DIA 15

Romance Completed 131781

Syaza berhenti melangkah. Wajah kedua-dua mama papanya dipandang tidak percaya. Kepala digeleng tetapi, wajah papanya memandangnya dengan penuh kemarahan. Melihat wajah papanya begitu, Syaza bertukar fikiran.

"Papa kata apa? Syaza bukan anak papa lagi. Oh good! Kalau macam tu tak payahlah papa dengan mama nak atur-atur hidup Syaza lagi. Kan? So mama dengan papa tak payahlah nak halang Syaza dari berkahwin dengan Nazrul." Selepas meluahkan semuanya, Syaza melangkah keluar meninggalkan mereka semua.

Puan Sri Karisya menampar lengan suaminya dengan wajah bengang. Tan Sri Khalid buat tak tahu. Giliran Hazzar.

"Bonda dengan ayah pun sama ke?" Soal Hazzar.

Bonda dan ayahnya tidak menjawab. Ikram mengerutkan dahi memandangnya wajah kedua orang tuanya.

"Kalau diam, maknanya bonda dengan ayah pun macam itu jugak kan? Jadi Hazzar sama dengan Syaza. Kalau Hazz bukan lagi anak bonda dengan ayah, tak payah nak paksa-paksa Hazz kahwin. Serabut!" Hazzar menarik tangan Ikram tetapi Ikram mengeraskan tubuhnya.

Hazzar memandang Ikram.

"Jadi, bonda pun tak ada masalah kalau Ikram pilih Hanis sebagai bidadari hati Ikram. Bidadari yang akan habiskan masa bersama dengan Ikram." Kali ini Ikram yang menarik tangan Hazzar dan menolaknya ke dalam kereta.

Dia lagi marah dari Hazzar. Para ibu bapa terkelu melihat anak-anak mereka.

"Abang! Kenapa cakap macam tu!?" Marah Puan Sri Karisya kepada suaminya.

"Biarkan diorang." Ujarnya selamba.

Bonda dan ayah Hazzar saling berpandangan. Bondanya memaparkan wajah tak tahu macam mana nak gambarkan. Menyesal mungkin.

---

Syaza memandu dengan penuh air mata. Tidak sangka semua itu bakal atau, sudah berlaku. Pandangannya agak kabur akibat air mata. Syaza memejamkan matanya. Seketika kemudian...

Pin!!

Syaza segera membuka mata lalu melihat ke sebelah kanannya. Sebuah lori besar betul-betul berada disebelah keretanya. Syaza memejamkan matanya dengan rapat.

"Mama!" Jerit Syaza.

Kereta Syaza dilanggar kuat oleh lori tersebut. Kepalanya sudah terhantuk kuat pada cermin. Keretanya melanggar tiang lampu. Mukanya sudah berlumuran darah.

"Pa--Papa..." Ujarnya sebelum dia memejamkan mata.

---

"Ikram! Perlahanlah sedikit. Kau nak kita langgar orang ke?" Marah Hazzar apabila Ikram memandu dengan laju sekali.

Ikram mengendahkan kata-kata Hazzar tadi.

"Ikram!" Jerit Hazzar.

Kereta mereka terlanggar sebuah kereta besar hijau muda. Mereka tergamam. Ikram dan Hazzar saling berpandangan.

"Kan aku dah suruh kau perlahan sedikit." Marah Hazzar.

Hazzar membuka tali pinggang keledarnya lalu keluar dari perut kereta, begitu juga dengan Ikram. Ikram dan Hazzar pergi ke depan kereta, kena langgar tapi tak teruk mana. Pintu di buka, Hazzar dan Ikram menanti sang pemilik kereta. Seorang perempuan yang sangat dicari-cari oleh mereka. Hanis.

"Hanis?" Ujar Hazzar dengan nada terkejut.

"Awak berdua?" Balas Hanis.

"Arr Hanis saya minta maaf sebab terlanggar kereta awak. Tapi kalau awak nak tahu semua ni berpunca dari dia. Banyak mulut betul!" Ujar Ikram sambil menunding jari kepada Hazzar.

Hazzar terkejut.

"Kau yang bawak kereta laju nak mampus kenape aku pulak yang kena?" Masing-masing cuba mempertahankan diri.

Hanis mengeluh.

"Takpe. Sikit je pun. Kalau repair pun takde lah mahal mana. Kut." Ujar Hanis cuba memberhentikan perbalahan antara dua beradik.

"Mahal ni Hanis. Biarlah kitaorang tanggung kos ni." Balas Hazzar.

"Takpe-takpe. Saya boleh bayar sendiri. Awak, berdua ni nampak tak okay je? Ada apa-apa ke?" Soal Hanis.

"Kita pergi makan dulu jom. Saya laparlah Hanis. Teman saya jom. Maksud saya, kami." Ikram hampir terlupa dengan Hazzar.

"Boleh, tapi saya dah janji nak makan malam dengan kawan saya. Tapi, kalau awak tak kisah, kita boleh makan sekali." Hazzar mengangguk perlahan dan Ikram berkali-kali.

"Arr... Kita makan dekat restoran depan sana. Kawan saya dah tunggu tu." Ujar Hanis.

---

Mereka bertiga duduk semeja dan juga turut disertai oleh Lara.

"Jadi, kiranya awak berdua memang kenal Hanis lah ni?" Soal Lara.

Hazzar dan Ikram mengangguk.

"Oh ya, awak ni kerja apa? Tinggal mana? Ada awek?" Soal Lara bertubi-tubi kepada Hazzar.

Tersedak Hanis mendengar soalan-soalan Lara. Malu betul bila ada kawan gila macam ni.

"Kenape kau tanya macam tu? Aku pun tak pernah tanya macam tu. Kau jangan buat hal eh." Marah Hanis.

"Uuu... Garangnya cik Hanis kita ni. Comel rasa nak cubit je pipi tu." Sakat Ikram.

Hanie tersenyum nipis.

"Untuk soalan Lara tadi, saya kerja biasa-biasa je, kerja dengan syarikat ayah. Tinggal, tak payah tahu. Awek? Takde." Ujarnya.

Mendengar Hazzar berkata tak ada awek membuatkan Lara tersenyum lebar. Dah jatuh hatilah tu. Dari tadi, tak henti-henti Lara memandang wajah Hazzar. Kacak sangat ke?

Tiba-tiba telefon Hazzar berdering. Nama mama Syaza terpapar pada skrin.

"Hello Puan Sri?"

Semua mata tertumpu pada Hazzar. Dahi Hazzar berkerut mendengar apa yang Puan Sri Karisya sampaikan. Dia toleh ke arah Ikram.

"Syaza... Accident." Ujar Hazzar. Hanis mengerutkan dahi.

"Syaza... Syazalina?" Soal Hanis. Hazzar mengangguk laju.

"Hanis kenal ke?" Soal Ikram pula.

"Kenal dia housemate Hanis dengan Lara. Dia ada dekat mana sekarang ni?"

---

Mereka berempat sampai ke tingkat 11 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Laju sahaja kaki mereka menuju ke bilik Syaza. Dari jauh sudah nampak wajah risau Puan Sri Karisya dan Tan Sri Khalid.

"Puan Sri, Tan Sri. Syaza macam mana?" Soal Hazzar risau.

"Tak tahulah Hazz, doktor belum keluar lagi." Jawab Puan Sri Karisya.

"Ini semua salah uncle, kalaulah uncle tak cakap macam tu tadi, mesti semua ni takkan terjadi." Ujar Tan Sri Khalid dengan nada menyesal.

"Tak ada gunanya nak menyesal sekarang uncle. Kita sama-sama doakan Syaza selamat." Sampuk Hanis.

Puan Sri Karisya dan Tan Sri Khalid memandang Hanis dengan pandangan pelik. Maklumlah tak kenal siapa Hanis.

"Ni siape?" Soal Puan Sri Karisya.

"Oh ni housemate Syaza. Ni Hanis itu Lara." Puan Sri Karisya mengangguk faham.

Hanis menghampiri Puan Sri Karisya lalu menyalami tangan Puan Sri Karisya. Puan Sri Karisya tersenyum nipis.

"Baik betul Hanis ni." Puji Puan Sri Karisya.

"Tengoklah siape boyfriend dia." Ujar Ikram dengan muka berlagaknya.

Semua orang memandang wajah Ikram penuh kehairanan. Apa yang dia merepek ni. Hazzar menyiku lengan Ikram.

"Lah Hanis girlfriend Ikram rupanya. Haa Hazzar. Ikram dah ada, kamu pulak bila lagi?" Sakat Tan Sri Khalid.

"Sekejap. Hanis dengan Ikram tak ada apa-apa hubungan selain daripada seorang kawan. Kami tak bercinta pun. Kan Ikram?" Ujar Hanis.

Ikram mengangguk setuju.

"Ikram bergurau jelah tadi. Takkanlah Hanis nak dekat orang macam Ikram ni kan?" Ujarnya. Hanis tersenyum nipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience