BAB 1

Romance Series 60498

MATA meliar memerhati setiap wajah anak-anak yatim dan asnaf yang berteduh di Teratak Qaseh ini menyuap makanan tanpa sedikitpun keluhan keluar dari ulas bibir mereka. mata memincing halus melihat makanan yang berada didalam pinggan mereka. hanya nasi putih digandingkan dengan kentang rebus dan secebis ikan kering.

Itu saja.

Apa guna duit derma sehingga berpuluh ribu, jika ini saja makanan yang mereka hidangkan. Sedangkan dia yang sentiasa sengkek disetiap hujung semester tidak pernah makan begini setiap hari.

Sebulan dia disini, pelbagai kepincangan yang telah disajikan. Itu baru cerita tentang makanan. Belum lagi sebut tentang keperluan dan kecukupan anak-anak disini. Mujurlah untuk gaji pekerja, Haji Said yang akan menguruskan. Jika tidak, pasti mereka akam menggunakan konsep reda jelah!

tidak betah untuk terus diam dan terus memerhati, kaki dibawa menuju ke pejabat pengetua. Ini saja masa yang ada untuk dia bertemu empat mata dengan pengetua itu memandangkan Ustaz Munzir bukan setiap hari masuk. Sepanjang dia bekerja disini hanya empat kali saja lelaki itu masuk ke pejabatnya.

Selebihnya, urusan pentadbiran diserahkan kepada orang kanannya yang hanya seorang wanita muda. Barangkali wanita itu sebaya dengannya atau boleh jadi, lebih muda darinya.

Itupun, wanita itu sendiri tidak berani memandai. Entah hanya alasan atau wanita itu berkata perkara sebenarnya. tetapi dia lebih memilih sangkaan pertamanya.

Dengar seperti tidak masuk akal, tetapi itulah yang berlaku pada pengurusan Teratak Qaseh yang terlihat hebat pada mata masyarakat diluar sana.

"ye Aidil, ada apa tu?" suara Ustaz Munzir yang lembut itu benar-benar terdengar sungguh munafik!

Jika sebelum dia bekerja disini untuk menggantikan tempat guru mengaji yang sedang cuti bersalin, Ustaz Munzir adalah susuk yang sangat disanjung tingggi. Tetapi sejak hari ke tujuh dia disini, hilang rasa hormat itu apabila setiap hari dia disajikan dengan perkara yang sangat mengecewakan.

"minta maaf jika perkara yang saya nak sampaikan ni menyinggung hati Ustaz. tapi sungguh, Saya dah tak boleh diam bila tengok budak-budak ni punya makanan macam ni. minggu ni, belum lagi saya Nampak anak-anak ni makan ayam atau ikan. Telur pun sekali je. Boleh saya Tanya, makan ni dana dari mana?" soal Aidil dengan suara tertahan. Sedikit sebanyak terbit juga rasa berdebar. Pertama kali dia selantang ini. Selalu lantang begini masa kena buat pembentangan saja.

Sedar, dia bukan sesiapa untuk ikut campur dalam urusan Teratak Qaseh. Tetapi jika tiada sesiapa yang berani bersuara, siapa lagi yang akan membela nasib Anak-anak disini?

"apa yang salah dengan makanan mereka? hari ni kamu Nampak mereka makan apa?" soal Ustaz Munzir bersama satu senyuman manis.

"ikan kering, kentang rebus." Jawab Aidil dingin.

"cuba kamu Perhati orang-orang yang susah diluar sana, apa yang dihidangkan semua mereka terima. Itu tanda mereka syukur." Aidil ternganga. Mata membuntang besar. rasa terkejutnya tidak dapat dibendung sehinggga terzahir diwajahnya.

Ini bukan susah, ini menyusahkah!

"Bukan masalah syukur atau tak Ustaz. Ini cerita pasal hak. Itu hak diaorang. Bukan hak ustaz, bukan hak sesiapa dekat sini. Dengan apa yang orang bagi, mereka layak dapat lebih dari apa yang dah terhidang disini! Benda pasal hak ni, jangan buat main Ustaz. Mengengsot kita dekat akhirat nanti." Bantah Aidil tidak puas hati. Suaranya seakan membentak.

"kami disini mengajar erti syukur walau apapun makanan yang dihidang oleh kantin. Kita tak mahu, anak-anak ni lupa apa itu syukur bila selalu sangat dihadapkan dengan makanan yang sedap." Mendengarkan jawapan yang terlalu islamik itu membuatkan Aidil mengetap rahang. Ditahan amarah yang mahu membuak keluar.

Syukur tu, kalau sekali sekala. Kalau hari-hari, dia dah jadi tempah bala untuk diri sendiri. Berani dia Main-main dengan harta anak yatim!

Sah pengetua ni hilang akal!

"kalau nak ajar cara bersyukur bukan dengan makan harta anak yatim." Senafas dia membalas. Tanpa pamitan dia terus berlalu pergi meninggalkan pengetua yang sudah biru.

Berhadapan dengan orang yang alim hanya pada nama membuatkan rasa hormatnya juga terbang melayang.

Lantalah orang tua itu mahu terasa pun!
Memang patutpun dia terasa!

BELAKANG badan anak muda yang terlihat sangat berani itu dia pandangan hingga hilang dari pandangan matanya. Meja ditepuk kuat melepas rasa amarah. Aidil benar-benar menggugat kedudukannya. Tiada sesiapa disini yang berani lantang dengannya. Penumbuk digenggam kuat. Turun naik dadanya dek kerana amarah yang benar-benar menguasi diri.

Beberapa detik Aidil berlalu, masuk susuk tubuh milik seorang gadis. senyum sinis terlorek dibibirnya. Semakin dekat tubuh kecil molek itu semakin lebar senyumannya.

Dia bangun dari duduknya. Perlahan kakinya turut menapak mendapatkan gadis itu.

"Ustaz, bil api Teratak Qaseh dah 3 bulan tertunggak. Pihak TNB dah bagi notis untuk pemotongan penggunaan Karen." Maklum Iman perlahan. seincipun wajah lelaki awal 40-an itu tidak dijeling.

"bukan sepatutnya bil api ada orang bayar ke? kenapa bagi pada saya? Bagi pada Tuan Izzul. Kenapa sampai tiga bulan tunggakan? Kamu tak serahkan pada dia ke?" mencerlung mata merenung gadis separas bahunya yang sedari tadi hanya menunduk.

"erm.. Tu..Tuan Izzul... putuskan untuk..." Iman ketap bibir apabila menyedari bicaranya tergagap. Jantungnya berdegup laju seakan menghentak kuat dadanya. Lututnya yang hampir longgar dia gagahi supaya tidak terlihat lemah dihadapan Ustaz Munzir. " erm.."

"putuskan apa Iman!" tengking Ustaz Mnzir kuat. Terjungkit bahu gadis itu dek kerana terkejut dicampur pula dengan rasa takut yang mula menguasai dirinya. Sisi baju digenggam kuat apabila sedar badannya mula mengeluarkan getaran halus.

"putuskan untuk tak mahu tanggung bil Api lagi." Jawab Iman perlahan.

"apa kamu cakap?" tangan naik mencengkam rahang Iman. Wajah bengisnya dirapatkan sehingga hidungnya bertemu dengan hidung mancung gadis itu.

Iman menahan nafas, mata dipejam rapat. Jika dikut hati yang marah, mahu saja diludah wajah tua itu. jijik! Tetapi hanya berani terdetik saja, untuk melaksanakannya dia tidak berani, risau jika dia seberani itu, nasibnya jauh lebih teruk. Cukuplah, 10 tahun dia diperlaku seolah punching beg lelaki itu. tidak sanggup lagi dia perjudikan nasibnya!

"sakit..." rintih Iman lirih dengan harapan dia dilepaskan seperti selalu.

"sakit?" rahang dilepaskan, tetapi belum sempat gadis itu membuka langkah untuk melepaskan diri, muka ditolak kuat sehingga badannya terdorong. Satu desiran halus keluar dari ulas bibirnya apabila Belakang badannya menghentak kuat rak tinggi yang menyimpan fail pengurusan Teratak Qaseh.

Tepatnya, Rahsia Teratak Qaseh!

Rumah yang menempatkan 27 orang anak yatim dan asnaf ini menyimpan 1001 rahsia. Dan rahsia itu berada didalam genggamannya dan lelaki itu sedarinya. Makin galak lelaki itu berkelakuan buruk apabila mengetahui, Iman tiada keberanian untuk membuat laporan dimana-mana. sementelah lagi, lelaki  itu cukup bijak memanipulasikan orang atasan dengan kata-kata manisnya.

"kau buat apa sampai dia Tarik balik bantuan tu?" kali ini tangannya mencekik pula membuatkan Iman tercungap-cungap mencari nafas. 

Saat nyawanya seakan dihujung tanduk, ketukan dipintu yang hadir diwaktu genting dirasakan benar-benar bantuan dari tuhan. sebaik sahaja pintu ditarik, muncul wajah Haji Said membuatkan Iman melepas nafas lega.

Tidak menuggu sesaat, dia terus berlalu pergi. Satu-satunya peluang paling besar yang perlu dia gunakan. Meskipun hubungannya dengan Haji said seperti 'anak kesayangan abah' tetapi tika ini, menyelamatkan diri adalah pekara yang paling penting dari menyapa lelaki yang sudah dianggap sebagai bapa itu.

DIBAWA diri ke tempat yang jarang dikunjungi manusia. Hanya dikelilingi oleh rak buku. Perpustakaan ini hanya dikunjungi oleh anak-anak Teratak Qaseh apabila tiba hari cuti panjang. Tangan yang masih bergetar hebat dibawa menekup muka.

Nafas dilepas pendek-pendek cuba mmengembalikan ketenangan sendiri. badan disandar lemah apabila percubaan menenanggkan diri dengan posisi tadi tidak mampu meredakan hatinya.

Dalam keadaan bersandar, mata dipejam rapat. dia menarik nafas dalam sebelum dilepas perlahan. mata dibuka setelah beberapa minit dia berada dalam keadaan itu.

hatinya mulai tenang. Terlalu sering dia diherdik oleh Ustaz Munzir membuatkan dia tahu bagaimana mahu menenangkan kembali jiwanya yang kacau. Lima belas minit masa diambil untuk menangkan diri. sebaik saja jianya mulai tenang, dia bangun dari sofa dan membawa kaki menuju ke mesin foto stat bersama sehelai kertas soalan yang dipinta oleh Farah tadi untuk dia membuat beberapa salinan.

KAKI melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Sebaik tiba di tempat letaknya mesin fotostat, dia melabuh punggung di sofa berangkai dua menunggu mesin itu selesai digunakan oleh Iman.

Telefon pintar dikeluarkan dari saku seluar. Sementara menunggu dengan rasa canggung yang mula bertebaran diseluruh ruang hatinya, lebih baik dia mensia-siakan masanya dengan telefon. Mungkin gadis itu tidak menyedari kehadirannya kerana gadis itu langsung tidak menoleh ke belakang.

"Eh, ada orang... Ustaz nak guna mesin fotostat ke?" soalnya kedengaran kalut. Entah apa yang dikalutkan, tidak pula Aidil ambil tahu.

Aidil menoleh, dengan dahi berkerut pelik dia mengangguk. Tak akan mahu mengurat pula?

Dah tentu tentu dia disini bersama helaian kertas kerja yang akan digunakan untuk kelas fardhu Ain anak-anak Teratak Qaseh ini. Jika mahu mengurat, tak ada maknanya dia tunggu dibelakang ni. baik dia terus terjah!

"gunalah dulu." Ujar Iman menjauhi mesin itu. bersama kertas-kertas yang sudah dia fotokopikan, dia bawa ke meja yang diduduki Aidil saat menunggu tadi.

Kertas tadi dibahagi kepada beberapa bahagian sebelum dilekat menjadi satu set. Kurang sepuluh minit, dua belas kertas yang berisi soalan kuiz siap di stepler. Angkat saja kepala, Aidil sudah hilang dari pandangan. Entah bila masa pula lelaki itu menghilang.

Tergeleng dia dibuatnya. Pertama kali jumpa lelaki kekwat begitu. Usahkan mahu berbasa basi. Mahu jeling rakan sekerja sipi-sipi pun dia tidak ingin. Bersama  set soalan kuiz tadi, dia bangun dan terus berlalu pergi meninggalkan perpustakaan.

"Nah, set soalan kuiz yang Ustaz minta dah siap." hasil bantuannya, Iman hulurkan pada Aidil yang jelas kaget.

"saya? Bila saya minta?"

Iman mengjungkit bahu. Dia juga hanya mengikut arahan. "cikgu Farah cakap, ustaz minta tolong dia buatkan kertas soalan. Dan dia pass pada saya untuk selesaikan kerja yang Ustaz beri pada dia." jelas Iman bersahaja.

"hah?" penjelasan Iman semakin membingungkan Aidil yang sememangnya sedang bingung. huluran itu masih dia biarkan tanpa bersambut.

"cuba Ustaz ambil try sambut dulu set soalan ni. tangan saya dah lenguh. Takkan Ustaz nak tolong urutkan pulak?"Pantas Aidil menyambut huluran itu.

"urut dulu kening tu Ustaz, jangan berkerut sangat. Ustaz pura-pura je macam Ustaz yang suruh. tak perlu Tanya... saya ke? saya ke? benda pun dah settle, Ustaz enjoy jelah." sambung Iman lagi. entah apa yang merasuk fikiran sehingga dia segila ini.

Berani pulak dia mengayat si kekwat ni!

Selama sebulan Ustaz ganti ini disini, bukan saja berborak, menyapa saja ini merupakan kali pertamanya. Jika bukan kerana kertas soalan untuk ujian anak-anak yatim disini, barangkali sehingga kiamat dia tidak akan menyapa Ustaz kekwat ini.

Nak jelingpun takut, inikan pula mahu bertegur sapa. Terkilas wajahnya lewat ekor pun rasa bagai nyawa sudah berada dihujung kerongkong.

"lagipun, benda dah mudahkan kerja Ustaz, apalah salahnya kalau..."

"terima kasih." Ucap Aidil dan terus berlalu pergi. Langsung tidak beri peluang pada Iman untuk menghabiskan bicaranya.

Iman tercengang apabila ditinggal sendirian. Belakang badan Aidil yang semakin menjauh dia pandang dengan mata membuntang sempurna.

"Aku tak habis cakap lagi, dia dah blah? Sombong gila kau ni" Omel Iman sendirian. Kaki dihayun gaya menendang. Membayangkan lelaki itu ditendang hingga keluar terus dari bumi malaysia!

Herot-berot mulut saking tidak puas hati dengan kelaku Aidil yang seakan memalukannya.

Mujurlah tika itu hanya ada mereka beruda saja berada diruangan ini. Dengan rasa tidak puas hati yang masih bersarang dia membawa langkahnya mencari susuk Farah.

Siaplah gadis itu. patutlah tidak mahu hantar sendiri set kertas soalan itu, rupanya ini yang dia akan hadap. Masalahnya, gadis itu mnejadikan dia pula sebagai kambing hitamnya.

Ah, sakit sungguh rasa ini. Ditolak cinta oleh crush pun tak sesakit ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience