Isha sudah dibenarkan pulang pada keesokannya. Iman menyuruhnya mengambil cuti lagi sehari sebelum kembali bekerja untuk memastikan tahap kesihatannya. “Kau pregnant beb?” soal Nia yang teruja ketika menelefon Isha. “Tahniah! Nanti aku nak beli baju baby, stroller, tilam, bantal, katil, botol susu..” belum sempat Nia menghabiskan kata-katanya, Isha memotong. “Kalau macam tu kau jelah yang jadi laki aku!” kata Isha setelah mendengar penerangan panjang lebar tentang barang yang ingin dihadiahkan oleh Nia. Nia ketawa mendengar kata-kata rakan baiknya itu. “Sorry! Excited pulak! Iman cakap apa?” soalnya penuh minat. “Dia happy lah! Apa lagi!” balas Isha. “Weh bestnya! Kau elok-elok tau! Jaga makan minum tu! Jangan buat kerja berat!” sambungnya lagi. “Yer aku tahu! Kau ni bising lah!” Isha mengusik. Nia hanya menyambut omelan itu dengan tawanya. “Okaylah! Lusa jumpa tau! Bye mommy!” ucap Nia sebelum mematikan panggilan. Isha tersenyum dan hanya menggelengkan kepalanya. Dia sudah dapat mengagak reaksi rakannya itu jika bertemunya di pejabat nanti.
Nia terus menerjah ke bilik Isha setelah melihat kelibat rakannya itu yang baru sampai. “Hai mommy! Makin berseri la kau! Seri pengantin tak hilang lagi, tambah pulak seri nak jadi mommy!” ucapnya sambil melangkah masuk ke bilik itu dan menutup kembali pintu bilik tersebut. Isha tersenyum memandang Nia. “Kau bila lagi?” soal Isha sambil menghidupkan CPU di bawah mejanya. “Aku jadi tiang seri jelah!” balas Nia dalam bergurau. Isha ketawa besar mendengar celoteh rakannya itu. “Kau plan la elok-elok dengan Zairi tu! Dia mesti okay je!” ujar Isha. “Dia ada je cakap pasal nak kahwin, cuma aku je yang tak ready lagi!” balas Nia. “Nak ready apa lagi? Kau semua dah ada! Kerja, kereta, rumah. Tinggal nak kahwin je!” omelnya lagi. “Hish! Aku tahulah! Asal tak cakap yang kau kena warded haritu? Kau suka kan buat orang risau! Aku tau pun dari Iman!” Nia mula mengomel. “Sebab tu aku taknak bagitahu kau! Kau suka bebel! Bingit tau tak!” bidas Isha. Nia menyambutnya dengan tawa. “Tapi promise tau! Lepas ni kalau apa-apa inform kat aku! Aku ni kawan baik kau! Aku berhak tahu kalau jadi apa-apa kat kau!” nasihat Nia pada Isha. isha hanya mengangguk sambil tersenyum. “Nak rasa perut kau!” pinta Nia. “Hish! Bukan nampak lagi pun. Baru tiga minggu. Awal lagi la!” Isha membalas. “Kau nak keluar nanti tolong bagi fail ni pada Habib!” pintanya. “Okay! Jumpa nanti mommy!” ucap Nia sebelum beredar dari bilik itu. Isha hanya tersenyum melihat rakannya berlalu.
Isha dan Iman pulang ke rumah mama dan papanya di Gombak pada hari minggu. “Ha! Sampai pun menantu mama ni! Susah betul nak jumpa!” omel mama Iman setelah bersalaman dengan anak dan menantunya. “Isha ikut Iman je ma! Dia tu yang busy memanjang!” jawab Isha selamba. Iman hanya tersenyum. “Ala mama ni! Dah balik dah ni kan!” jawab Iman. “Baby macam mana? Okay?” soal Puan Nurin penuh minat. “Okay je ma!” jawab Isha sambil melabuhkan punggung di sofa empuk rumah mamanya. “Berapa bulan dah? Dah nampak perut tu!” tegur Puan Nurin sambil menyentuh perut Isha. Belum sempat Isha menjawab, Iman pantas memotong. “Empat bulan lebih!” jawabnya teruja. “Amboi! Suka sangat dia nak dapat baby!” sampuk Kak Tasya, isteri kepada Abang Longnya. “Eh, Kak Tasya ada!” kata Isha sambil bangun untuk bersalaman dan mencium pipinya. “Ada je! Abang Long dengan papa keluar kejap. Nak tengok tapak projek katanya.” jelas Puan Nurin sambil menuangkan air yang dihidangkan oleh Tasya sebentar tadi. Agak lama mereka berbual. Mama dan kakak iparnya berkongsi pengalaman semasa hamil dan memberikan beberapa tips kepada Isha. Iman pula sibuk bermain dengan kucing-kucing dalam sangkar di belakang rumah. Isha membantu apa yang patut sementara mama dan kakak iparnya menyiapkan makan tengah hari. “Isha duduk jelah! Biar mama dengan Kak Tasya yang masak!” arah Puan Nurin. “Aah! Nanti penat pulak. Isha rehat je! Bukan banyak pun kerja ni!” sampuk Kak Tasya yang sedang memotong sayur di dapur. Isha tetap berdegil dan masuk ke dapur sambil diekori Iman. Isha terpijak sisa minyak masak di lantai yang masih belum dibersihkan dan tergelincir. Mujur sempat disambut oleh suaminya di belakang. “Isha!” jerit mereka bertiga serentak setelah melihat Isha yang hampir terjatuh. Iman membantunya berdiri dan memegang tangannya. “Kan mama dah cakap. Jangan masuk dapur! Lantai ni belum mop lagi. Dah. Iman bawak Isha ke depan!” arah Puan Nurin yang terkejut dengan insiden itu. Dia menggosok dadanya berkali-kali. Berdoa di dalam hati agar menantu dan cucunya sentiasa dilindungi. “Lepas ni jangan nak degil! Dengar cakap orang lain! Bahaya tau! Kalau abang takda kat belakang tadi macam mana?” Iman bertegas. “Isha mintak maaf! Tak tahu pulak lantai tu licin! Isha cuma nak tolong je!” bidasnya sambil menundukkan wajah ke lantai. Iman mengangkat sedikit dagu isterinya dan memandang tepat ke dalam matanya. “Lepas ni, dengar cakap abang okay!” ujarnya sambil mencuit hidung isterinya. Isha kembali mengukir sneyuman. Iman menghantarnya ke bilik tidur di tingkat atas. “Isha penat. Nak tidur kejap. Nanti dah zohor kejut Isha tau!” pintanya. “ Iman mengangguk dan menghidupkan penyaman udara. Dia menutup kembali pintu bilik itu dan turun ke dapur. “Isha mana?” soal Puan Nurin. “Tidur kat atas.” balas Iman ringkas. “Iman kena jaga Isha tu! Jangan bagi dia buat kerja sangat. Tengok macam tadi!” omel mamanya. “Tulah! Isha tu degil sikit mama. Abang dengan ayah dia pun cakap macam tu. Terlebih rajin. Kalau boleh semua kerja dia nak buat.” jelasnya panjang lebar. Dia membantu menyiapkan meja makan dan mengejut Isha setelah azan zohor berkumandang. Isha turun setelah menunaikan solat zohor dan makan bersama keluarganya. “Isha nampak pucat. Isha okay ke?” soal Kak Tasya yang duduk di hadapannya. “Tak lah! Isha okay je. Maybe kena banyak rehat kot.” balas Isha cuba meredakan kebimbangan kakak iparnya. “Esok tak payah masuk office. Duduk rumah je!” arah Iman. “Tapi Isha banyak lagi kerja tak siap kat office tu!” balasnya tidak mahu kalah. Iman membulatkan matanya. Isha akhirnya akur dan menurut sahaja arahan suaminya. Mereka pulang selepas asar dan singgah di Aeon Big untuk mencari bantal yang Isha mahu. Isha membeli bnatal untuk diletakkan di pinggangnya suaya tidak sakit pinggang ketika duduk di sofa atau kerusi pejabatnya.
Isha seperti tidak selesa ketika tidur memandangkan kandungannya yang semakin membesar. Iman yang masih belum lena di sebelahnya perasan dengan keadaan isterinya yang kerap bertukar posisi tidur. “Kenapa ni sayang? Tak selesa ke? Abang boleh tidur bawah.” Iman menyoal. “Tak payah la tidur bawah. Isha cuma sakit belakang je. Tolong letakkan bantal kat belakang dengan bawah kaki Isha boleh tak?” pintanya. Iman pantas melakukan seperti yang diminta isterinya. Beberapa saat kemudian Isha kembali lena. Dia mengelus rambut isterinya. Dia faham dengan keadaan isterinya yang sedang hamil itu. Dia cuba melakukan yang terbaik agar isterinya tidak berkecil hati atau terasa dengan sikapnya sepanjang kehamilannya. Tambah pula Isha seorang yang mudah terasa jika seseorang meninggikan suara atau bercakap kasar dengannya. Iman mematikan lampu di meja sebelah katilnya dan memejamkan mata.
Kandungannya sudah mencecah enam bulan. Isha masih meneruskan kerjayanya sebagai setiausaha di syarikat tersebut. “Kalau awak nak mintak cuti ke apa cakap je Faisha. Tak payah takut. Jangan paksa sangat diri awak kerja keras. Tak elok untuk baby!” nasihat Encik Zamil, bosnya. Isha menolak cadangan Encik Zamil itu. Dia tidak mahu menggunakan alasan mengandung untuk tidak datang bekerja. Tambahan pula dia masih mampu. Kandungannya juga baru enam bulan. Keadaannya juga stabil sepanjang kehamilannya. Isha pulang seperti biasa setelah habis menyiapkan kerjanya di pejabat. dia memungut baju-baju kotor suaminya dalam bakul di biliknya untuk dibawa turun ke bawah. Telefon Iman berbunyi tanda mesej masuk. Isha mencapai dan membuka mesej tersebut. ‘I tak tahu macam mana nak cakap Iman. I betul-betul terhutang budi dengan You!’ hampir terjatuh telefon yang dipegang Isha. jantungnya semakin laju. Dia mula curiga dengan suaminya. Isha memadam mesej tersebut dan berpura-pura tidak tahu. Iman keluar dari bilik mandi dan bersiap untuk keluar. “Abang nak ke mana? Kan baru balik.” Isha menyoal. “Nak jumpa kawan kejap. Malam nanti kita makan sekali okay!” ujar Iman dan meluru turun dari anak tangga tersebut. Isha duduk di katil tersebut. Dia berfikir sejenak. Dia cuba mengawal perasaannya agar tidak menjejaskan kandungannya. ‘Siapa pulak kali ni?’ soalnya dalam hati. Malam itu dia tidak dapat tidur. Memikirkan apa yang terjadi dalam rumah tangganya. ‘Tak mungkin Iman ada orang lain. dia dah janji dengan aku! Dia takkan duakan aku!’ getus hatinya sendiri. Iman memeluk pinggangnya dari belakang. Isha seakan menepis tanda protes. “Kenapa?” soal Iman. “Takda apa. Tak selesa je.” Isha menafikan. Iman menarik kembali tangannya. Mereka akhirnya terlena sendiri diulit mimpi malam itu.
Isha bangun awal pagi itu untuk menyiapkan sarapan. Sekali lagi telefonnya berbunyi. Isha membuka mesej tersebut. Ternyata dari nombor yang sama. ‘You nak ambik I pukul berapa? I nak bincang pasal wedding kita. Jangan lambat tau!’ hampir gugur jantungnya membaca mesej itu. Iman yang baru keluar dari bilik secara tidak sengaja perasan akan kelibat Isha yang sedang memegang telefonnya di katil mereka. Isha akhirnya menelefon nombor itu. Dia sudah tidak tahan lagi ditipu. Dia bersetuju untuk berjumpa dengan perempuan itu di sebuah restoran keesokan harinya tanpa pengetahuan suaminya. “I rasa You banyak benda nak cakap pada I.” ujar Intan memulakan perbualan. “No! I have nothing to say! I need an explanation!” kata Isha dalam nada yang tegas. Intan tidak senang duduk. “Family I mintak dia bertanggungjawab pada anak I. That’s all! I bukan nak harta dia pun!” jelas wanita itu dan menyembunyikan rasa cemasnya. Isha memerhatikan gerak-gerinya. “That’s all? You tak rasa bersalah ke? Tak rasa malu?” Isha menyoal. “Tipulah kalau I cakap I tak malu. tapi I takda pilihan lain, I terpaksa!” wanita itu menjawab. Dari luarannya, wanita itu seakan dalam lingkungan 30-an. “Terpaksa? Habis tu, You serahkan mahkota You dekat jantan tu pun sebab terpaksa la?” Isha menyoal kasar. Wanita itu seakan tidak berpuas hati. “Kenapa mesti Iman yang You pilih? You tak nampak ke yang dia dah ada isteri? And I pregnant anak dia sekarang! You buta ke apa?” Isha meninggikan suara. Mujur mereka mengambil tempat yang agak jauh dari orang ramai. “Kenapa You ni pentingkan diri sangat? Kalau I setuju untuk berkongsi kasih dengan You, kenapa tak You?” wanita itu menyoal. Isha ketawa sinis mendengar kata-kata wanita itu. “Pentingkan diri? Siapa yang pentingkan diri sekarang ni? I rasa I cuma pertahankan hak I! You yang pentingkan diri. Gunakan orang lain untuk kepentingan diri You! You cakap macam tu sebab You tak rasa macam mana suami You dirampas! Sebab You adalah perampas! I’m sorry! I can’t! I tak boleh berkongsi kasih!” Isha membidas kata-kata wanita itu dan bangun dari kerusinya. “Tapi You kena ingat, keputusan kat tangan Iman! You can do nothing kalau Iman kata dia terima I!” Intan seakan mengugut. Hati Isha semakin sakit mendengar penjelasan wanita itu. “Mungkin You lupa. I ni isteri dia yang sah! I akan buat apa saja untuk dia lupakan You!” balas Isha tanpa memandang wanita itu dan berlalu pergi. Intan mengetap bibirnya sambil memandang Isha yang semakin hilang dari pandangannya. Dia tidak akan beralah.
“Apa ni?” soal Isha ingin tahu. “Apa maksud Isha?” Iman berpura-pura tidak tahu dan merampas telefon itu dari tangannya. “Stop pretending! Isha dah baca mesej tu! Perempuan tu nak apa?” soal Isha bertubi. Suaranya semakin meninggi kerana tidak dapat menahan marah. “Isha. Dengar dulu apa abang nak cakap. It’s not like what you think!” belum sempat Iman menghabiskan kata-katanya Isha memotong. “So apa? Apa maksud perempuan tu? Wedding? Wedding apa? Abang nak kahwin dengan dia kan? Isha ni siapa?” soalnya sambil menepis tangan Iman yang cuba menenangkannya. Dia meronta untuk dilepaskan sambil menangis. Iman memeluknya. Isha menangis semahu-mahunya. Meronta supaya dilepaskan. “Dengar dulu penjelasan abang! Ada sebab abang buat semua ni!” Iman bersuara. “Sebab apa? Sebab Isha tak macam dulu lagi? Sebab Isha dah berbadan dua? Apa salah Isha?” soalnya dalam nada yang lantang diiringi tangisan yang masih belum reda. “Dia sepupu abang. Family dia mintak abang jadi ayah untuk anak dia sebab tunang dia taknak bertanggungjawab.” Iman menjelaskan apa yang terjadi. “Kenapa mesti abang yang kena jadi pak sanggup? Kenapa bukan orang lain?” soal Isha lagi. Iman terdiam. Sebenarnya itu adalah permintaan ibu saudaranya sendiri. Dia tidak mampu menolak kerana kasihankan Pak Su dan Mak Su nya. Mereka tidak mahu keluarga mereka menanggung malu jika anak yang bakal dilahirkan nanti tidak mempunyai ayah. Iman akhirnya menerima pelawaan itu meskipun sudah mempunyai Faisha dalam hidupnya. Dia yakin yang Isha akan dapat menerima keputusan yang dibuatnya. Namun jangkaannya meleset. Isha membantah sekeras-kerasnya. “Kalau abang nak sangat kahwin dengan perempuan tu, suka hati abang! Isha nak keluar!” ujarnya dan membawa keluar pakaiannya dari almari untuk dimasukkan ke dalam bagasi. Iman cuba menghalang. “Isha please jangan buat abang macam ni! Isha dengar dulu!” pinta Iman sambil menghalang perbuatan isterinya itu. Isha menepis sambil teresak-esak menahan tangisannya. “Tepi! Isha kata tepi! Isha nak pergi dari sini! Abang boleh tinggal dengan perempuan tu!” katanya sambil mengambil telefon bimbitnya di atas meja solek dan memasukkannya ke dalam beg tangannya di atas katil. Dia tiba-tiba mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Iman semakin cemas. “Isha! Kenapa ni? Abang mintak maaf! Isha!” suaranya lantang memanggil nama isterinya. Iman pantas mengangkat Isha dan membawanya ke hospital. Isha menerima rawatan susulan sementara keluarganya menunggu di luar wad tersebut. Iman mundar-mandir seperti hilang arah. Rasa bersalah membuak-buak dalam dirinya. Aizal cuba menenangkannya. Nia turut ada di situ. “Korang bergaduh ke?” soal Aizal menduga. Iman mengangguk perlahan. Terpancar kekesalan di wajah Aizal. “Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Aizal ingin tahu. Iman menceritakan segala yang berlaku antara dia, Isha dan sepupunya. Aizal mengangguk tanda faham. dia juga seorang lelaki. Jika dia di tempat Iman, mungkin dia juga akan melakukan perkara yang sama demi maruah keluarga. “Buat masa sekarang, biar dia reda dulu. Nanti bila dia dah okay, Iman cakap elok-elok dengan dia.” cadang Aizal sambil menepuk bahu adik iparnya. Dia faham akan niat baik Iman. Dia juga tidak menyalahkan Iman seorang. Semua ini berpunca dari perempuan itu. Kalau mereka tidak mulakan, semua ini takkan terjadi. Iman dan Isha tidak akan bertengkar seperti ini. Hati Iman juga mengakui yang dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap sepupunya itu.
Isha sudah sedar kembali. Dia meminta abangnya untuk mengarahkan mereka masuk secara bergilir ke dalam bilik tersebut. Dia tidak mahu biliknya itu dikerumuni ramai orang. Nia menghampirinya dan memegang tangannya. “Kau kenapa beb? Doktor kata kau stress. Risau aku!” ujarnya sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil rakannya. Isha menghadiahkan senyuman yang dibuat-buat kepada rakannya untuk meredakan kerisauannya. “Aku okay. Kau takyah risau la. Kau risaukan diri kau tu je.” Isha cuba menceriakan suasana. “Ish kau ni! main-main pulak. Kau jangan la stress sangat. Jangan fikirkan sangat kerja-kerja office tu. Aku ada. Tahula aku settlekan untuk kau nanti!” ujar Nia panjang lebar. Giliran Iman pula masuk ke bilik itu. Isha terus memalingkan wajahnya apabila melihat Iman melangkah masuk ke bilik itu. “Abang mintak maaf.” Iman seakan merayu. Air matanya sekali lagi mengalir. Dia cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang suara supaya tidak terkesan oleh suaminya. “Abang tahu. Abang tak patut terima cadangan keluarga Pak Su macam tu je.” ujarnya kesal. “Abang terima jelah dia.” Isha bersuara perlahan. “Isha tak marah ke?” Iman menyoal. Dia tidak menduga yang Isha akan bersetuju setelaah apa yang terjadi antara mereka. “Tapi dengan satu syarat. Lepaskan Isha!” air matanya mengalir bersama ucapan itu. Walaupun dia tidak ikhlas, dia menguatkan diri untuk membuat keputusan itu. “Isha!” kata Iman sambil meraih tangan isterinya tetapi ditepis oleh Isha. “Maruah keluarga abang dengan perempuan tu lagi penting kan dari Isha?” sambungnya lagi. Dia menyeka air mata di pipi. “Isha jangan macam ni!” rayu Iman. “Abang takkan lepaskan Isha! Isha please jangan buat abang macam ni!” rayunya lagi. “Habis tu abang nak Isha buat apa? Terima keputusan abang untuk duakan Isha? Macam tu? I can’t! Isha dah cuba ikhlaskan hati Isha tapi tak boleh! Apa lagi yang Isha boleh buat?” Isha sekali lagi meronta dari pelukan suaminya. “Keluar! Isha taknak tengok muka abang! Keluar!” suaranya makin perlahan dalam tangisan. Isha seakan kehabisan tenaga Aizal cuba meredakan keadaan setelah terdengar pertelingkahan itu. Mujur keluarganya yang lain turun makan dan solat pada waktu itu. Hanya Aizal yang menunggu di luar wad tersebut. Dia pantas masuk dan menarik Iman keluar. Doktor yang bertugas bergegas masuk ke bilik itu untuk memeriksa keadaan Isha. Aizal cuba menenagkan Iman di luar. “Iman! Please! Bukan sekarang!” kata Aizal sambil menggosok bahu Iman. “Sabar! Kuatkan hati Iman! Abang tahu Iman terpaksa! Macam nilah! Iman bincang elok-elok dengan keluarga Pak Su. Insyaallah diorang akan faham. Iman balik lah dulu. Biar abang tengokkan Isha. Nanti abang call Iman.” katanya seakan memujuk Iman. Iman mengangguk dan berlalu pergi.
Share this novel