BAB 13 – MASANYA TIBA (AKHIR)

Mystery & Detective Completed 8363

Shira dan Harry berjalan di dalam lorong yang berbeza rupa dengan yang
sebelumnya. Setelah lama berjalan, akhirnya mereka berdua keluar dari
lorong itu.
"Kita, sudah keluar ke?" tanya Harry.
"Saya rasa, ya" kata Shira.
"Tapi, Han, Rin dan Herien dah keluar ke?" tanya Harry

************
"Dia... Adalah orang yang telah membunuh saya dan abang saya" kata Damia
kepada Herien.
"Emmm.. Kenapa dia kejar saya?" tanya Herien dengan takut.
"Itu adalah roh dia, roh kejahatan. Setiap orang dari keturunan dia yang
sudah mati akan menjadi roh jahat dan membalas dendam ke atas setiap
orang dari kelas 4 Biruni termasuk guru serta orang yang dikenali sebagai
tanda kemarahannya"
"Ini bermakna ramai roh jahat kan?"
"Ya. Untuk menghapuskannya kamu perlu memusnahkan lorong ini dan segala
isinya akan terhapus termasuklah roh-roh jahat kerana di lorong ini
merupakan tempat roh itu hidup selepas mati"
"Jadi, bagaimana nak musnahkan lorong ini?"
"Kamu mestilah letupkan atau bakar tempat ini"
"Tapi jika bakar, bangunan ketiga sekolah ini akan turut terbakar"
"Fikirlah yang mana lebih penting, nyawa orang ramai atau bangunan
sekolah ini?" kata Damia.
"Baiklah, bagaimana saya nak bakar lorong ni?"
"Di papan tanda lorong ini, terdapat satu tong yang penuh dengan minyak
yang mudah terbakar, kamu perlu tuangkan minyak tersebut dan bakarnya,
tapi ingat bahaya akan datang dari arah belakang"
"Baiklah! Saya akan lakukan! Boleh kamu tunjukkan jalan keluar dari
lorong ini?".
"Ya"
Damia dan Herien bangun dan keluar dengan berhati-hati dari bilik itu.
"Nampaknya dia tiada disini" kata Damia.
Mereka menuruskan perjalanan keluar dari lorong itu.

************
"Jadi kami perlu membunuh roh pembunuh tu?" tanya Han kepada David.
"Ya. Tapi jika kamu ingin menghentikan malapetaka ini selama-lamanya,
kamu perlu bakar lorong ini. Fikirlah yang mana lagi penting nyawa atau
bangunan ini" kata David.
"Baiklah, bagaimana nak bakarnya?" tanya Han.
"Di papan tanda lorong ini, ada satu tong minyak dan minyak itu mudah
terbakar. Gunakanlah minyak itu untuk membakar. Tapi ingat di luar sana
ada tiga roh jahat yang dan satunya sudah dihapuskan. Ini bermakna ada dua"
"Ambil pisau ini, sebagai senjata kamu untuk membunuh roh jahat tu"
tambah David sambil memberikan pisau kepada Rin dan Rin mengambilnya.
"Ya. Tapi bagaimana kami nak keluar dari sini?" tanya Rin.
David kemudiannya menyuruh Han dan Rin memejamkan mata mereka. Pada masa
yang sama, David memegang tanga mereka berdua.

Sedar sahaja mereka berada di lorong dan bukannya di bilik yang mereka
bertanya kepada David tadi.
"Saya akan hantar kamu keluar dari lorong ini" kata David dan berjalan
untuk menemani Han dan Rin keluar dari lorong itu.
"Boleh saya tanya, kamu mati di lorong ini kan, dan bukannya di hutang
yang mempunyai lorong pelik kan?"
"Ya. Itu adalah hujung lorong ini, dan lorong itu sama saja dengan
lorong ini, ia bersambung, tatapi rupa yang nampak pelik. Tapi pihak
sekolah telah memutarbelikkan cerita sebenar untuk menjaga nama baik
sekolah"

Setelah lama Herien dan Damia berjalan, akhirnya mereka sampai di pintu
keluar lorong.
"Herien?!" terkejut Harry
"Ya. Ini saya la" kata Herien yang gembira semula dapat bertemu dengan
kawannya.
"Siapa budak di sebelah kamu tu?" tanya Shira.
"Jangan risau, dialah yang menunjukkan jalan keluar kepada saya dan dia
juga telah beritahu saya bagaimana cara untuk menghentikan malapetaka
itu buat selamanya" kata Herien.
Keadaan tiba-tiba menjadi senyap apabila mereka terdengar bunyi tapak
kaki. Bunyi itu semakin dekat dan yang muncul adalah Han, Rin dan David.
"Han?"
"Ya. Kenapa?" tanya Han.
Damia terkejut melihat David iaitu abangnya.
"Abang itu abang ke?"
"Damia"
Mereka berdua berpelukan.
"Lama tak nampak kamu, kamu pergi ke mana?"
"Saya cari abang la"
Tiba-tiba mereka badan mereka bercahaya.
"Nampaknya kami dah nak pergi" kata David.
"Tapi, bagaimana kami nak lakukannya?" tanya Han.
"Lakukan seperti yang saya cakap, selamat tinggal" ucap David.
David dan Damia hilang dalam cahaya itu.

************
"Mary? Itu kamu ke?" tanya Peter.
Mary tersenyum dengan memegang pisau di tangannya. Cikgu John dan Peter
terkejut dan Mary terus menyerang mereka berdua. Peter dan cikgu John
mengelak dan berlari menyelamatkan diri.
Mary terus mengejar dan berjaya menikam bahu kanan Peter, akibatnya dia
terjatuh. Mary hendak menikam tetapi cikgu John berjaya memegang
tangannya dan menolaknya. Mary terus melarikan diri.
"Kenapa dengan Mary tu? Dia seperti dirasuk" kata cikgu John.
Cikgu John mengangkat Peter yang tercedera akibat tikaman daripada Mary
tadi.

************
"Apa yang berlaku, bukankah itu Rin yang telah mati 27 tahun yang lalu?"
tanya Shira.
"Ya. Dia yang tolong saya dan Rin keluar dari sini, dan dia sudah
beritahu saya dan Rin tentang cara nak menghentikan malapetaka ini.
Nampak tong minyak tu, kita akan bakar lorong ni. Saya dan Rin akan
arahkan semua orang yang ada di bangunan ketiga untuk keluar, kamu
bertiga cepat bakar lorong ni!" arah Han dan naik ke atas untuk
mengarahkan semua orang untuk keluar dari bangunan ketiga diikuti dengan
Rin.
Mereka bertiga segera menjalankan tugas mereka. Pada masa yang sama,
muncul seseorang dari belakang mereka dengan pisau. Harry menyedarinya
dan terus menghalang orang itu. Mereka terkejut melihat orang itu ialah
Hendry.
"Hendry kenapa dengan kamu ni?" tanya Harry sambil menahan serangan
daripada Hendry.
Herien segera pergi dan menumbuk Hendry.
"Nampaknya kamu adalah 'Orang Tambahan' tu kan?!" tanya Herien.
"Ini bermakna kamu telah mati?" tanya Harry.
Hendry menghiraukan pertanyaan mereka dan menyerang Shira pula. Herien
dengan pantas menyelamatkan Shira akibatnya dia tertikam di perut.
Shira terkejut.
"Herien?" tanya Shira yang terkejut.
Pada masa yang sama, Harry terus memukul kepala Hendry dengan besi yang
ada di situ dan Hendry jatuh tidak sedarkan diri.
"Herien kamu masih boleh bertahan?" tanya Harry.
Herien tidak sedarkan diri kerana tertikan di perut.

************
Pada masa yang sama, Han dan Rin sudah sampai di tingkat bangunan ketiga.
"Nampaknya semua lampu terpadam" kata Han.
Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan satu mayat dari kelas mereka.
"Roh tu sudah lalui di sini" kata Han.
Mereka meneruskan perjalanan mereka, dalam perjalanan, mereka bertemu
dengan Mary. Han tersenyum.
"Mary? Kenapa dengan kamu dan kenapa kamu bawa pisau?" tanya Han.
"Saya lari dari cikgu John. Dia cuba bunuh saya"
"Cuba bunuh kamu?! Kenapa dia buat begitu?" tanya Han.
"Saya tidak tahu, mungkin dia adalah orang tambahan yang kamu cakap hari
tu?" kata Mary.
"Kenapa kamu bawa pisau?" tanya Han.
"Ini pisau dari cikgu John tadi, saya larikannya" kata Mary.
Han terus memegang tangan Mary yang memegang pisau. Rin segera menikam Mary.
"Kamu adalah roh jahat tu, kamu tidak perlu menyamar sebagai Mary.
Sebenarnya, Mary telah mati dan kamu menyamar menjadinya, dalam
perjalanan ke sini tadi kami telah pun terjumpa dengan mayat Mary" kata Han.
Roh yang menyamar menjadi Mary tadi mati ditikam dan hilang.

************
Shira dan Harry menuangkan minyak dan terus membakar lorong tersebut.
Mereka berdua beredar dari situ sambil membawa Herien.

Lampu yang terpadam tadi menyala semula, dan pintu yang terkunci sudah
terbuka. Semua pelajar kelas 4 Biruni segera keluar dari sekolah itu. Api
yang membakar lorong itu dengan cepat merebak ke seluruh bangunan. Shira
dan Harry berjaya keluar dari sekolah sambil mambawa Herien.
Seterusnya, cikgu John dan Peter keluar dari sekolah.
"Cikgu maaflah, kami yang menyebabkan kebakaran sekolah ni" rayu Shira
sambil mendukung Herien bersama dengan Harry.
"Kenapa dengan Herien?" tanya cikgu John.
"Dia ditikam oleh Hendry. Dia adalah 'Orang Tambahan' tu" kata Harry.
"Oh.. Begitu.. Cepat telefon ambulan dan bomba. Di mana Han dan Rin?"
tanya cikgu John.
"Dia masih di dalam rasanya" jawab Shira. Salah seorang rakan Harry
segera menelefon ambulan dan bomba.

Bangunan ketiga sekolah terbakar dengan cepat. Han dan Rin yang berada
di sekolah tersebut cuba keluar dari bangunan itu. Keadaan di situ
terbakar teruk, dan Rin pengsan kerana terhidu banyak asap.
"Rin?! Rin?!" Han cuba mengejutkan Rin tetapi tidak sedar.
Han segera mengankat Rin dan keluar dari situ. Han akhirnya berjaya
keluar dari bangunan itu dan bomba serta ambulan datang pada masa yang sama.

************
Rin, Herien dan Peter dimasukkan ke hospital dan sedang dirawat.
Bangunan ketiga sekolah hangus sepenuhnya dalam kebakaran dan tidak ada
apa-apa kerugian yang dicatatkan kerana bangunan itu merupakan bangunan
terbiar.
Han dan cikgu John melawat kubur mangsa malapetaka tahun ini.
"Cikgu saya nak tanya, Siapa Hendry sebenarnya?"
"Saya tidak tahu, tapi yang benarnya dia mati ditikam dan dijumpai oleh
pekerja sekolah di lorong itu" kata cikgu John.

Setelah itu, tiada lagi malapetaka yang terjadi selepas itu dan untuk
tahun seterusnya. Malapetaka itu berhenti setelah lorong dibakar.

Seminggu kemudian, Han, Rin, Shira, dan Harry melawat Herien yang masih
di hospital untuk menjalani rawatan.
"Herien, terima kasih kerana selamat saya" kata Shira.
"Tidak mengapa, lagipun malapetaka itu sudah berhenti selamanya" balas
Herien.
"Ya. Kita dah berjaya menghentikannya" kata Han.
"Selepas ini tidak ada apa lagi yang akan berlaku" kata Rin.
"Ya, betul tu!" sokong Harry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience