30

Romance Completed 95763

Bias matahari menembusi dinding kaca pada ruang dapur. Suasana pagi itu masih sunyi. Sepertinya Ikram Benjamin sedang menyiapkan sarapan sendirian. Tangannya sibuk menghiris bawang besar dan bawang putih. Bahan-bahan yang lain sudah disediakan terlebih dahulu. Kuali leper dipanaskan. Kemudian, dua sudu makan minyak zaiton dituang ke dalam kuali. Dia menumis bawang yang telah dipotong tadi. Kemudian, udang dan potongan sosej dicampur sekali.

Tumpuannya beralih pada pasta yang sedang direbus. Setelah 10 minit, pasta ditoskan. Sos tomato dituang ke dalam tumisan. Sedikit perasa dan akhir sekali pasta digaul rata. Serbuk oregano ditabur pada masakannya. Menu pagi itu adalah pasta. Bukan pilihannya. Tetapi pilihan anggun dahlia. Katanya sudah lama tidak memasak makanan sebegitu. Dia tersengih. Sudah lidah melayu tetapi mahu mengikut tekak orang inggeris. Mengidam agaknya. Ah, sebelum mengandung memang perempuan itu mempunyai selera yang besar. Jadi tidak hairan jika tekaknya mahu makan itu dan ini. Isteri oh isteri!

Pasta yang sudah siap dihidangkan ke atas pinggan. Sehelai daun pudina menjadi penyeri sajiannya. Dia memusingkan badannya ke kitchen island. Hampir saja terlepas pinggan ditangannya. Mahukan tidak? Anggun Dahlia sedang duduk menongkat dagu sambil merenungnya. Tiada riak dimukanya.

“Sayang! Ish, suka sangat buat abang terkejutlah. Sejak bila duduk situ? Abang tak dengar sayang turun pun. Terbang ke?” Senyum ditarik manis. Satu-persatu hidangan diatur elok. Kemudian, dia mengambil gelas kosong untuk menuangkan jus epal. Tangannya ditahan Anggun Dahlia.
“Kenapa?” Jag kaca yang berisi jus epal diletakkan ke meja. Keningnya terjungkit memandang perempuan itu.

“Tak nak air epal.” Bibirnya menarik sengih lebar. Dia menggeleng kepala. Kemudian, dia bangun menuju ke cabinet. Bekas berisi serbuk kopi kampong dikeluarkan. Dia mencapai cawan digantungan.

“Sejak bila pula sayang minum kopi? Selalunya abang seorang aje yang minum.” Perempuan itu didekati. Dia memerhati gerak geri Anggun Dahlia.

“Saja nak minum. Bosan selalu sangat minum air tu.” Cawan berisi kopi o panas dibawa dengan berhati-hati ke meja. Dia melabuhkan punggunya diatas bangku tinggi.

“Bosan? Bukan ke selalu air epal tu sayang punya seorang. Selalu abang minta sikit sayang tak bagi.” Bibirnya tergelak halus. Mimpi apa agaknya dia malam tadi tiba-tiba bangun pagi mahu minum air kopi o.

“Kenapa tak makan?” Dia menyoal lagi. Dari tadi hanya dia yang menyuap makanan. Tetapi Anggun Dahlia hanya merenungnya saja.

“Su…ap. Suapkan…aaa.” Dia mendekatkan mulutnya ke tangan Ikram Benjamin.

“Hah? Suap pula? Haha. Sini cepat.” Kali ini ketawanya betul-betul terlepas. Malas dia mahu bersuara banyak. Nanti merajuk pula bidadarinya itu. Susah mahu dipujuk. Garfu berisi pasta disua ke mulut Anggun Dahlia.

“Mmm…nak udang.” Mulutnya penuh bersisi pasta.

“Mulut masih penuh nak bercakap. Nanti kalau tersembur dekat abang siap ya.” Hidung Anggun Dalia dipicit geram. Dia mencucuk udang dan disua ke mulut perempuan itu.

“Tak cukup! Kedekutnya bagi Dahlia seekor je? Nak lagi. Ini…ini. Haa, kan ada lagi tu.” Jarinya menunjuk kea rah udang-udang yang terselit disebalik pasta. Satu-persatu ditunjuk. Ayatnya mengundang tawa Ikram Benjamin. Alahai, sabar ya wahai diri sendiri.

“Okey…okey. Abang dah ambil ni. Buka mulut.” Garfu yang tercucuk dua ekor udang disua ke mulutnya. Penuh berselera dia mengunyah.

“Sedap. Nak lagi. Sosej pula. Ini…ini…” Kali ini sosej pula yang ditunjuk. Takut benar jika Ikram Benjamin tidak memberinya.

“Ya…sabar. Lapar sangat ya sayang abang ni? Hm?” Dia mencuri pandang raut comel itu.
“Laparlah. Kalau tak, Dahlia tak turun makan dekat sini.” Bersahaja jawapannya.
“Ishh, main-mainlah! Abang tanya betul-betul ni.” Geram betul hatinya. Boleh pula dia meloyar buruk. Gigit pipi yang semakin membulat itu nanti baru tahu.

“Haha. Sorry. Lapar sangat. Dari bangun tidur tadi perut berbunyi. Nak…lagi.” Tangan Ikram Benjamin digoyang perlahan.

“Nah.” Garfu disua lagi. Pasta dipinggannya tinggal sedikit. Dari tadi dia hanya menyuap Anggun Dahlia. Perutnya hanya diisi dengan air saja. Tidak mengapalah. Untuk perempuan itu semua dia sanggup lakukan.

“Abang. Nak lagi. “ Dia menyorong pinggannya ke hadapan Ikram Benjamin.

“Belum kenyang lagi rupanya. Okey.” Dia menyimpan gelaknya. Pinggan yang telah kosong ditolak ke tepi. Kini dia beralih pula pada pinggan yang masih terisi penuh.

“Sayang hari ni tak masuk kafe?” Perempuan itu dipandang. Ada sisa sos dihujung bibirnya. Dia mengelap sos itu. Kemudian, dia menjilat sisa sos yang masih berbekas pada ibu jari.

“Tak. Malas. Biar Brasier yang handle kerja hari ni.” Dia menyambung semula suapannya. Dia masih lapar. Dia mahu makan sehingga kenyang. Malas mahu memikirkan tentang kerjanya.
“Kalau macam itu, sayang kena duduk rumah seorang hari ni. Hari ni abang masuk kerja.” Suapan yang terakhir disua ke mulut Anggun Dahlia. Habis sudah pasta yang disajikan sebanyak dua pinggan tadi.

“Siapa cakap Dahlia duduk rumah? Dahlia nak ikut abang.” Dia menayang sengih lebar.

“Betul? Nanti kalau sayang bosan abang tak tahu. Abang malas nak layan.” Dia menyimpan senyumnya. Pinggan dan gelas dibawa ke sinki. Satu-persatu dicuci bersih.

“Alaa…” Kepalanya ditundukkan ke meja.

“Hahaha. Tengah hari nanti abang balik ya, bidadari abang. Yang manja, yang mengada-ngada, yang makin berisi.” Pipi Anggun Dahlia dicium geram.

“Abang nak cakap Dahlia gemuk eh?!” Riak mukanya tegang.

“Hahahaha. Tak sayang. Abang cuma cakap berisi aje. Mana ada abang cakap sayang gemuk. Sudahlah. Abang nak bersiap. Nanti kita jumpa tengah hari ya.” Rambut panjangnya diselit ke telinga. Dia mengusap lembut kepala Anggun Dahlia.

“Em…okey.” Membuatkan perempuan itu tersengih sendiri. Mengada!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience