Bab 2 Menolong

Fantasy Completed 182748

"Tolong saya," jerit lelaki yang terbaring di tebing sungai.

Aku dan Darwisya tergamam bila mendengar jeritan suara lelaki itu. Aku dan Darwisya menoleh ke arah lelaki itu. Aku lihat Darwisya berjalan mendekati lelaki itu. Sebenarnya aku malas nak peduli dengan lelaki ini. Kerana tempat aku ni memang banyak PATI yang masuk secara haram melalui laut. Ada juga orang kampung yang ambil PATI ni bekerja di kebun dan ladang. Tapi akan jadi masalah jika pihak berkuasa dapat tahu, kerana salah melindungi dan mengaji PATI. Tapi kalau tak tolong rasa kesian juga,sebab diorang datang untuk mencari kerja. Cuma cara diorang masuk ke negara aku ni salah sebab tak guna saluran yang betul.

"Kak Diana,meh lah tolong lelaki ni,"panggil Darwisya.

"Yalah,kenapalah dia boleh ada dekat kebun kita ni. Kenapa tak dekat kebun orang lain je,"kataku agak kesal.

"Kak Diana,tak baik kata macam tu,"balas adikku Darwisya.

Aku dan adikku pun menghampiri lelaki itu. Kemudian aku dan Darwisya menarik lelaki itu ke bawah pokok berhampiran sungai. Kelihatan lelaki di depanku ini lemah dan tidak bertenaga. Mungkin sebab tidak makan dan minum agak lama.

"Sya,pergi ambil botol air dan bekal yang kita bawa tadi. Bagi dekat lelaki ini,"arahku.

"Baik,"jawab Darwisya lalu berjalan menuju ke arah botol air dan bekal makanan yang di letakkan di bawah pokok sawit.

Setelah Darwisya mengambil bekal makanan dan air botol,ia terus menghulurkan air botol itu kepada lelaki ini. Tangan lelaki itu mengambil air botol itu lalu meneguknya,kelihatan dia benar-benar dahaga. Kemudian Darwisya memberikan bekal nasi yang telah kami bawa. Lelaki itu menyatap nasi itu dengan berselera sehingga habis. Sepertinya ia benar-benar kelaparan.

Aku lihat Darwisya asyik memandang ke arah wajah lelaki itu.Setelah lelaki itu selesai makan,aku mula berhasrat untuk bertanya tentang latar belakang dirinya.

"Awak ni, pendatang asing tanpa izin kan? Awak lari sebab takut kena tangkapkan?"tanyaku sambil mataku memandang ke arah wajah lelaki itu.

Lelaki itu memandang ke arahku dan Darwisya sebelum menjawab pertanyaanku tadi.

"Terima kasih, dah beri saya makan dan minum. Saya di culik dan telah di bawa ke sini secara haram, nama saya Tengku Farhad,"kata lelaki itu yang mengaku nama depannya ada Tengku.

"Tengku lah sangat...dah kenapa diorang nak culik awak. Tak masuk akal langsung,"kataku tidak percaya dengan kata-kata lelaki yang mengaku namanya Tengku Farhad.

"Bukan ke orang yang ada nama depan Tengku ni dari keturunan raja,"kata Darwisya sambil memandang ke arah lelaki yang mengatakan dirinya Tengku Farhad.

"Moyang saya kahwin dengan orang keturunan raja,sebab tu nama saya ada Tengku,"kata Tengku Farhad.

"Tengku ke PATI?"kataku menyindir lelaki yang mengaku dirinya Tengku Farhad itu.

"Kalau awak tak percaya tak mengapalah...tapi boleh tak awak berdua tolong saya,"kata Tengku Farhad.

"Kak Diana, kita tolonglah Tengku Farhad ni kesian dia. Tak kan kak Diana nak biar je dia dekat sini,"kata Darwisya merayu supaya menolong Tengku Farhad.

Agak lama juga aku berfikir barulah aku memberi jawaban.

"Baiklah,nanti dah habis angkut sawit ni,kita akan bawa dia balik ke rumah.Nanti terpulang dekat ayah nak bantu atau sebaliknya,"kataku.

"Terima kasih,"kata Tengku Farhad tersenyum lebar kerana aku mahu menolongnya.

Kemudian aku dan Darwisya menyambung kembali kerja kami yang tergendala. Aku mengutip buah sawit dan di longgok ke suatu tempat untuk lori datang ambil. Tengku Farhad juga ada menolong tapi nampaknya tenaganya tidaklah sekuat tenaga lelaki di kampung aku ni.

Setelah lori datang ambil buah sawit,aku dan Darwisya pun ingin pulang ke rumah. Melihat aku dan Darwisya ingin pulang tiba-tiba Tengku Farhad memandang ke arah aku dan Darwisya ingin bertanya sesuatu.

"Kamu berdua dah nak balik?Saya nak naik dengan siapa ni?"tanya Tengku Farhad.

"Awak naik dengan saya,"kata Darwisya memberi jawaban.

Aku lihat Tengku Farhad segera pergi ke arah motorsikal yang di tungang oleh Darwisya dan sepertinya Tengku Farhad ingin naik dan duduk di belakang adikku itu.

"Hey!tak boleh. Kamu kena duduk dalam kereta gading saya ni,nanti saya akan tarik dengan motor sampai rumah," kataku tidak membenarkan.

"Kenapa tak boleh?"tanya Darwisya agak hairan.

"Kamu tu perempuan dan Tengku ni lelaki,tak manis di pandang orang. Lagi pula kita bukan kenal dengan dia ni,nanti dia buat benda tak senonoh dengan kamu kan naya,"jelasku.

"Baiklah,saya akan naik kereta gading awak tu," kata Tengku Farhad lalu segera berjalan ke arah kereta gading yang selalu aku guna untuk angkut buah sawit.

Setelah Tengku Farhad masuk ke dalam kereta gading,aku terus menghidupkan enjin motorsikal ku. Lalu aku tarik kereta gading itu dengan motorsikal dan membawa pulang ke rumah. Manakala Darwisya pula menunggang motorsikalnya mengekori aku dari belakang. Dalam 10 minit kami bertiga sampai di rumah. Sampai di rumah aku lihat ayah sedang duduk dikerusi roda berada dimuka pintu,mungkin sedang menunggu ke pulangan aku dan Darwisya.

Aku dan Darwisya menongkat motorsikal masing-masing di halaman rumah. Melihat aku sudah siap menongkat motorsikal,Tengku Farhad segera keluar dari dalam kereta gading. Aku dapat lihat ayah agak hairan melihat ada seorang lelaki pulang bersama kami. Aku dan Darwisya berjalan ke arah ayah yang ada di muka pintu. Aku lihat ayah memandang aku dan Darwisya penuh dengan tanda tanya mungkin kerana ada lelaki pulang bersama kami berdua.

"Siapa lelaki ni?"tanya ayah ingin tahu.

"Lelaki ni PATI...kami jumpa dekat tebing sungai dalam kebun sawit kita. Dia minta tolong,jadi Diana bawalah balik. Terpulang dekat ayah nak bantu ke atau nak suruh dia pergi dari sini je,"jawabku.

"Ayah,kita tolonglah dia. Sya rasa kesian dengan dia,"kata Darwisya cuba merayu ayah supaya menolong Tengku Farhad.

Ayah terdiam sambil memandang ke arah Tengku Farhad. Agak lama juga ayah menatap ke arah Tengku Farhad. Tengku Farhad sepertinya kurang selesa,perlahan-lahan ia menghampiri ayah lalu menyua tangannya untuk menyalami tangan ayah. Ayah membiarkan sahaja Tengku Farhad menyalami tangannya.

"Maaf,jika saya menyusahkan Pak Cik sekeluarga. Tapi saya tak tahu macam mana saya boleh sampai di sini. Saya teraniaya,ada seseorang yang telah bagi saya ubat terlarang dan bawa saya ke negara ni,"beritahu Tengku Farhad bila melihat ayah hanya diam dan matanya tak berkedip memandangnya.

"Bagitahu nama dan umur kamu,"kata apa ayah ingin tahu mengenali diri Tengku Farhad.

"Nama saya Tengku Farhad Bin Tengku Afiq, umur saya 28 tahun,"beritahu Tengku Farhad.

"Saya akan bantu kamu dengan beri kamu bekerja dekat kebun kepunyaan saya. Diana,mulai sekarang kamu ajarlah Farhad ni cara-cara kerja dekat kebun tu,"kata Ayah membuatkan aku sedikit terkejut.

"Dia ni nak tinggal dekat mana ayah? Dalam rumah ada dua orang perempuan Diana dan Darwisya,nanti apa kata orang kampung ada lelaki asing tinggal satu rumah dengan kita,"kataku sepertinya kurang setuju.

"Alah...dia boleh tinggal dekat stor luar rumah ni. Nanti kita bersihkan lah stor tu,"kata Darwisya memberi cadangan.

"Betul tu, kalau Farhad ni ada ,bolehlah bantu-bantu kamu dekat kebun tu. Ayah kesian dekat kamu terpaksa buat kerja-kerja berat dekat kebun tu. Sedangkan kamu tu perempuan,"kata ayah.

"Yalah, tapi biar Darwisya je lah yang bersihkan stor tu,"kataku lalu melabuhkan punggung di samping ayah.

"Boleh,tak dak hal punya,"balas Darwisya sambil tersenyum ceria.

"Terima kasih, sebab dah sudi beri saya kerja dan tinggal dekat sini,"kata Tengku Farhad seperti ia gembira bila kami sudi membantu dirinya.

"Nanti bila kamu sudah cukup duit simpanan,kamu baliklah ke negara kamu balik.Nanti datanglah ke sini balik guna cara yang betul,"kata ayah menasihati Tengku Farhad.

"Betul tu,"jawabku.

"Masuklah,pergi bersihkan diri tu. Sya,pergi ambil baju ayah bagi dekat Farhad untuk dia pakai selepas mandi nanti,"arah ayah kepada Darwisya.

Kami semua berjalan masuk ke dalam rumah,aku segera pergi ke bilik air. Manakala Darwisya pula pergi ke arah bilik ayah mengambil pakaian untuk diberikan kepada lelaki yang mengaku namanya Tengku Farhad. Ketika aku keluar dari bilik air dan berjalan masuk ke dalam bilik,aku lihat ayah sedang berbual berdua denganTengku Farhad di ruang tamu. Darwisya pula sibuk di dapur sedang memasak,aku kurang pandai bab masak-memasak ni. Setelah arwah mak meninggal dunia,Darwisya lah yang mengambil alih tugas memasak ni.

Malam ini Tengku Farhad menjamu selera bersama kami sekeluarga. Setelah usai menjamu selera,aku dan Darwisya terus menunjukkan Tengku Farhad tempat ia akan tidur. Darwisya sudah pun mengemas dan membersih stor yang berada di luar itu petang tadi. Aku dan Darwisya telah membawa satu bantal,toto dan selimut untuk Tengku Farhad gunakan. Tapi nampaknya ia seperti kurang puas hati melihat keadaan stor itu.

"Tak ada tempat lain ke yang lebih elok? dekat sini kipas angin pun tak dak,"kata Tengku Farhad seperti kurang puas hati.

"Hey!ini kira untung tau,kita orang mahu bagi tempat untuk kamu tidur ni. Nak yang lebih elok dari ni,boleh pergi dari rumah ni.Pergilah cari orang lain yang nak bantu kamu tu,"kataku agak kurang suka dengan kata-kata Tengku Farhad.Yalah, dah bagi betis minta peha pulak,banyak dia punya songeh. Tak sedar diri betul PATI seorang ni.

"Tak pa, nanti bila-bila kita akan belikan kipas angin untuk awak,"kata Darwisya dengan nada yang agak lemah lembut.

"Baiklah,"kata Tengku Farhad lalu ia masuk ke dalam stor dengan membawa toto,bantal dan selimut.

Setelah melihat Tengku Farhad masuk ke dalam stor dan menutup pintu. Aku dan Darwisya segera berjalan masuk ke dalam rumah.

___________

Pagi ini setelah mandi dan memakai baju aku keluar dari bilik dan berjalan menuju ke arah dapur untuk bersarapan. Selalunya adikku Darwisya memang akan bangun awal dan buat sarapan untuk kami semua. Masuk ke ruang dapur aku lihat sudah ada Tengku Farhad duduk di meja bersama ayah dan Darwisya.

"Awal pulak Pati ni bangun tidur,"bisik hatiku.

"Nanti dah habis makan ikut aku pergi meracun,sebab rumput dekat kebun tu dah tinggi dan banyak,"kataku sambil melabuhkan punggung ke atas bangku.

"Baiklah,"kata Tengku Farhad Sambil tersenyum kepadaku.

"Hati-hati bila berada dekat kebun tu,"kata ayah.

"Ayah jangan risaulah...Diana akan hati-hati,apa lagi ada orang asing ni, lagi kena hati-hati la,"kataku sambil memandang ke arah Tengku Farhad.

"Jangan risau saya tak akan buat apa-apa dekat awak, saya cuma nak kumpul duit dan keluar dari negara ni je,"kata Tengku Farhad.

"Sebab kamu datang guna cara haram,jadi kamu kena pulang ke negara asal pun terpaksa guna cara kamu datang sinilah,"kata ayah memberitahu.

"Saya tahu,Pak Cik,"kata Tengku Farhad.

"Kamu kata kena culik dan di bawa secara paksa. Kenapa kamu tak telefon je keluarga kamu suruh bantu kamu dekat sini,"kataku.

"Saya tak boleh bagitahu keluarga saya, sebab saya tak tahu siapa yang lakukan semua ni terhadap saya. Kerana sebelum saya sampai di negara ni,saya telah berada di hotel berkumpul bersama sepupu dan rakan busness. Tetapi bila saya terbangun saya sudah berada di rumah usang di negara ni. Kemungkinan yang lakukan semua ni orang terdekat dengan saya,"kata Tengku Farhad menerangkan kepada kami semua.

"Biarlah,Tengku berada di sini buat sementara waktu,"kata adikku Darwisya yang dari hanya diam mula bersuara.

"Dah,dah cepat makan tu. Habis makan ikut aku pergi kebun sawit,"kataku sambil menoleh ke arah Tengku Farhad.

"Nanti biar saya yang bawa motor tarik kereta gading awak tu,"kata Tengku Farhad.

"Terpulang dekat kamu lah,"kataku.

Usai menjamu selera aku dan Tengku Farhad segera keluar dari rumah untuk pergi ke kebun. Kerana Tengku Farhad ingin menarik kereta gading,aku biarkan sahaja dia tarik. Di dalam kereta gading aku telah letak tong racun dan sebotol racun yang telah aku beli. Aku bawa motorsikal kepunyaan adikku,manakala Tengku Farhad mengunakan motorsikalku dan menarik kereta gading.

Aku mengekori Tengku Farhad dari belakang dan aku perasan Tengku Farhad bawa motorsikal kurang cekap. Mungkin kerana terpaksa menarik kereta gading jadi agak sukar untuk ia mengawal motorsikalnya. Sampai di sebuah titi batu untuk menyeberangi longkang besar tiba-tiba aku lihat Tengku Farhad tidak dapat mengawal motorsikal tersebut dan telah menyebabkan motorsikal dan kereta gading itu jatuh ke dalam longkang besar itu.Aku agak terkejut dengan apa yang terjadi,lalu aku segera memberhentikan motorsikalku. Dan segera berjalan ke arah longkang besar itu untuk melihat keadaan Tengku Farhad,motorsikal dan kereta gadingku yang berada di dalam longkang besar itu.

Bersambung....

Terima kasih sudi baca,tunggu bab seterusnya tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience