2

Romance Series 93218

Tempoh dua minggu percubaan yang diberikan kepada Aayra untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang PA ternyata tidaklah semudah yang disangkakan. Apatah lagi Aayra langsung tiada ilmu asas mengenai tugas itu. Namun Aayra tetap menerima tanggungjawab itu sebagai salah satu cabaran buat dirinya. Ditambah pula dengan ekonomi yang semakin tenat kini, tidak sepatutnya fresh graduate seperti mereka terlalu demand dalam menentukan pekerjaan yang ingin mereka ceburi. Pengalaman telah mengajar Aayra agar tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk memperoleh pekerjaan yang diidam - idamkannya selama ini. Tempoh dua bulan menjadi penganggur terhormat sudah cukup mengajar Aayra erti penyiksaan. Dunianya terasa kelam dan serabut. Segala keinginan dan keperluannya terpaksa dikawal memandangkan ketika itu dia langsung tidak mempunyai satu sen wang pun untuk menampung perbelanjaan hidupnya. Walaupun kedua ibu bapanya ingin membantu, namun Aayra sekerasnya menolak. Cukuplah dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan sebelum ini. Jadi mana mungkin dia sanggup untuk menyusahkan ibu bapanya buat kali kedua.

Seperti yang dijanjikan, hari ini Aayra bakal dipertemukan dengan ketuanya sendiri. Selama ini dia masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan lelaki itu memandangkan ketuanya itu terpaksa bertugas di luar daerah. Jadi untuk pertama kali bersua muka pasti membuatkan Aayra berasa sedikit gementar. Apatah lagi saat dia diberitahu bahawa majikannya itu seorang yang bersifat perfectionist dalam urusan kerja. Aayra bimbang jika selama tempoh percubaan yang diberikan itu, dia ada melakukan kesilapan yang tidak boleh diterima dek akal oleh majikannya.

“Aayra!!" Sergah Sarah dengan nada yang agak tinggi.

Aayra kaget. Sepantas kilat buku yang berada di dalam genggamannya langsung dilemparkan ke bawah. Wajah Sarah dipandang dengan penuh rasa cuak.

“Astaghfirullahal'azim! Awak ok tak ni Aayra? Puas saya panggil awak dari tadi. Tapi awak langsung tak menyahut. Awak fikir apa yang sebenarnya ni?" Soal Sarah bersama sisa tawa yang masih berbaki di bibirnya. Dia tidak menyangka sergahannya itu mampu mengejutkan Aayra sekaligus membuatkan Aayra bertindak di luar kawalan.

“Err... Ma.. Maafkan saya, Cik Sarah. Saya betul - betul tak perasan Cik Sarah datang tadi. Nasib baik buku ni tak mendarat atas kepala Cik Sarah. Kalau tak, matilah saya nak menjawab dengan bos nanti." Ujar Aayra gugup.

Sarah masih jua dengan ketawanya. Kepalanya digeleng berkali - kali. Sungguh dia terasa lucu melihat reaksi wajah Aayra sebentar tadi. Dia mendekati Aayra lalu bahu gadis itu dipaut mesra.

“Mesti awak tengah fikirkan tentang pertemuan pertama awak dengan bos sekejap lagi kan? Awak nervous ye?" Teka Sarah lagi.

Aayra tidak menjawab sebaliknya dia hanya mampu menganggukkan kepalanya perlahan - lahan. Benar. Memang itu yang dirasakannya saat ini. Perasaan itu mula menghatuinya sejak awal pagi tadi lagi. Puas dia cuba untuk bertenang, namun gagal. Semakin dia memikirkan soal majikannya itu, semakin jiwanya bergolak.

“Chill la. Encik Ezmal tu bukannya makan orang pun. Dia makan nasi macam kitalah jugak. So, apa yang awak nak nervous kan sangat? Dah, jom saya bawakkan awak ke bilik Encik Ezmal sekarang. Dia dah lama tunggu tu. Tak sabar dia nak jumpa PA baru dia yang cun melecun ni katanya. Gelojoh betul kan Encik Ezmal tu?" Usik Sarah tanpa rasa bersalah.

Aayra hanya menjeling saat diusik begitu. Sejak dari hari pertama dia melapor diri di ZE Corporation, Sarah memang gemar memgusiknya. Jadi tidak hairanlah mengapa dia terus - terusan menjadi bahan usikan Sarah.

****************************************

Aayra resah. Sejak tadi dia hanya menunduk sambil bermain - main dengan jari - jemarinya. Suasana di dalam bilik majikannya itu agak sunyi sepi. Masing - masing membisu tanpa bicara. Sesekali dia ada juga mencuri pandang ke arah majikannya itu. Namun sebaik terpandangkan wajah serius lelaki tersebut, Aayra pantas memundukkan kembali wajahnya. Debaran di hatinya semakin kuat dirasai. Aayra cuba menarik nafas sedalam - dalamnya lalu dihembuskan secara perlahan - lahan. Semoga dengan cara itu dia mampu menenangkan gelodak rasa hatinya. Namun dalam pada itu, tanpa Aayra sedari perbuatannya itu sedang diperhatikan oleh Ezmal. Perlahan - lahan bibirnya mengukir senyuman. Sungguh dia tercuit hati melihat aksi Aayra sebentar tadi. Jelas terpamer kecomelan gadis itu.

“So, this is your first job since you're graduated?" Soal Ezmal memecah kesunyian.

Aayra sedikit tersentak saat disapa secara tiba - tiba begitu. Wajah yang sejak tadi hanya menunduk itu diangkat sedikit menghadap Ezmal. Kini pandangan mata mereka bertemu antara satu sama lain. Sekali lagi Aayra dihimpit perasaan resah namun dia sedaya upaya mengawalnya dengan sebaik mungkin.

“Yes, Encik Ezmal. This is my first job and my first experience. Hope you will guide me to be more successful like you." Balas Aayra bersahaja.

Ezmal tersenyum melihat keyakinan yang dilemparkan oleh Aayra disaat dia berkata - kata. Jujur Ezmal katakan bahawa dia sangat menyukai keperibadian yang dipamerkan oleh Aayra walaupun pada awalnya gadis itu kelihatan agak malu - malu.

“You graduate on February, tapi kenapa baru sekarang you mula kerja? What are you doing in two months before?" Soal Ezmal sekadar menduga.

Aayra membariskan senyuman di bibir sebelum menjawab soalan berkenaan. Dia sudah dapat mengagak dari awal bahawa Ezmal pasti akan bertanyakan akan hal itu.

“Actually, saya dah cuba cari kerja di merata tempat sebelum ini. Malangnya dengan ekonomi yang semakin meruncing sekarang ni, kebanyakkan company tak berani nak menanggung risiko menggajikan fresh graduate seperti saya. Rata - ratanya memberi alasan yang sama walhal saya langsung tidak meletakkan sebarang nilai harga untuk menggajikan saya. Saya tahu dalam era yang penuh mencabar ini, saya tidak boleh terlalu demand memandangkan masih ramai lagi penganggur - penganggur di luar sana yang berebut - rebut untuk mendapatkan peluang seperti ini." Penuh diplomasi Aayra menghujahkan fakta - faktanya.

Sekali lagi jawapan Aayra itu menggamit keyakinan dan keterujaan Ezmal. Dia yakin bahawa Aayra ini bukanlah calang - calang gadis. Lihat sahaja pencapaian - pencapaian akademiknya. Semuanya cemerlang. Jadi tidak hairanlah mengapa Aayra begitu bijak menyusun kata - katanya sebelum dia menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya. Tidak silap lagi bagi ZE Corporation menggajikan gadis yang pintar seperti ini.

“To be honest, I'm really impressed with you. You look so smart while you answering all my questions. By the way, congratulations Aayra! Welcome to ZE Corporation. I harap kita dapat bekerjasama dengan baik selepas ni." Puji Ezmal ikhlas.

Aayra tersenyum malu. Wajahnya langsung bertukar kemerah - merahan. Dia tidak menyangka Ezmal akan memujinya secara terang - terangan begitu. Malah sejak tadi pandangan mata lelaki itu langsung tidak lekang dari menatap wajahnya. Bukannya dia membangga diri. Namun pandangan lelaki itu jelas menggambarkan bahawa dirinya begitu selesa saat bersamanya. Jauh di sudut hati Aayra, dia juga merasai perkara yang sama. Betapa dia mengharap agar hubungan baik antara dia d

majikannya ini akan berterusan untuk selamanya. an ianya dipermudahkan olehNya. Amin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience