BAB 26

Family Series 2595

“Sabar Fadzil, nenek telefon ambulans kejap. Jangan gerakkan badan mama kamu. Nanti darah banyak keluar. Ida cepat ambil kain buruk !!” kata Nek Tipah. Faridah dengan pantasnya mengambil kain buruk yang tebal di dapur dan memberikan kepada Fadzil.

Fadzil mengelap darah yang mengalir di kepala ibunya secara perlahan-lahan. Nek Tipah sudah menelefon ambulans.

“Ambulans tu dalam perjalanan. Kamu balut kepala mama kamu dengan kain batik nih. Ida sabar jangan nangis. Mama kamu cuma pengsan je” kata Nek Tipah sambil menenangkan cucunya itu.

Fadzil membalut kepalanya yang berdarah itu dengan kain batik dan menunggu untuk ambulans sampai.

“Siapa yang buat dekat mama nih ? Takkanlah ada pencuri masuk dalam rumah pulak nih” kata Fadzil.

“Bukan pencuri nih Fadzil. Kalau pencuri habis semua duit gelang mama kamu lesap. Adik kau, Irah dengan Isha mungkin kena kurung dalam bilik nanti” kata Nek Tipah. Fadzil terdiam.

“Ida. Siapa yang buat mama ? Bagitau nenek” kata Nek Tipah.

Faridah terdiam dan badannya menggigil kerana ketakutan. Dia fobia dengan darah. Athirah dan Alisha masih duduk di sudut dinding televisyen kerana ketakutan.

“Bagitau Ida. Jangan takut. Siapa yang pecahkan kepala mama nih ?” tanya Fadzil kepada adiknya.

“Pak long yang buat. Tadi dia datang rumah lepastu marah-marah dengan mama. Ida dengar bunyi kaca pecah dan nampak mama dah terbaring berdarah” kata Faridah sambil menangis dengan lebih kuat.

“Celaka pak long nih. Aku nak cari dia !!!!” kata Fadzil lalu keluar dari rumahnya.

“Fadzil !!! Kamu nak pergi mana ? Kau jangan nak buat kerja gila eh. Kamu masuk balik dalam rumah sekarang !! Teman mama kamu nih” kata Nek Tipah.

“Nek !! Fadzil nak cari dia !! Dia tu memang nak kena ajar !!” kata Fadzil lalu menaiki motosikal dan memecut keluar dari rumahnya.

“Astaghfirullah al azim budak nih. Apa nak jadi dengan Fadzil nih. Nita kau bertahan, ambulans nak sampai nih” kata Nek Tipah sambil meletakkan kepala Puan Yusnita di atas paha Nek Tipah.

Sementara itu, Fadzil menaiki motor dan mencari Yusof di seluruh kawasan kampung. Dia memusing di kawasan kampung namun tidak dijumpai kelibat Yusof. Apabila Fadzil berjumpa dengan orang kampung, dia bertanyakan kepada orang kampung.

“Pak cik nampak tak Yusof anak Nek Latifah tuh ?Saya nak cari dia” tanya Fadzil kepada seorang penduduk di situ. Orang itu menggeleng kepalanya.

“Tak nampak dik” ringkas sahaja jawapannya.

Apabila dia berjumpa dengan penduduk yang lain, jawapannya tetap sama iaitu tidak dijumpai. Sehinggalah ke kawasan pekan Bagan Serai namun Yusof tidak dijumpai. Fadzil cuba bertanyakan kepada penduduk di sekitar pekan tetapi jawapannya tetap sama iaitu tidak nampak kelibat Yusof. Dia memicit kepalanya.

Fadzil hampa lalu teringatkan kepada ibunya yang sedang cedera parah di rumah. Dia melupakan hajatnya mencari Yusof dan memecut pulang ke rumah. Sampainya di rumah ambulans telah berada di hadapan rumahnya.

“Kau cari pak long ke ? Dah tak jumpa tuh biar je lah. Teman adik kamu dengan mama kamu nih sampai hospital. Cepat !!” kata Nek Tipah.

Fadzil masuk ke dalam ambulans dan memerhatikan sahaja ibunya Puan Yusnita dirawat oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Ambulans itu memecut keluar dari rumahnya dan terus ke hospital

“Kepala mak awak ni okay cuma kulit kepalanya terkoyak sedikit. Saya cuba ikhtiarkan dulu untuk selamatkan nyawa mak awak sebelum sampai di hospital. Banyakkan berdoa dik” kata jururawat itu.

Fadzil memeluk adiknya Faridah yang tidak berhenti menangis.

“Jangan nangis Ida. Sabar Ida” kata Fadzil sambil menenangkan dan mengusap kepala adik bongsunya.

.

“Sampai sekarang lah pak long tu tak jumpa ?” tanya Farhad.

“Tak jumpa. Kalau balik kampung pun tak nampak jugak kelibat dia. Kalau aku jumpa dia tahu lah aku nak ajar dia. Aku nak pecahkan kepala dia macam dia pecahkan kepala mama dulu” kata Fadzil.

“Aku pun baru tahu masa tu. Ayah yang call aku.
Cepat-cepat lah aku balik rumah and malam tu jugak lah ayah bawak aku balik Perak lepas tu pergi hospital terus. Tengok-tengok kepala mama dah kene balut” kata Farhad.

“Lepastu boleh pulak ayah tak nak buat report polis. Kepala mama sampai pecah pun ayah tak nak buat report. Padahal ni kes kekerasan kot. Ayah cakap biarkan je pak long tuh. Dia macam malas nak berdendam dengan pak long lagi” kata Fadzil.

“Agaknya sebab ayah dah fed up dengan pak long tuh. Mama cakap memang sebelum kahwin dengan ayah lagi pak long tak suka kalau mama kahwin dengan ayah tuh” kata Farhad.

“Arwah mak long je yang okay. Dia yang amanahkan dekat mama suruh jaga diorang kalau jadi apa-apa dekat mak long nanti. Tak sangka kan beberapa hari tuh mak long pergi. Sebab pak long jugak kan ?” kata Fadzil.

“Tadi kau cerita pasal mama yang bagitau dekat pak long yang arwah mak long meninggal sebab kena bunuh dengan kawan-kawan pak long kan. Sebab kalah judi punya pasal je diorang sanggup bunuh mak long” kata Farhad.

“Ad, dia tuh kalah judi tau. Kalau kalah judi kena bayar balik tau. Masalahnya masa tu pun dia dah pokai. Jadi pak long tuh buat benda yang bodoh sampai sanggup gantikan mak long tu untuk settelkan hutang judi pak long. Geram lah aku dengan dia” kata Fadzil.

“Patutlah mama marah. Dia macam marah tu yang dia tampar mama sampai jatuh kene meja kaca tuh. Dekat sebulan jugak mama dekat wad. Ida tuh dah beberapa hari tak sekolah sebab jaga mama dekat Perak. Bila mama discaj je barulah kita semua balik KL” kata Farhad.

“Hm bila tengok balik parut dekat kepala mama tuh sedih pulak rasanya. Banyak jahitan tu kena yang dekat belah kanan tuh hampir dekat telinga” kata Fadzil.

“Dah tu sampai sekarang la tak balik rumah nenek langsung ? Jenguk nenek ke apa ke” kata Farhad.

“Sampai sekarang lah. Irah dengan Isha pun banyak kali meraung nak jumpa ayah dia. Mama pun cakap yang ayah dia pergi kerja. Lepastu lama-lama dah terbiasa takde ayah. Elok sangat la tuh ayah berambus je” kata Fadzil.

“Aku tak faham lah dengan pak long tuh. Sanggup tak tengok anak-anak dia. Kalau tak nak tengok muka mama ke ayah ke dengan kita semua nih pun, jenguklah mak dia” kata Farhad menggelengkan kepalanya.

“Kesian kan nenek tuh. Terpaksa jaga Irah dengan Isha kat kampung tuh sejak mama dengan ayah bawak kita pindah dekat KL tuh. Takperla terima je lah. Asalkan kita dah ada kampung kat Perak kan” kata Fadzil. Farhad mengangguk.

“Nenek ada jual ketupat lagi ke macam dulu. Yelah dulu kan ketupat nenek viral kat seluruh Perak. Paling famous ketupat lembu. Tu yang paling banyak order. Nenek jual lagi ke ketupat-ketupat pelbagai design macam dulu?” tanya Farhad.

“Entah lah. Mama kata sejak dua tiga tahun lepas tak silap aku lah nenek dah stop jual ketupat tuh. Yelah nenek kan dah tak larat buat banyak-banyak. Irah dengan Isha pun tak boleh nak tolong sangat. Diorang mampu tolong delivery je. Start pada tu lah nenek buat ketupat kalau tiba raya puasa ke raya haji ke” kata Fadzil.

“Rindu betul dengan ketupat lembu. Dah la besar aku pun tak mampu nak habiskan. Hahaha” kata Farhad.

“Ingat tak masa kita sekolah dulu. Masa tu balik kampung nak raya. Aku makan ketupat lembu lepas tuh baru berapa potong aku ambik, banyak lagi isi ketupat tuh. Ida nak ambik pun sikit je. Kau jelah yang mampu habiskan ketupat lembu tuh. Hahahaha hebat kau nih Ad” kata Fadzil ketawa sambil menepuk belakang adiknya.

“Sakit gila. Kau ni buat terkejut aku lah. Nih sekarang dah nak pukul 7 tau. Mana tempat nak berbuka nih” kata Farhad.

“Tapah jelah. Ni je yang paling dekat. Sebab kita baru sampai keluar ke Slim River. Baru….baru…hmm tak nampak signboard jarak R&R pulak” kata Fadzil sambil menggaru kepalanya.

“Berbuka kat sini pukul berapa ?” tanya Farhad.

“Aik mana lah aku tahu. Kau ingat aku tok bilal tahu waktu azan. Aduh mana signboard nih” kata Fadzil.

Fadzil masih lagi memandu dan memerhatikan di tepi lebuh raya supaya muncul satu papan tanda jarak ke hentian rehat.

“Tu ke. Yang hentian rehat tuh” kata Farhad sambil menunding jari ke arah papan tanda hijau yang agak jauh.

“Agaknya la tuh. Okay kejap” kata Fadzil sambil memandu dengan laju.

“Okay aku nampak…hentian rehat Tapah 60 kilometer. Hahh 60 kilometer ? Aduh Fadzil kita berbuka dekat tepi jalan jelah” kata Farhad.

“Alaa jauh pulak. Dah la sangkut masa nak keluar dari Shah Alam. Kita borak punya lah borak baru sampai Slim River rupanya” kata Fadzil.

“Habis ? Kau ada bawak makanan ke air ke. Alah air jelah paling okay. Aku ada apps solat senang nak tunggu azan je” kata Farhad.

“Rasanya ada satu carton air kotak untuk aku bawak kat rumah nenek. Nanti ambik jelah buat berbuka” kata Fadzil.

“Alhamdulillah air pun boleh lahh. Nanti kita makan jelah dekat Tapah. Amacam ?” kata Farhad.

Fadzil menunjukkan ibu jarinya tanda setuju.

“Okay mana nak cari tempat untuk berhenti nih” kata Fadzil.

“Entah lah cuba kau cari tempat yang lapang sikit. Macam tempat sightseeing ke. Kalau berbuka dekat emergency lane nih memang kena saman lah. Bawah flyover highway macam mana ?” kata Farhad.

“Okay jugak. Ada lampu jugak. Harap-harap luas lah sikit nanti” kata Fadzil memandu dengan sedikit laju memandangkan kenderaan bergerak dalam keadaan yang laju.

Beberapa minit kemudian barulah mereka ternampak jejambat. Banyak kereta dan motor berhenti di tepi lebuh raya untuk berbuka sementara meneruskan perjalanan.

“Eh ramai jugak yang berhenti berbuka dekat bawah jambatan eh. Nasib macam kita lah. Jap aku parking dekat tempat luas sikit. Tepi jalan ni rumput luas ni” kata Fadzil memandu secara perlahan dan memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Sementara itu Fahmi ternampak kereta Fadzil sedang berhenti di tepi jalan. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan tetapi agak jauh dari kereta Farhad.

“Asal lak mamat tuh berhenti tepi jalan pulak nih” kata Jali.

“Nak berbuka lah tu. Tadi nak keluar dari Shah Alam punya lah teruk jammed tadi. Sampai aku tak jumpa kereta si Fadzil nih” kata Fahmi.

“Nasib baik jumpa. Ni nak tunggu sampai pukul berapa. Plan kau tadi yang kau sembang kencang dari tadi jadi tak ?” tanya Jali.

“Hei. Kau senyap je. Aku ikut je kereta tuh berhenti sampai mana. Plan aku jadi je” kata Fahmi.

“Okay ikut suka kau lah. Aku nak tidur kejap” kata Jali.

“Kepala otak kau nak tidur. Tadi masa aku bawak kereta apasal kau tak nak tidur. Dah dah lepas ni kau bawak kereta pulak. Aku nak tidur ngantuk pulak rasanya” kata Fahmi.

“Dah aku tak ngantuk nak buat macam mana. Aku pulak yang kena drive kenapa” kata Jali.

“Aku ngantuk kan. Lepas ni kau drive. Perhatikan kereta tu betul-betul. Jangan sampai terlepas. Jangan rapat sangat nanti diorang perasan. Kalau kau terlepas kita mati ingat tau” kata Fahmi.

“Okay fine. Cepat lah keluar kau nak tidur sangat” kata Jali. Fahmi keluar dari keretanya secara menunduk supaya tidak diketahui oleh Fadzil dan Farhad.

Jali keluar dan masuk ke dalam kereta yang menempatkan tempat memandu. Fahmi masuk ke dalam kereta dan terus tidur.

.

“Sampai jugak dekat tol nih. Dah nak berbuka nih. Makan dekat tepi jalan okay je kan” kata Encik Shuhaimi.

“Okay je bang. Tak sempat kalau sampai rumah nenek pulak nanti. Hah tu bang kedai tom yam pun okay jugak” kata Puan Yusnita.

“Jap abang cari parking dulu. Kedai ni tak ramai sangat nih” kata Encik Shuhaimi lalu meletakkan keretanya di tepi kedai makan.

Setelah meletakkan keretanya, Encik Shuhaimi, Puan Yusnita dan Faridah keluar dari keretanya dan masuk ke dalam kedai makan. Mereka mula memesan makanan dan menunggu pesanan makanan sampai di atas meja makan.

“Si Fadzil nih dah sampai ke belum. Nasib baik lah sesak biasa je. Takut belah Selangor sana dah start banyak kereta tuh nak keluar dari KL” kata Encik Shuhaimi.

“Kejap abang saya call dia. Dah nak berbuka ni mana lah dia berbuka nanti” kata Puan Yusnita sambil menelefon Fadzil.

“Hello assalamualaikum. Fadzil dah ada dekat mana nih ?” tanya Puan Yusnita kepada Fadzil yang berada di telefon.

“Dekat area Slim River lagi mama. Kenapa mama dah sampai rumah nenek ke ?” tanya Fadzil di telefon.

“Belum. Baru sampai tol nih. Ayah singgah kejap kedai tom yam kat tepi jalan nih. Lepas berbuka ni terus ke rumah nenek la. Kau berbuka dekat mana. Area situ rasanya hentian pun takde” kata Puan Yusnita.

“Erm mama Fadzil buka kat tepi highway je. Kalau nak ke hentian Tapah baru 60 lebih kilometer. Memang tak sempat lah sebab dah pukul 7 lebih ni” kata Fadzil.

“Ni kau okay tak tuh. Haa air yang mama suruh bawak tuh. Ambik lah satu buat alas perut” kata Puan Yusnita.

“Ada mama. Okay mama. Nanti kalau Fadzil dah sampai nanti Fadzil call tau. Assalamualaikum” kata Fadzil.

“Waalaikumussalam. Hati-hati kau tuh” kata Puan Yusnita sambil menutup panggilannya.

“Dia ada dekat mana ?” tanya Encik Shuhaimi kepada isterinya.

“Ada dekat Slim River lagi. Dia berbuka dekat tepi jalan” kata Puan Yusnita.

“Oh ya awak ada suruh Fadzil bawak dua carton air kotak kan untuk raya nanti. Dia ada bawak tak ? Minum je lah air tu sementara buat alas perut” kata Encik Shuhaimi.

“Ya saya dah ada cakap dengan dia bang. Dia okay je berbuka dengan air kotak. Takper nanti dia berhenti jela makan dekat Tapah” kata Puan Yusnita.

“Ayah, tadi kita gerak pukul 11 pagi kan ? Sekarang dah nak berbuka tau baru sampai area rumah nenek. Depan sana lagi baru sampai kampung nenek kan” kata Faridah.

“Haah dalam 12 kilometer baru sampai lah. Tak tahu lah teruk betul jammed tadi. Nak keluar dari Shah Alam yang masa kau tertidur tuh. Lepastu dekat Ipoh lagi teruk sesak jalan tadi. Banyak kereta nak masuk Ipoh” kata Encik Shuhaimi.

Sedang suaminya dan anaknya berbual, Puan Yusnita melihat telefonnya berdering. Dia melihat telefonnya. Panggilan dari Syaa kawan kepada Azralina. Dia bangun dari tempat duduknya.

“Awak nak pergi mana ? Dah nak berbuka ni” tanya Encik Shuhaimi.

“Tandas kejap. Terkucil pulak” kata Puan Yusnita dengan pantasnya menuju ke tandas. Apabila dia masuk ke dalam tandas, dia menjawab panggilannya itu.

“Waalaikumussalam Syaa. Kau dah gerak ke ?” tanya Puan Yusnita kepada Syaa.

“Saya on the way nak pergi rumah Lina. Saya nak pergi berbuka dekat rumah Lina. Lepas Maghrib baru saya dengan Lina gerak. Aunty dah sampai ke kat rumah nenek aunty ?” kata Syaa.

“Belum lagi. Aunty, uncle dengan Ida berbuka dekat kedai makan kejap. Lepas tu baru gerak pergi dekat rumah nenek aunty. Sampai rumah nenek nanti aunty bagi location” kata Puan Yusnita.

“Okay aunty. Thank you very much. Selamat berbuka. Assalamualaikum” kata Syaa sambil menutup telefonnya dan meneruskan pemanduannya.

“Patut ke aku nak bagitau aunty pasal Lina dah pregnant ? Hm sampai Perak nanti biar Lina sendiri yang bagitau lah” kata Syaa dalam hati.

Sampai di rumah Azralina, dia keluar dari keretanya dan cepat-cepat masuk ke dalam rumah untuk berbuka puasa.

“Assalamualaikum Lina aku dah belikan makanan nih untuk berbuka” kata Syaa sambil menutup pintu rumahnya dan menuju ke meja makan.

“Ya waalaikumussalam. Kenapa kau tercegat ? Duduk lah dulu aku nak ambil jag air kejap” kata Azralina lalu menuju ke dapur.

“Lina, kau masak apa nih. Macam sedap je bau” kata Syaa sambil memerhatikan hidangan yang Azralina sediakan.

“Aku masak mi goreng. Kalau tak habis kita bungkus lah makan masa dalam perjalanan nanti” kata Azralina.

“Hm patutnya kau jangan buat kerja berat tau. Aku bawak balik kuih-kuih nih. Takperla ni jela aku beli dekat bazar tadi” kata Syaa.

“Okay la tuh. Hidangan sampingan kan. Kau dah bawak ke beg baju kau semua ?” tanya Azralina.

“Dah pun. Nih aku nak tanya kau. Kau ada tak baju raya kau nanti ? Ke kau dah beli dah” kata Syaa. Azralina menggelengkan kepalanya.

“Aku try pakai baju raya aku yang lama. Tapi dah ketat. Koyak dah belah pinggang aku. Hm” kata Azralina dengan wajahnya yang muram.

“Takper. Aku pergi ambik baju kejap” kata Syaa lalu bangun dan menuju ke ruang tamu untuk mengambil baju kurungnya. Dia mengambil dan menunjukkan kepada Azralina.

“Nah aku sangkutkan kat tepi almari nih kau tengok lah baju ni okay ke tak” kata Syaa.

“Syaa, kau beli baju raya untuk aku ke ?” tanya Azralina.

“Haah lah. Aku belikan baju raya untuk kau. Lepas je aku siap-siap packing baju aku pergi la mall kejap carikan baju raya. Aku punya pun tak beli lagi. Alang-alang aku belikan lah baju raya. Rasanya saiz nih okay je untuk kau kan” kata Syaa.

“Ya Allah terima kasih Syaa. Patutnya kau takyah belikan aku baju raya sebenarnya. Aku boleh pakai baju raya aku yang lain. Warna maroon…warna favourite aku tau. Berapa baju nih ? Nanti aku bayar balik” kata Azralina.

“Aku ni best friend kau. Aku tahu semua yang kau suka. Harga tak penting yang penting persahabatan kita. Kau susah aku tolong kau. Tak payah lah nak bayar balik. Aku ikhlas” kata Syaa sambil tersenyum.

“Kau banyak tolong aku Syaa. Thank you sangat sangat. Eh dah azan. Berbuka lah dulu” kata Azralina sambil meminum air. Syaa berdoa lalu meminum air dan menilmati juadah berbuka.

“Lepas berbuka ni aku nak solat kejap. Kau siap-siap lah dulu. Kau nak try baju try lah dulu. Kalau muat okay la tuh hehe” kata Syaa.

“Eh kau jangan lah main-main. Tak muat nanti habislah aku terpaksa lah cari baju raya lagi” kata Azralina.

“Takdelah Lina. Muat punya. Aku agak-agak je saiz kau berapa. Muat je tuh. Nanti try tau” kata Syaa.

“Yelah. Ish menakutkan aku tahu tak” kata Azralina.

“Lah kalau kau takut tak muat. Memang penat lah nak cari baju raya lagi kat luar nanti. Tak pasal-pasal lambat sampai ke kampung. Ramai tau yang nak balik kampung nih” kata Syaa.

“Okay aku try nanti. Sekarang makan dulu mi yang aku buat nih. Aku buat tau. Sedap tak ?” kata Azralina.

“Fuh sedap kau masak Lina. Nanti aku tambah lagi tau” kata Syaa.

“Tambah je lagi. Hahahah” kata Azralina gelak sambil menepuk bahu kawannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience