“HUI. Jauh termenung.” Adik menegur. Beberapa kali dia melambaikan tangannya di hadapan muka kak Diana nya, namun tiada reaksi dari Diana.
“Opocot Adik.. terkejut akak” Sapa Diana.Sejak kebelakangan ni dia kerap bermenung. Buktinya, petang tadi sahabatnya datang pun dia tak sedar. Sekarang pula, adik di depan mata.
“Yelah mahu tak terkejut. Adik dok pandang je kak Diana dari tadi mengelamun jauh. Kalau tenung lebih lama lagi mahu terbakar pokok manga depan rumah ni ha..’’ perli Anggun anak ke tiga dalam keluarga ini. Petah berbicara. Jarak usia yang cuma beza dua tahun membuatkan mereka berdual lebih rapat.
“Ye ke. Akak tak nampak pun.” Jujur Diana berkata.
“Ha ha ha. Akak ni, betullah. Dari tadi adik berdiri depan akaka. Siap lambai-lambai depan muka akak pun akak sama je tenungnya. Akak fikir apa?” Tanya Anggun.
“Tak ada apalah dik. Akak teringat SPM. Lagi berapa bulan lagi. lepas tu apa akak nak buat sementara tunggu keputusan tu keluar.” Bohong Diana.Sedangkan tadi fikirannya jauh teringatkan kisahnya dengan along sewaktu kecil.
“Alah kak. Akak kan pandai, mestilah lepas SPM akak masuk universiti. Nanti adik bolehlah jumpa akak dekat sana.” Gurau adik dalam keseriusan mencorak masa depan.
“Ish adik ni. ada ke nak ikut akak.” Di hujung katanya dia tertawa.
“Betullah. Kita belajar lah dekat sama tempat. Nanti kalau nak balik kampung kita boleh balik sama-sama.” Kali ini tiada raut senyuman di wajah adik. Nampaknya, adik serius.
“Boleh adik. Tapi akak tak tahulah kalau mak dengan ayah bagi akak sambung belajar lagi lepas ni.”
“Kenapa cakap macam tu?”
“Yelah. Macamlah adik tak tahu. Bagi ke mak kak Diana nak sambung belajar? Sedangkan selama akak belajar di sekolah pun kerap mak larang akak pergi. Kalau bukan sebab Pak Cu dengan ayah yang marah mak, akak tak sekolah sampai sekarang tau.”
“Alah kak. Masa tu akan berlalu. Sama juga dengan manusia ni. lama kelamaan, dia akan belajar untuk menerima. Sesuatu yang baik tukan selalunya datang bila kita perlukan di waktu yang betul.”Lama wajah adik di renung. Kenapalah along tak macam adik dengan ucu. Kalaulah along sama dengan mereka, mungkin waktu ni lapang dadanya untuk menetap di sini bersama.
“Kak Diana!”Sergahan adik membuatkan Diana kembali semula ke alam maya. Mujur dia belum berlepas lagi dengan roket khyalan.
“Apa dik..” Diana terketawa sendiri. Tersedar yang dia baru saja lepas berkhyal lagi. adus..
“Ni, mak ada belikan akak jam. Nah.” Adik menghulurkan satu kotak yang telah pun siap cantik bersampul.
“Mak belikan?” Tanya Diana minta kepastian.
“Yep.”
“Komfem ke mak yang belikan. Ke adik yang suruh mak beli?” Tanya Diana. .Matanya tepat memandang ke arah anak mata adik.
“Betullah kak. Apa akak ingat mak tu jahat sangat ke dengan akak?” Terdiam Diana mendengar kata-kata adik.
“Mak yang belikan. Akak jangan risau okey.”Lama Diana merenung kotak yang kini berada di tangannya.
“Akak takutlah kalau akak terima jam ni nanti ada yang persoalkan mana dapat. Nanti satu kes pulak kena marah dengan mak. Tak nak lah macam tu.” Jelas Diana.Dia tak mahu adik tersalah faham dengan pendiriannya.Cukuplah satu waktu dulu dia di ftnah mencuri barang along. Sedangkan ucu yang beri kepadanya sebagai hadiah hari lahirnya yang ke 16 tahun.Baju kurung Kedah yang di berikan kepadanya adalah duit hasil simpanan adik dan ucu. Apabila ayah menyoal anak-anak mereka, barulah along kembalikan semula kepadanya.Namun, baju kurung Kedah itu tak sampai 24jam bersamanya apabila along kembali rampas baju itu ke esokannya dan membakar baju tu depan matanya sendiri.Bertapa hancurnya hatinya ketika itu. Hanya ALLAh sahaja yang tahu bertapa sakitnya hati dia.
Kalau di ikutkan perasaan, dia ingin baling sahaja mata lembing yang tercacak di tanah, yang ayah selalu guna untuk mengupas kelapa ke muka along.Tahap kesabarannya dah hampir ke penghujungnya. Sapa pun yang berada di tempatnya akan melakukan hal yang sama bila di perlakukan sedemikian.
Share this novel