Rate

Bab 2 Guru Baru

Romance Completed 278207

Pada keesokan harinya, Anis pergi ke sekolah seperti biasa. Heboh satu sekolah tentang adanya guru baru yang akan masuk mengajar pada hari itu.

Majority pelajar-pelajar perempuan telah berkumpul dihalaman atau perkarangan sekolah untuk menunggu kedatangan guru baru tersebut. Tidak ketinggalan juga Anis ikut berkumpul untuk mengetahui apa yang menjadi heboh saat itu dan tidak lupa buku ditangannya yang menjadi penemannya.

sementara rakan-rakannya yang lain sudah tahu punca kehebohan pagi itu, bahawa Adib Umair akan masuk dan memulakan tugasnya untuk mengajar.

Sebuah kereta merah mulai memasuki halaman parking sekolah, para murid mula maju. Anis membetulkan letak cermin matanya untuk melihat dengan jelas apa yang ada di sana.

Setelah kereta terparking, Adib keluar dari keretanya dan berjalan dengan perlahan dan sopan...para murid mula senggol menyenggol melihat kelibat Adib yang memakai baju petak-petak dan seluar sleck berwarna hitam. Sebuah jam tangan yang melingkar dipergelangan tangannya mengindahkan lagi penampilan Adib. Paras wajahnya yang tampan membuat Adib kelihatan lebih tampan pada pagi itu.

Anis tak menyangka guru baru yang menjadi heboh pada hari itu adalah orang yang dia anggap sombong semalam, Anis menepuk dahinya kesal tak menyangka. Anis cuma menggelengkan kepalanya pelan sambil membetulkan letak cermin matanya.

Riuh rakan-rakannya disebabkan Adib, ramai pelajar yang mula berceloteh ingin menjadikan Adib sebagai idola mereka.

"Kalau guru tampan macam ni, memang tiap hari aku akan rajin kesekolah." Ucap seorang pelajar perempuan.

"Bukan cuma rajin, keputusan exam ku pun akan bagus semua kalau guru ensem ni yang ajar." Seorang lagi pelajar menyampuk.

"Aku nak jadikan suami, tak kisahlah umurnya berapa banyak dari kita." Ucap seorang lagi pelajar menyahut.

Suara-suara sumbang dan gelak ketawa pelajar lain membuatkan Anis menutup mulutnya dan menggeleng pelan , demi tuhan Anis tak nak menjadikan guru baru itu sebagai idolanya...untuk masuk kekategori suami idaman jauh sekali. Anis bergidik ngeri dan berlalu memasuki kelasnya.

Adib Umair berlalu dari parking kereta tersebut kearah halaman sekolah dan menuju ke bilik guru, dia tidak peduli dengan para pelajar yang melihatnya takjub.

Setelah sampai dibilik guru, Adib di sambut dengan ramah oleh para guru yang ada. Majority guru yang menjadi tenaga pengajar di SMU telah berkahwin dan telah berumur. Hanya Cikgu Farah sahaja guru yang masih muda dan belum berkahwin termasuklah Adib Umair. Adib Umair dengan sopan memperkenalkan dirinya pada semua guru yang ada. Adib kena menunjukkan peribadi yang baik sebagai guru baru disekolah tersebut.

Jam belajar dah bermula, jadual mata pelajaran Adib pada masa pertama adalah di kelas Anis, dia tersenyum puas kerana akan memasuki kelas pelajar yang mengatakan dia sombong. Dendamnya masih membuak-buak, belum pernah ada orang berani mengatakan dia seperti itu.

Adib berjalan dikoridor kelas dengan teratur dan pelan. Dia dapat melihat pelajar-pelajar yang berada dalam kelas cuba melirik-liriknya, Adib tersenyum puas kerana dapat mengajar disekolah tersebut. Dia ingin mencipta kenangan yang berharga disekolah tersebut.

Setelah sampai dikelas Anis, Adib masuk dengan wajah yang datar dan tegas.

"Selamat pagi semua murid-murid, sila berdiri semua." Ucapkan tegas melihat sekeliling kelas.

Semua pelajar pun serentak berdiri.

"Selamat pagi Cikgu."

"Okay, semua boleh duduk dan semua kena ambil perhatian ye."

"Baik Cikgu."

Adib melihat Anis duduk bahagian paling depan, senyumannya tersungging seketika.

Anis cuma duduk dimejanya tanpa ada respon, tidak sama seperti reaksi pelajar-pelajar yang lain.

"Sebelum Cikgu memulakan pelajaran, Cikgu akan memperkenalkan diri ya. Nama Cikgu Adib Umair berumur 22 tahun, sebagai guru matematik kamu yang baru." Kata Adib kepada semua pelajar.

Sebahagian pelajar ada yang cuba bermain-main bertanya perkara dari luar fikiran Adib.

"Cikgu dah ada girlfriend."

"Cikgu dah kahwin?"

Dan macam-macam lagi soalan dari mulut pelajar-pelajar nakal.

Adib cuma tersenyum, langsung tak diperdulikan soalan-soalan yang tidak penting baginya.

"Okay, kalau takde apa-apa lagi yang nak ditanya...kita mulakan kelas kita sekarang, keluarkan semua buku teks matematik kalian."

"Alahhh...!" Keluhan sebahagian pelajar kedengaran.

Sosok dan penampilan Adib Umair seperti seorang mahasiswa university baru dan masih terlalu muda untuk mengajar layaknya seorang guru rasmi. Pesona Adib yang lain ialah caranya yang menerangkan rangka matematik dengan pembawaan yang santai, tapi hebatnya dapat menarik fokus semua murid yang diajarnya.

"Baik, kamu dapat juga ikuti pelajaran yang Cikgu ajar?"

"Faham Cikgu." Semua murid menyahut dengan serentak.

"Sekiranya kamu dah faham, tolong buka buku latihan tolong jawab Aktiviti 1, Aktiviti 2 dan Aktiviti 3."

"Alah Cikgu, awal-awal dah ada kerja sekolah bawa balik rumah." Keluhan pelajar kedengaran.

Adib menjeling kearah Anis Umairah, tetapi tidak ada respon dari tadi. Anis cuma mengikuti pelajaran dalam diam.

"Anis Umairah, kamu faham juga yang Cikgu ajar?" Tanya Adib pada Anis.

Anis cuma bertopang dagu tak menjawab teguran Adib. Adib dengan rasa kesal melempar pen marker ke kepala anis.

Tukkk...!

"Aduh, kurang ajar main lempar-lempar saja." Ucapnya sambil menggosok-gosok kepalanya.

"Apa, ko cakap Cikgu kurang ajar?" Kata Adib dengan geram.

"Ehhh, tidak Cikgu." Anis meringis melihat guru baru tersebut.

"Sape yang kurang ajar?" Teriak Adib pada Anis.

"Saya Cikgu!!" Sahut Anis dengan perasaan geram.

Adib Umair tersenyum singkat mendengar jawapan Anis.

"Jahatnya Cikgu ni!" Batin Anis berbicara.

"Bagus-bagus, kalau tau takpe." Adib berkata sambil berjalan berkeliling dalam kelas tersebut.

Adib melihat semua pelajar-pelajar yang ada didalam kelas dan berpesan dengan tegas.

"Ingat, kalau Cikgu yang masuk...Sila bagi kerjasama dan beri perhatian sepenuhnya, saya tidak suka time saya mengajar korang tidak ambil perhatian dan termenung." Laungnya lagi dengan tegas.

"Baik Cikgu."

Selesai mengajar Adib Umair menutup kelasnya kembali ke pejabat guru sekadar untuk berkenalan dengan rakan-rakan pengajar yang lain. Setelah itu, Adib merapikan mejanya yang akan ditempatinya selama menjadi guru matematik rasmi di Sekolah Menengah Uthman (SMU).

"Semoga betah ya Cikgu mengajar disini, Cikgu Adib...."

"Insya Allah terima kasih..!" Sahut Adib sambil tersenyum.

"Jadual mengajar sudah di update dalam website sekolah, Cikgu boleh cek..."

"Sila cek cara berkala ye Cikgu..!"

Adib mengangguk dan tersenyum ketika rakan-rakan tenaga pengajar menegurnya dengan ramah.

"Terima kasih cikgu-cikgu semua, insya Allah saya akan cek secara berkala nanti.." ucap Adib dengan sopan.

Setelah jam menunjukkan 12.45, semua murid di SMU berhamburan keluar dari kelas masing-masing untuk pulang kerumah. Salah seorang guru menawarkan dirinya berkeliling untuk melihat kawasan sekolah dan kelas-kelas yang ada.

"Untuk sementara ini, Cikgu Adib bukan hanya mengajar pelajar tingkatan 5, tapi Cikgu juga akan mengajar pelajar tingkatan 3." Jelas Cikgu Bakhtiar guru bahasa melayu di Sekolah Menengah Uthman (SMU).

Majority pelajar-pelajar perempuan telah berkumpul dihalaman atau perkarangan sekolah untuk menunggu kedatangan guru baru tersebut. Tidak ketinggalan juga Anis ikut berkumpul untuk mengetahui apa yang menjadi heboh saat itu dan tidak lupa buku ditangannya yang menjadi penemannya. sementara rakan-rakannya yang lain sudah tahu punca kehebohan pagi itu, bahawa Adib Umair akan masuk dan memulakan tugasnya untuk mengajar. Sebuah kereta merah mulai memasuki halaman parking sekolah, para murid mula maju. Anis membetulkan letak cermin matanya untuk melihat dengan jelas apa yang ada di sana. Setelah kereta terparking, Adib keluar dari keretanya dan berjalan dengan perlahan dan sopan...para murid mula senggol menyenggol melihat kelibat Adib yang memakai baju petak-petak dan seluar sleck berwarna hitam. Sebuah jam tangan yang melingkar dipergelangan tangannya mengindahkan lagi penampilan Adib. Paras wajahnya yang tampan membuat Adib kelihatan lebih tampan pada pagi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience