Damien Louis memandang wajah ayu Nadira dengan senyuman nipis. Sesekali dia mengucup dahi sang isteri dengan penuh kasih sayang.
Dia mengeratkan lagi genggaman jari jemari isteri yang sedikit menggeletar kecil. Entahlah, mungkin kedinginan suasana di Itali membuatkan isterinya mengigil kecil.
Yang pastinya isterinya sudah hampir bebas dari trauma masa silamnya.
Hampir, bukan sepenuhnya. Nadira masih berada dibawah pskiatri bawah doktor peribadinya. Merawat untuk mengurangkan kesakitannya. Namun, 'mereka' masih ada dalam diri Nadira.
Pintu rumah dikuak dari dalam. Muncul lah wajah cantik Daniella Luna dihadapan pasangan itu dengan tersenyum manisnya.
"Abang.. Akak..." Gadis itu terus memeluk abang dan akak iparnya dengan erat. Sesekali dia kucup pipi Damien Louis dan Nadira sesaat. Sudah umur 24 tahun perangai tak ubah macam bayi kecil lagi. Sama la juga dengan Nadira bila dia berada dengan Damien Louis.
Ada masa perangai manja dia makin menjadi-jadi. Makin geram dia melihat kecomelan isterinya sekarang ini.
"Lama tak jumpa abang dan akak ipar Luna ni." Damien Louis dan Nadira hanya tersenyum nipis sahaja.
"Apa khabar kak? Okey tak stay kat Itali ni?" Soal Daniella Luna datar.
"Okey. Suka dengan suasana kat sini. Mula-mula terasa la jetlag sebab yela, dulu stay Malaysia sekarang stay Itali. Perubahan merentasi benua yang berbeza, waktu, cuaca buat Dira jadi stress tak cukup tidur." Daniella Luna mengangguk perlahan. Faham akan perasaan akak iparnya. Sebab dulu pun dia pernah merasai apa yang Nadira tengah mengalami sekarang ini.
Tak cukup tidur menyebabkan mood dia tidak menentu. Terutama sekali menjadi baran secara tiba-tiba. Habis semua orang dia nak marah.
Tetapi itu memang sifat asal Nadira bukan?
"Awal-awal memang la. Kitorang sebenarnya jarang balik Malaysia tu. Ada hal mustahak je kitorang balik. Yang haritu kira lama tau kami duk kat Malaysia. Boleh katakan pecah record juga la stay Malaysia selama berbulan-bulan." Nadira hanya tersenyum nipis sahaja. Diorang stay disana sebab Damien Louis kahwin dengan dia. Lepas itu ada masalah timbul menyebabkan jejaka itu tertangguh penerbangannya di Itali.
Mujur lah kes tersebut semuanya sudahpun selesai.
Sebelum mereka berangkat ke Itali, keluarga Nadira telah mengadakan majlis doa selamat untuk mereka berdua dan juga untuk Dr Nadzhan yang sudah selamat diijabkabul oleh seorang wanita berkacukan melayu-inggeris.
Sungguh tidak berkenan dihati Nadira dengan akak iparnya dari dulu lagi dek kerana kelancangan mulut gadis itu. Gadis itu gemar membuatkan hati abang sulung terguris hati. Tetapi hairan sungguh, Dr Nadzhan tetap tersenyum dikala dia dicemuh oleh si gadis itu. Entah lah, cukup Nadira sahaja yang sakit otak, jangan la Dr Nadzhan sakit sekali.
Malah gadis itu pernah menghina keluarganya kerana darjatnya tak setaraf dengan keluarga gadis itu.
Tch... Typikal orang kaya. Haruslah kena riak. Tak mengapa, akak iparnya belum tahu lagi tahap kekayaan keluarga ini berapa levelnya.
So, chill.
Mungkin tuhan dah takdirkan mereka berdua memang selayaknya berjodohan, dia sebagai adik hanya mampu doakan yang terbaik untuk abang dan akak iparnya itu.
Lamunan Nadira terhenti kerana Damien Louis mengucup kekura tangannya dengan penuh kasih sayang.
Suaminya yang selalu melayannya bagaikan bidadari. Seorang penyayang, malah tak kurang pun kasih sayangnya itu terhadap 'yang lain'.
"Mamma papa mana? Dah tidur?" Soal Damien Louis terhadap adiknya.
"Haah dah tidur. Ni kenapa datang sini malam-malam? Ada hal ke?"
"Abang nak jumpa Luke. Mana dia ye? Abang call tak angkat, whatsapp tak reply. Dia buang phone ke apa ha?" Bebel jejaka itu dengan mengancing giginya. Sakit betul hatinya dengan perangai Danielle Luke. Dia mahu berbincang tentang kerja esok, tetapi Danielle Luke langsung tak beri kerjasama.
Daniella Luna menggaru kepalanya tidak gatal dan melemparkan senyuman kekoknya. Dah sudah, macamana dia nak kelentong si abangnya ni.
Haih, Danielle Luke pun satu. Memang suka cari nahas sungguh kan. Payah sangat ke nak angkat panggilan abangnya tu. Tak pasal-pasal dia pula berhadapan dengan abangnya.
"Err, dia keluar dengan Kevin dan Henry. Dalam 4 jam yang lalu." Ujar Danielle Luna dengan tidak jujur. Sebenarnya tiga jejaka itu sudah berangkat ke Milan dari pagi tadi. Katanya banyak hal disana. Hal apa tah dia pun tak pasti. Bukannya betul abang dia seorang itu. Auta je lebih.
"Mana pulak celaka tu pergi? Esok dah la ada meeting mingguan. Dia tak tahu ke?" Damien Louis mengetap rahangnya menahan amarah. Sabar selagi boleh sabar.
Esok kalau Danielle Luke tak hadir di meeting mingguan esok, nahas dia kerjakan.
"Dia cakap pergi Milan. Tah la, ada hal katanya."
Damien Louis mengerut dahinya berlapis. Ada hal di Milan? Hal apa? Nak racing atau nak menunjuk dia ada kereta baru? Tak guna betul adiknya sorang tu.
Riak tak habis-habis. Buat malu keturunan mafia je.
"Kau tak payah percaya sangat cakap si setan tu. Kalau pergi Milan, tu tandanya dia nak berlumba haram dengan budak-budak sana." Ternganga mulut Daniella Luna dan Nadira mendengarnya. Bagi Nadira, mungkin terkejut kerana Danielle Luke berfoya-foya sakan. Manakala Daniella Luna pula terkejut kerana abangnya dapat hidu apa yang Danielle Luke buat sekarang ini.
Kan dah cakap, sekali petik jari je semua abangnya dapat tahu. Abang sulungnya bukan bodoh macam abang keduanya.
"Tak guna punya Luke. Kalau tidur masa meeting nanti mati aku kerjakan." Gumam Damien Louis sendiri. Memang habis adik lelakinya dia bantai nanti kalau ada masalah esok.
"Err? Hehe. Habis la kau abang Luke." Gumam Danielle Luna dengan senyuman lebarnya. Hanya mampu berdoa sahajalah esok.
"Takpe lah kalau macam tu, kami balik dulu. Kirim salam maut kat Danielle Luke tu."
"O-okey." Balas Daniella Luna dengan tergagapnya.
"Jom sayang." Pamit Damien Louis terhadap isterinya sambil jari jemarinya bercantum dan menuju kearah pintu keluar mansion tersebut.
Daniella Luna yang berada dibelakang pasangan itu hanya memandang sahaja. Sayang sungguh abangnya terhadap Nadira. Sampai sekarang tak ubah seperti pasangan pengantin baru walaupun tempoh perkahwinan mereka sudah mencecah setahun. Dia juga mengharap dalam tahun ini dapat la dia merasa menimang anak buah nanti.
Lamunannya tersentak bila Nadira menyapanya.
"Kami pergi dulu ya Luna. Assalamualaikum." Gadis itu mengangguk kepalanya sambil tersenyum manis.
"Waalaikummussalam." Lalu kereta Ferrari itu terus bergerak keluar dari perkarangan mansion tersebut.
Setelah kelibat abang dan akak iparnya menghilang, terus dia mengambil iphone di poket seluarnya lalu mendail nombor Danielle Luke.
Biar dia sedar, nyawa dia esok berada dihujung tanduk.
.
.
.
"Wohoo!!! Cuaca yang cukup baik untuk mulakan race malam ni." Kevin dan Henry sudah melepaskan keluhan berat. Dari pagi sampai sekarang asyik ikut sahaja bontot Danielle Luke ke sana kesini. Baru sebentar tadi mereka bertiga pergi bom bangunan hotel lima bintang kerana tahap kebosanan Danielle Luke kian melanda.
Orang kalau bosan, balik tidur. Bukan buat kerja bodoh.
Nasib la kalau Damien Louis tahu akan kegiatan mereka ini. Bertubi-tubi mereka kena pumping puluh ribu dengan ketua mereka nanti. Adik dia yang punca, kami berdua pula terlibat sekali.
Bodoh betul.
"Woi balik laa.. Esok kerja." Ujar Henry dengan nada malasnya. Orang dah la penat nak tidur, kau sibuk nak race bagai.
"Entah Luke, kau tahu kan esok ada meeting mingguan dengan pengarah. Awal pagi pulak tu. Kita ni dari tadi kat Milan sampai sekarang tak balik lagi." Sambung Kevin sambil meramas rambutnya hingga serabai. Mata dah rabak dah ni. Tolong la faham Luke oi.
"Alah meeting je pun. Bukannya jumpa raja Itali ke apa. Lagipun pengarah tu abang aku. So what?" Balas Danielle Luke dengan selamba badaknya membuatkan Henry hampir nak cekik manusia di sebelahnya. Oleh kerana Danielle Luke tengah memandu dan dia tak mahu mati awal lagi, dia hanya mampu bersabar sahaja.
"Aku tak kisah kalau kau je kena marah, masalahnya ni libatkan kami."
"Sudahlah nak balik Rome tu makan masa 6 jam dari Milan. Kalau kita balik sekarang, pukul tiga siap-siap nak subuh. Lepas subuh kita bertolak balik sampai mansion kita. Dan terus siap nak pergi kerja. Tidur? Memang tak sempat la bodoh."
"Kau tengok jam sekarang pukul berapa? Pukul satu pagi dah bodoh! Ngam sampai rumah pukul enam nanti!"
Bertubi-tubi bebelan dari mulut Henry mahupun Kevin, menyebabkan Danielle Luke sudah naik bengang akhirnya.
"Bingit la babi. Yela jom balik. Memekak tak habis-habis. Korang kena ingat, semua ni dunia je. Harta korang takkan bawak masuk dalam kubur." Henry memutar bola matanya keatas. Acah nak jadi pak lebai pula mamat ni. Bunuh orang sana sini tak fikir hukum hakam pula ya.
"Kau tak payah nak ceramah kat sini jimbit. Sebelum mati pun kena cari harta jugak, kau ingat nak guna kain kapan untuk balut kau mati nanti free of charge ke? Belum termasuk kos mandi mayat kau lagi, bacaan talkin untuk kau lagi, tanah kubur untuk tanam kau lagi tak guna oi. Batu nisan tu, kau ingat nak tempah untuk kubur kau tu harga 1 euro je ke hawau?" Itu pun Kevin belum keluarkan kenyataan yang kubur tu nak terima ke tak mayat Danielle Luke sebab banyak sangat tarik nyawa orang. Macam orang tak sedar diri.
Manakala Danielle Luke tersedak liur mendengarnya. Kevin punya bebel harini boleh bikin berdarah telinganya. Henry yang disebelahnya terkekeh gelak sambil memegang perutnya. Kevin membebel macam Puan Alice pula.
"Nanti kahwin kau nak bagi anak bini kau makan pasir ke anjing? Kau pun patut kena kahwin jugak lah hanat sebab nak mewarisi keturunan The Kaysher ni." Kevin menyambung bebelan puaka terhadap adik ketuanya itu. Ambik kau, selama ni dia lah heronya mengalahkan si abangnya lagi lagak gayanya. Malam ni terdiam bila dengar aku bising.
"Mampus diorang la siapa suruh kahwin dan berbapakan aku." Balas Danielle Luke dengan selamba badaknya. Dia membuat mimik muka yang terpaling hodoh membuatkan Henry memulas telinganya.
Sakit hati pula dia dengan Danielle Luke ni. Bodoh dia bukan main-main.
Taknak kalah lagi rupanya.
"Sakit la bodoh!" Jerit Danielle Luke dengan lantang. Teringat pula dekat Puan Alice yang selalu pulas telinga dengan kuat. Boleh tercabut jawabnya.
"Kau ni memang manusia yang terlaknat pernah aku kenal. Laknat-laknat abang kau, kau terpaling laknat dari dia dan kami semua." Ujar Henry dengan nada dinginnya.
"Bla bla bla... Pergi mampus." Danielle Luke mengukir senyuman mengejek terhadap Henry.
Henry mendengus kuat. Mampus... mampus. Kang mampus terus kang baru tahu jantan tak guna ni.
Akhirnya ketiga jejaka itu diam. Henry dan Kevin memandang permandangan diluar tingkap dengan perasaan yang sangat sakit hati. Sakit hati masih bersisa kerana tidak mampu mahu kalahkan Danielle Luke tak guna tu.
Lelaki itu hanya kalah apabila dengan abang sulung dan adik bongsunya sahaja.
Kalau selain dari dua adik beradiknya, jangan harap dia nak takut. Entah la pula dengan akak iparnya ni dia berani atau tidak. Manusia yang sering tukar identiti tu lagi gila seperti abangnya. Elok la mereka berdua berjodohan. Sama-sama ada penyakit mental.
Bunyi phone Danielle Luke memecah kesunyian dalam kereta tersebut. Sambil memandu, jejaka itu mengerling kearah nama yang tertera di skreen iphonenya tersebut.
Daniella Luna.
Si bongsu menelefonnya sekarang ini. Ini mesti mammanya suruh dia balik sekarang. Aduh mamma, orang dah umur 27 tahun takkan kena kongkong dengan keluarga lagi. Tak boleh la buat macamni kan.
Lalu panggilan adiknya dijawab.
"Hello Luna. Kau nak apa ha anjing?"
"....."
"Dia datang rumah? Cari aku?"
"...."
"Buat apa si setan tu cari aku? Masalahnya bila masa dia call aku?"
"...."
"Haa yela, aku on the way balik ni. Kau pergi blah tidur. Kot esok kau boleh cover aku masuk meeting. K cau." Lalu panggilannya dimatikan serta merta dan teruskan permanduannya.
"Celaka punya Luke. Mentang-mentang syarikat tu keluarga dia punya. Hanjenk." Cemuh Kevin sambil memandang belakang Danielle Luke dengan pandangan yang keji. Suka hati dia je suruh adiknya cover untuk meeting esok. Mentang-mentang pengarahnya abangnya sendiri. Kita tengok esok macamana nasib Danielle Luke.
"Cuba kau cek jap si tua tu ada call aku tak tadi?" Iphonenya diberikan kepada Henry.
Alis mata Henry membulat. Habis la kau Luke. Habis la......
"Babi la kau ni. Nak menempah maut ke sial." Terlopong mulut Henry melihat panggilan tak dijawab oleh Damien Louis.
Damien Louis paling pantang kalau panggilannya tak dijawab tanpa sebarang sebab. Kalau tidak, habis lunyai kena belasah nanti.
"500 missed call! 199 whatsapp chat dari abang setan! Kau memang manusia paling bahaya di dunia la Luke. Mampus la kau esok babun." Sampuk Kevin dari belakang juga terkedu melihat notification di iphone Danielle Luke.
Jejaka itu sudah terketar-ketar memegang stereng kereta. Dalam hatinya berdebar tak terkata. Kalau dah sampai beratus missed call, memang habis la dia esok. Tak.. Damien Louis sayangkan dia. Mustahil abangnya mahu membunuhnya esok. Dia yakin tentang itu.
"Oh gosh! Aku kena cepat ni." Pedal minyak terus ditekan laju menyebabkan Henry dan Kevin hampir terdorong dihadapan. Mujur mereka memakai tali pinggang keledar. Kalau tidak, bocor habis kepala mereka nanti.
Kevin dibelakang seat itu sudah menggeletar habis satu badan. Dia tak sukakan situasi seperti ini. Ini bagaikan mahu cepat pergi alam barzakh. Laju bukan main lagi Danielle Luke bawa kereta.
Baru tahu cuak.
"Eah Luke! Bawak slow la babun. Kau saja nak suruh aku terkencing dalam kereta ni." Danielle Luke mengetap rahangnya kuat. Orang nak balik cepat lah, orang belakang ni sibuk suruh bawak perlahan kereta. Dia tengah seram sejuk sekarang ni tau.
"Kau buat hal Kevin, aku campak kau dari luar kereta ni."
.
.
.
.
.
17 Sept 2022
11:12
2132 words
2145 patah perkataan
Share this novel