh dia tidak pandai hendak menipu ibu sendiri.

"Dah, mulai esok ibu nak Ika pergi sekolah macam biasa. Ibu dah sihat. Cuma tadi ibu penat sikit sebab tu pengsan." Tangan Siti Zulaikah di tarik dan di ramas lembut.

Siti Zulaikah angguk kepala tanda akur dengan arahan yang di keluarkan oleh ibunya. Namun jauh sekali di dalam lubuk hatinya, dia sedih. Terlalu sedih sehinggakan dia tak mampu lagi untuk menangis. Semuanya terpendam dalam hati.

'Orang cakap kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau ibunya juga menipu, masakan si anak tak mengikut jejak langkahnya. Huh.. bukan sengaja hendak menipu tetapi ini juga untuk kebaikan Zulaikah.

Jangan jadikan dia sebagai alasan untuk anak itu terus ponteng sekolah. Tidak belajar apa yang kawan-kawannya yang lain belajar kerana ketidakhadirannya. Bukan di sini tiada dokter mahupun jururawat yang boleh menjaganya serapi mungkin. Itukan kerja mereka. Merawat dan menjaga pesakit yang duduk di sini.'

"Er, ibu.. boleh tak kalau Ika tidur dengan ibu malam ni." Siti Zulaikah bersuara perlahan, tapi masih mampu di dengari oleh wanita itu.

Puan Amalina membeliakkan matanya tanda tidka boleh. Tetapi masih di rayu oleh gadis itu.

"Alah ibu.. malam ni je.. bolehlah bu.." Rayu si anak.

"Tak payah.. ibu boleh tidur sorang-sorang. Macamlah selama ni ibu tidur berteman." Bangkang Puan Amalina pula.

Keruh wajah Siti Zulaikah. Hendak dia beredar kerana merajuk dengan si ibu dia tidak tahu mana arah hendak pergi. Balik rumah dengan along? Memang tak lah.

"Ibu.." Panggil Siti Zulaikah. Kali ini dia akan cuba memujuk lagi.

Puan Amalina buat tidak endah panggilan anaknya. Biarlah dia sendirian malam ini. Kusut fikirannya masih belum di leraikan satu persatu.

"Ibu.." Panggil Siti Zulaikah lagi. namun Puan Amalina tetap membisukan diri.

Akhirnya Siti Zulaikah akur. Tangan Puan Amalina di capai kemudian di cium. Setelah itu, kedua belah pipi ibunya juga di cium. Sebak dadanya tetapi dia tidak akan mengalikan air mata depan ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience