BAB 12

Short Story Completed 93520

"Apa yang kamu cakap ni Juna?"soal Datin Habsah dengan nada serius.

"Yelah Ngah bila masa kau kahwin? Dah nak ada anak bagai?"soal Andika juga.

"Juna dah nikah dengan dia dekat London.Juna cintakan dia.Dan Juna tak nak kahwin dengan Afrina.Juna anggap dia macam adik dengan abang aje tak lebih pun"jelas Arjuna.

"Abang tengok anak Abang ni.Suka bagi saya susah hati tau"kata Datin Habsah yang kecewa dengan perbuatan Arjuna.

"Kamu patut bersyukur Juna ni nikah bukan buat maksiat.Lagipun kita tak boleh nak buat dah.Dia dah menikah dan bakal jadi Ayah.Batalkan jelah niat kamu nak satukan Arjuna dengan Afrina tu.Saya tengok budak Afrina tak cukup adab.Saya tak nak awak menyesal kemudian hari"pesan Datuk Arif.

"Orang minta nasihat dia ceramah kita pulak.Ni Juna bagitahu Mummy siapa perempuan yang kamu kahwin ni?" soal Datin Habsah ingin tahu.

"Dia datang dari keluarga biasa aje.Nama dia Ratna Zinnirah.Mummy tolong jangan salahkan dia.Juna yang bersalah dalam hal ni"kata Arjuna.

"Memang kamu yang salah.Tindakan kamu ni buat orang kucar-kacir.Kamu ada fikir perasaan keluarga dia masa kamu nikah dengan dia"marah Datin Habsah.

"Pasal hal tu Juna baru balik jumpa keluarga dia.Keluarga Ratna tak ada masalah pun cuma sekarang ni Ratna tak percayakan Juna"kata Arjuna pada semua yang ada disitu.

Andika mengerutkan dahi.

"Pasal apa Ngah cakap isteri Ngah tak percayakan Ngah?"soal Andika ingin tahu.

"Ngah ada buat silap.Ngah lafaz talak sehari sebelum balik KL angkara fitnah orang.Dan Ngah baru tahu Ratna mengandung.Jadi Ratna marahkan Ngah sekarang.Untuk dapatkan kepercayaan Ratna, Ngah sanggup jelaskan pada Mummy, daddy, along dan Kak long"terang Arjuna.

Wajah kecewa Datin Habsah dipandang.

"Sakit otak Mummy dekat perangai kamu ni Juna.Tak boleh kah kamu ni fikir lebih jauh sebelum bertindak.Kalau Mummy jadi Ratna pun Mummy akan buat benda sama juga"kata Datin Habsah.

"Jadi Mummy tak marah ke Arjuna kahwin dengan Ratna?"soal Arjuna pada Datin Habsah.

"Ermmm....kalau ikutkan marah memang Mummy marah.Tapi benda dah jadi pun.Anak dalam kandungan Ratna pun hari demi hari makin besar.Abang macam ni? Dengan saya nak bagitahu Datin Nelly lagi?"soal Datin Habsah pada suaminya.

"Terima ajar takdirnya.Awak yang mulakan jadi awak settle kan masalah ni"kata Datuk Arif.

"Ish.... Abang ni bukan nak tolong saya"Datin Habsah merungut.

"Ngah ada gambar Ratna ke?"soal Maya yang dari tadi hanya diam saja.

Arjuna memandang wajah Kak long.Dia tersenyum sambil mengangguk kepala.

Dia menunjukkan gambar pada telefon pintarnya kepada Maya dan Andika.

"ohh Mummy patutlah Arjuna suka Ratna.Manis dan cantik orangnya.Pandailah adik ipar Kak long pilih isteri"puji Maya sengaja menaikkan nada untuk menarik perhatian Datin Habsah.

Datin Habsah merampas telefon pintar pada tangan Maya.Dia melihat gambar Ratna yang buat Maya memuji.

Matanya memerhati wajah Ratna yang sangat manis dan tenang.Senyuman yang menampakkan lesung pipit serta bertudung ayu.Jauh betul dengan Afrina punya penampilan.
Masing-masing menunggu reaksi Datin Habsah."Erm....bila kamu nak bawa dia jumpa keluarga kita?"soal Datin Habsah.

"Insyallah kalau tak ada apa-apa masalah.Arjuna akan bawa Ratna jumpa Mummy dan Daddy"kata Arjuna.

"Ratna sekarang dekat mana?"soal Datuk Arif.

"Ahh sekarang dia ada dekat rumah mentua Juna.Lagipun Ratna awal kehamilan ni dia mudah penat jadi Juna minta Umi tolong tengokkan dia.Juna masih usaha memujuk Ratna"kata Arjuna pada semua.

"Along doakan yang terbaik untuk Ngah dan Ratna.Jangan lama-lama gaduh.Cepat pulihkan hubungan korang"kata Andika.

"Lepas ni meriahlah rumah kita.Sebab Mummy nak dapat cucu lagi"kata Maya.

Arjuna tersenyum nipis.Dia tahu Datin Habsah masih kecewa dengannya.

********

"Pereka baju terkenal Qaila Afrina bakal menamatkan zaman bujangnya bersama dengan kedua Temasek Architecture pada wawancara pelancaran jenama pakaiannya sebentar tadi"

"Apa semua ni? Kenapa Afrina bagitahu wartawan tentang perkahwinan tu?"ujar Arjuna memandang beberapa kali artikel yang keluar dari internet.

Dia cuba menghubungi nombor Ratna.Tapi tidak menjawab.

"Mesti Ratna ingat aku nak kahwin dengan Afrina"kata Arjuna cuba menghubungi sekali lagi tetap sama.

Pintu pejabat dikuak dari luar.Eiyad muncul di depan matanya.

"Kau buat apa ni? Kau kata kau sayang Ratna? Apa semua ni?"soal Eiyad dengan nada marah.

"Aku tak tahu Eiyad.Aku dah bagitahu keluarga aku pasal Ratna.Tiba-tiba pagi ni berita pasal aku nak kahwin dengan Afrina keluar.Pastu aku cuba call Ratna tak angkat"kata Arjuna cemas.

"Aku nak kena balik jumpa Mummy sekarang"kata Arjuna berlari keluar dari pejabat.

Eiyad mengikut langkah kaki Arjuna bersama.

********

Berdesup kereta Arjuna memasuki laman rumah keluarganya.

Dia berjalan ke arah tepi kolam renang."Mummy apa semua ni? Juna ada isteri Mummy?"soal Arjuna pada Datin Habsah.

"Sumpah Juna bukan Mummy yang buat semua ni.Mummy pun terkejut macamana Afrina boleh cakap dekat wartawan macam tu"jelas Datin Habsah.

"Mummy tahu tak sekarang ni.Ratna langsung tak jawab panggilan Arjuna.Ratna mesti kecewa dengan Arjuna sekarang.Juna nak buat apa Mummy sekarang?"soal Arjuna yang kusut.

"Mummy tak tahu Juna.Ramai kawan Mummy telefon nak tanya benda sama.Maafkan Mummy Juna" kata Datin Habsah memegang tangan Arjuna.

"Juna baru nak dapatkan kepercayaan Ratna tapi sekarang ni.Juna tak tahu nak buat apa"marah Arjuna.

******

Ratna betul-betul kesal dengan apa yang dia baca.Nampaknya Arjuna tidak pernah berubah.

"Akak kita dengar dulu penjelasan Abang Juna.Kan Abang Juna ada cakap percaya dia"pesan Indah.

Ratna menggelengkan kepalanya.

"Tak Indah Abang Juna tak pernah hargai akak.Dia cuma kasihan dengan akak aje.Semua ni lakonan dia semata-mata.Akak tak nak percaya orang macam dia"ujar Ratna dengan nada suara yang bergetar.
Puan Samsiah hanya mampu melihat sahaja.Dia tidak pasti mahu percaya atau tidak.

Ratna bangun dari duduknya dan mahu ke bilik.Tapi dia rasakan sakit pada perutnya.Dia menyelak bajunya terdapat darah mengalir.

"Umi....tolong"jerit Ratna sekuat hatinya.Indah tergesa-gesa mendapatkan Ratna begitu juga Puan Samsiah.


*********

"Aku nak pergi jumpa Ratna sekarang"ujar Arjuna berpaling dari Datin Habsah.Baru beberapa langkah, telefonnya berbunyi.

Tertera nama Indah di skrin, laju dia menjawab panggilan adik iparnya itu.

"Assalamualaikum... Indah.Kat Ratna mana?"soal Arjuna.

Indah duduk dikerusi menunggu."Walaikumusalam Abang Juna betul ke apa artikel tu cakap?"soal Indah.

Arjuna mengeluh berat.

"Tak betul Indah.Abang pun kusut sekarang.Kak Ratna macamana?"soal Arjuna semula.Dia betul-betul risaukan Ratna.

"Indah telefon ni pun akak tak tahu.Sebenarnya tadi akak ada berlaku pendarahan.Sekarang ni Kak ratna masih dirawat dengan doktor" ucap Indah pada Arjuna.

Arjuna mengucap."Ya Allah isteri aku anak aku.Abang pergi sana sekarang.Indah tolong jangan bagitahu Kak Ratna.Apa-apa bagitahu Abang?"pesan Arjuna sebelum mematikan panggilan.

Eiyad memandang wajah Arjuna yang pucat.

"Kenapa dengan Ratna?"soal Datin Habsah di belakang.

"Ratna bleeding.Mummy Arjuna nak pergi jumpa Ratna dengan anak Arjuna sekarang"kata Arjuna bersalaman dengan Datin Habsah sebelum berlari ke arah kereta.Eiyad turut mengikut dia risau kalau Arjuna berseorangan memandu dalam keadaannya sekarang.

********

"Siapa yang suruh kamu pergi bagitahu wartawan tentang perkahwinan kamu ni tanpa pengetahuan Datin Habsah dan Bonda?"soal Datin Nelly.

"Alah Bonda ni.Rina cuma jawab pertanyaan wartawan.Lagipun memang betulkan Bonda nak kahwinkan Rina dengan Juna.So why not"balas Afrina malas nak bertekak dengan Datin Nelly.

Datin Nelly geram dengan sikap Afrina yang acuh tak acuh dengan hidupnya.Suka hati aje dia nak buat keputusan sendiri.

******

Arjuna masuk ke dalam wad yang menempatkan Ratna.

Badan Ratna membelakangi Arjuna."Sayang...Abang datang ni"ucap Arjuna sebelum menyentuh bahu Ratna.

"Kau keluar dari sini.Aku tak tengok muka kau lagi.Kau nak kahwin dengan dia.Pergi!!!"jerit Ratna pada Arjuna.

"Sayang....tu semua tak betul pun.Lagipun keluarga saya dah terima awak.Dengar penjelasan saya dulu"rayu Arjuna.

"Aku tak perlukan penjelasan kau.Silap aku kenal kau.Semua perasaan aku pada kau hanyalah kesilapan semata-mata"ucap Ratna perlahan.

Arjuna memegang bahu Ratna."Jangan sentuh aku.Pergi aku tak nak tengok muka kau lagi.Aku hampir hilang anak aku.Sebelum aku tuduh kau jadi pembunuh anak aku baik kau balik dekat tempat kau"ucap Ratna tepat kena batang hidung Arjuna.

Airmata Arjuna terus mengalir.Peluang yang diberi oleh Ratna padanya telah hilang sekelip mata.Dia tak mampu nak gapai tangan Ratna lagi.

"Ratna saya minta maaf sekali lagi.Saya tahu saya gagal jadi suami yang baik untuk awak dan saya dah gagal jadi ayah yang baik untuk anak kita"

Ratna mengalirkan airmatanya.

"Tapi saya nak awak tahu.Saya akan sentiasa ada untuk awak.Saya sayangkan awak sorang.Saya minta belas kasihan awak sekiranya takdir umur saya tak panjang.Jagalah anak kita dengan baik"ucap Arjuna sebelum keluar dari wad dengan langkah yang berat.

Ratna menangis teresak-esak.

Eiyad yang berada diluar memandang Arjuna yang keluar dari wad.Wajah sungul sahabatnya itu dipandang.

Eiyad memeluk tubuh Arjuna untuk memberi semangat kepadanya.Ujian berat buat Arjuna sekarang.

Lepas satu-satu ujian sahabatnya itu kena hadap.

"Abang Juna Indah harap sangat Abang Juna sabar ya"ujar Indah.

Puan Samsiah mendekati Arjuna."Juna.. Umi tak tahu nak cakap apa.Satu aje Umi minta sentiasa berdoa dengan Allah.Umi minta izin Arjuna untuk jaga Ratna"ucap Puan Samsiah.

"Tak Ratna anak Umi.Juna tak ada hak.Juna serahkan Ratna pada Umi.Juna minta maaf banyak sakitkan hati anak Umi"ujar Arjuna memohon maaf dengan Puan Samsiah.

Arjuna melangkah pergi meninggalkan Ratna.Pergi ku ini bukan bererti aku mengalah tapi aku tidak mahu menyakiti kamu lagi.Dikala awan menangis melepaskan berat bebannya.Langit turut meratapi diriku.

"Ratna....saya maafkan semua tentang awak"

isteriku.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience