BR 13

Romance Series 4386

Mia membelek keputusan eksperimen Method of Redox Tritration yang dikongsi oleh Huzir melalui WhatsApp group selaku ketua kumpulan. Sesekali dia mencatat beberapa perkara yang di bahagian perbincangan eksperimen.

"Mia. Kau buat apa tu?" tegur Humaira yang menempel di katil Bella yang kosong itu.

"Buat apa lagi.. Isi pasal discussion lab KA ni la. Besok pagikan group aku nak jumpa."

"Kau buat sensorang ke semua discussion?"

"Mostly." kata-kata Mia mendapat respon tidak puas hati daripada Humaira.

"Aku okey je. Bukan susah pun nak buat. Lagipun aku tak tolong aritu sebab pengsankan. Jadi adillah kalau aku yang kena siapkan laporan eksperimen. And Huzir pun ada bagi sikit explaination untuk aku buat discussion. So, takde masalah." sambung Mia.

Bella yang baru selesai mandi masuk ke bilik. Haruman syampu Rejoice memenuhi kamar itu.

"Dah tu buat apa lagi nak jumpa besok kalau kau dah buat report tu. Tak payah pergi la."

"Well aku draf dulu. Esok dia orang check okey ke tak okey bahagian discussion."

"Tak boleh discuss dalam wassup je ke?" Humaira masih mencuba.

"Asal gigih sangat tak bagi aku pergi besok ni Maira? Cuba cakap." tingkah Mia. Macam ada yang tak kena.

"Emmm." Humaira memandang Bella dan Syahira. Cuba menghantar isyarat. Bella dan Syahira hanya mengangkat kening sahaja.

Apa benda?

Melihat kegagalan isyarat mata Humaira kepada Bella dan Syahira.

"Amende korang nih?" Mia tertawa. Senyap tiada jawapan.

"Kaira! Ooo Kaira."

Mendengar namanya dipanggil dari arah bilik sebelah, Kaira segera mencabut earphone yang elok tersumbat di telinga kirinya. Panjang sahaja kakinya melangkah.

"Ya saya." Mata Kaira meneliti bilik yang senyap itu. Serius sahaja. 

Ada apakah?

"Kau tau apa-apa ke Kaira?"

"Tau apa nih?" Seram pula tetiba di soal.

"Entah. Pasal aku nak gi discussion esok pagi. Ada apa-apa masalah ke?"

"Masalah apa?" 

Eh dia pi mai pi mai tang jugak. Cepuk kang.

"Humaira ada cakap apa-apa kat kau. Sebabnya dia gigih halang aku supaya takyah gi esok?" Tiga suspek yang hanya berdiam diri itu ditenung Mia.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

"Ohh...ni haaa. Maira risaukan kau. Eh, kita orang risaukan kau!"

Syahira dan Bella mula menangkap apa isyarat yang cuba disampaikan Humaira tadi. Lembap!

"Risau pasal apa? Boleh tak tolong habiskan ayat tu. Curious ni"

"Risau sebab pasal insiden kau pengsan dekat lab tu la. Kalau kau tau cerita tambahan lepas tu mesti kau rasa nak pakai topeng. Tak pun terjun laut." Kaira main tarik tali pula.

"Cakap la betul-betul." Mia menarik tangan Kaira agar duduk dekatnya.

"Kalau nak detail tu biar Bella yang sambung." Dia main pas-pas pula.

Mia memandang Bella minta penjelasan.

Bella tiada pilihan.

"Cite dia camni. Kan masa aku iring kau nak keluar lab tu. Tetibakan kau berhenti. Lepas je kau terdengar Kath jerit kau terus K. O. Haa masa kau pitam tu nak jatuh tu kau rasa sape yang sambut kau?" ringkas dan padat oleh Bella tapi tak habis lagi.

"Kaulah kan?"

Bella geleng.

"Kejap. Aku jatuh dalam keadaan memalukan ke? Jatuh terpukang eh?" Meletus ketawa mereka mendengar tekaan Mia.

Bella geleng lagi.

"Ada orang sambut kau."

Syahira mengangkat keningnya berulang-ulang kali untuk memprovokasi Mia. Saja mengusik.

Mia terdiam. Takut untuk meneka. Kalau yang menyambutnya perempuan pasti kawan-kawannya tidak akan berteka-teki begitu. Takkan kawan lelaki kelas mereka.

"Cepatlah cakap. Sapeee?" Tak sanggup nak teka.

Jeng jeng jeng.

"Bila kau tiba-tiba nak jatuh tu, aku cuba sambut kau. Tapi serius weh! Kau berat gila sampai aku pun nak  terjatuh jugak. Tapi! Nasib baik ada insan macho ni datang and sambut kau sebelum kau dengan aku jatuh tergolek bersama dalam lab tu." Cerita Bella dengan penuh drama.

"Yee tapi sape insan macho tu." Otak Mia ligat mengingati satu per satu budak lelaki kelasnya.

"Brace your heart."

Mia menelan air liur yang tersekat dikerongkong. Pahit.

"It's Emir." Pang! Bagaikan ditampar Mia kembali ke alam nyata. Sungguh dia tak sangka.

"Oh tu je. Ingatkan apalah sangat. Dia sambut aku daripada jatuh je. Normallah tu dia selamatkan insan yang lemah macam aku." Mia cuba berlagak tenang. Namun detak jantung mula berirama sumbang.

"Mia nih. Bagilah respon sikit. Kita tengah cakap pasal jejaka hot idaman gadis-gadis Melayu sekarang. And dia selamatkan kau tau." celah Humaira. Puteri Ais ni karang!

"Loh itu je kan. Dah tu apa yang merisaukan sangat kalau aku gi besok."

Empat rakannya itu mula mengukir senyuman. Humaira dan Syahira kelihatan semakin bersemangat.

"Ye la... Masalahnya dia bukan sambut kau je. Dia siap angkat kau keluar lab tau tak." Pang! Untuk kedua kalinya. Kali ni mukanya mula membahang.

"Apa? Dah tu semua orang tengok ke?" suara Mia mula meninggi. Matanya bulat memandang Bella. Bella tertawa. Begitu juga Humaira. Tak guna punya kawan.

"Gila orang tak pandang dah dua ekor ni menjerit nama kau. Mana tak semua orang pandang." tuju Syahira kepada Bella dan Humaira.

"Gila kau aku tak jerit. Mia tetiba nak jatuh kot depan mata aku. Terkejut tau. Nak tolong sambut meja halang." Humaira membela diri.

Mia hanya mendiamkan diri. Bibir bawahnya digigit. Tangannya menekup kedua-dua pipinya. Mukanya yang cerah itu semakin memerah.

"Mia okey tak?" Kaira melaga lembut bahu Mia.

"Kau tau kecoh kejap satu lab tu bila kita orang jerit. Pastu geng-geng perempuan ni semua macam. Weh dia angkat Mia...dia angkat Mia. Macam tuu. Bisik-bisik sama dia orang."

"Dr. Ana pun terkejut sampai tak sempat nak cakap apa-apa bila si Emir tu angkat kau bawak keluar lab." sambung Syahira lagi penuh semangat.

"Bell, kau biar je dia angkat aku."

"Haah dia biar je. Siap bukakan pintu lagi." Mendengar kata Syahira, Bella membaling bantal kecil yang berada di kepala katilnya ke Syahira.

"Weh aku masa tu terkelu. Kalut lagi bila kau pitam. So, bila ada orang nak tolong tu aku follow je la. Lagipun mungkin keluarkan kau dari lab yang sesak tu lagi baik untuk kau."

"Pastu kecoh satu U pula bila ambulans datang amik kau bawak pergi PKU." Suntikkan terakhir dari Syahira. Ada students siap buat posting di Fac lagi. End.

"Wehhh.... Malunya aku. Asal tak bagi tau aku awal-awal pasal ni. Patutlah ada geng-geng perempuan asyik pandang aku pelik."

"Oh Mia perasan?" soal Kaira. Ingatkan Mia tidak perasan kerana Mia sering mengabaikan orang sekeliling yang dia tidak rapat.

"Sape je tak perasan kalau dah obxious sangat macam minah berlagak tu." Anti betul Humaira dengan Raisya.

"Tapikan si Emir tu poker face je. Macam takde efek pun bila orang gosip-gosip dia angkat kau. Lepas dia angkat, dia masuk lab balik buat eksperimen macam takde apa-apa berlaku." luah Humaira lagi.

"Eh, Emir orang apa ya? Selamba badak dia je angkat orang perempuan." Soalan cepumas dari Syahira.

"Entah tapi dia Islam kan?" balas Kaira. Yang lain hanya mengangguk.

Ya. Mereka semua tidak begitu rapat dengan pelajar baru itu. Jadi tidak tahu apa-apa pasal Emir. Tambahan pula, sikap Emir yang agak dingin dan kurang bercakap dengan perempuan menyukarkan lagi untuk mereka mahupun pelajar perempuan mengenali latar belakang Emir.

"So, itulah kisahnya. Kita orang risau sebab besokkan ada Azura. Manalah tau dia tetiba perli kau. At least kau tahu la pasal apa." Lega Humaira bila Mia telah tahu apa yang terjadi.

"Tabahlah nak hadap si Emir tu juga untuk eksperimen mendatang." Kaira melentokkan kepala ke bahu Mia.

"Kenapa?"

"Ye la manalah tahu tetiba cinta berputik." kata-kata dari orang yang tengah bercinta.

Tawa memenuhi kamar itu. Mia menghadiahkan sebuah tamparan ke bahu Kaira tanda tidak setuju.

"Okey. Habis dah kan apa yang nak citer. So, sila balik ke katil masing-masing. Dah lewat ni. Aku nak tido. Ni kalau sembang sampai esok tak habis." Bella menghalau.

"Alaaa.. Spoil la kau Bella. Tido je kejenya."

Kaira tersenyum melihat teletah kawannya. Tangan Humaira ditarik untuk mengajaknya ke bilik tidur mereka di sebelah.

"Okey. Night guys."

"Fighting esok Mia."

Mia hanya mengelengkan kepalanya berharap apa yang didengarnya tadi lenyap semuanya. Sia-sia mana mungkin benda yang terjadi akan hilang.

"Tidurlah Mia. Esok kau nak keluar pagi." pujuk Bella yang sudah pun bersedia untuk tidur.

Kalaulah Mia tahu apa yang geng perempuan gosipkan tentu Mia tidak boleh tidur malam ini. Mereka bernasib baik kerana Mia bukan kaki layan story atau posting di media sosial kalau tidak tentunya kemurungan.

Paling teruk yang mereka jumpa gosip ada yang mengatakan Mia seorang yang gatal walaupun kelihatan pendiam. Biadap betul. Panas hati mereka bila mendapat tahu gosip sebegitu kerana terlalu melampau dan tidak masuk akal.

Macam mana boleh terpesong ke situ pun mereka hairan. Akal manusia memang sukar dijangka lebih-lebih lagi yang dikuasai rasa cemburu dan dengki.

Mia hanya menurut. Dia mengemas kertas draf yang berada di atas katil. Mood untuk menyiapkan kerja telah hilang. Fikirannya jauh menerawang entah ke mana. Dia perlukan tidur sekarang. Tapi nyenyakkah tidurnya malam ini? Ah lantaklah.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience